Sunday, December 8, 2013

IpoH ~ TaiPinG PerCutiaN SimPLe

Assalamualaikum..

Kerja bertingkek-tingkek!! walaupun cuti sekolah..So malang..(T_T)

Nak release stress sekejap, moh la update blog..Kisah percutian baru-baru ini..;p

Macam biasa, minggu pertama cuti sekolah mesti pergi bercuti selama seminggu. Can't wait ok!!Sebab masa-masa ni lah yang tak ramai orang lagi pergi holiday since cuti sekolah panjang kan. Mesti ramai akan berholiday lepas gaji atau selepas 2,3 minggu cuti. Jadi bagi aku, inilah masa paling sesuai dengan cuaca yang baik dan tak bersesak..Kebetulah aku masih terlepas dari urusan jaga SPM. Kalau tahun depan jaga SPM, maka tak bolehlah lagi nak holiday awal-awal cuti..;(

Destinasi kali ini sangatlah simple. Suami tak perlu buat homework seminggu/sebulan lebih awal. Malah tak ada booking-booking apa pun. Gamble je..Sebab kami sekadar ke Ipoh dan Taiping. 

Tempat-tempat yang kami pergi sepanjang bercuti adalah :

-Area Ipoh dan Batu Gajah 
1- Masjid Negeri Perak
2- Tugu Peringatan J.W.W Birch


3- Kellie's Castle : Bayaran masuk RM7




4- Muzium Ipoh

Alamak, mana pulak gambar-gambar kat sini..?? Tak ambil la kot. Sebab dalam muzium ni kebanyakannya kisah balak lah, kisah Perak man dll. Tapi kebanyakan story board je..

Taiping 
1- Muzium Taiping : Bayaran masuk RM 5



Dah macam kat aquaria pula..;)


2- Muzium Kota Ngah Ibrahim





3- Lake Garden of Taiping - Kayuh swan sekepala RM7




4- Mee Udang Mak Jah 


Rm10 semangkuk..

5- Bukit Merah Laketown Resort  (Ecopark, rumah hantu, Orang Utan Island, Water theme park, kami naik chairlift dan air cycle)

On the way ke Orang Utan Island, naik boat. Best sebab tak ramai. 4 orang je pengunjung dalam bot besar ni..;) 


Suasana sekitar Orang Utan Island. RM30 sekepala


Ni la aircycle. Husband la kayuh (guna tangan), dan merentasi Ecopark. Distance lebih kurang 200m. RM7 sekepala..


Suasana dalam Ecopark. Aku malas la pula nak jalan, sebab tengok rusa, arnab dan binatang-binatang comel yang dah biasa di tengok. So kayuh la aircycle..Dapat tengok keseluruhan terus..;)


Suami kayuh sampai berpeluh-peluh..(^^,)

Ni pula chairlift.. RM7 juga sekepala. Naik ni dapat tengok view kampung air dan water theme park (Rm30 sekepala) secara keseluruhan. So tak penat jalan..;)

Chairlift. Tak perlu queue nak naik, bayar je terus naik. (Tak ramai orang!!! tu yang penting dan best)

Dan kemudian kami masuk rumah hantu (RM6 sekepala) dan seterusnya pergi makan. Dalam ni nak makan kena beli kupon ye..;-)

Haaa, tula gambaran keseluruhan percutian kali ni. Dulu rajin update day by day sepanjang bercuti. La ni aku satukan semua dalam 1 entry. Sebab Ipoh dan Taiping je pun kan..(^^,)

Alhamdulillah..angan-angan sebelum kahwin untuk merentas semua negeri di Semenanjung dengan suami dah tercapai.. So kami target 3 tahun untuk redah semua negeri..Kalau dalam setahun nak redah semua, memang tak sempatlah..sebab aku nak bermalam di setiap negeri.*Banyak cengkadak betul..^^,* Jadi banyak cuti kena apply..Aku tak pela, cuti sekolah panjang.,Husband yang tak boleh..huhu..Yang penting, tempat/kawasan tarikan utama setiap negeri mesti dilawati. Bukanlah setiap inci dalam negeri tu aku nak serbu..hihi.. 

So conclusion :

2010 :
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang

2011 :
Kedah (Pulau Langkawi sahaja)

2012 :
Terengganu, Pahang, Kelantan, Perlis, Kedah, Penang

2013 :
Perak

Ni la turutan percutian kami..yang mengikut perkiraan aku, dalam masa 3 tahun berkahwin walaupun nampak macam 4 tahun.;p Percutian berdua, dengan suami sahaja. Kalau nak campur yang pergi dengan family sekali, memang setiap tahun berulang-ulang negerinya..;)

So, Semenanjung settle. Sabah dan Sarawak??? Sabah masih belum dijejaki. Sarawak kebetulan dah pergi pada 2009. Sepatutnya tahun ni juga ke Sabah..Tapi keadaan tak mengizinkan. Next vacation in shaa Allah. Then barulah rasa boleh fly jauh.. Sebab dah cukup syarat!!..Dalam Negara dulu baru Luar Negara.*Syarat ciptaan sendiri selain beri laluan pada suami yang masih belajar* Tapi tahun bila nak fly tu tak tahu lagilah sebab dah sampai masa membina keluarga. Tak boleh lama sangat berdua. Kang tak sedar dah masuk 30's. Tapi apa ada hal pada umur kan. ;-)

Sekian..

Tuesday, December 3, 2013

DRaMa MeLaYu~

Assalamualaikum..

Tadi sambil buat kerja sekolah, sambil tengok TV cerita 'Terlewatkah Cinta Kita'..Lakonan Fahrin Ahmad & Eira Syazira. Wahhh, bukan main santai lagi buat kerja, yang akhirnya kerja tak siap-siap..;) Bukan senang nak dapat tengok TV, asyik di conquer oleh suami. So, sekali dapat tengok, jangan lepaskan remote TV dan mata mesti ngadap TV penuh dedikasi..(^^,)

Cuma tersentuh dengan dialog si ayah ...

'Aku dah kata, anak aku adalah nyawa aku' 

Teringat mak ayah aku. Masa aku nak kahwin dulu pun, bukan senang mereka nak lepaskan. Terutama ayah! Sampai sebulan beliau murung. Bila tengok drama tadi, dapat rasa apa yang ayah rasa..;(

Huh!! Sungguh beremosi malam-malam ni.

Tu je nak khabar!! Sekian.