Tuesday, October 26, 2010

JaLaN-JaLan SeBeLum ExAm

salam to all..


minggu lepas aku sekali lagi tak balik ke rawang. 2 minggu berturut-turut nampaknya kali ini menghabiskan weekend di JB. kental bukan? cuma kali ini, suami aku dtg ke JB. Hari jumaat jam 1 pagi (dah kira hari sabtu lah) beliau bertolak, dan 3.45 pagi sampai ke larkin. giler laju bus nya. bikin hati ini risau. dengan kaedah pembelian tiket bus secara online yg begitu menyusahkan dan kemudian beliau berjalan kaki dari terminal larkin ke apartment aku pada jam 4 pagi. aku ulang, jalan kaki ye! lebih kental dari apa yang difikirkan.. alhamdulillah, beliau selamat sampai.

sabtu malam, kami ke pandan city.
Dinner di larkin, steamboat & bbq di sana.
tapi lupa nak ambil gambar. lepas jugak hajat aku nak bawa suami makan steamboat. lama dah aku janji nak bawa beliau makan steamboat di JB, memang sodappp. dan kali ni baru ada peluang..(",)

hari ahad, kami ke city square. dapat juga aku ke tempat makan kegemaran iaitu laksa shack dan secret recipe. laksa shack di mid valley dah tutup. huaaaa.


nasi beriyani ayam merah pilihan beliau

pilihan aku seperti biasa..asam laksa..

petangnya kami melawat zoo Johor dalam hujan..(begitu romantik sekali destinasi pilihan kami ye..=)



burung flamingo berkaki pink..

antara haiwan yg mendapat perhatian aku..sebab bulunya boleh tahan pelik. lebat giler macam rambut manusia yg panjang dan kusut.

ni ape ha?

beliau dalam hujan.

mdm pearl. =)

us at zoo JB.

* exam...exam..pening..pengsan..(tapi masih sempat berfoya-foya nampaknya) =)

Friday, October 22, 2010

WaRNiNg RiNgKaS

To : Azam Sahri..

Aku guna kekerasan kerana menaip namamu di sini.

ko mane? aku kira sampai 3 (maksudnya aku bagi 3hari) utk ko memunculkan diri. (maksudnya bukan depan aku, aku takut terpengsan pulak nanti), tapi kat alam maya ni. ni warning aku 2nd last. ingat!

*aku kurang gemar main hide & seek dalam keadaan2 mendebarkan ni.

yang benar
Pearl-Nedya

Thursday, October 21, 2010

PeNGanTin PPC 2010

salam to all..

time to bermalas-malasan di hadapan lappy..sambil mengexplore gambar teman-teman semaktab di facebook. kami menghampiri peperiksaan dan cuti panjang yang di tunggu-tunggu.. yeahhhh!!!

bila di belek-belek, baru aku sedar ramai juga rakan sekelas aku yang dah bergelar puan. semuanya mengakhiri zaman bujang tahun 2010 ni.

ha, ni semua classmates aku dan pasangan masing-masing..

pengantin March 2010

1) Hazirah & Izzuan (dua-dua classmates aku). tema : purple dan 1 lagi tak dapat di kenalpasti.


2) Saraswathy (classmate) dan suami (tak ingat nama la plak!). tema : pink dan merah




pengantin Jun 2010

3) Ayu (classmate) dan Azlan.. (ayu is my housemate now). Tema : hijau dan gold.


Gambar pada malam berinai.

4) Dayang (classmate) dan Ijoy. Tema : Purple dan gold.




5) Wanie (classmate) dan Syam..mereka dah bernikah pada disember 2009 lagi, tapi aku kire pengantin 2010 juga lah sebab resepsinya dibuat pada jun tahun ni. Tema : Biru dan merah. pink kat bawah ni pada malam berinai sebenarnya.



pengantin September 2010

6) Sarah (classmate) dan Ilham. Tema : merah dan pink.



