Monday, January 31, 2011

PeRcUTiaN SeMpOi

Salam to all..

cuti yang tak dirancang..tiba-tiba teringin nak makan sotong gula Pulau Pangkor dan ikin bilis dari sana. bulan lepas baru ke Pangkor, of course la stok sotong dah habis..ikan bilis pun dah habis sebab aku melalui tahap kerajinan luar biasa dalam memasak ikan bilis sambal & ikan bilis goreng cili api kebelakangan ini..

Kebetulan suami cuti 4 hari..2 hari pertama tak ke mana-mana tapi terasa boring pula. maka ahadnya kami memaksa (wah memaksa) ayah dan mak ambil cuti dan kami ke Lumut sekali lagi.. kali ni tak sampai Pangkor pun. ke teluk batik, manjung dan Lumut sahaja.

Ahad pagi-pagi dah gerak ke Lumut. Sebelum sampai sana kami sempat menyinggah ke kompleks pasir salak. kalau ada baca entry sebelum ni, aku ada cerita tentang percutian kami ke Pangkor bulan lepas. kami singgah ke kompleks pasir salak tapi dah tutup. jadi kali ni tak melepaskan peluang ke sana sekali lagi. dengan bayaran Rm4 untuk dewasa dan Rm2 untuk kanak-kanak, dapatlah kami melawat Rumah Dato' Maharaja Lela, Tapak JWW Birch dibunuh, Terowong sejarah, rumah kuntai, kubur si puntum, galeri sejarah, pentas belotah dan tugu peringatan birch & pahlawan2 perak.

kemudian, terus ke Teluk Batik. carik chalet/hotel dan finally kami sewa hotel Valley View di Teluk Batik. Petangnya hujan pula, kami tak turun mandi pun. makanya kami mengulit mimpi2 indah di hotel je lah gamaknya..malamnya kami ke lumut bershopping sotong dan ikan bilis.

Esoknya(isnin), kami gerak balik ke Rawang..(Bak kata abg ipar aku 'la, mai sini nak tidur je rupenya...=)) ape salahnye kan? penat2 kerja, cuti sehari dua lari sekejap ke kawasan yang mendamaikan untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan berehat. (macam aku je yg penat bekerja tu..;p)

Itu sahaja percutian sempoi dari kami.



macam ada tema pula. semua merah..kebetulan je sebenarnya...

with husband

@ kompleks pasir salak



replika keris kot


Tapak JWW Birch dibunuh



Rumah Kuntai

replika meriam

sebelum balik, lunch kat tanjung malim..

gambar2 banyak disnap kat kompleks pasir salak je..yang lain2 tak snap banyak sebab tempat percutian yang sama..=)

raya cina mahu pergi bercuti lagi boleh tak? ;-) bagus juga bersuamikan insan yang suka berjalan2 dan meneroka tempat2 baru dan bersejarah ni.. dapat honeymoon berkali2 dalam setahun..yihaaa..

wassalam

Tuesday, January 25, 2011

iLmU dan ImaN UkUrAN PeRbEzAAn MaNuSia

entry jiwa tercalar.

YaAllah..sakitnya hati ni..

aku sangat sakit jiwa lihat spesis macam korang.

salah kami hanya dua iaitu 1) menceritakan dan meluahkan masalah kami pada orang macam korang.

dan korang boleh putar belitkan cerita sampai semua orang tahu. glamour jadinya kami.

dan 2) percaya pada korang yang kononnya adalah kawan / saudara yang mampu menepis kesedihan kami. tapi kami totally wrong.

sedap nye buat cerita sampai orang lain salah faham dan datang serang menyerang. siap gegar pintu / grill rumah orang,.

kami nak balas? owh sangat mudah. boleh saja, pergi semula ke rumah korang dan gegar pula pagar rumah korang. jangan lupa bawa parang sekali.

tapi apa yang menyekat kami?

Ilmu oke. kalau kami serang korang, bermakna kami letak minda kami sama kelas dengan minda kalian. taraf yang begitu rendah. mesti marah kan aku kata minda bertaraf rendah? tapi itu REALITI.

kalau dulu aku langsung tak pandang perbezaan ilmu manusia.. tapi sekarang biar orang kata riak, tapi aku nampak perbezaan ilmu membezakan tindakan kita.

andai hidup kami dirampas oleh orang lain pun, belum tentu kami nak pergi serang-serang orang directly apa lagi gegar2 rumah orang bawa parang. maki-maki, carut-carut dan bidas membidas bukan budaya hidup kami terhadap insan lain.

tapi kamu? lidah kamu memang senjata paling tajam. kamu memporak perandakan orang. menyerang dan mengganggu ketenteraman orang.

