Thursday, December 31, 2009

HiP HiP HoOrEY 2009

salam to all..

hari terakhir dalam 2009 dan esok tahun baru 2010. aku mula berblog pada akhir 2008 dan kini usia blog aku pon dah kire setahun jagung. (kenapa jagung ye?) rase baru semalam aku coret mengenai perjalanan 2008 dan hari ini aku akan mencoretkan sedikit sebanyak pula mengenai perjalananku sepanjang 2009. setahun berlalu dgn cepat, tangkas, cergas lagi cerdas. patutlah org tak hairan bertunang bertahun2, tak terasa lamenya. cume terasa dugaannye. perkara biasalah kan.

1) tirai 2009 aku bukak dgn sem akhir di UKM. bergerak penuh tekanan utk menyudahkan tesis yg bertajuk 'analisis asid askorbik dalam jus buah2an dgn menggunakan voltammetri berkitar'..wah! aku masih ingat. tahniah!. cume kalau suruh aku kendalikan voltammetri berkitar tu sekarang, nescaya aku hanya termenung di depannya. aku dah tak berapa ingat..takziah untuk itu!..dan hasilnya proposal + tesis = A. (Astagfirullah, riak plak!)


tesis ni aku tulis tau..original recipe..=)


nama aku tuh..pearl je tak de. cacat!


2) tamat final exam sem akhir, aku mengulit mimpi2 indah di rumah sehingga bulan 7. aku ditawarkan kerja di sekolah rendah sinaran budi rawang. sebagai guru ganti je utk kanak2 darjah dua bagi subjek english, sains & seni. hari2 jadi sibuk mengutip segala pengalaman mengajar di sini. sehingga bulan 9 tamat kontrak. tak lah sedih mana.. kental!

teacher nadia


3) dan tahun ni juga aku bergraduasi dgn penuh dedikasi. Alhamdulillah, segala liku lekit masa belajar dapat ditangani dgn baik. grad jugak akhirnye..=)

dalam dectar..


4) tahun ni juga aku dirisik dan bertunang. dan esok adalah hari ulang tahun pertama kes risik2 aku. (terasa macam kes jenayah!) dah setahun rupenye. ade kawan yg pelik bila menghadiri majlis tunang aku julai dulu. katanya kenapa aku hanya mendapat 1 cincin. jawapannya, aku tidak meterialistik. WTH. tak adalah, aku buat kenduri risik dan tunang pada dua waktu yg berbeza.


hantaran masa merisik..(ade ke hantaran mase merisik?) kami sebut sebagai hadiah yg mengiringi cincin risik. (takkan nak bawak seketul cincin je kan, nampak pelik pulak!)3 dulang berbalas 4. ikut suka kami je. adat ciptaan sendiri..heh!


us (kenapa die plak potong kek?)

seronok juge merisik dan bertunang pada dua hari (kenduri) berbeza. dapat buat banyak kenduri & lebih mudah maksud aku, aku nak melalui semua adat org melayu. nak merasa. hehe

5) tahun ni jugak akak aku kawen dan aku bercuti ke sarawak. =)

wedding day..

our journey 2 sarawak.

6) kalau cerita sedih pula, aku tak berapa ingat. bukan mudah lupa, tapi tak mahu ingat. biasanya kisah kawan2 lah. macam kes aku yg terkejut tahap beruang kutub bilamana kawan yg aku percayai terlalu obses utk menyeludup masuk dalam kisah chenta aku. hasilnya, org salah sangka pada aku dan kuzer. namaku dipergunakan tanpa pengetahuanku. agak keji disitu. itu lebih mudah difahami kan? tak apa, kau dah mengaku. aku okey!

rasenye itu sahaja.

wassalam utk entry yg agak panjang lebar lagi skema.

Wednesday, December 30, 2009

FriEnDsHiP

Salam to all

Adakah kamu tahu hubungan di antara dua biji mata kamu?

mereka berkerdip bersama,
melihat bersama,
bergerak bersama,
menangis bersama, dan
tidur bersama...

