Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, December 27, 2010

CuTi AkHiR TaHun

salam to all.

setelah berhempas pulas di dapur selama 2 jam untuk telur sambal, ayam kicap dan kacang panjang goreng telur, finally aku mengadap lappy untuk update percutian aku ke pangkor island baru-baru ini..yihaaaa.. dan lawatan ini merupakan lawatan kali ketiga (kalau tak silap aku). kali kedua sewaktu aku tingkatan 5 (2004). sudah 6 tahun berlalu. fuhh!

setiap akhir tahun, kalau tak ada aral memang aku satu keluarga akan bercuti sempena merehatkan diri dan bercinta-cinta sesama ahli keluarga.;-). tak kira lah hanya 1 malam ke atau sehingga 4 malam. macam tahun lepas kami ke sarawak, tahun ini hanya ke pangkor..dekat sedikit kerana kami bawa baby a.k.a anak buah aku. so baby tanpa buaian agak payah dan untuk bawa buaian ke mana-mana lebih payah. maka percutian kali ini lebih dekat dan hanya 2 hari 1 malam sahaja. tahun hadapan, sedang merisik-risik air asia untuk ke sandakan. moga ada rezeki untuk itu..amin..

day 1

kami menyewa van bagi menampung 8 dewasa dan 1 kanak-kanak untuk ke lumut. drivernya pastilah suami aku. takkan aku pula kan, insyaAllah lah tak sampai ke destinasi. heh!

berhenti seketika untuk breakfast

sampai ke lumut tengahari, kami naik ferri ke pulau pangkor. rm10 untuk 1 kepala untuk perjalanan pergi dan balik. memang berbaloi-baloi. sampai je ke pangkor, kami naik van pink untuk terus ke hotel 'coral bay resort' yang dah ditempah awal seminggu. kami menyewa penthouse (sebuah apartment lah kira) dan yang pastinya harus ada swimming pool. ;p


di penthouse kami

sebelum turun ke laut.

petangnya kami tak ke mana-mana, hanya mandi-manda di swimming pool dan sambung pula ke laut. aku dan suami sempat menyewa canoe (Rm20 untuk 1jam). boleh tahan cuak saat mendayung ke tengah lautan. adik & adik ipaq aku sampai mabuk laut..haishhh!!
malamnya kami keluar makan-makan ikan bakar. yihaaaaa..


menimbus adik ipar

berdayung sakan..mula-mula tak reti berdayung, macam nak terbalik canoenye. huhu

day 2

pulau pangkor ni tak lah besar mana, jadi peruntukan 1 hari memang dah cukup untuk melawat segenap sisi pulau ini. jadi jam 10pagi kami dah check out, dan menyewa van pink untuk bersiar-siar di sekeliling pulau.

checkout tyme

Mula-mula sekali ke kilang sotong dan ikan kering. di pulau pangkor, sotong gula dan pelbagai jenis sotong memang jadi tumpuan. borong sebanyak yang boleh.;p

kemudian kami bersiar-siar melalui jalan berbukit-bukit (sesiapa baru dapat lesen, boleh cuba lalu jalan di sini, insyaAllah lesen ditarik balik. giler ah corner2 nye. kalah jalan genting highland)

kami melalui pantai teluk nipah dan perkampungan nelayan. sempat meninjau sekumpulan tenaga kerja membuat kapal sendiri di tepi laut. manual ok. then, kami ke kota belanda. satu kubu peninggalan sejarah. walau tak sehebat A Famosa di Melaka, tapi kebanyakan pelancong ke Pulau Pangkor selalu terlepas pandang tempat bersejarah di sini..


