Thursday, December 13, 2012

MalaCca

As Salam..

Wihuuu, bangun pagi-pagi, dah terasa lenguh-lenguh kaki macam baru lepas merentas desa..

Dah lama tak merentas desa..;) Sakit/ Lenguh kaki gara-gara berjalan jauh.

Selasa (2 hari lepas) aku ke Melaka..Berjalan agak jauh..Kira berjalan meneroka seluruh Bandar Hilir, Melaka.. Tu pasal kaki ni merengek 2 hari ni..

Dah hampir 7 kali ke Melaka. Tapi berjalan punya pasal, tiada rasa jemu. ;)

Kali ini aku pergi bersama keluarga mertua. Saja bawa adik ipaq berjalan-jalan sebelum buka sekolah Januari depan..

Pagi-pagi dalam pukul 6.40 pagi kami dah gerak. Membolehkan kami sampai ke Melaka pukul 9 pagi..awal bukan? Rajin aku bangun pagi kalau nak berjalan...;)

Destinasi yang kami lawati adalah sama seperti tahun lepas, sikit saja beza (1 lokasi je pun) :

1) Zoo Melaka (sempena bawa adik ipar berusia 6 tahun)
2) Planetarium Melaka (kali pertama aku pergi)
3) Lunch di Restoren Asam Pedas Melaka. (Tapi aku makan ketam masak lemak yang superb sedap)
4) A'  Famosa dan sekitarnya (Kalau kubu tu boleh bercakap, mesti dia cakap 'Tak lalu aku tengok muka pengunjung ni, setiap tahun dia datang lawat aku'...hehehe
5) Menara Taming Sari
6) Malacca River Cruise.

Sampai rumah pukul 1 pagi. Alhamdulillah selamat perjalanan dan paling penting sepanjang lawatan, cuaca baik..;-)

Horse riding at Zoo Melaka

In front of Planetarium Melaka

Husband & I




A'Famosa


Sekian..

Sunday, November 25, 2012

PendaPaT PeNuLiS

Salam to all.

Update!

1- Selasa lepas, aku sempat menonton filem Istanbul Aku Datang..Lakonan Lisa Surihani, Tomok, Betto dll. Ramai yang kata cerita ni best, so tertarik la juga nak pergi tengok kan. Kalau ajak suami, dah tentu tak dapat dan asyiklah suruh aku tengok kat Astro First je. Jadi masa dia kerja, aku pergi mengukur jalan dengan adik aku. Yihaaaa, dapat jugak!

So komen aku :
a) Jalan cerita unik berbanding filem-filem cinta melayu sebelum ni.
b) Lakonan Lisa sangat-sangat berbeza dengan lakonannya masa filem I'm not single. First time aku tengok beliau berlakon, aku terus tak jadi nak minat si Lisa ni. Agak kaku. Tapi sekarang, boleh dikatakan 'awesome!'..
c) Solekan, gaya dan fesyen Lisa tak ubah macam Actress Korea. Jalan cerita pun macam Movie Korea.
d) Adalah sangat baik kalau Pelakon lelaki lain dapat ganti tempat Tomok dan Aizat. (Sorry, itu pendapat aku..(^^,))
e) Lakonan Betto sangat best cuma beliau tak berapa nak handsome.. (Sorry lagi!)
f) English Language Tomok & Betto macam skrip sendiri. Boleh tak? hehe

Apapun, filem melayu pertama yang aku suka!
*Aku sanggup promote kat suami, kot lah dapat tengok untuk kali kedua.. Balik-balik Astro First!!!!..Gerrr


2. Aku pergi kenduri kahwin. Banyak kenduri kahwin. Dan banyak yang aku sedari.. Antaranya :

a) Ramai pasangan hanya menitikberatkan make up, baju, door gift dan pelamin pengantin. Sedangkan makanan yang dihidang pada tetamu lebih utama untuk dijaga. 
b) Pengantin perempuan banyak pula pakai turban...ehhh ehhh.. Fesyen eh?? Tapi kalau sampai orang salah tafsir, bahaya tau. Jenayah fesyen tu.. hehe
c) Pengantin sibuk nak bergambar di pelamin dan hilang untuk outdoor shooting seawal 2.00 petang.. tetamu dan kawan yang datang dari jauh dapat tengok mak ayah pengantin sahaja lah!
Banyak lagi.. Tapi... Next entry lah ye. ;-)

PerCuTiaN 2012 - 4

Salam to all

Mari update lagi..;)

ok, selepas 4 hari balik bercuti dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, kami sambung bercuti ke Pahang. Bukan lama pun, balik hari je. Dah lama teringin ke Bukit Tinggi, kebetulan adik aku pun cuti. Jadi kali ni kami pergi bertiga.. 

