Showing posts with label kenduri kawen. Show all posts
Showing posts with label kenduri kawen. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

SuRaU Vs KeNDuRi

salam to all

waaa, sangat mengantuk. orang ngantuk, masuk tidur, aku ngantuk on lappy. yeahh! cara baru hilangkan mengantuk. jangan segan2 untuk cuba ye. aksi ni tak berapa nak bahaya.

malam semalam aku masuk tidur agak lewat. mengerjakan kerja sekolah lah kununnye. malangnya, beberapa jam menghadapnya, macam tak ada apa yang siap. itulah cik pearl. (mana nak siap kan, buat homework di samping lappy, faham-faham je lah)

dan hari ni, aku dengan incik kuzer merancang untuk ke jalan kebun untuk menghadiri kenduri kahwen sahabat baik incik kuzer a.k.a sahabat bisnes aku beberapa bulan yang dulu. kuzer kerja lah pulak, so demi tak nak naik tren sendiri ke klang, aku pagi2 dah mengekor incik kuzer ke pejabatnya. dia sibuk bekerja dan aku sibuk online. mengantuk jangan cakaplah, memang dah tahap buaya kekenyangan (teruk btol perumpamaan cik pearl). segan kat officemate kuzer punya pasal, aku tahankan mata.

tengahari gerak ke jalan kebun. before sampai ke dewan tempat kenduri kawen, kami carik surau untuk kerjakan zohor.

perkara 1 : kami tak familiar dengan tempat tersebut. tak tahu kat mana surau berdekatan. jadi kami tanya pada seorang uncle pemilik kedai. malangnya, sikap acuh tak acuh (macam orang nak naik angin pun ada) sangat buat aku sakit hati. nak beritahu surau kat mana pun siap nak marah. lainlah aku tanya kubur dia kat mana ke kan. ha ni ayat kasar dah keluar dah ni. cepat tarik tangan aku, kang hidung pakcik tu terbalik kang..( hurmm hiperbola jer. faham-faham je lah, incik kuzer penyabar orangnya, so aku pon ikut terdiam.) tapi hati ade sikit pedih!

perkara 2 : surau yg kami singgah betol2 macam sebuah rumah kampung. kiri kanan dan depannya adalah rumah penduduk kampung tu. tapi amat sedih kalau perhatikan keadaan balkoni, tandas dan ruang rehat surau. masuk-masuk dah ada makanan yang dihurung semut, kucing siap berhibernasi dalam tandas, tandas perempuan baunya sangat harum hingga aku terpaksa tumpang tandas lelaki. kat tandas lelaki, semut menghurung segenap ruang. masyaAllah, ada yg makan dalam tandas kah? atau ada yg kencing manis? yang tak tahan tu, kuzer aku terus ambil penyapu & menyapu balkoni surau. hurm..sangat tak puas hati dengan jiran2 yang rumahnya sekangkang kera dari surau. langsung tak menjaga rumah Allah. (ye, aku pun tak bagus sangat. kalau surau sebelah rumah aku pun, entah aku buat entah tak. tapi rasenya tak lah tergamak aku tengok keadaan surau macam tu tanpa buat apa2) ruang sembahyang nya tak la kotor sangat pulak. maka aku dapat simpulkan, mereka hanya memelihara kebersihan ruang solat tanpa mengambil kira kawasan2 lain. (sedangkan lepas ambil air sembahyang, kaki akan jejak situ sebelum masuk ruang solat.aduhai!)

perkara 3 = telekung yang ada cuma sepasang. tengah ambil telekung, cicak bertempiaran lari dari kain telekung. apa perasaan kalian? ...aku sembahyang tanpa telekung akhirnya..

perkara 4 = keluar dari surau dan on the way ke dewan, baru jumpa 2, 3 surau yang lain. mungkinkah bilangan surau yang banyak dalam satu2 kawasan menyebabkan ada surau yang terbiar tanpa jagaan (terlepas pandang ke)... entahlah.. lu pikirlah sendiri.
last but not least:

...selamat pengantin baru buat syafeeq & ain. teruja tengok mereka. majlis kahwen di dewan dengan sambutan sederhana tapi meriah. walau tanpa pelamin dan persandingan, sambutan yang diiringi dengan lagu2 & zikir2 nasyid sangat mendamaikan. pengantin turut menanti menyambut tetamu. wahh, kelainan dan keindahan. (ini juga permintaan dan keinginan bakal bapa mertua aku untuk sambutan di sebelah lelaki nanti, insyaAllah...aku tunaikan)



* selamat bertunang juga buat sahabatku sharifah mayula dan tunangnya alan (tak tahulah nama penuh) yang berlangsung lepas isyak tadi. moga pertunangan kalian berakhir dengan ikatan perkahwinan. amin...

ayu ni kawan aku kat JB. juga 1 course kat UKM dulu. =)

depan kedai fotostat kat JB. hehe

dalam kelas.

