Thursday, December 29, 2011

KeGiLaaN~

salam to all

Lagu yg ku gilai...kini..
Lirik pendek je..ringkas pula tu. memang liokee habis la..;)

DI ATAS SATU CINTA

'Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun
Di atas satu cinta..

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku..'


*layan..~

Wednesday, December 14, 2011

SeLaMaT MaLam

salam to all..

agaknya suami aku dah 3 kali bertukar mimpi..

tapi aku dah 3 kali on off laptop.

tak boleh tidur, batuk berpanjangan..

tak ada pula cerita best yang boleh di layan di TV..

menatap facebook umpama menatap musuh di cermin, tension!

nak makan?? hilang selera.

2,3 suap berhenti.

nak jogging? gila pula malam-malam ni..

basuh baju?? malas pula.

berangan? angan-angan pun dah musnah.



tidur laaaaa.................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, December 6, 2011

JaWaPaN di PerSimPanGaN

salam to all.

mengadap desktop je kerja. since suami pun tak ada, maka ni lah kerja paling menarik yg aku boleh buat..;)

kenapa aku menulis blog?

ok.

1- aku minat menulis
2- aku gemar bercerita
3- ke mana aku pergi (macam langkawi baru-baru ini) aku akan update di sini..

kalau ada yg baca dan dapat input darinya, Alhamdulillah..

tapi aku tulis kerana aku tak nak lupakan segenap kenangan..

2009 aku ke Sarawak.. baru ni ada member tanya berapa kos nak masuk ke kampung budaya sarawak. serius aku lupa.. kenangan indah di sana masih ingat tp mana mungkin semuanya.. maka blog lah tempat aku refer. kan kaedah mengingat dengan baik adalah menulis apa yg di baca. maka bagi aku, untuk mengingat setiap kenangan, perlu ditulis juga..sebab tu aku rajin update setiap percutian..

itulah sebabnya..

ada blogger yg singgah dah berkata aku perlu promote blog aku supaya tak syok sendiri..

ok, this is my answer..

siapa yg berminat nak follow blog aku, silakan.
nak baca inputnya, copy dll..silakan..
aku tak promote sebab blog aku blog persendirian.
cuma kisah aku dan keluarga..
lainlah ada bisnes ke 1 day, baru aku promote..
syok sendiri? yess..syok in writing..n pasti ade pembacanya even seorang.

komen? aku tak buka komen, sebab aku rasa serba salah.. ramai rajin komen, tapi aku tak komen pun entry2 mereka. sebab tu aku tutup je ruangan komen. insyaAllah nanti aku buka semula..

follower? aku tak rajen explore blog orang. *kecuali pada masa-masa tertentu. itupun sekali dalam beberapa bulan*..kalau ada yg follow, baru aku follow blog dia balik. itupun kadang-kadang tak follow, then ada yg terasa & tarik balik dari follow aku..

really sorry frens. lepas ni i cuba rajin-rajin drop komen dan follow you all ye.

follower yg ada ni pun dah banyak bagi aku sebab blog aku blog biasa sahaja. penuh dengan kisah hidup je pun. kalau ada orang luar follow, dah kira bagus sangat la tu. thanks a lot..;)

terima kasih atas pandangan kalian.. maaf kalau ada yg terasa dengan setiap tulisan aku.

sekian

Monday, December 5, 2011

LagenDA AkhiR


Salam to all

*bersambung.

Hari terakhir di Langkawi haruslah tak ke mana-mana kecuali ke Jeti. ;)

Jam 10 kami check out, ambil taxi ke Jeti. Sebelum tu sempat singgah untuk bergambar di replika Helang berdekatan Jeti. maka uncle taxi tunggu sekejap ye..;)

Replika Helang

Good bye Langkawi

selepas tu, suami beli tiket Feri (rm23/head). Feri nak berlayar (wahh, berlayar!!) jam 1 tengahari. waktu tu baru 11.30. Maka kami sambung shopping di Haji Ismail Group. Kebetulan mak mertua aku sukakan pinggan mangkuk jenama pyrex, luminac dll, maka sempat merembat seketul dua. dan shopping beberapa t-shirt Langkawi. harga di Jeti mahal sikit tapi kualitinya baik berbanding t-shirt2 yg di jual di Pekan/ pantai...