Masuk je ke sini kena bayar RM12 untuk dewasa. Then ada perkhidmatan shuttle (ala, lori kecik yang open air, macam kat zoo tu) disediakan. Setiap 1 jam, shuttle ni akan gerak dan ambil serta drop korang kat tempat-tempat tertentu.

Tempat-tempat menarik di Bukit Tinggi :
1) Animal farm (mini zoo)
2) Horse riding
3) Colmal Tropicale, Le chevalier dll : Bangunan-bangunan ala Perancis.
4) Botanical garden
5) Japanese village
6) Golf resort

dan mungkin ada tempat lain yang aku tak tersenaraikan..

Apa yang pasti, tempat ni memang boleh jadi heaven buat fotografer-fotografer di luar sana sebab pemandangan kat sini terutama di Japanese village sangatlah cantik, superb, awesome, gila vavi cun. Belum lagi usha-usha bangunan ala-ala perancis kat Le Chevalier dan Colmat Tropicale..Rasa kat oversea je.. hehe.
Jom layan gambar.
  
Bangunan-bangunan ala Perancis (hotel sebenanrnya)








Ni dekat animal farm. Binatang-binatang yang ada memang mesra pengunjung sebab  mereka dibiar bergerak bebas .. Pengunjung boleh touch, feed them & bergambar bersama.

                                                                     Pemandangan 

Di Japanese Village. memang superb pemandangan di sini.. 

 Rumah Jepun. Kalau nak feeling-feeling jadi gadis Jepun boleh je sewa costume Jepun dan bergambar di sini.



Setengah hari juga kami menghabiskan masa bergambar dekat Bukit Tinggi ni. Memang tak rugi. Cuma yang kurengnya, tak ada sebarang brochure dan guideline untuk melawat tempat-tempat kat sini. So, kami refer shuttle driver je. Tapi untuk sesiapa yang suka akan pemandangan dan berhajat nak mencari quiet place for holiday, di sini adalah tempatnya!

Then, kami terus ke KL. Nak ke mana pula ye???

Dah bawa adik dan suami, dah tentu tempat sejarah yang mereka nak jejaki. Jadi mereka suggest ke Rumah P.Ramlee. Dulu pernah pergi tapi tutup so adik aku menuntut sekali lagi untuk ke sana. *Adik aku ni lahir je tahun 1993 tapi rasanya jiwa dia jiwa 70-80-an..;)

Tapi tak ada pula aku snap gambar kat sini. Cuma yang pasti kalau ada yang teringin memakai costume zaman 70-80an, boleh sewa baju Allahyarhamah seniwati Saloma atau bagi lelaki boleh sewa baju Allahyarham P.Ramlee sendiri. Tak mahal, RM3.00 je okeh. 

Aku serius teringin tapi nak buat macam mana, orang dolu pinggangnya saiz 24, aku?????so.......... Tak jadi..;(

Lagipun baju orang dulu seksi sikit. suami dah jeling 10x..so.................. tak jadi lagi..;(

Then., kami shopping...hoooreyyy. tu je aku suka...

Kami ke Jalan Tar dan Pertama. Dah lama tak ke Jalan Tar. Sebab selalu sampai ke Sogo je. Lagipun dah lama tak beli kain Ela. Pakai baju siap je sekarang. Tapi nak mula kerja 2013 nanti, takkan ulang baju sama je kan. Capai juga la 3,4 pasang kain ela. Siapa nak jahit???? aduhai, 1 lagi nak kena fikir...

Alhamdulillah, selamat sampai rumah pukul 8.30 malam selepas berdinner di tesco Rawang.

Sekian.