*on da way back to rawang, aku boleh tertidur dengan nyenyak. buka2 mata dah kat batu 16 rawang. hehe. tak perasan pulak dah tidur lama dengan membiarkan kuzer seorang memandu meredah jem. maaf yuyunk!

wassalam

Sunday, March 14, 2010

SeTeLah SeKiaN LaMa Tak UpDatE

salam to all..

waaaa..lame tidak meng'update'!

cerita 1

selamat pengantin baru buat teman2 ku yg dah selamat diijabkabul pada feb & mac baru ni. ade yg aku dapat datang & ade yg aku hanya mampu berdoa dari kejauhan. =)

pasangan 1 epa dan azman pada feb ritu. aku kat JB. so tak dapat datang. majlis tunangnya tahun lepas je aku dapat pergi. (entry cerita ceriti II).


apsal ntah gambo ni kicik benar. wat2 nampak la ye!!

pasangan 2 aishah & syafiq. aishah ni anak kepada cikgu fizik aku (Pn. Noreseha) kat sekolah dulu. alhamdulillah, die nikah dan kenduri kawen masa aku bercuti raya cina bulan lepas, dapatlah aku pergi sekaligus jumpa cikgu aku. kendurinya dibuat kat perkarangan masjid besar countryhomes.


cikgu aku 2 dari kiri (belakang). pengantinnye mestilah yg depan duduk tuh! gamba ni after mereka nikah.

pasangan 3 adalah hazirah & izzuan. dua2 ni 1 kelas dgn aku kat JB sekarang. sweet sgt ade psgn suami isteri dalam 1 kelas. hehe..



tema nye purple + silver = i like!! hehe. Tema mase tunang aku dulu..=)

cerita2

now aku bercuti kat rumah. biasalah sekarang kan cuti sekolah, maka cikgu2 pon nak bercuti jugak. aku cuti siap extra dua minggu lagi. awal bulan 4 baru balik semula ke JB. kanak2 sekolah sila jeles sekarang! heh!!

tapi bukan cuti2 goyang kaki ye. seminggu pertama ni dapat lah aku rehat tapi 2 minggu lepas tu aku akan menjalani rancangan orientasi sekolah (ROS) kat sekolah lama aku Sek men keb rawang batu 16. ni bukan praktikal tapi kene buat kajian sikit mengenai sekolah ni. kirenye nak expose kami kepada persekitaran sekolah dari kacamata seorang guru plak. dulu pergi sekolah sebagai pelajar dan skrg sbgi guru pelatih. ade rase hiba disitu.

*dan tadi aku telah membuang masa di saloon selama 3 jam setengah. dah lama tak suka2 buang masa seperti ini. kalo kat JB, jgn harap..huh!

wassalam


Monday, December 21, 2009

CeRiTe HaRi MiNggU


salam to all

cerita 1

aku nak tampal award. dari seorang blogger yg baru jd pengikut blogku. blog 'pereka cerita' namenya.. terime kasih. aku pon dah jadi follower blognye.
link. salam muhibbah di alam maya buat pereka cerita. (ape yg cik pearl repekkan neh!!) oke, salam perkenalan..=)


blog paling menarik?? wahhh!!! (cik pearl boleh menangis bila2 mase kerana terharu)
terima kasih ye kamu..

.................................
cerita 2

semalam aku pergi kenduri kahwin kat sungai besar. 1 kereta bersame kuzer dan ipar duaiku. hujan maha lebat di sana. kalau aku lah yg drive, dah tentu aku parking je tepi jalan sampai hujan reda. dah tentu2 kenduri habes baru aku sampai..heh!
biaselah kawasan rumah kampung mesti naik air bile hujan lebat. ape lagi, lecak giler. aku dgn high heels sah2 cuak. kalo tanah lembik tu berlubang2, memang kerja kasut aku lah tu. hehe. dalam hati istighfar je. kalau ditakdirkan tersungkur pon, redha je lah. kire ade la memori kat rumah org kawen. tersungkur dgn penuh ayu umpama diva. ceh!

tapi alhamdulillah, aku mampu cover sebaik mungkin. nak jalan je, daya tahan kat kaki kene kuat. setiap kali heels masuk tanah lembik, aku tarik dgn senyuman.,muke santun je macam tak de pape. dalam hati eerrggghhh!! payahnyer..silap2, tarik kaki je, kasut tertinggal. itu yg ku harap tidak terjadi dan sememangnye tidak terjadi. syukur2. =)

tema kenduri semalam = merah


balik dari sana singgah kampung melayu batu 16 rawang, kenduri kawen jugak. kawan kuzer punye kakak kawen a.k.a kakak hadi. pukul 4 baru sampai. kire tetamu terakhir lah. sampai je, hujan pon lebat. sg.besar mungkin dah reda. rawang la plak. so redah plak hujan rawang. dua2 kenduri dalam hujan. cume yg rawang ni bernasib baik, dah habis majlis baru hujan. yg tak bernasib baik, pastinye kami sekereta. dua2 kenduri, kami datang masa hujan sedang menggila. tak apalah, moge2 hujan rahmat. =)

soalan cepu gangsa = bile agaknye aku plak yg kahwin?? glurppp!!

sekian. wassalam.