jam 3 ptg, kami ambil semula kereta di Kuala Kedah dan singgah Alor Setar pekena laksa. hurmm memang superb buat penggemar laksa seperti aku. rasa nak menetap di AS demi laksa. hiiii...

selamat sampai di Rawang jam 10.30 malam. esok suami kerja. kental kan??? aku? sambung tidur.. ZzzZ ;)

......................................

Kesimpulannya, bercuti di sini, memang berbaloi.. sangat best.
cuma kos agak tinggi sebab setiap tempat nak masuk, guna duit. ye la takkan guna air pula kan..
dah tu, gambar kita akan diambil di sana, di cabel car, di wildlife park, island hopping dll..depa siap framekan, atau buat souvenir. dah gambar sendiri, takkan tak ambil kan. maka perlu bayar juga tu..gambar sekeping bodo2 pun dah RM30..padahal cuci sendiri rm5 je kat sini.. memang melancong betullah kata org!

aku dan suami berdua je pun dah berhabis melebihi 2.5k. *mungkin sebab aku kuat shopping & kuat makan kot. ^^,. mak aku pergi dulu lebih dari 2 org, habis lebih kurang sama je.. sob3x..

percutian seterusnya?? in planning.
rasa nak ke pangkor island lagi je..demi sotong-sotong pula..;)
sekian.


Sunday, December 4, 2011

LaGenDa 3

salam to all..

*sambungan

Hari ketiga di Langkawi kami berhajat nak naik cabel car.. ok, aku cuak. hormon adrenalina merembes tanpa injap. suami aku cool.. katanya cabel car wajib naik. kalau tutup hari ni, dia sanggup tunggu esok dan tambah lagi cuti kami di sini..hurm, semakin nervous aku dengar..dan kebetulan pada hari tersebut tutup disebabkan angin kuat. bersyukur bila tutup. tersenyum di belakang suami..heeee.. jadi kami ke wildlife park (rm12/head kalau tak silap)..


suami beri rusa (rusa kan ni???) makan mangga..hiii

madam pearl..=)

nama wildlife park, tapi dalamnya bird paradise. tak ada pula jumpa lion, tiger, king kong ke kan..

dalam 2 jam meneroka, keluar..
nak ke mana lagi..suami boleh pula call bahagian cabel car.. dah buka.. *laaa...tutup sekejap je ke.......pengsan!!

then bergegas semula ke cabel car. Rm15/head.. beratur baik punya panjang. nasib tak begitu lama menunggu . ada yg kata jarak nya dalam 10km, jauh dari genting punya cabel car.. tapi lepas aku naik, aku rasa genting lagi panjang...cuma yg menarik, cabel car ni ada 2 stesyen.. stesyen pertama, palancong akan turun, ada track ke kawasan tertentu.. then naik semula cabel car ke stesyen kedua.. baru patah balik.. cuma, jauh lebih tinggi dari genting.. maka, jangan pandang bawah.


gerrrr...

bergambar di stesyen pertama. giler panas masa ni!
bergambar di stesyen kedua.

subhanallah..itu sahaja yg terucap tika melihat kebesaranNya..

selamat sampai je cabel car, akulah paling lega. heee..penakut punya budak!! terus rasa lapar.. pekena sate dan laksa. memang sedap masakan orang utara!

malamnya kami shopping sakan di Ismail Group. borong segala coklat.. dan paling tak tahan, berkali-kali kami masuk Al-ikhsan dan kedai nike. konon harga lebih murah sebab bebas cukai..maka suami merembat beg dan baju.. dan aku tak ketinggalan rembat beg. hiii.. tapi harga ratusan jugak. macam sama je dengan harga di sini..hurmmm.. *coklat je kot yg nampak lebih murah dan variasi.

pulangkan kereta sewa.. esok dah nak balik...