YaAllah, rasa nak sepak-sepak kamu bertalu-talu. serius.

ok, kalau A berkawan/bersaudara dengan B dan semua orang tahu pertalian baik mereka. tapi tiba-tiba A menyampaikan sesuatu yang tidak baik tentang B kepada orang lain (contohnya C)..

kalau anda jadi C, apa pendapat anda? ke anda bodoh-bodoh je percaya cakap A???

kalau aku di tempat C, aku tahu yang mesti ada sesuatu yang pelik berlaku pada A & B. kenapa A perlu burukkan B sedangkan mereka baik sebelum ini. sah-sah aku boleh teka tahap kemuliaan hati A. kalau berkawan/bersaudara, aib si B mesti si A tutup. kalau lagi dijaja-jaja bermakna si A memang berhati *&^%$.. dan seharusnya si C mendapat keterangan B terlebih dahulu sebelum menghakimi B.

ini tidak. dengar je dari A terus percaya dan memandang serong pada B. memang lah kelas korang sama. sesunguhnya Allah juga yang adil. manusia cuma mampu berlagak adil sedangkan sudah menghukum sebelum menghakimi.

dan korang berdua adalah A itu.

selamat bertemu di akhirat.

Monday, January 24, 2011

BoLeh TahAN SeNgAL

salam to all..

masa bertunang, mereka bertanya :

bila nak langsungnya?

bila akadnya?

bila kahwinnya?

::::: insyaAllah...(jawapan2 selamat)

dah kahwin, mereka bertanya :

seorang lagi ker?

:::::: aku jawab : suami kerja. teman mak jalan-jalan..

makcik tu nampak bingung dgn jawapan aku. mak aku pun menyiku...(mesti mak aku berbisik dalam hati 'apalah dungu sangat budak ni'...keh3x)

hurm???!!???...

makcik tu repeat dengan soalan yang seerti dengannya : 'dah berisi ke??'

ooowwwwhhh.. terasa bodoh berbakul-bakul..

suami aku : isteri siapalah....haissshhh!!!


Thursday, January 20, 2011

SHoOPiNg

salam to all

cerita satu

14 dan 15 januari baru-baru ini, ade sales di Sogo khas untuk pemegang kad Sogo sahaja. Dan bermula ahad (16 januari) hingga Chinese New Year (CNY), terbuka pula kepada semua pengunjung Sogo. Datanglah beramai-ramai bagi mengurangkan wang anda yang berkepok-kepok itu.

Menurut sumber yang dipercayai, Sogo akan mengeluarkan dan membekalkan stok-stok baru apabila tiba CNY setiap tahun. Stok-stok ini akan bertahan sampai CNY seterusnya lah (tahun depannya) . tapi stok yang cun-cun haruslah dah habis kan masa mula-mula ia release. dan aku selaku salah seorang pemegang kad Sogo, tak melepaskan peluang mengumpul point dan bershopping bersama husband dan family.

pagi-pagi ke Sogo shooping dengan family. petang ke Sogo sekali lagi untuk shooping dengan husband pula. tapi ramainya pengunjung jangan cakaplah, berasak-asak. macam di uptown pun ada. dapatlah rembat sepasang dua baju. tapi harus berasak juga sebelum stok-stok baru yang cun habis disambar orang. ;-)

cerita dua

Ingatkan perempuan shopping je lama, lelaki pun boleh tahan hebatnya.. menemani si suami mencari boot bukan senang okeh. bermula di Rawang, Mid valley, d Curve, Alamanda, Pertama, bukit bintang , dan akhirnya selayang. barulah ketemu boot yang ada saiz dan berkenan di hati. kalah aku shooping. ;-)

wassalam

Wednesday, January 19, 2011

AdA RiNDu Yang bErTaMu

salam to all

tiba-tiba ada rindu di sanubari..

teman-teman se'UKM' dan se'KIMIA'..kami berempat yang tidak asing lagi.. dari kiri elissa, nadia, fairuz dan aishah.




tautan persahabatan kami bermula di akhir tahun dua di UKM. ke mana-mana pasti berempat atau kalau berpecah pun, pasti berdua dan berdua. dalam lecture hall akan duduk sekali dan pasti mengambil tempat samada baris kedua atau ketiga dari depan. terang sikit mata memandang lecturer.

si elissa ada sebijik kereta. so mudah kami merayap bersama-sama. tapi kami bukan jenis merayap pun, paling jauh pergi warta bangi beli barang dapur untuk dimasak bersama samada di bilik aku atau di bilik aishah (sebab kami tiada roomate, so senang nak masak memasak).