= Dua tema bagi setiap pasangan di atas bermaksud tema di kedua-dua belah pihak.

dan aku juga bernikah pada september baru ini, tapi aku consider diriku as pengantin november lah ye mengikut bulan majlis resepsi aku nanti. insyaAllah.. merangkap pengantin penutup tirai tahun ini..tema perkahwinan aku juga tidak lagi digunapakai oleh mana-mana pengantin di atas. (",)..

*Tema aku pada mulanya biru turqoise & pink pekat. tapi ditukar ke ungu & putih... tapi since nikah dah pakai putih dan tunang dulu dah pakai ungu, so tak jadi jugak. nak merasa warna-warna lain lah pula kan..baru meriah.

*kad kawen aku warna biru, so ramai ingat temanya biru. Coz ramai pengantin sekarang guna 1 tema untuk semua termasuk kad kawen, pelamin, khemah, pakaian dll.....tapi aku tak buat begitu. pelik2 sikit pengantin november ini. (InsyaAllah)



* ke ade lagi coursemate aku yang akan jadi pengantin disember 2010???

wassalam.

Tuesday, October 19, 2010

DiNnEr IPG~

salam to all..

esok tiada kelas. hurm, ape agaknya yang boleh di buat bagi mengisi masa ye? gaya soalan aku, macam memang tiada kerja yang boleh di buat, padahal exam dah sangat hampir. dan segala buku & nota yang dah dikeluarkan sedang beratur menunggu turn untuk diselak dan dibaca oleh tuannya ni. haihhh!! kemanakah semangat seorang wirawati keluaran UKM ini agaknye ye..(",)

ok. baru-baru ni, di maktab aku ada dinner yang diorganize khas untuk pelajar2 sains yang akan grad tahun hadapan. (insyaAllah pada march 2011). maka, akulah antara insan-insan bertuah yang memeriahkan dinner tersebut. terasa excited pula bila memikirkan diri ini akan melalui saat manis konvokesyen untuk kali yang kedua tak lama lagi (jika dipanjangkan usia. mudah-mudahan).