Wednesday, November 21, 2012

PercuTiaN 2012 - 3

Salam to all

Bersambung lagi...;)

Masih di hari keempat percutian, pulang dari Wang Kelian kami terus turun dari Perlis. Ingat nak balik Rawang dah tapi suami kata teringin nak pergi Muzium Kedah dan Lembah Bujang bagi mengimbau Sejarah Tingkatan 1..;) Maka kami terus ke Kedah semula tapi tak sempat nak ke Muzium pada hari tersebut memandangkan sampai Kedah pun dah nak maghrib. Muzium dah tutup. ;( Bagi mengubati kekecewaan, kami ke Pekan Rabu..yihaaaa, laksa time..

Sangat sedap, segar, asli.. Tapi mak kata laksa Kedah sedap sebab ada belut atau ketam dalam kuahnya.. Kalau ketam, tak ada masalah.. Kalau belut???? Glurrrppp.. Tak apa, tak nampak. hahaha

Laksa sodap!

Finally, kami ambil keputusan tambah sehari lagi percutian di sini demi menyempatkan diri ke Muzium Kedah & Lembah Bujang..;) aku pastilah ok je. Tambah sebulan pun bereh.. (^^,) Jadi kami check in hotel yang sama.. Malamnya sempat kami melawat ke Alor Setar Tower dan Tesco Meregong. *Menara KL pun tak sampai lagi..;) 

Menara Alor Setar


Hari Kelima kami terus ke Muzium Kedah. Suasana panas sangat masa ni. Tapi tak apa, better than hujan.. Walaumacamanapun, agak kecewa sebab Muzium Kedah tak se'awesome'  Muzium Perlis. Agak suram, gelap, sedikit informasi dan tak berjaga..

Muzium Kedah
Jadi tak lama di sini.. Terus ke Lembah Bujang. Di sini, kami melawat candi-candi peninggalan kerajaan-kerajaan terdahulu. Candi ni tempat ritual bagi agama buddha dan hindu. Sama rupanya macam dalam buku Sejarah sekolah menengah dulu ;). Kawasan pun nyaman, ada air sungai di kelilingnya dan kehijauan hutan. Menarik! Kemudian kami ke Galeri Sejarah Arkeologi yang terletak dalam kawasan yang sama..

Di Lembah Bujang

Dalam Muzium Arkeologi

On the way back to KL, aku sempat mengajak suami ke Sungai Petani. Singgah ke rumah ex-roomate aku di Sungai Besar dulu. Kak Maiza namanya...  Happening dengan cerita-cerita latest kami di sekolah masing-masing. Tapi tak boleh lah nak berlama, perjalanan masih jauh. Maka selepas itu, terus bergerak balik ke Rawang. Tepat 8.40 malam, sampai ke Rawang tercinta...hehehe.. Alhamdulillah..

*Hari kedua di Kelantan, kami sempat ke Pantai Cahaya Bulan. Lupa nak update! ;)

* 5 hari 4 malam percutian kali ini sangat bermakna. Perjalanan jauh, jadi masa kami suami isteri di dalam kereta sangat lama. Masa inilah masa bermuhasabah diri, meluahkan rasa hati dan rasa tak puas hati serta mengimbau kenangan-kenangan lama. chewaaah..;) Sebab tu la kena ada perjalanan jauh antara kami. Cuti sekolah sahajalah masanya. Bukan sahaja bercuti tapi dapat bercerita. Kalau hari-hari lain, tak dapat masa berkualiti macam ni. Sibuk masing-masing..;)

* Kami merentas 7 negeri dan 6 ibu negeri..;-)

Sekian~

Tuesday, November 20, 2012

PeRcuTiaN 2012 - 2

Salam to all

Sambungan percutian okeh!

Hari ketiga, kami terus ke Kampung Belimbing Tanah Merah Kelantan sempena menghadiri majlis perkahwinan ex-roomate aku di UKM dulu (Siti Mariam). Alhamdulillah majlis nampaknya berjalan lancar dan cukup sederhana. Memang nampak perbezaan kenduri di sebelah timur dan barat Malaysia. Walau apapun, tetap meriah dan my ex-roomate nampak gorgeous dalam persalinan biru turquiose. 

Selamat Penganti Baru Puan Siti Mariam. ;-)
 Selepas majlisnya, kami terus menyambung perjalanan ke Kedah. Saja nak makan laksa kata suami. *Padahal laksa favourite aku. Beliau yang lebih nampaknya!!!