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain..

PERSAHABATAN..

seharusnya seperti itu..

Kita kawan kan?

wassalam.

Tuesday, December 29, 2009

NoThiNg MuCh To SaY..

Salam to all..

... i was denying that i like him...

After 10 months being apart..
i'm sorry for doing that stupid thing. but, i won't betray you my babe. i won't... Life is full with surprises. No matter how hard we tried, if it's destined to be happened, then it will. Allah is the greatest planner. What Allah destined for us is always da best..

what im trying to say huh??

indeed..

..i don't like him. but, i don't hate him..

Frankly speaking, it's hard to say goodbye to the something we call memory.

wassalam..

Monday, December 28, 2009

MaSiH SaMa SeRuPa TiAdA BeZa

salam to all

wahh, pelik juge hati ini. hati yg pelik??

kebanyakan insan2 yg aku add kat fb mengambil masa yg lama utk mengecam bahawa akulah nadia @ sara @ cik pearl@ nad @ ned-ya dan seumpama dgnnya. mereka dah lupakan aku? owh! kejam sama sekali. tp menurut mereka :

1) eh, nadia ke? lainnye sekarang..
2) saraa....tak cam dah sekarang.
3) ha!!! kau ke? asal lain sgt?
4) laaa..ingatkan salah org..
5) aku tgk dah fb kau before ni, nak add takut salah org. photo kau tak leh view plak tu. nasib kau add!
6) nad?????????? (aku bayangkan mereka terkejut macam tgk hantu)

tu sume jawapan2 mereka. mereka menyalahkan aku menggunakan nama maya menyebabkan pencarian mereka gagal sama sekali. bila aku katakan profile picture ada, jawapan di atas tu lah yg mereka beri.

keadaan ini beri aku sedikit kekeliruan. ambil cermin segera, telek wajah setiap inci. sama je macam aku tingkatan 4 dulu. kalau ade berubah pon, mungkin kelebaran pipi. yg lain tak ade peningkatan atau pengurangan. tak meningkat gemuk, tak juga berkurang kurus. tak semakin kerdil, tak juga menjulang tinggi. rias wajah? aku jarang merias wajah secara berlebihan. mak kata 'nanti macam burung jampuk' (aku tak tahu burung apa ni) kedudukan pancaindera? Alhamdulillah, masih ada & kekal ditempat biasa.

mungkin sudah lama kita tak berjumpa. tapi aku masih mengecam mereka2. aku kah pengecam yg hebat? atau kamu langsung tak berubah? tapi aku pon tak ade apa2 perubahan? kamu pelupa ye? opss..mesti kamu tak dapat terima alasan ini.

*'mungkin nampak lebih matang'.. habes dulu hingusan kah??

wassalam.

Saturday, December 26, 2009

3 CeRiTa BuKan MiToS

salam to all

cerita 1
kelmarin aku keluar dgn kuzer. aku bajet nak bersiar-siar area Rawang je. (bersiar2 memang tak boleh blah)..so aku pakai tudung jenis tudung ekin. tapi plan tukar ke KL. kuzer dah bising sebab dia tak berapa gemar tudung ni. aku pon sama. biasanya aku pakai masa kat rumah (saudara/jiran/kawan datang) atau setakat dalam rawang, tapi kali ni sampai ke KL. tahniah untuk aku! memang rasa serabut giler. dgr pulak khutbah khamis kuzer dalam kereta. telinga agak2 suam2 kuku juga. so finally singgah jalan TAR. sanggup carik tudung nak tukar punye pasal. dari aku jalan jauh tak selesa, baik aku tukar tudung. dah tu beli brooch sekali. yela, kalau tudung ekin kurang pakai brooch, so kenelah beli brooch utk tudung baru ni. carik tudung yg kurang kedut sebab tak dapatlah nak iron kan. tensi2x. kelakar pon ada. then settle, baru pergi jalan2. selesa lah sikit. wahh! takde lagi khutbah free. jgn marah yuyunk! heh.

contoh tudung ekin

* kalo org pakai jenis tudung ni, aku suke je tengok. akak aku pon memang pemakai hampir tegar jenis tudung ni. tapi tak tahulah nape aku tak berapa nak suka. org kata aku pakai ok je, tapi kalau aku tgk kat cermin, macam ada je yg tak kena. fabriknye mungkin!