agak-agaknya ada tak konvokesyen kali ke-3 utk aku? wahh..;-) walaubagaimanapun, aku harus menunggu suami grad kali ke-2 dahulu baru aku proceed ke niat murni tersebut. (malas belajar tapi ada hati nak grad utk kali ke-3 ye dik oi) beranganlah ko pearl...;-)

~~~~ sekitar dinner..

sekali tengok, macam tudung atap genting dah.. tapi bukan rupenyer..

dengan shariana. bunga kertas atas kepala tu saje pinjam sekejap kat model belantara (flora) pada malam dinner tersebut..;p


suku dari coursemates.

gambar kecik2 dah la ye. (",)

*IPG = Institut Pendidikan Guru.

wassalam

Monday, October 18, 2010

RaJiN BeTuL MenGuPdaTe!

salam to all.

update lagi. phewwww..~ semester yang best kali ini kerana kurang kelas dan kurang kerja. lepaking & relaxing habis. tu yang nampaknya mengupdate blog begitu bersungguh-sungguh kebelakangan ini. kalah kesungguhan aku menghadap buku bagi menghadapi peperiksaan. =( sayu dan insaf di situ...

ok. award kedua bulan ini. dan kalau tak silap aku, award kedua dalam tahun ini. =)

diberi oleh cik aishahumairah juga. beliau memahami kebosanan aku. lantas meng'award' & menge'tag' aku lagi utk kali ini. terima kasih daun keladi ye. ada award & tag, boleh beri lagi. (",)


inilah awardnye. 'you are the best' tu memang tak tahan. i loikeeee...=) tq aisha.

dan ini soalan2 yg mengiringi award ini. kire tag sekali lah kan.

1) write 5 interesting facts about the person who gave you this award?

- 1. beliau merupakan kenalan saya semenjak tahun 1 di UKM lagi.
-2. orang Johor.
-3. masih di UKM menyambung master. waaaa, seronok. jeles betol. =)
-4. kening lebat & cute orangnya.
-5. peramah & ada sense of humors.

2) write down 10 interesting facts about yourself and your hobby?

-1. Masih seorang pelajar dan sedang gigih menghabiskan semester akhir di IPG Kampus Temenggung Ibrahim JB.
-2. Sudah bergelar isteri kira-kira sebulan yang lalu.
-3. Penggemar semua jenis beg dan kasut.
-4. Sukakan muzik yang mendamaikan.
-5. Laksa shack adalah tempat makan kegemaran.
-6. Suka warna putih, brown, purple & peach
-7. Suka menyanyi dan menari. (tapi now husband pantau. so slow sikit..;-))
-8. Pengumpul syiling 50sen.
-9. Penangis yang agak tegar.
-10. Kalau pergi secret recipe, mesti pilih chocolate indulgence & new york cheese. yummmyy..~

3) pick your most 10 deserving recipients and describe them?

-1. Abuzar : si suami yang dikenali hampir 10 tahun dahulu.
-2. Nazry Iskandar : Kawan sekelas di sekolah menengah.
-3. Farhana Abu Bakar : Belajar sama di UKM, sama juga kolej penginapan dan 1 matriks tanpa disedari. =)
-4. Ms. Happy : 1 flatelet di UKM. =)

Wassalam.

Sunday, October 17, 2010

SeTeLah SekIaN LaMa TaNpA TaG & AwaRd

salam to all..

kebosanan di hari minggu. dengan tegar tidak mahu balik ke rawang kunun-kununnya nak mulakan usaha study untuk peperiksaan. Peperiksaan yang akan bermula pada bila-bila masa sahaja, mengikut suka hati mereka. (mereka = unit peperiksaan maktab) . minggu depan pula, kelas mungkin sampai rabu/khamis je. jadi kebarangkalian untuk balik ke rumah tercinta sangat tinggi coz ade 4/5 hari free. takut mati kebosanan pula di sini. ~

oh ye, tujuan utama update hari ini adalah untuk memaparkan award ini..taraaaaa....



Award dari aishahumairah. tengs a lot aisha. ;-)

award ini diiringi dengan beberapa soalan..apekah?

1. Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?

ooo, begitu banyak perkara. Antaranya :

1. peperiksaan tak lama lagi
2. makanan yang akan dibeli di pasar malam kejap lagi.