Kami ikut lebuhraya timur barat dan melalui Grik, Baling dan sempat menyinggah ke Hentian Titiwangsa untuk menikmati pemandangan alam & gunung-ganang serta merasai udara sejuk seperti di Genting Highland. Subhanallah.. Banyak tempat-tempat indah dalam Malaysia ni rupanya...;) 

Banjaran Titiwangsa

Akhirnya kami sampai ke Alor Setar lebih kurang pukul 6 petang. Terus cari hotel dan check in. Malam ni rehat sahaja. Kesian suami aku memandu jauh. Aku tak dibenarkan memandu sama sekali. *Mesti beliau assume aku ni lembap dalam pemanduan!! excuse me~

Hari keempat pagi-pagi lagi kami dah naik ke Perlis. Perjalanan yang aku rasa sangat-sangat berbaloi sebab sepanjang perjalanan terlalu banyak pemandangan cantik. Perlis adalah antara negeri yang masih  banyak mengekalkan greenery scenes nya.. Subhanallah... 


Kami ke Muzium Negeri iaitu Muzium Kota Kayang. Kat situ ada juga Gua Kota Kayang, Muzium Adat Istiadat Raja, Galeri Senjata & Muzium Kebudayaan. Ternyata kawasan muzium ni sangat terjaga sebab kawasannya nampak bersih dah segar.. ;)

Gua Kota Kayang.
Pemandangan dalam kawasan muzium

Di muzium kebudayaan
Kemudian kami terus ke Wang Kelian. Jalan ke Wang Kelian boleh tahan mencabar macam jalan ke Genting Highland. Wang Kelian ni umpama bazar la. Dan kami bolehlah masuk ke Thailand sikit sebab Wang Kelian ni dah sempadan Malaysia-Thailand. Orang yang berniaga pun speaking Thailand. Nasib depa boleh juga speaking melayu..;-) So apa lagi, di sini aku membeli lah apa yang patut. Banyak je toto, tikar, periuk belanga dll yang murah-murah kat sini..;) 

     Kawasan jual beli. Tak begitu ramai umat. Sebab kami pergi ni hari khamis. Kalau nak tengok scene macam kat uptown, kena datang weekend..;)


Sambung nanti okeh!! Wassalam.


Monday, November 19, 2012

CuTi SeKoLaH 2012~


Salam to all

Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi...;-)

Al kisah :

Sebelum raya ogos lalu, aku betul-betul dalam dilema. Suami tak mahu lagi duduk berasingan. Jadi suami harap permohonan pindah ku (sesi jun 2012) berjaya. Jika tidak, suami minta aku berhenti kerja. Memang dilema habis masa ni sebab kebetulan permohonan pindah tidak berjaya. Sebulan juga aku kemurungan. Tapi berkat usaha suami, rayuan pertukaranku (Ogos) berjaya. Tak terungkap segala rasa. Alhadulillah. Aku dapat berpindah ke Rawang. Ke sisi suami dan keluarga. 

Kesibukan di sekolah baru (SMK) buat aku lupa langsung dunia blog. Mengajar pula sesi petang, lagilah tak ada masa. Balik sekolah dah maghrib, settle hal rumah apa patut dah pukul 12 malam. Maka tak mampu seaktif dulu di alam blogging. Tapi sekarang cuti sekolah, maka dapatlah update apa patut..;-)

Dah seminggu pun cuti sekolah bermula. Seperti biasa cuti sekolah harus diisi dengan percutian. Kelantan menjadi destinasi kerana kebetulan ex-roomate aku di UKM melangsungkan perkahwinannya..

Perjalanan ke Kelantan biasanya mengambil masa selama 7 jam. Tapi suami nak ikut jalan lama dan menikmati pemandangan kampung dan pantai. Jadi kami melalui Terengganu. 11 jam baru sampai. Aku ok je sebab tak memandu.;) 

Di Terengganu singgah makan keropok lekor sahaja. Sebab aku dan suami baru je ke Terengganu Julai lalu, jadi tak ada tempat sangat yang nak dilawati. Terus check in hotel yang betul-betul berhadapan dengan Kota Bharu Mall (KB Mall). Hari pertama ni tak berjalan ke mana sangat sebab sampai KB pun dah nak malam so round-round KB Mall sahaja..

Hari kedua (Selasa), kami meneroka bandar Kota Bharu dan ke Rantau Panjang.

Kami ke Padang Merdeka Kelantan yang menempatkan beberapa Muzium seperti Muzium perang (Bank kerapu) Muzium Adat Istiadat Raja dll. Muzium Negeri (Kelantan) ditutup pula sebab ada renovation. 

Depan Bank Kerapu (Unik betul namanya)
Bank kerapu = memorial perang
Di salah satu muzium di Padang Merdeka Kelantan

Kemudian kami membeli belah di Rantau Panjang. Siap beli beras wangi. ;-) Penuhlah bonet kereta dengan buah-buahan, pelbagai makanan ringan yang popular kat kelantan dll. 

**Ku sangkakah Kelantah hujan dan mungkin banjir, tapi alhamdulillah cuaca sangat baik..;)

Sambung nanti okeh..;-)
Wassalam.







Friday, August 24, 2012

EdiSi Raya 2012~

Salam to all..

Lamanya tak menjengah ke alam blogging..;-) 
Terlalu banyak cerita yang nak diluahkan tapi hanya tersekat di minda.. 
tak terluah di sini akibat kesibukan yang menekan..

Post terakhir dibawah ni adalah kisah sedih aku yang dalam dilema untuk memilih jalan hidup. Terima kasih kepada kawan-kawan  yang PM kat facebook bertanya khabar..Ramai yang salah faham.. Maaf lah, aku punya kiasan dari cerita di bawah mungkin agak kasar..Tapi itulah yang aku lalui. Bukan mudah untuk memilih satu di antara dua pilihan yang pahit ... Tapi alhamdulillah, dalam kesukaran itu Allah tunjukkan jalan. 

Selepas sebulan kesedihan itu berlalu.. Diganti dengan rezeki yang tidak dijangka..Syukran Ya Allah atas khabar gembira yang kau utuskan dalam kehidupan kami sekeluarga..

InsyaAllah, ada peluang akan aku tintakan di sini.. 

Apapun selamat hari raya aidilfitri kepada semua blogger dan maaf zahir batin atas segala kekhilafan..



Wassalam.

Tuesday, May 22, 2012

SeDih ~~

Salam to all

Boleh tak nak meluah kat sini??? boleh tak??? Boleh takkkkkkkkkkkkk?

dah lama tak update.. la ni nak update kisah sedih je yg ada dalam koleksi hati..Koleksi yang manis-manis dah hilang ditelan kepahitan..;(

Minggu depan cuti sekolah..sepatutnya aku gembira tak terkata. Dan seharusnya aku plan percutian aku seperti biasa..

Tapi kali ni?????

Aku dihimpit dengan rasa serba salah yang amat dalam. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Dikemam mati diri sendiri. Ok ke???

Kalau anda diberi pilihan samada untuk diceraikan atau dimadukan? apa yg bisa anda pilih??? Bagi aku, ini bukan pilihan.. Ini apa????????

Bagaimana nak memilih??? 

Aku cuma wanita biasa yang dibebankan Allah dengan ujian yang seharusnya aku mampu pikul.. Tapi kenapa aku macam tak mampu pikul. Segala beban di bahuku sendiri. Lemahnya rasa tika ini. ;(


*** YaAllah, ubati lah luka di hati ini. 


Tuesday, April 24, 2012

OnLinE ShOpPiNg~

salam to all..

dah lama tak update.

tengok2 page dah lain benar rupanya..

nak post & setting pun dah kekok..

tak apa.. bukan halangan untuk update.. selepas seminit mengexplore, dah ok. tangkas bukan? ;)

ok, aku gembira sebab....

sekarang aku dah berjaya.. berjaya bershopping di alam maya.. online shopping bak kata omputih. aku baru je menceburkan diri dalam bidang ini.. suami aku lagi pakar.. beliau tak online shopping barang malaysia, mahu barang2 obersea jer..isk3x. jeles dibuatnya.. aku baru terhegeh2 nak berjinak2.. kira ketinggalan zaman juga la..;-) 

aku tak shopping barang2 mahal pun setakat ni. sekadar tudung dan baju.. alhamdulillah semuanya selamat sampai..

dan paling best sekarang ni dah ada inner bawal.. apapun, tudung bawal memang the best lah mengalahkan segala atap genting, dan yang sewaktu dengannya. aku layan juga tudung2 atap genting (yg disahkan halal oleh suami je lah)  pashmina, shawl dan lain-lain. tp walaubagaimanapun, tudung bawal atau bawal printed adalah tudung paling sesuai.. lepas dah ada inner bawal, maka semua tudung jadi best sbb ada sentuhan bawal.. bukan keli ok.. hehe

................................

hampir bulan 5. penantian sememangnya menyiksakan. setiap hari ku panjatkan doa. moga Allah perkenankan. moga Allah memberi nasib yang baik..Moga Allah menjawab munajatku..

