Monday, December 28, 2009

MaSiH SaMa SeRuPa TiAdA BeZa

salam to all

wahh, pelik juge hati ini. hati yg pelik??

kebanyakan insan2 yg aku add kat fb mengambil masa yg lama utk mengecam bahawa akulah nadia @ sara @ cik pearl@ nad @ ned-ya dan seumpama dgnnya. mereka dah lupakan aku? owh! kejam sama sekali. tp menurut mereka :

1) eh, nadia ke? lainnye sekarang..
2) saraa....tak cam dah sekarang.
3) ha!!! kau ke? asal lain sgt?
4) laaa..ingatkan salah org..
5) aku tgk dah fb kau before ni, nak add takut salah org. photo kau tak leh view plak tu. nasib kau add!
6) nad?????????? (aku bayangkan mereka terkejut macam tgk hantu)

tu sume jawapan2 mereka. mereka menyalahkan aku menggunakan nama maya menyebabkan pencarian mereka gagal sama sekali. bila aku katakan profile picture ada, jawapan di atas tu lah yg mereka beri.

keadaan ini beri aku sedikit kekeliruan. ambil cermin segera, telek wajah setiap inci. sama je macam aku tingkatan 4 dulu. kalau ade berubah pon, mungkin kelebaran pipi. yg lain tak ade peningkatan atau pengurangan. tak meningkat gemuk, tak juga berkurang kurus. tak semakin kerdil, tak juga menjulang tinggi. rias wajah? aku jarang merias wajah secara berlebihan. mak kata 'nanti macam burung jampuk' (aku tak tahu burung apa ni) kedudukan pancaindera? Alhamdulillah, masih ada & kekal ditempat biasa.

mungkin sudah lama kita tak berjumpa. tapi aku masih mengecam mereka2. aku kah pengecam yg hebat? atau kamu langsung tak berubah? tapi aku pon tak ade apa2 perubahan? kamu pelupa ye? opss..mesti kamu tak dapat terima alasan ini.

*'mungkin nampak lebih matang'.. habes dulu hingusan kah??

wassalam.

2 comments:

farhana said...

stuju ngan ungkapan 'lebih matang' 2...
bukan bermaksud dulu hingusan ;P
tapi, mngkin skrg lebih matang dlm konteks bergaya, bergambar..2 yg nampak lain 2 :)

*kenal Nad pon masa m3x, so xnampak sgt perubahan..maintain cun je :) *

nEd~Ya said...

bukan dari dulu memang bergaya, mutu dan keunggulan ke? hahaha.
entahlah, cara dorang terkejut tu macam berubah sgt. kotlah muke tersenget ke..bolehlah terkejut kan. ekeke.
aah, nad tgk ana dulu pon masih menten hingga kini. same2lah kite mngekalkan ke'cun'an masing2. wahahaha..