*baru berangan nak pakai tudung jenis ni utk kawen. kuang3x.

cerita 2
baru2 ni aku bercuti ke Sarawak kan. ada yg tanya kenapa akak aku tak ikut sekali. kalau tak tanya pon, aku nak beritahu jugak. tak kira!

1) abg ipar aku kerja, tak dapat cuti.
2) aku bakal dapat anak buah. so tak boleh naik kapal yg terbang di angkasa.

logik dan berkesan kan reasons di atas?

cerita 3
'adik ipar to be' aku (insyaAllah, kalau panjang jodoh) iaitu incik muhammad bin kassim baru amik result PMR kelmarin. tahniah aku ucapkan. straight A. takde bengkang bengkok. alhamdulillah. jadi ape lagi, mintak incik kuzer hadiah oke! jgn lupe.=)

wassalam.

Friday, December 25, 2009

JaWaPaN Aku

Salam to all..

mm kadang2 boleh tersenyum sendiri bila teringatkan setiap kata2 kita pada org lain. terutama kata2 yg lahir secara spontan tanpa berfikir panjang. aku plak jenis yg mudah mengeluarkan jawapan2 yg agak sengal terutama bile aku tak bg perhatian sgt pada ape yg seseorang cakap kat aku. faham tak? tak faham? ish!! penat aku type tak bape nak panjang ni, tak faham rupanya..okelah, aku bg contoh..

cerita 1 =

aku termenung masa lecture.

kawan = woit, termenung jauh nampak..haaa..aku tahu, ni mesti teringatkan abg aku kan..(sambil tergelak macam org kurang akal!!)

aku = (dgn muke kelat + ngantuk) dari aku ingatkan abg kau, baik aku tidur..

kawan = kurang asam. kuat tidur btol & bla....bla...bebel tak puas hati.

(waktu ni giler mengantuk dlm kelas. member asyik kenenkan aku dgn abg die. malas benor nak layan. makin menjadi2..=))

cerita 2 =

dlm suasane agak seram2 di tgh malam..hanya kami berdua kat tempat tu..

kawan = pearl, aku nampak kaki berjalanlah..(dgn muke cuak + gementar)

aku = slumber..kaki memang berjalan. kalau kau nampak hidung ke berjalan, baru kau bgtahu aku..

kawan = sengal.!!! ni h_ _ _ u kot...

aku = tercengang!!

(memang sunyi malam tu area 1 pagi. aku sibuk basuh kain yg terKIV lebih kurang seminggu. tak sangka member dok perhati keliling & ketakutan. ingatkan nampak kaki tu, maknanya org datang. tak sangka plak member tgk kaki tapi tak nampak badan..huhu. )

cerita 3 =

kawan = pearl, aku risau lah. due date dah dekat nie. kite tak siap lg projek. bla..bla..bla..(ngadu dgn penuh emosi).. bila nak start carik material ni?? (muke tak boleh bla!)

aku = bila resah..

kawan = aku rasa macam nak cekik kau skrg jugak!

...........

(bila resah ingat saat indah)

tu lah contoh2nya. tapi bg aku jawapan2 sengal macam ni boleh kurangkan stress..hehehe.

wassalam



Wednesday, December 23, 2009

AkU BuKaN ULaT BuKu

salam to all

fuhh, penat giler hari ni. tidur mlm semalam je dah menjelang subuh. bangun, terus ke batang kali. gotong royong dgn adik, akak dan ayah aku. rumah kami akan disewakan. dari sapu menyapu, cuci mencuci, mop mengemop, sehinggalah ke lap mengelap & menebas lalang. segalanya dilakukan dlm mase 4jam. at last, semua terduduk. letih wooo.. dgn adegan2 mengemas buku sambil terlalak2, menghayun mop ke paras kipas siling & menari sambil cuci bilik air. kate ayah 'besok pn belom tentu siap!'.. heh, see da leg dad...