3. apa yang nak di studykan malam ini.
4. persediaan kenduri kahwin yang aku tangguh sampai hari ini. (mak + mak mertua dah start berzikir2 manja di telinga aku)

2. Apakah nama samaran you all?

begitu banyak juge. (tak ada yang sikit~).

1. nad
2. nadia
3. nurul
4. pearl
5. ned

Kelima2 nick name dipanggil oleh kawan2 dan sanak saudara. tak termasuk keluarga dan suami ye.

3. Berikan nama 3 orang yang you all sayang?

tiga je? terlalu ramai juga yg aku syg. oklah, kali ni aku tepati kehendak soalan.

1- En. abuzar (suami)
2- En. Abu Bakar (ayahanda)
3- Pn. Salbiah (bonda)

4. Panggilan untuk si dia?

si dia ni aku tak pasti siapa. so aku anggapkan 'dia' ni seseorang yang istimewa lah ye. suami aku boleh?

banyak jugak panggilan utk dia.

1. abg
2. syg
3. hubby
4. darl
5. zar
6. diva (@_@)

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?

Pakej honeymoon ke serata negeri di semenanjung malaysia. boleh?
so far dah ke pahang dan melaka je. kalau boleh nak pergi semua tempat sekali gus, tapi cuti tak ada. perlu sedar ye, aku masih seorang pelajar. jadi, dalam sebulan baru dapat cover 2 tempat. (baru kawen sebulan je pon kan)

bulan 12 ni aku cuti sebulan, nak cover lagi 9 negeri ye. jadi kesimpulannya hadiah yg aku impikan adalah pakej percutian ke 9 negeri tersebut... ;-)

6.Blog mana yang you all suka visit?

banyak jugak. tak tersenarai dibuatnya. tapi since link2 ke blog blogger dah terhilang di sebabkan aku menukar layout suatu ketika dahulu, tak dapat dah aku mengusha blog2 blogger. kalau ada yg drop komen, baru aku membalas lawatan kalian. biasalah, tak ingat url blogger. terlalu banyak..;-)

7. Tag kan 15blogger you all?

1-abuzar si cekodoksedap
2-farhana eksperesi diriku

dan semua blogger yg nak buat tag & award ini. silakan. jangan segan silu. apa lagi malu2..

wassalam.

Saturday, October 16, 2010

BuKaN MuDaH Jadi GuRu

Salam to all.

Jeling sikit tajuk entry hari ini. wah! terasa sebu seketika. bukan mudah menjadi seorang guru..

'ala, cikgu kerja separuh hari.'

'cikgu kerja relax, gaji banyak'

'cikgu banyak cuti'

biasa dengar kan statement-statement di atas?? kalau dulu, sewaktu aku bergelar pelajar sekolah menengah, aku juga mempunyai pandangan yang sama terhadap seorang guru. melihat guru-guru aku kat sekolah, ada juga minat untuk menjadi seorang pendidik. tapi pada waktu itu fikiran agak singkat. bukan minat mendidik kerana benar-benar ingin mendidik tapi ade sebab lain..;-) apekah???

1) cikgu-cikgu pergi sekolah bergaya dengan pakaian cantik-cantik dan sopan. satu set dengan handbeg & kasut. itu yg paling aku gemar. (kasut & handbag tu paling penting..=))
2) cikgu kerja separuh hari je. balik rumah dah boleh urus suami dan anak.
3) cikgu sekolah cuti banyak. anak cuti, emak pun cuti. every weekend boleh pergi jalan. tunggu suami je ambil cuti.
4) kerja tak susah, setakat membebel sesuatu perkara yg digemari (contoh = kimia). habis sampaikan apa patut, pergi kantin rehat.
5) kerja relax, gaji masyuk. kalau bersalin, cuti panjang.

itu je buat aku suka.

bila aku mula masuk maktab, praktikal.....aku lesu. bukan mudah menjadi guru. apatah lagi guru di era ini. sangat sangat sangat sangat mencabar.

1) kalau dulu cikgu balik pukul 1.10 (sama macam pelajar) sekarang tidak lagi. guru balik paling awal 2.30. kalau tak macam office hour coz terlalu banyak meeting.
2) sabtu pun ada meeting, latihan dalam perkhidmatan, event sana sini & macam-macam lagi.