Pantai teluk nipah

kota belanda



at last, kembali ke Jetty. sementara nak naik ferri, sambung membeli belah sotong-sotong, cenderamata dan tshirt pangkor di situ.

perjalanan pulang, sempat menyinggah ke pasir salak. boleh tahan juga peninggalan sejarah disini. malangnya tak dapat masuk sebab dah tutup. kami sampai pukul 5. jadi agak keciwa di hati masing-masing terutama hati insan-insan yang sentiasa excited ke tempat-tempat bersejarah iaitu suami, adik ipar dan adik aku. bukan senang nak datang semula sebab boleh tahan jauh. dan yang pasti jarang orang nak melawat tempat-tempat begini. malah ramai tak tahu dan tak terfikir untuk membawa keluarga berjalan-jalan ke sini. jadi kami terpaksa balik dan akan berusaha ke mari semula 1 hari nanti. bila ya??

wassalam

Thursday, December 17, 2009

KeNaNgAn EpiSoD AkHiR

salam to all

sambung lagi oke. taraaaa!!!

tak ada apa2 surprise actually..

heh! jgn hangin2..

masih berkaitan mimpi2 nyata di sarawak, aku berjumpa dgn Azizul Khamis di sana. waktu ni nak dinner di kampung gersik. mungkin kamu tak kenal (sebab aku pon tak bape kenal)..batch mak ayah aku kenal la.. maka batch mak ayah kamu semua mungkin kenal. kalau tak, cuba tanya jiran2 sebelah rumah kamu tu ke, telefon nenek kat kampung ke, pasti ada yg kenal.

cik pearl tak ada, sebab die yang amik pic ni ye..(azizul yg tgh baju hitam ye, bukan yg pakai kurung tuh!!)


waktu ni aku try 1 lagi menu Sarawak iaitu Nasi Ayam Penyet. lupe nak mention dalam entry sebelum ni. menu ni agak popular kat sana. aku tak tahu ape keistimewaannya. tgk macam nasi ayam biase je, mungkin ayam nye penyek sikit dari ayam semenanjung. huhu. seperti bese, gambarnya lupe nak ambil. hehe..

ok, hari keempat sudah!

esoknye, pagi2 kami melawat beberapa muzium di sekitar Kuching. Antaranya muzium Etnologi, muzium Kuching, Muzium Tun Abdul Razak & 1 lagi muzium yg aku tak ingat namanya..=))

dari kejauhan kami bergambar. nampak tak? ish, kalau tak nampak pendek umur..(bak kata tompel la)..

ni kat muzium etnologi.






muzium kucing..kucing2 belaka kat sini..

parentz depan muzium Tun Abdul Razak..

selepas penat menziarahi kesemua muzium bunyi macam ziarah org je. heh!! kami gerak ke Fort Marghareta. ni kire kubu pertahanan la macam A Famosa kat Melaka nun. Jalan nak ke Fort Marghareta tu pon dah cukup pelik dgn tersembunyi & sunyi nye. tak macam A Famosa yg lebih terbuka dan agak meriah dgn pengunjung.. kat sini pengunjung nak carik jalan pon susah. org2 Sarawak sendiri masih ada yg tak tahu kawasan Fort Marghareta ni..maka bila sampai sana, agak seram2 kuku jugak la terutama bila lawat kawasan penjaranya, tempat pancung memancung, tempat gantung tahanan, dan menaranya..kot2 la ade lg kesan2 yg masih tinggal.. uiks..



depan Fort Marghareta

Tangga turun dari menara kubu.

menaranya. agak tinggi tp dari gambo ni tak nampaklah!

ni tempat gantung tahanan kot.. masuk pintu tu ade tengkorak dalam jaring yg tergantung.. glurpp!!

Replika kubur isteri Charles Brooke.

dgn hari panas teriknye, kami tetap meneroka segala kesan sejarah yg tinggal kat sini sampai masa tak mengizinkan untuk melawat org utan (ade zoo org utan kot).. so tak dapatlah ke sana. sedih gak..jadi kami sekadar ke pasar / bazar di sana utk beli ikan terubuk masin. ni wajib beli sebab tak terdapat kat Semenanjung..

maghrib kat sini masuk pukul 6.30 petang, so nak melawat lebih2 masa petangnya pon tak brapa nak sesuai. pukul 6 dah gelap macam ukul 7. huhu. malamnya kami sekadar berjalan2 sekitar waterfront dan jenguk2 mahkamah lama.

banyak lagi gambar2 aku kat sana dgn ragam dan aksi yg entah hape2..tapi aku larat nak upload. kalau kamu sudi, jenguk2 fb aku oke. ade lebih kurang 70 gambar2 aku kat Sarawak.=)

dan tiba hari terakhir, flight kami pukul 12.55tghr. sampai LCCT pukul 3 dan sampailah ke tanah air Rawang yg tak berapa nak dirindui tu dalam pukul 5.