paling tak tahan, part mengemas semua buku2 lama. dulu dah tapis, semua buku2 dari sekola rendah sampai form 2 dah diagih2 entah kemana. now mengemaskini segala buku dari form 3 sampai masuk U. boleh jadi library dah. sebab kami adik beradik memang beli sendiri segala buku teks, buku rujukan dan buku latihan. dari darjah 1 sampai masuk U. cuma adik aku skrg lah baru dapat buku pinjaman (since form 3). kerajaan mula bermurah hati..






yg bestnye, aku & akak berlainan cos. so kat rumah ade pelbagai genre buku. dari sastera sampai ke sains. blm lagi ditambah dgn majalah kegemaran mak & akak macam mingguan wanita, mastika, & majalah zaman kanak2 akak aku macam kuntum, dewan pelajar & bintang kecil. akak aku memang ulat buku. dan pastinya TAK termasuk aku.

* dah lama aku bercita2 nak buat mini library kat rumah (cita2 je, rajin membacanya jauh sekali). tapi rumah aku (yg duduk skrg) sekangkang kera je (kecik benor la kalo kangkang kera), so tak kesampaian. tu pasal banyak buku2, majalah, & novel dah bg kat jiran2, kawan2 & ade yg kitar smula. ni je yg tinggal (1/4) . entah ape plak nasib mereka. waaaa..



muke letih. lega...semua setel!!bergambar depan umah before balik..

Wassalam

Monday, December 21, 2009

CeRiTe HaRi MiNggU


salam to all

cerita 1

aku nak tampal award. dari seorang blogger yg baru jd pengikut blogku. blog 'pereka cerita' namenya.. terime kasih. aku pon dah jadi follower blognye.
link. salam muhibbah di alam maya buat pereka cerita. (ape yg cik pearl repekkan neh!!) oke, salam perkenalan..=)


blog paling menarik?? wahhh!!! (cik pearl boleh menangis bila2 mase kerana terharu)
terima kasih ye kamu..

.................................
cerita 2

semalam aku pergi kenduri kahwin kat sungai besar. 1 kereta bersame kuzer dan ipar duaiku. hujan maha lebat di sana. kalau aku lah yg drive, dah tentu aku parking je tepi jalan sampai hujan reda. dah tentu2 kenduri habes baru aku sampai..heh!
biaselah kawasan rumah kampung mesti naik air bile hujan lebat. ape lagi, lecak giler. aku dgn high heels sah2 cuak. kalo tanah lembik tu berlubang2, memang kerja kasut aku lah tu. hehe. dalam hati istighfar je. kalau ditakdirkan tersungkur pon, redha je lah. kire ade la memori kat rumah org kawen. tersungkur dgn penuh ayu umpama diva. ceh!

tapi alhamdulillah, aku mampu cover sebaik mungkin. nak jalan je, daya tahan kat kaki kene kuat. setiap kali heels masuk tanah lembik, aku tarik dgn senyuman.,muke santun je macam tak de pape. dalam hati eerrggghhh!! payahnyer..silap2, tarik kaki je, kasut tertinggal. itu yg ku harap tidak terjadi dan sememangnye tidak terjadi. syukur2. =)

tema kenduri semalam = merah


balik dari sana singgah kampung melayu batu 16 rawang, kenduri kawen jugak. kawan kuzer punye kakak kawen a.k.a kakak hadi. pukul 4 baru sampai. kire tetamu terakhir lah. sampai je, hujan pon lebat. sg.besar mungkin dah reda. rawang la plak. so redah plak hujan rawang. dua2 kenduri dalam hujan. cume yg rawang ni bernasib baik, dah habis majlis baru hujan. yg tak bernasib baik, pastinye kami sekereta. dua2 kenduri, kami datang masa hujan sedang menggila. tak apalah, moge2 hujan rahmat. =)

soalan cepu gangsa = bile agaknye aku plak yg kahwin?? glurppp!!

sekian. wassalam.

Saturday, December 19, 2009

TaK PaYaH TaJukLaH!!

Salam to all..

pagi yg gelap kini terus gelap.. hujan mencurah2. menambah perasa & perisa utk kembali ke bantal bucukku sebentar lagi. hehe. tapi sebelum tu, harus ade post baru. =)

aku hanya nak tempelkan design tshirt utk batch SPM2004 sekolah aku iaitu SEMEKAR.

dah puas ku tempel kat fb, tag sane sini & now aku lanjutkan di kawasan privacy ku ini pula.


ini design thirt bagi batch SPM2000. batch senior2 aku lah. ade yg kate macam alam flora, ada yg kate penuh kerawang dari indon & ada juge yg kata tak smart & macam2 lagi.. hahaha..(harus berbulu hati si pendesign tshirt ini..ampun kok!!). tshirt ini diberi pade sume senior yg hadir ke majlis alumni SEMEKAR yg diadakan semalam. dgn bayaran kalau tak silap aku RM50. (itupon kalau alumni tu jadi & design tshirt tak berubah)

Alan telah berusaha penuh tegar dgn new design bg menandingi design senior kite di atas tuh. maka timbullah design ini. Taraaaaa....tiada lagi alam flora, tiada lagi kerawang2 indon. hehe.


harap2 dapat sambutan dari semua warga SEMEKAR batch aku. so boleh miliki tshirt yg sama tanda SEMEKAR dlm ingatan.

last but not least, reunion batch aku tak jadi baru2 ni. so mungkin boleh organize majlis bbq ke, hi tea ke. pakai tshirt ni ramai2 oke!! ngheeee. berangan tahap tinggi nie..haha

*kenalan fb ku dan mencecah 200 org dalam tempoh 3bulan. harus bahagia di situ kerana dapat temui semua kenalan lama yg terpisah. terutama warga semekar dan TIKL. bile mereka sms mengatakan profil ku tiada di alam maya, baru ku tahu yg kalian berusaha menjejaki teman2 lama. aku sukar ditemui di landasan ini kerana menggunakan nama maya. maaf teman2. so aku pon nak berusaha juga lah. syabas kerana aku telah semakin rajen search mereka2 ini di alam maya. ia menjadi 1 kemalasan buatku dahulu. mudah kerana mereka menggunakan nama penuh. jadi skrg usaha kite serupa. now kite bersama di alam maya. di alam realiti, harus ada pertemuan juga. ini lah jalannya. pertemuan yg mengujakan.. bilakah?? fuhh! tak leh blah ayat!!

wassalam.

AzAm BaRu..

salam to all.

Salam Maal Hijrah 1431 pade semua ye..

ape agaknya azam baru kamu semua di tahun baru ni? azam tahun2 lepas dah setel belum? cik pearl sibuk tanya org, azam tahun2 lepas cik pearl dah tercapai ke? ops!! tak pasti. heh!

ok, hari yg indah 1 muharam ni aku dikejutkan dgn panggilan KPM. teruja juga..

maka aku akan sambung belajar tak lama lagi. penantian akan berakhir, insyaAllah. sekejap je masa berlalu kan. padahal rasa dah lama sgt tunggu. takpe, tu ayat2 yg org sabar macam aku. ceh!

banyak azam aku yg belum tertunai. terutama berkaitan dgn diri sendiri, segala perilaku & mutunya, pembaikiannya, kehidupan, persekitaran, perhubungan dan masa depan. semuanya adalah 1 azam. apetah lagi sesuatu yg berkaitan denganNYA. itu lebih utama dari yg utama. doakan aku berjaya. walau sedikit perubahan itu, tak mengapa. yg pasti, harus ada. ia kan??? kalau kamu jawap pon, aku tak tahu.

ok, sekarang bulan 12. beberapa bulan dulu aku dijadualkan menjadi isteri org pada bulan ini. ooooooh bukan tak mahu, tapi belum cukup persediaan. kuzer garu kepala. ok dinda, bulan Jun 2010 boleh? ops!! dinda masih belajar tika itu kanda.. kuzer garu tangan pula.. bila agaknya dinda bisa membuat keputusan tegar tanpa alasan, bidasan, kupasan & perasan?