3) terlibat dalam persatuan dan kelab. bukan senang nak organize kelab. sebarang event nak dijalankan dengan pelajar even event yang kecil, meeting dan persediaannya sangat-sangat menuntut usaha dan masa. belum lagi jadi guru rumah sukan.
4) terlibat dengan jawatan khas. setiap guru akan rasa samada jadi setiausaha peperiksaan ke, guru PIBG ke, Guru Kanan matapelajaran ke, Ketua Panitia ke. dan setiap jawatan khas ni, banyak giler kerja. meeting tak payah cakaplah.
5) belum lagi kalau sekolah anjur hari terbuka contohnya, dan kebetulan kena jadi bendahari utk program tersebut, dah dapat satu tugas free. jangan ingat tugas ini semudah mengutip wang sahaja. terlalu banyak tuntutan walau sekecil-kecil jawatan.
6) Menggubal soalan peperiksaan. boleh pecah otak fikir.
7) Kerenah pelajar. pelajar dulu dan sekarang totally different. pelajar sekarang sangat daring dan dalam bahasa kasarnya biadap. true speaking.
8) kerja guru tak terhenti di sekolah. bawa pula pulang ke rumah. sambung buat kerja kat rumah. samada menanda buku pelajar, kertas peperiksaan/ujian, laporan itu ini, kertas kerja menimbun-nimbun, analisis sana sini dll.
9) dihantar ke sekolah lain utk jadi pengawas peperiksaan, terlibat utk hantar pelajar yg jadi wakil sekolah dan kursus-kursus lain di luar sekolah yang bukan sedikit.
10) guru dulu just chalk and talk. teaching in bahasa je pun. tapi guru sekarang perlu 1001 skills. bahasa Inggeris, penggunaan teknologi ICT semasa mengajar (mengajar guna LCD projektor, laptop bagai), penggunaan alat radas kat makmal (khas guru sains), kene guna alat bantu mengajar dan macam-macam lagi. kalau semua ni tak reti, hurm alamatnya 1001 kelas dan kursus lagi akan diadakan untuk anda.
11) cikgu akan dinilai dari masa ke semasa cara pengajarannya. ada exam juga ye.

berminat jadi guru?? silakan.

walaubagaimanapun, aku tetap ceria. sebab suami dan keluarga banyak membantu. kata mereka, tak ada kerja yang mudah dalam dunia ini, dan harus bersyukur kerana ada juga kerja sedangkan ramai yang menganggur di luar sana. cuma aku coretkan perbezaan ini utk mengungkap kisah sebenar diari seorang guru yang rata-rata tidak faham beban sebenar yg dirasai guru. tidak mudah seperti yang disangkakan.

kalau baca balik 11 perkara di atas, memang nampak yang negatif je lah kan. tapi selaku insan yang berfikiran positif (ececeh), aku menganggap di sebalik 11 cabaran di atas, masih terselit 1100 kemanisan yang bakal dilalui oleh seorang guru. so aku nak carik semua kemanisan tu lepas bergelar guru sebenar nanti. ;-)

dan paling gembira, kerjaya ini bagiku sangat mulia untuk insan yang bergelar wanita. tak hilang santun dan fitrahnya wanita itu (kata suami aku lah) . sampai bila aku boleh bertahan, terserah pada kemampuan dan rezeki. if 1 day, aku terasa nak bertukar kerjaya, aku rasa kerjaya tu pun tak kan lari terlalu jauh dari skop seorang pendidik. (macam dah ada plan je.)

apapun, bersyukur dengan kerjaya anda sekarang. yang penting rezeki halal. ia kan? ikutlah minat dan keinginan masing-masing. setiap manusia ada pandangan tersendiri. wallahualam.

aku mengajar di sekolah menengah kebangsaan tasek utara, JB. penuh whiteboard tu aku conteng..;-) (sedang bagi mereka homework)

my students


*suri rumah pun seorang pendidik. jangan lupa itu..(macam nak jadi suri rumah je bunyi..@_@)


sekian.

Friday, October 15, 2010

SeDiKiT CoReTaN

salam to all

jumaat yang barakah..hendaknya..Amin.

aku berada di Johor. tidak pulang ke rawang minggu ini. agak pelik di situ.
soalan teman : ai kak, tak balik ke disweek? takut naik bus eh??' glurrrpp. WTH.