Tamatlah riwayat kesan degil disana. moga sedikit sebanyak dapatlah aku berkongsi pengalaman & kenangan dgn kalian. jom pakat ramai2 kite ke Sarawak erk! =)

wassalam.

KeNaNgaN IV

salam to all

sambung lagi ceritera ku di Sarawak. hehe..naik kebas jari jemari ini melontarkan ayat2 puitis bg menceritakan alkisah aku kat sana. puitis la sgt. tunggang langgang je bace..uiks, perli tuh..

ok, lepas aku balik dari Kampung Budaya Sarawak, macam biasa malamnya kami makan lagi kat kampung boyan (termasuk kampung Gersik & petra Jaya) . kat sini senang sikit nak carik makan, sebab majoriti penduduknya adalah org melayu. so org melayulah yg berniaga dan berpesta. kampung boyan, kampung gersik & petra jaya ni kirenye terletak bersempadan dgn waterfront kuching dan sempadannya adalah sungai sarawak.

menu2 yg menarik kat sana macam mee kolok, nasi goreng dabai, tauhu jepun & laksa Sarawak. tapi tak ada pic la nak upload. lepas makan baru teringat tak amik gambar lg. pinggan pon dah kosong. huhu.

esoknya hari ketiga, kami berjalan2 kat area Jalan Tar. bukan Jalan Tar KL ye. ni versi Kuching. lebih kurang macam kat KL ni jugak, kat sini sibuk menjual pelbagai jenis cenderamata dari Sarawak. kirenye macam souvenir centre la..macam2 ada. dari yg biasa2 sampai yg ke pelik2.



model2 tak diundang..

patung2 dari ukiran batu2 & kayu ni memang popular kat Sarawak.

kek lapis pelbagai kaler & rasa..


petangnya plak, kami ke kampung Haji Baki mencari saudara belah emak aku yg hampir 20tahun terpisah. kire bapa saudara emak aku lah. kawen dgn org sarawak dan jarang balik ke semenanjung..mm terharu & terkedu jugak aku tgk keadaan mereka di sana. entahlah, aku pon tak berapa kenal. alhamdulillah, bertemu jugak akhirnye.. jejak kasih jugak lah kirenye ni.

before balik ke hotel, kami sempat jalan2 sekitar kuching & naik bot menyusuri sungai Sarawak. mule2 cuak jugak nak naik, tgk tak bape nak stabil je terutama bile kuzer naik. bergoyang bot macam nak terbalik. heheh.. tapi kuzer beria ajak, naik jugaklah..rupenye, sgtlah seronok meniti senja nan merah di atas bot..hehe..


before naik bot. depan sungai Sarawak.

atas bot. cover je tuh. kalo tgk muka, dah pucat tak berdarah. lame sikit baru cool. heh!


kuzer, parents & kawan2 kuzer.

malamnya, sekali lagi kami ke makan kat kampung gersik. siap terjumpa artis lama kat sana. Azizul Khamis. aku tak berapa kenal mulenya, tp teringat sebab die ada masuk melodi baru2 ni.

nanti aku upload gambar & sambung kisah kat sana ye. daaaaa..

*Salam Maal Hijrah 1431 buat semua teman2 bloggers & readers. Jgn lupe baca doa akhir tahun & awal tahun ye. moga di tahun baru ni, kite sama2 dapat jalani kehidupan yg lebih bermakna dan diredhaiNya. mudah2an. amin..

****jgn asyik tengok bola je. ehe.. go go Malaysia..

wassalam.