si aishah pula ada motorsikal..aku selalu juga meronggeng beliau ke kuliah. kalau ke dewan exam, biasanya kami akan naik kereta elissa. ambil mood exam bersama-sama.

kami masing-masing ada peel sendiri. jangan cakap pasal gaduh, biasa sangat kalau perang-perang mulut. tapi tak lama, esok dah boleh makan bersama..;-)

kenangan yang tidak dilupakan bila final exam di tahun akhir. si aishah tertinggal calculator saat kereta elissa baru je park kat depan dewan exam. pelajar lain semua dah masuk dewan. pelajar sepatutnya masuk dewan 15minit awal. macam mana ni? semua kelam kabut. takkan nak suruh aishah jalan kaki sorang2 balik kolej. jauh oke. maka elissa la kena hantar kan? aku dan fairus takkan nak masuk dewan dulu? nampak sangat pentingkan diri.

maka elissa lock semula kereta. sambil membebel marahkan si aishah yang careless, kami semua berpatah balik. 'dah sorang lambat, baik semua lambat'..kami ketawa dengan kamikazenya balik kolej. sampai semula dewan exam, semua pelajar dah mula menjawab pun. dengan slumber + kibut, masuk jugalah kami ke dewan dengan jelingan semua pelajar2 lain...dalam hati kami semua berzikir, 'aishah...aishah.'...;-)

yang pasti kami ada beberapa persamaan yg ketara:

1- kami antara yang terawal di antara semua pelajar kimia UKM (75 orang) yang bertunang dan berkahwin dengan pilihan hati masing-masing.
2- kebanyakan budak kelas tak tahu siapa bf / tunang kami.
3- kami selesa berkongsi kisah cinta antara kami sahaja. biasanya kawan kelas semua tak tahu dan menganggap kami single mingle.
4- kami kurang perasaan untuk mengepaste wajah2 insan tercinta di alam maya dan declare hubungan cinta kepada umum sehingga sah bergelar tunang kami. tu la pasal kat fb kami banyak soalan sebegini 'eh, ko dah tunang?' 'la, bila nikah?' kawen je baru kami uar2 kan..=)
5- dan kami tak begitu suka bersosial tanpa arah. semua anak mak bapak. suka lekat kat rumah.
6- sebelum grad dulu (Ogos 2009), kami semua kecuali fairus menjadi guru bahasa inggeris di sekolah2 tertentu berdekatan rumah kami masing-masing.
7- Kami apply master sama-sama di UKM tapi tak ada seorang pun menerima tawaran. kami tak pernah bermimpi untuk menjadi guru tapi kini elissa seorang guru di sekolah swasta, aisha juga seorang guru GSTT di sekolah menengah kerajaan dan aku juga bakal guru sekolah menengah kerajaan. insyaAllah. fairus?? lari dari bidang kami..=)

elissa : dalam geng kami, beliau yang bertunang dan berkahwin dulu. gambar ni di hari perkahwinan beliau 6/6/2010. dan kini beliau mengetuai kami untuk menjadi seorang ibu pula..beliau sedang berbadan dua. congratz dear.



aishah : yang ni gambar beliau di hari pertunangan beliau 26/12/2010. bakal menjejaki jejak aku dan elissa untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga..insyaAllah.




fairuz: hanya beliau yang masih single. jauh di Terengganu. moga aura perkahwinan elissa ke nadia ke aisha akan tiba juga ke fairuz tak lama lagi... aminnn..

wassalam

Monday, January 10, 2011

ToLoNg InGaTkaN AkU

salam to all..

ok. cute sekali tajuk entry kali ini. sempena kemenangan si Ana Raffali baru sat-sat ni dalam AJL25. aku peminat Ana Raffali? owh, belum lagi nampaknya. tapi tidak pula aku anti dengan penyanyi ini hingga menulis dengan penuh perasaan status di facebook bahawa ada yang lebih layak untuk menang berbanding beliau. boleh tekan perut sambil tersenyum melihat status2 kengkawan di FB yang tidak rela beliau dinobatkan sebagai pemenang. relax2 sudah babe. rezeki beliau oke. yang lain jangan emo2, cuba lagi di tahun hadapan. smile..;-)

cerita lain....

anda baca paper kebelakangan ini?

kisah madu menetak madu a.k.a isteri muda menetak isteri tua. fuhhh!! jadi isu seketika kes ini di kalangan keluarga ku.

secara kasarnya, kebanyakan wanita menolak poligami. ada yang mengatakan 'golongan ini tanpa sedar telah menolak hukum Allah secara terang-terangan'...