sedikit cuak memang ada. terkenangkan tragedi 10/10/10 (kemalangan yang melibatkan bus express delima dalam perjalanan ke KL dari Melaka). tapi apa boleh buat, untuk drive setiap minggu sememangnya tidak mampu. penat babe. husband pun tak izinkan. ditambah dengan kadar tol & minyak (lebih kurang Rm100 sehala) buat aku memilih bus awam sebagai pengangkutan utama balik ke rawang.

cuma minggu ini, aku tak balik. kebetulan petang ini ada farewell party kelas aku. lepas ni tak jumpa dah sehingga exam bulan depan (selepas deepavali). sebahagian dari kami iaitu pelajar2 matematik akan mula bercuti (selasa depan) coz sillibus dah habes. tinggal kami pelajar2 kimia, biologi dan fizik masih gigih ke kelas. lepas exam nanti, masing2 balik kampung halaman sehingga bulan 1 sebelum dipostingkan. cuti sebulan lebih. hoooreyyy...;p excited bukan?

dan aku sedang berfikir2 utk bekerja sementara semasa cuti bulan 12 ini. bekerja mengikut suami di TM boleh? sebab incik suami suruh aku mengikut beliau ke mana sahaja 24hours. kalau tak kerja, aku di rumah asyik tidur sahaja katenye.

*jadi cleaner pon oke..

Thursday, October 14, 2010

EnTaH ApA YG DiRepeKKAn

salam to all

lewat malam..sedang mengisi borang standard guru malaysia. terlalu banyak soalan yang perlu dijawab. dengan keadaan internet yang agak malu-malu untuk memberikan perkhidmatan terbaiknya, aku menanti dengan sabar dan sempat mengupdate halaman ini.

cerita 1

ok. bagaimana agaknya saham orang yang dah kahwin? meningkat atau menurun?? mengikut kajian terhadap diri sendiri, saham wanita berkahwin meningkat dengan agak mendadak. kalau sebelum kahwin, aku mempunyai pengalaman di'ngorat' sebanyak 30x sehari, selepas kahwin ia menjadi 112x sehari..hebatkan? ;-)

ayat2 si lelaki kebanyakannya bermula dengan persoalan berkaitan umurku. boleh jadi aku menjawab 18tahun. mereka pasti percaya. 26 tahun? mereka percaya juga. malangnya aku menjawab dengan lurus, 23 tahun. (ayah mak selalu pesan jangan menipu..;p) jadi mereka tak expect yang aku sudah berumahtangga. ada masa nya aku rasa ingin menjawab, sory guys, im married. tapi di 1 sudut otak, terbayang pula jawapan respon mereka nanti 'kami mintak no telefon dan nak berkawan aje, bukan nak kahwin pon. jangan perasan lebih2 ye..' glurrrpp. menelan air liur sendiri. so terus aku sematkan sahaja ayat yg sepatutnya aku hamburkan. malu pulak nanti.

belum ada anak, boleh lah dingorat 112x sehari, lepas ada anak???

cerita 11

kisah dirisik oleh pensyarah sendiri di maktab ini, beri aku 1001 pengalaman beharga. betapa kesetiaan, kejujuran dan maruah diri sangat penting dalam menjaga hubungan dengan pasangan. Alhamdulillah, dugaan dapat diatasi. sentiasa mengingat status diri itu penting kerana kerap kali diri ini terlupa akan perubahan status tersebut. (biasalah, masih hidup sendiri di perantauan).

cerita 111

2 minggu lepas. aku, suami dan beberapa kawan yang lain sempat melawat kawan kami yg sudah selamat melahirkan anak sulungnya. tahniah utk fida & hafis. baby boy cumell di beri nama adam nafis..



adam nafis. cumell kan.


hamdan & afiq.



zuhrah & amanina



hadi, ibu si cumell (tudung pink) dan bapanya (shirt hitam)

wassalam.

Thursday, October 7, 2010

WhY DO I LoVe YoU!!


Why do I love you??

I love you because I love you..
A love without boundaries..
I love you because I love you,
That's it....It is so simple..

On this wonderful day,
A star of pure love,
Appeared to be my gift,
my present & my future..
YOU!!