Wednesday, December 16, 2009

KeNaNgAn III

salam to all

setelah virus malas pergi dgn tenang dr tubuh ini, timbullah kerajinan yg bukan sedikit utk aku..buktinya, aku telah mempublish dua entry pada hari ini. so entry ni adalah kesinambungan perjalanan percutian aku ke sarawak baru2 ini.

hari kedua di sana, kami melawat Kampung Budaya Sarawak. dibandingkan dgn Taman Mini Malaysia di Melaka, Kampung Budaya Sarawak jauh lebih terjaga dari segi kebersihan, persekitaran dan kawasan lawatan. maka sangat berbaloilah dgn bayaran RM60 seorang bg dewasa dan RM30 utk kanak2. before masuk, setiap seorang dapat passport lagi. so setiap rumah yg dilawat, akan dapat cop. menandakan kite dah lawat rumah tu. rumah2 yg ada macam rumah orang ulu, penan, melanau, cina, melayu, iban & bidayuh.


entrance kampung budaya Sarawak


aku mengetuai rombongan..(titi pertama selepas entrance)


kawasan2 yg perlu dilawati.250hektar..bersih & damai..


cop passport anda !! selagi cop tak penuh, jgn balik oke!


di sini ada lebih kurang 7 rumah je utk dilawati (dah mention kat atas tu) . walaupun tak sebanyak rumah2 kat taman mini malaysia, tapi kat sini jauh lebih berpuas hati coz setiap rumah ada penyambut tetamu nya, siap bg penerangan tentang rumah2 tu, tarian pembukaan & goreng / masak secara live makanan2 popular setiap kaum. termasuk aksi2 menenun kain dan jualan cenderahati..



tarian pembukaan a.k.a sambut tetamu (tarian ikut kaum)



menyumpit. tak boleh bla. cik pearl nampak gagah perkasa lah. tau tak pe!


tarian2 waktu persembahan pentas..


parents kat chinese farm house


lupe plak, before masuk sini, selain passport pengunjung juge akan dapat sticker hijau tuh..Lekat kat baju oke!! bukan kat pipi seperti mereka di atas!


ni kat bidayuh long house kot..


mm ade pengalaman ni..sesuai..


melanau tall house..

* tak larat nak upload pic. tu lah sedikit sebanyak aksi2 seram kami di sana..sopan je sebenarnye. huhu.

esok aku sambung lagi oke. pengembaraan seterusnye ke muzium2 kat Sarawak & macam2 lagik..=)

wsalam

Saturday, February 7, 2009

BiLe DiE RiSaU

Assalamualaikum..

Terharu..itu feel aku dalam mase sejam nie. ntah sejak bile aku pon x pasti,tp mgkin dalam 3 bulan kebelakangan ini aku rase tersisih dari hati die. kadang2 ok, kadang2 nampak macam biasa..tapi ada masa2 nya, rase asing & luar biasa. aku ngadu pada mak, tapi mak kata x ada apa2, die masih ok. ye ke? sbb aku yg merasainya..

dulu die suka, skrg nampak kurang selesa..yg dulu die x suke, skrg beria2 gemarkannya. pelik tapi benar. lantas cuti yg pjg segera ku harap dipendekkan. utk membawa rase hati yg kurang lazat..x mahu die terasa hati dengan suasana ini, biar aku sahaja yg merasainya.

dan tadi sekali lg suasana yg kurang enak terbit di sanubari..4 miscall. die call tapi aku x angkat. aku x sengaja. hp dalam beg, aku plak dalam dewan ade AGM. argghhh..keadaan selaloo x seperti yg diharapkan.. tambah plak die bertanya ape progress aku utk ke jerman..dgn slumber aku jawap aku x isi pon all da requirements. mungkin x pegi..huks, suara die berubah..i did it again..fool..

sampai bilik after miting dalam kul 10suku...sepatutnya miting abes kul 11. tapi aku kuar awal..penat..tengok jam, die mesti dah tidur. mmm esoklah telefon..but then, my fon vibrate dalam kul 11 lebey..die call...unbelievable..but im happy..yeay..
die still x tdo coz riso aku jalan kaki sorang2 tgh2 malam gini. oo my god, honestly.. im touching. my eyes filled wif tears,then rolled down my cheek..miss him..

mungkin btol cakap mak.

Ana billah walillah ma'allah.
wassalam