Izinkanlah yaAllah.. aku tak mahu ke mahkamah untuk perkara ini.. amin..;(



Monday, April 9, 2012

HuTaNg~

salam to all

minggu lepas..

baca status seseorang..

mengeluh nak keluar duit bayar ansuran kereta..

maka, aku pun stalk facebook beliau..

ok, beliau pakai vios baru..

setelah diteliti, beliau tukar kereta mungkin kerana ikut kawan yg dah mantop bekerja & dah beli honda bagai.. maka beliau pun tak mahu kalah.. beli vios. kereta malaysia tak main ok.

ni kes tak mahu ukur baju di badan sendiri lah ni...

beli kereta terburu-buru ikut kawan...then finally tiap-tiap bulan membebel & mengeluh nak carik duit lebih bayar kereta..

hilang nikmat hidup tau..~

tapi kes macam ni banyak je berlaku..orang beli, kita nak beli... orang ada, kita nak ada.. oowhh please.. dont!

membuat hutang berpuluh2 ribu/ beratus-ratus ribu ni kena fikir 212 kali..

aku nak beli kereta yg harga 50k je pun berfikir dengan suami, mak dan ayah lebih setengah tahun..

sebab apa?

aku dan suami kuat berjalan..

aku suka membeli dan bershopping..

maka, tak nak disebabkan bayar kereta, aku tak boleh berjalan, berbelanja, bershopping seperti biasa..

tak mahu kerana kereta, aku ikat perut, keluar duit pun susah apa lagi nak bersedekah dan berkongsi..

itulah maksud aku, hilang nikmat hidup..

biar segalanya sederhana mengikut kemampuan, janji apa yg kita suka (shopping, makan, pakai) tak tersekat dan tiada had..hehehe... *tapi jangan membazir ye kawan-kawan..;)

***sedang gigih berusaha menjaga makan dan menangani sifat boros. hiii

********************

Wednesday, March 21, 2012

PeNanG 3~

As salam..

hari terakhir di penang..

check out time..

sambung membeli belah di area komtar walk..

tawar menawar dan sesi memenuhkan bonet kereta dengan jeruk-jeruk, cendera hati dan t-shirt penang..;)

kemudian terus bergerak balik..

kami tak lalu penang bridge, tapi merentas lautan (waaahhh!) dengan feri.. bawak kereta2 sekali naik satu feri..

selamat tinggal penang...;)


Alhamdulillah, selamat sampai KL jam 3 petang. sambung shopping di pertama complex..;)

*next destination : Terengganu.. Jun 2012. InsyaAllah.

sekian.

Sunday, March 18, 2012

pEnANg 2~

As salam..

hari kedua di penang...

kami ke batu maung untuk menjengah ke muzium perang. inilah muzium yg buat husband aku termimpi-mimpi.. nak nau ke sini..

on the way ke batu maung, terjumpalah kami kedai makan melayu. pagi-pagi kami dah pekena nasi campur. mahu tenaga hingga ke petang sebab banyak destinasi dalam checklist utk hari ini..;)

jalan ke muzium perang tu pun dah scarry mery. bayaran masuk adalah RM20 seorang. so, welcome back to MALAYA.. memang best hingga husband aku kata 'kita kena hargai kemerdekaan'... wahhhh!


entrance muzium perang

terowong kecemasan.. *kat sini kami main sorok-sorok.. tapi dlm hati ada sikit seram. golappp...huuuu.

suluh, jangan tak suluh

bom...~

hampir 2 jam di war museum (perghhhh, berpeluh2!!), kami seterusnya ke rumah P.Ramlee. ;)

di hadapan P.ramlee house..

seterusnya kami ke Toy museum. Dengan kadar bayaran RM10 seorang, kami meneroka semula ke alam kanak-kanak riang. memang sangat menarik toys yg ada cuma yg kurengnya, muzium ni macam tak berjaga. berhabuk-habuk..gerrr~ macam tak sesuai je dengan bayaran masuknya.