*bersambung

Saturday, December 3, 2011

LagenDa 2

salam to all..

*sambungan:

hari kedua di Langkawi, kami menaiki boat (rm30/head) ke 3 buah pulau. Pelayaran ni melibatkan Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras basah dan pulau singa besar (kalau tak silap!) ;)

Laju beb boatnya. teruja!

1-Pulau Dayang Bunting :

ha, cuba tengok dan amati sendiri.. bagaimana yang dikatakan Pulau dayang bunting?? (Lihat ada kepalanya (dari kanan), dadanya dan perut buntingnya..ia kan?? rasa nak menangis melihat kebesaran Illahi)

kemudian ke tasik dayang bunting..
kami tak mandi pun kat sini sebab kawasan kecil, ramai pula kanak-kanak riang. maka aku dan suami pilih untuk menaiki solar boat (rm30/boat) round-round tasik tersebut selama setengah jam.

setibanya di Tasik Dayang Bunting..

atas solar boat.

2- Pulau singa besar


boat berhenti di tengah-tengah pulau.. melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut. best!

3- Pulau beras basah

ramai yang turun mandi manda di sini. disebabkan masa ni dah tengahari, panas terik pula tu, maka aku dan suami berjalan-jalan sahaja di tepi pantai. ;) duduk bawah pokok, makan-makan.. memang feel!

boat yang kami naiki.

lepas tiga jam lebih, berakhirlah pelayaran kami..

lepas zuhur, tak ada masa nak rehat-rehat. sambung ke Padang Mat Sirat, Makam Mahsuri (Rm5/head) , makam purba, Kilang Gamat, Laman Padi dan Galeria Perdana (Rm5/head).

Makam Mahsuri..

tapak beras terbakar..

di laman padi

Di galeria perdana, kamera tak boleh di bawa masuk. tapi boleh ambil gambar guna kamera handfon. ada la aku ambil sikit-sikit. cuma tak ingat dalam hp mana. huuu. maka malas nak upload. di sini, ada kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepadaTun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pamerannya termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik, alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil, senjata, koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

*fuhhh! pancit. memang syiok. Cuma makam mahsuri (termasuk muziumnya) dan laman padi tu aku tengok macam tak semenggah. tak berjaga.. kureng sikit la..huu.

*bersambung

LAgENdA 1

salam to all..

wahh, lama tak online..

aku baru balik dari Pulau Lagenda, Langkawi.. 4 hari 3 malam di sana bersama suami tersayang.

so aku nak update dan share lah sikit-sikit pengalaman aku di sana..;)

Aku gerak hari ahad (27/nov) jam 6.40 pagi..perghhh gila semangat suami aku kejut aku pagi-pagi.. gerak awal lebih mudah katanya..naik kereta ke Kuala Kedah..dari situ ambil Feri ke Langkawi. naik feri dari Kuala Kedah dalam 1 jam 2o minit dengan harga RM23 satu kepala. nak naik feri dari kuala perlis pun boleh, dalam 30 minit je...tapi kami nak lelama sikit dalam Feri..so ambil dari Kuala Kedah..;-)

Sampai Langkawi jam 3.30 petang. kami terus uruskan kereta sewa dan check in Hotel yg dah di book seminggu lebih awal. Hotelnya di Pekan Kuah.. Azio Hotel namanya. Kalau nak dekat dgn pantai, boleh la book chalet/motel di Pantai Chenang. tapi kami book Hotel yg dekat dengan Jeti..

Hari pertama di Langkawi, tak ke mana sangat sebab dah malam pun. so jalan-jalan cari makan dan habiskan masa di pantai sahaja..sambil tu usha-usha tempat menarik dan aktiviti yg bakal dijalankan sepanjang bercuti di sini..


di pantai chenang..


*berhati-hati dengan tawaran parking kereta di Kuala Kedah..dan juga harga sewa kereta di Langkawi..tambah2 pula masa cuti sekolah ni.. banyak nak ambil kesempatan sahaja!

sekian..*bersambung