.....itulah azam aku. nak belajar buat keputusan tanpa perasan. heh! kanda tak marah kan? senyum kan?? kan2?

.......

macam aku mention kat atas tadi, aku akan sambung belajar. yeay!! wajar utk aku gembira.. selepas hampir 6 bulan berada di rumah membekukan segala ilmu di dada & menternak virus malas dgn penuh dedikasi, kini memang sgt wajar utk aku bergembira dgn khabaran dari KPM petang tadi.

.....itu juga azam aku. kurangkan tahap kemalasan setelah puas bermalas-malasan di rumah. persediaan utk mencipta antivirus perlu bermula..! virus perlu diperangkap dgn segera..

selain itu aku jug berazam utk belajar minum susu. bak kate kuzer baik belajar minum susu sekarang. dari sibuk beli pil kalsium di mase depan. tulang2 akan rapuh dgn mudah!! ayat ini sgt sebijik lagi serupa tiada beza dgn ayat dr emak aku yg terchenta. tidakkah kanda & bonda tahu, yg dinda / anakanda berusaha sebenarnya. cume kerap benar gagalnya. sudah puas menutup hidung, tak kan perlu menggunakan sepit baju pula??

banyak lagi azam2 aku yg suci lagi murni. moge aku dapat capai lah kan. aku pon doakan kamu semua dapat capai ape yg kamu impikan tak kire ape je azam & keinginan kamu selagi ia baik & memberi manfaat..

* banyak azam tak pe. belajar tunaikan ia sedikit demi sedikit. jgn banyak berangan udah la ye..
semoga kite berjaya & diberkati olehNYA. Amin..

wassalam




Thursday, December 17, 2009

KeNaNgAn EpiSoD AkHiR

salam to all

sambung lagi oke. taraaaa!!!

tak ada apa2 surprise actually..

heh! jgn hangin2..

masih berkaitan mimpi2 nyata di sarawak, aku berjumpa dgn Azizul Khamis di sana. waktu ni nak dinner di kampung gersik. mungkin kamu tak kenal (sebab aku pon tak bape kenal)..batch mak ayah aku kenal la.. maka batch mak ayah kamu semua mungkin kenal. kalau tak, cuba tanya jiran2 sebelah rumah kamu tu ke, telefon nenek kat kampung ke, pasti ada yg kenal.

cik pearl tak ada, sebab die yang amik pic ni ye..(azizul yg tgh baju hitam ye, bukan yg pakai kurung tuh!!)


waktu ni aku try 1 lagi menu Sarawak iaitu Nasi Ayam Penyet. lupe nak mention dalam entry sebelum ni. menu ni agak popular kat sana. aku tak tahu ape keistimewaannya. tgk macam nasi ayam biase je, mungkin ayam nye penyek sikit dari ayam semenanjung. huhu. seperti bese, gambarnya lupe nak ambil. hehe..

ok, hari keempat sudah!

esoknye, pagi2 kami melawat beberapa muzium di sekitar Kuching. Antaranya muzium Etnologi, muzium Kuching, Muzium Tun Abdul Razak & 1 lagi muzium yg aku tak ingat namanya..=))

dari kejauhan kami bergambar. nampak tak? ish, kalau tak nampak pendek umur..(bak kata tompel la)..

ni kat muzium etnologi.






muzium kucing..kucing2 belaka kat sini..

parentz depan muzium Tun Abdul Razak..