kungfu panda..~

Cumell kan..)


then, kami terus ke Fort Cornwallis. ia merupakan kubu pertahanan zaman british kat penang..alaaa adik beradik dengan A famosa di Melaka & Fort Margherita di Sarawak..;)


kemudian, kami ke komtar walk dan kedai-kedai sekitarnya bagi membeli cenderahati dan sebagainya..kira shopping la barang-barang di penang untuk keluarga tersayang..;)

selepas puas bershopping, eloklah kami ke batu feringgi. menghirup udara segar dan berjalan-jalan di tepi pantai..sempat juga kami ke masjid terapung berhampiran batu feringgi tu dan ke pantai miami...;) kawasan pantai sangat bersih dan tak ramai orang. sangat seronok. tapi aku tak turun mandi pun, celup-celup kaki sudahlah..;-)

tenang, macam tak ada pengunjung lain..

malamnya, kami pekena nasi kandar line clear. aku bukanlah peminat nasi kandar so tak adalah excited bila member2 kata kat penang kena rasa nasi kandar. *lainlah org melayu masak..hehe.. tapi nak cubalah juga kan. not bad. ;) kat penang memang banyak gila kedai/restoren nasi kandar. pilih je yg mana satu pilihan kalbu...

sekian..;)


Saturday, March 17, 2012

PeNaNg 1

As salam

cuti sekolah dah sampai ke penghujung nampaknya. senyuman pun dah semakin pudar~ gerrr..

aku telah bercuti ke penang baru-baru ini..;)

sepatutnya percutian ke penang berlangsung bersama keluarga aku pada bulan 12 tahun lepas. tapi since ade masalah teknikal (teknikal ke??) kami cancel. dan cuti baru ni aku ajak suami ke Terengganu tapi jauh bebenor. so plan berubah ke penang..;-)

sehari sebelum pergi, buat checklist ke mana destinasi lawatan kami di sana nanti.. dan mula mem'booking' hotel. hanya aku dan suami yang pergi. kira honeymoon la untuk kali yang ke-10...(^^,)

kami gerak pagi rabu (14/3/2012) dan sampai di penang pada jam 12.30 tengahari..since kena check in hotel pukul 2.00 ptg so tanpa membuang masa terus ke bukit bendera.



train nya pun dah tak macam dulu..train nya dah laju dan dalam masa tak sampai 10minit dah sampai ke puncak bukit bendera. bayaran masuk adalah RM8 1 kepala.

sampai atas tu, bolehlah berjalan-jalan. tapi aku ni sayangkan lutut, maka aku dan suami naik buggy dengan kadar RM30 sekali jalan (25minit perjalanan) bagi melawat pemandangan atas bukit, bawah bukit, tepi-tepian, banglo2, kuil, masjid dll.

di atas buggy..

lepas turun bukit bendera, kami terus ke muzium penang. sekali masuk RM2 seorang. macam biasa, kalau dah muzium negeri biasanya yg menarik adalah sejarah pembukaan negeri itu dan yang sewaktu dengannya..kami tak bergambar pun di sini sebab ternampak sign 'no camera'.. dengan patuhnya, camera hanya tersimpan kemas dalam beg.. keluar je muzium baru perasan 'camera tanpa flash dibenarkan'...ngengggg~~~

kemudian kami ke kubur kristian.. semata-mata nak melawat ini~~~

agak seram di situ..

tapi pokok-pokok di sekitarnya amat mengasyikkan..boleh buat clip video..;)

macam di obersea la..;)

lepas tu, baru teringat belum lunch. punyalah susah nak cari makanan halal area george town. yg ada mamak stall lah kan. tapi tu pilihan terakhir lah. heeee.. pusing punya pusing, makan KFC je lah kat tesco tanjung pinang.

sebelum tu, sempat singgah swensens untuk membeli banana split. dah lama tak makan.. best2x..;)

check in time..

malamnya, berjalan-jalan area padang kota lama. memang ada char kuew teow bagai but cina punya so, xpelah...hehe. pekena rojak buah je & makan tepi laut..

esok, harus carik kedai melayu...!!!!nak rasa penang punya. tak lalu asyik nak makan fast food. kat selangor dah bersepah2x.

sekian