Im very thankful for all the joy,
you bring into my life...
Hepi bufday Abu Zar Kassim a.k.a Incik husband.





*der...lu selaloo kata lu syg gua lebih dari gua syg lu..lu tau tak, sampai sekarang gua masih carik ukuran sayang itu??

**moge jodoh kita berkekalan. Amin..

Sunday, October 3, 2010

CaMPuR AdUk

salam to all..

mari mengupdate..!!

satu

2 minggu berturut2 aku balik rumah (rawang). seperti biasa, JB tu dah macam belakang rumah je aku buat. ;-) sementelah semester ni agak relax, aku balik dengan tenang tanpa homework saban minggu. silalah jeles..

dua

seorang sahabat mengexplore gambar2 nikah ku di facebook.

soalan beliau ' eh..eh..ko nikah tak pakai inai? pelik nye..'

ye..memang aku tak pakai inai walaupun aku penggemar inai. ibuku dan suami ku dua2 sekepala. tak perlu katanya. kenduri nanti baru pakai. baik. titah dituruti..

bebelan beliau lagi ; 'ko memang selalu buat perkara pelik2 kan. couple tak bagitahu (tup2 dah 6 tahun), tunang mengejut, nikah tiba2'....kenduri nanti bila? ke nak buat surprise jugak!!?? beranak dah 4 nanti baru aku tahu agaknya..

glurppp.. perli separa maut ni.

relax babe. semua yg aku buat tu tak lah pelik sangat. kenduri nanti aku confirm bagitahu, sebab kenduri ada kad jemputan. ;-)

tiga

balik dari cuti raya 2 minggu lepas, aku dan dua sahabat yang lain diminta untuk mewakili KPLI-Sains-Kimia untuk masuk pertandingan Inovasi, mencipta alat bantu mengajar. hari isninnya baru kami terhegeh2 berbincang dan hari rabu dah dipertandingkan. serius kelam kabut. bertanding dengan 24 kumpulan yang lain. kumpulan2 lain dan prepare untuk pertandingan ni paling minimum selama seminggu. tapi kumpulan kami hanya sempat prepare dalam dua hari. (berikutan kami tiada di dalam kampus kerana praktikal semasa jangka masa pertandingan ini). ni kiranya macam pertandingan reka cipta lah. tu yang kena kerah otak dan tenaga memikirkan apa yang boleh dicipta.

tapi, berkat usaha kami dan pertolonganNya, tanpa disangaka2 kami bergelar JUARA. serius tak sangka. hasil ciptaan kami adalah : kit elektrolisis. iaitu alat penyaduran.



ni la nama2 bertuah ahli group aku di booth bernombor 13. im da 1st..;p

kami bertiga di booth kami..

booth kami sewaktu dilawat oleh pensyarah. khusyuk kami menerangkan alat ciptaan kami..sambil menanti kehadiran para hakim.

yeayyy. we are da champion...;-) kanan sekali pengarah maktab kami. dan wanita kurung coklat itu adalah pengarah IPG Malaysia. terasa bangga di situ. (muka aku tiada senyuman..)

kami guru malaysia..

tiada kerja.

bergambar di hadapan electroplating kit ciptaan kami.. electroplating kit : alat penyaduran.
contoh = menyadur bahan dengan selapisan nipis emas. hasilnya dalam kehidupan harian kita sekarang adalah zulian. zulian ni macam emas kan tapi murah. zulian bukan emas 100% tapi logam yg di salut emas. alat menyadur bahan/logam tu lah yg kumpulan aku cipta. boleh buat bisness ni. bisness zulian.;-)

*_* juara. kata pensyarah aku 'rezeki pengantin baru'.. alhamdulillah.

empat

ceritera raya..
aku langsung tak update blog mahupun facebook dengan gambar2 raya. baru terasa ingin berbuat demikian walau sudah agak basi ceritanya. raya 2010 yang sederhana kerana agak havock dengan persiapan nikah.

mom & sedara mara..

sepupu sepapat

sepupu.

gambar raya tak ingat di folder mana. agak malas untuk mencari. tiga gambar je dapat upload ye. ;p (tema raya kedua: kuning)

* baru terhegeh2 mengutip semua alamat kawan2 untuk edaran kad kahwin. agak pening di situ..

sekian