Saturday, December 5, 2009

AkU SaNgAT KaYa

salam to all

hai hai..macam lama je cik pearl tak update. =) tak ada cerita yg menarik utk dikongsikan. semalam aku ke kalumpang melawat ibu saudaraku yg kian sembuh dr sakitnya. alhamdulillah. then ke batang kali untuk memantau kerja2 renovation rumah ku utk diberi sewa kepada bakal2 guru sekolah syed mashor batang kali. cik pearl serius je nie. macam tulis esei. bosan.

ok2..ubah mood..
cerita 1

mm hari ni aku buat biskut raya.. sempena apa? sempena mengisi masa2 terluangku di rumah. sejak bila cik pearl sgt rajin? yes, good question.. aku tak la rajin mana, tapi sedikit kurang malas berbanding hari2 biasa.

taraaaa...tak de lah kiut sangat.



setelah dibalangkan. tak boleh blah ayat itu ----> 'dibalangkan'..

cerita 2

dah tak ada kije nak buat, aku edit gambar2 aku (kire tergolong dalam unpublished photos aku la)..

mesti bergaya, mutu & keunggulan oke..! cik pearl dah macam power rangers kuning..

mm dah macam gaya artis2 kite keluar court kan. hehe.. (ish cik pearl, tak elok tau) mm bukan aku nak tiru2 (sok2 kena batang hidung sendiri baru tahu..nauzubillah) cuma kebetulan gaya tu ala2 mereka.huhu..jgn bikin kontroversi..

ape kena mengena dgn tajuk entry ini?? aku sgt kaya -----> tepat = kaya dgn masa. tu boleh edit2 gamba, bikin biskut raya dan esok mahu bikin laksa johor. sudah lama tak makan. wahh!

* esok ade dua kenduri kawen yg bisa dihadiri. 1 di dewan taman jati rawang..and 1 lagi kat lorong mangga kuang, rumah sepupu kuzer.

wsalam..

Tuesday, March 31, 2009

OuR JoUrNeY

Assalamualaikum..

alhamdulillah..selesai jugak majlis kahwen akak aku belah suami nyer kat pahang..(29/3/09). malam sebelum bertolak, hati aku cam tak bape nak sedap..tambah lak fikir masalah kesihatan yang akak aku hadapi..plus masalah hati mak aku yg tak bape nak tenang mengenangkan anaknya.

akak tak sihat + mak tak tenang = aku pon naik biol

perjalanan amik masa lebih kurang 3 jam utk sampai ke jengka 16. lebih kurang 5 buah kereta bertolak iringi akak aku. aku cam bese la, naik kereta family termasuk my kuzer. die yg drive..

perjalanan nmpak lancar. tapi tak tahu nape bila kuzer bawak lebih 100km/h je, nyawa aku macam nak melayang. padahal kat highway. family aku relax je, aku yg gemuruh macam nak pergi temuduga..

masuk area jengka, seronok jugak..yela, kawasan kampung..tenang..tapi bila aku dah mula tenang, jadi plak detik2 yg mencemaskan. kereta kami membontoti sebuah traktor. besela, trektor tak ada signal. pakai tgn je nak ke kiri ke, ke kanan ke.. kereta depan kami selamat je memotong trektor tu..tapi bila time kami potong, trektor tu nak belok kanan rupenye.. nasib trektor tu ke kiri semula. kalo die teruskan niat murni die, alamat kami sekeluarga berada di hospital jengka..nauzubillah..

hati aku mulala tak sedap..tapi terpaksa la buat2 cool..kawasan umah kat jengka ni agak tak tersusun. atas bukit, bawah bukit, tepi bukit, antara bukit, semua ada rumah..dalam sibuk2 nak arak pengantin, kereta ayah aku dilanggar oleh kereta pak teh aku..bergesel sikit je la. tapi sebelum bergesel tu, mcm2 aksi menyeramkan berlaku..dalam Allah lindungi perjalanan kami dari ditimpa musibah dgn trektor tu, Allah tetap datangkan ujian. Mungkin dah janji Allah..Ape pun aku bersyukur, sekurang2nya Allah timpakan kemalangan kecil berbanding kemalangan besar.

sampai je bawah khemah pengantin, satu lagi ujian tiba..bekalan air & elektrik tak ada. pengantin pon bermandi peluh..ala2 pengantin baru pulang dari membajak sawah. tapi makan memang sodap.. masakan kampung..sedap sampai menjilat jari..ehe

dalam kul 2, kami gerak pulang ke umah. tinggalla akak aku yg kami sekeluarga kasihi. sedih tinggalkan die dalam keadaan sakitnya. risau hati kami..:(

perjalanan balik diiringi hujan lebat. kuzer memandu dengan tragis + sumpah seranah dalam hati sbb 1 family aku tidur. ekeke. tapi alhamdulillah, selamat sampai..




pengantin wif my dad & mum


wajah pengantin penat bermandi peluh


wakil kami sekeluarga (ramai dah balik time ni)


kami pon nak bgmba gak..ehe

keluhan : tema warna mjlis kawen aku yg entah tahun bila akan berlangsung dah dirembat oleh akak aku..x bley jadik !!!

ana billah walillah ma'allah
wsalam