selepas penat menziarahi kesemua muzium bunyi macam ziarah org je. heh!! kami gerak ke Fort Marghareta. ni kire kubu pertahanan la macam A Famosa kat Melaka nun. Jalan nak ke Fort Marghareta tu pon dah cukup pelik dgn tersembunyi & sunyi nye. tak macam A Famosa yg lebih terbuka dan agak meriah dgn pengunjung.. kat sini pengunjung nak carik jalan pon susah. org2 Sarawak sendiri masih ada yg tak tahu kawasan Fort Marghareta ni..maka bila sampai sana, agak seram2 kuku jugak la terutama bila lawat kawasan penjaranya, tempat pancung memancung, tempat gantung tahanan, dan menaranya..kot2 la ade lg kesan2 yg masih tinggal.. uiks..



depan Fort Marghareta

Tangga turun dari menara kubu.

menaranya. agak tinggi tp dari gambo ni tak nampaklah!

ni tempat gantung tahanan kot.. masuk pintu tu ade tengkorak dalam jaring yg tergantung.. glurpp!!

Replika kubur isteri Charles Brooke.

dgn hari panas teriknye, kami tetap meneroka segala kesan sejarah yg tinggal kat sini sampai masa tak mengizinkan untuk melawat org utan (ade zoo org utan kot).. so tak dapatlah ke sana. sedih gak..jadi kami sekadar ke pasar / bazar di sana utk beli ikan terubuk masin. ni wajib beli sebab tak terdapat kat Semenanjung..

maghrib kat sini masuk pukul 6.30 petang, so nak melawat lebih2 masa petangnya pon tak brapa nak sesuai. pukul 6 dah gelap macam ukul 7. huhu. malamnya kami sekadar berjalan2 sekitar waterfront dan jenguk2 mahkamah lama.

banyak lagi gambar2 aku kat sana dgn ragam dan aksi yg entah hape2..tapi aku larat nak upload. kalau kamu sudi, jenguk2 fb aku oke. ade lebih kurang 70 gambar2 aku kat Sarawak.=)

dan tiba hari terakhir, flight kami pukul 12.55tghr. sampai LCCT pukul 3 dan sampailah ke tanah air Rawang yg tak berapa nak dirindui tu dalam pukul 5.

Tamatlah riwayat kesan degil disana. moga sedikit sebanyak dapatlah aku berkongsi pengalaman & kenangan dgn kalian. jom pakat ramai2 kite ke Sarawak erk! =)

wassalam.

KeNaNgaN IV

salam to all

sambung lagi ceritera ku di Sarawak. hehe..naik kebas jari jemari ini melontarkan ayat2 puitis bg menceritakan alkisah aku kat sana. puitis la sgt. tunggang langgang je bace..uiks, perli tuh..

ok, lepas aku balik dari Kampung Budaya Sarawak, macam biasa malamnya kami makan lagi kat kampung boyan (termasuk kampung Gersik & petra Jaya) . kat sini senang sikit nak carik makan, sebab majoriti penduduknya adalah org melayu. so org melayulah yg berniaga dan berpesta. kampung boyan, kampung gersik & petra jaya ni kirenye terletak bersempadan dgn waterfront kuching dan sempadannya adalah sungai sarawak.

menu2 yg menarik kat sana macam mee kolok, nasi goreng dabai, tauhu jepun & laksa Sarawak. tapi tak ada pic la nak upload. lepas makan baru teringat tak amik gambar lg. pinggan pon dah kosong. huhu.

esoknya hari ketiga, kami berjalan2 kat area Jalan Tar. bukan Jalan Tar KL ye. ni versi Kuching. lebih kurang macam kat KL ni jugak, kat sini sibuk menjual pelbagai jenis cenderamata dari Sarawak. kirenye macam souvenir centre la..macam2 ada. dari yg biasa2 sampai yg ke pelik2.



model2 tak diundang..

patung2 dari ukiran batu2 & kayu ni memang popular kat Sarawak.

kek lapis pelbagai kaler & rasa..


petangnya plak, kami ke kampung Haji Baki mencari saudara belah emak aku yg hampir 20tahun terpisah. kire bapa saudara emak aku lah. kawen dgn org sarawak dan jarang balik ke semenanjung..mm terharu & terkedu jugak aku tgk keadaan mereka di sana. entahlah, aku pon tak berapa kenal. alhamdulillah, bertemu jugak akhirnye.. jejak kasih jugak lah kirenye ni.

before balik ke hotel, kami sempat jalan2 sekitar kuching & naik bot menyusuri sungai Sarawak. mule2 cuak jugak nak naik, tgk tak bape nak stabil je terutama bile kuzer naik. bergoyang bot macam nak terbalik. heheh.. tapi kuzer beria ajak, naik jugaklah..rupenye, sgtlah seronok meniti senja nan merah di atas bot..hehe..


before naik bot. depan sungai Sarawak.

atas bot. cover je tuh. kalo tgk muka, dah pucat tak berdarah. lame sikit baru cool. heh!


kuzer, parents & kawan2 kuzer.

malamnya, sekali lagi kami ke makan kat kampung gersik. siap terjumpa artis lama kat sana. Azizul Khamis. aku tak berapa kenal mulenya, tp teringat sebab die ada masuk melodi baru2 ni.

nanti aku upload gambar & sambung kisah kat sana ye. daaaaa..

*Salam Maal Hijrah 1431 buat semua teman2 bloggers & readers. Jgn lupe baca doa akhir tahun & awal tahun ye. moga di tahun baru ni, kite sama2 dapat jalani kehidupan yg lebih bermakna dan diredhaiNya. mudah2an. amin..

****jgn asyik tengok bola je. ehe.. go go Malaysia..

wassalam.

Wednesday, December 16, 2009

KeNaNgAn III

salam to all

setelah virus malas pergi dgn tenang dr tubuh ini, timbullah kerajinan yg bukan sedikit utk aku..buktinya, aku telah mempublish dua entry pada hari ini. so entry ni adalah kesinambungan perjalanan percutian aku ke sarawak baru2 ini.

hari kedua di sana, kami melawat Kampung Budaya Sarawak. dibandingkan dgn Taman Mini Malaysia di Melaka, Kampung Budaya Sarawak jauh lebih terjaga dari segi kebersihan, persekitaran dan kawasan lawatan. maka sangat berbaloilah dgn bayaran RM60 seorang bg dewasa dan RM30 utk kanak2. before masuk, setiap seorang dapat passport lagi. so setiap rumah yg dilawat, akan dapat cop. menandakan kite dah lawat rumah tu. rumah2 yg ada macam rumah orang ulu, penan, melanau, cina, melayu, iban & bidayuh.


entrance kampung budaya Sarawak


aku mengetuai rombongan..(titi pertama selepas entrance)


kawasan2 yg perlu dilawati.250hektar..bersih & damai..


cop passport anda !! selagi cop tak penuh, jgn balik oke!


di sini ada lebih kurang 7 rumah je utk dilawati (dah mention kat atas tu) . walaupun tak sebanyak rumah2 kat taman mini malaysia, tapi kat sini jauh lebih berpuas hati coz setiap rumah ada penyambut tetamu nya, siap bg penerangan tentang rumah2 tu, tarian pembukaan & goreng / masak secara live makanan2 popular setiap kaum. termasuk aksi2 menenun kain dan jualan cenderahati..



tarian pembukaan a.k.a sambut tetamu (tarian ikut kaum)



menyumpit. tak boleh bla. cik pearl nampak gagah perkasa lah. tau tak pe!


tarian2 waktu persembahan pentas..


parents kat chinese farm house


lupe plak, before masuk sini, selain passport pengunjung juge akan dapat sticker hijau tuh..Lekat kat baju oke!! bukan kat pipi seperti mereka di atas!


ni kat bidayuh long house kot..


mm ade pengalaman ni..sesuai..


melanau tall house..

* tak larat nak upload pic. tu lah sedikit sebanyak aksi2 seram kami di sana..sopan je sebenarnye. huhu.

esok aku sambung lagi oke. pengembaraan seterusnye ke muzium2 kat Sarawak & macam2 lagik..=)

wsalam