kisah wanita berusia 50-an ini yang ditetak oleh madunya jadi isu, bila ada suara mengatakan 'wanita ini menerima madu, mengimpikan payung emas di syurga, sanggup berkongsi kasih, berkongsi rumah (rumah yang dikongsi bukan rumah suami ye, rumah isteri pertama a.k.a rumah beliau sendiri) dan barang keperluan, malah dirisaukan pula anak madunya samada kenyang atau kelaparan..' tapi ini pula yg diterima olehnya.

maka sebab ini golongan tertentu tadi jadi khuatir untuk bermadu.

siapa yg harus dipersalahkan???

jawapan ayah aku : kalau tak mampu, jangan beristeri dua..(Selalu jawapan2 begini lahir dari bibir wanita)

jawapan mak aku pula : kesian isteri pertama. kalau rumah mak besar pun, mak tak kisah nak kongsi dgn madu, tapi jgn tetak2. sakit dia dgn anaknya. aduhai, kenapa jadi macam ni..

sedih pula aku dengar mak aku semacam merintih.

*mak aku memang wanita yg sgt2 cool kalau cerita bab2 poligami.

;-) peace no war katenye...

moral of da story : madu itu manis..(owh, tak ada kena mengena)

wassalam....

Wednesday, January 5, 2011

SaAT LaFaZ SaKiNaH

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

*Bolehlah ditukarkan kepada SAAT LAFAZ NADIAH.



*baru sedar ada video masa nikah ni dalam hp adik aku. so tak clear sangat lah.

*lepas sah dan sebelum doa, nampak sangat muka lega si suami. (dalam hati : yezzzaaaa..lepas.. fuhh lega)

wassalam.

Monday, January 3, 2011

PiNk DaY

salam to all


Di hari perkahwinan sepupu suamiku di kuang..

tema : Pink

bukan mudah nak tgk suami sendiri si lelaki sejati (ewah) memakai baju bewarna pink. atau warna2 seangkatan dengannya. demi tidak membazirkan tshirt yang diberi, beliau pakai juga akhirnya. terpelik pula aku melihat beliau. apetah lagi beliau sendiri.


kaum wanita sangat sinonim dgn warna ini, jadi tak lah pelik kan. mereka2 di atas adalah saudara-mara sebelah suami aku.

ha, yg ni kaum adam. semua bewarna pink. tampak ayu dalam gagah. =)


eh, eh..macam kenal pula yang bertudung purple itu. wardina safiyyah pun ade. =)


wardina dgn mom in law aku. Alamak, mata tertutup pula..;p siap berpeluk2 sakan mereka masa ni..


wassalam.


Saturday, January 1, 2011

2011-24

salam to all

hepi new year guys. sepatutnya ada 1 entry semalam iaitu 'entry akhir 2010' selepas entry di bawah ni 'entry kedua terakhir 2010'.. malangnya tak sempat buka lappy semalam. aku balik kampung dan malamnya ke Mid Valley untuk menonton The tourist. sampai rumah dah pukul 12 malam, tak sanggup pula nak mengupdate dikala bantal dan katil memanggil-manggil dengan begitu sayu sekali.

ok. tak apelah, dah terlepas pun kan..

2011-24
maksudnya pada tahun 2011 umurku meningkat 1 tahun lagi menjadikannya naik ke angka yang begitu kiut iaitu 24tahun. Alhamdulillah. semoga panjang umur dan murah rezeki. amin.

sepanjang 2010, banyak perkara dan perubahan demi perubahan telah berlaku dan tentunya perkara suka dan duka silih berganti.

Antara perkara-perkara terbesar yang terjadi dalam kehidupan aku sepanjang tahun lepas adalah :

1) Sambung belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim JB untuk diploma pendidikan.






2) Menjalani praktikal di Sek. Men. Keb. Tasek Utara, Johor Bahru.




Bersama guru-guru SMKTU semasa menjayakan misi mendaki Gunung Ledang

3) Kehadiran insan baru dalam keluarga iaitu anak buahku.




4) Diijabkabulkan pada hari 1 Malaysia. status dah berubah ye. hurm sukar untuk dipercayai. ;p



5) Honeymoon di Bukit Fraser, Melaka dan Pulau Pangkor.. (Tak berapa suka pula nak guna perkataan honeymoon, gemar menggantikan perkataan tersebut dengan 'percutian' sahaja. tapi ramai pula kata aku pergi honeymoon..hurm bolehlah. cuma percutian ke Pangkor bawa family, kira honeymoon dengan family sekali lah..;p)



unpublished photo..;p

6) Kenduri kahwin sendiri pada November dan Disember.





Alhamdulillah. 2010 banyak memberikan kenangan terindah. moga 2011 menjanjikan kenangan dan kehidupan yang lebih indah dan gemilang hendaknya. Amin..
SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMUA.