Saturday, October 12, 2013

WarNA WaRni GeNeraSi Kedua~

Assalamualaikum..

Persahabatan yang bertaut antara kami bertahun lamanya..Dari sekolah menengah..Kami semua 1 kelas. Kalau ikutkan ini lah sahabat/kawan/ rakan suami aku (5 orang termasuk suami). Cuma disebabkan suami aku kahwin dengan kawan 1 kelas (aku la tu kan..(^^,)), maka semua besties dia aku kenal..

Geng 1 kelas tu adalah yang berdiri di belakang (jejaka-jejaka) . Tapi kurang seorang.. ;) 
*Batch SPM 04 SEMEKAR*
Semua telah mendirikan rumah tangga. Tinggal seekor sahaja lagi kumbang bujang. Itupun sudah di'book'.;) 

Tahun 2010, suami aku mendahului member-member dia dalam berumah tangga. Gile awal beb, umur kami baru 23 tahun..Aku masih belajar. I repeat, aku masih belajar!!!! 

Kenangan 2010.. 

Tahun 2011, seorang lagi menurut jejak..

 Pengantin 2011..

Dan seterusnya pengantin 2012.. 2 lagi sahabat naik pelamin bersama pasangan masing-masing

2 pasangan untuk tahun 2012..;)

2013??? Nampaknya tiada. In sya Allah, seorang lagi jejaka yang masih bujang akan mengikut jejak kami.. Mungkin 2014..Amin...Sekalung doa diutuskan...

Dan sekarang sudah masuk ke generasi kedua iaitu generasi anak-anak kami. Alhamdulillah.

Dan bab anak-anak ni, memang aku mengalah lah walaupun aku kahwin dulu.(^^,). Maka antara kami, pasangan pengantin 2012 (baju hijau-gambar di atas) telah punya generasi kedua.
Tahniah buat Nazry Iskandar dan pasangan untuk kelahiran baby boy mereka pada Ogos lalu..

Begitu juga pasangan 2011..Tahniah buat Azam Sahri dan pasangan untuk kelahiran baby girl mereka baru-baru ini (oktober)

Sepasang dah generasi kedua kami.. ;-)

Kalau tiada sebarang halangan, sepatutnya aku juga punya generasi kedua november ini.. Dan sahabat kami (pasangan pengantin 2012 yang satu lagi -baju putih hitam) pula sepatutnya melahirkan generasi kedua pada awal tahun hadapan. Walaubagaimanapun, perjuangan kami terhenti separuh jalan akibat keguguran. Apapun, syukur kerana ujian sekecil itu takkan mungkin dapat dibanding dengan ujian pada pasangan-pasangan lain...

Doakan kan generasi kedua seterusnya pula.. Aminnn.

**Happy sangat tengok gelagat ibu dan bapa muda ni.. Dulu 1 kelas sekarang dah ada anak..wow!!!**

.....................................

Keguguran ??? Menurut kajian, selepas keguguran hanya ada dua kemungkinan.

1- Kehamilan semula secara cepat = Tapak pada uterus dah sedia ada, so mudah untuk penempelan bayi. Dalam 2/3 bulan dah hamil semula.
2- Kehamilan semula selepas bertahun-tahun lamanya..(Masalah abnormal uterus, rahim terbalik, peranakan jatuh dll selepas keguguran). Hamil selepas 3-5 tahun kalau tiada sebarang usaha (urut, medicine dll)..

Tapi tak semua lah macam keadaan di atas. Ada je exception untuk mereka-mereka yang bernasib baik. Maksudnya boleh hamil semula selepas setahun ke...Jadi jaga-jaga ye!!..

Sekian..




Monday, October 7, 2013

HeArThY

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kerajinan meng'update' blog telah tiba. ;)

Cuma entry kali ni tak ada cerita yang happy. Cerita sedih..boleh? huuuuu..

Aku ni dah macam orang sakit. Sebab hati ni kejap-kejap normal and balance, kejap-kejap happy to the max, dan kejap-kejap sadis tak tentu hala. Memang la orang kata normal as human kan, tapi kali ni aku rasa abnormal sebab rasa hati ni berubah setiap hari. Malah sehari tu boleh berubah berkali-kali lagi. Aduhaiii, kena banyak mengaji ni..;(

Apa kes hati ni hari ni?

Hati dan fikiran dah agak penat.. Penat berfikir. Dah tiba masanya aku serahkan segalanya pada yang lebih upaya mengendalikannya. Aku dah penat nak create takdir sendiri. Huiiyohh, ayat!!! Maksudnya, aku dah ready to surrender. Memang susah nak faham entry aku ni, sebab entry aku dah macam diary. huuuu..
Maaf lah ye..;(

Cuma, aku tak diberi peluang. Aku rasa diadili dan dihakimi lebih awal tanpa sempat aku buat apa-apa atau buktikan apa-apa. Aku tahu aku tak ada upaya dah dan dia lebih tak berupaya dan tersepit. Aku yang kena faham. Dia berhak atas syurga dia. Aku juga perlu faham dan mengalah demi syurga aku..

Mohon DIA tak tinggalkan aku even untuk sekelip mata pun.. Kerana aku lebih tak berdaya tanpa DIA. 

Sekian..


Sunday, October 6, 2013

7 OkToBeR 13

Assalamualaikum...

Hey, ahad yang awesome bila hubby ada kat rumah.. Boleh keluar jalan-jalan dan makan-makan. My all time favourites! ;-)

Entry khas lagi nampaknya kali ni sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran suami aku.. Dan pastinya sehari lebih awal, macam entry anniversary sebelum ni..^^,

Esok, 7 hb Oktober 2013 adalah Hari istimewa buat beliau.. Pada mulanya aku bercadang nak ambil cuti.. Sebab nak celebrate birthday suami since ahad suami memang tiada kat rumah semenjak aku dimadukan.. Tapi...tapi...tapi....
Esok juga adalah hari peperiksaan (PMR) untuk subjek aku- Sains!

HUaaaaaaa macamana niiieee??????

Terpaksa melepaskan kesayangan demi tanggungjawab. Maka aku pilih untuk ke sekolah.. Dan nah!! Allah gantikan ahad (hari ni) husband free.  So dapatlah celebrate hari ni.. Alhamdulillah. Kesayangan dapat, tanggungjawab esok pun dapat. Terima kasih Allah.

Apapun, Happy birthday my beautiful boyfriend! Abu Zar Bin Kassim yang ke-28 tahun.. I know you work hard and you're always finding new ways to make things work for your family. Thank you dear.. You are and you will always be the prince of my life. I'm so glad that i'm married to you. Thank you very much for loving me the way you do. 


Happy birthday, love of my life!

*Alhamdulillah, baru-baru ini beliau berjaya menjalani lasik mata. Salah satu impian beliau semasa belajar dulu. Walaupun tak dapat reduce 100% rabun, tapi 80% reduction tu pun dah buat beliau sangat-sangat teruja dan bersyukur. Tak dapat tahan air mata bila teringat kisah cermin mata beliau yang patah/rosak masa zaman belajar dulu. Apapun,selagi diizin Allah, aku sentiasa nak tengok, bantu dan sokong beliau capai setiap impian yang tak kesampaian dulu. Amiinnn..

Wassallam..

Saturday, October 5, 2013

TuHaN MeManGGiL~

Assalamualaikum...

Semua perkara dalam kehidupan kita berlaku atas kehendakNya. Kalau kita percaya, pasti kita dapat lalui setiap ujian dengan tenang. Walau diiringi air mata, walau ditemani duka, kita lalui juga. Selagi kita berusaha mengharungi ujian, dugaan dan ketakutan, maka kitalah sebenarnya yang paling berani.. 

....Allah will never burden you more than what you can withstand.
Be grateful with what you have and you will not worry with what you have not....

Ini yang selalu aku ingat, supaya aku kuat. Walaumacamanapun, selaku manusia biasa, kadang kala kita kalah dengan mainan hati dan perasaan. Hilang segala kata-kata dan motivasi..;(

Ayah, ibu, keluarga, suami, anak malah siapa dan apa sahaja di dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Kalau Allah nak tarik balik, bila-bila pun boleh. Tapi kita takut kan untuk kehilangannya??? Sebab cinta kita pada mereka sangat tinggi.. Hingga mengalahkan cinta kita pada pencipta. Malunya pada DIA. Malunya menjadi manusia..

Tahu tak apa perkara paling sukar untuk dilalui??

1) Mengalah pada sesuatu yang menyakitkan
2) Redhakan hati pada sesuatu yang sama sekali tak mampu untuk diterima.

Tapi, kita manusia. Kita hamba. Kita bukan siapa-siapa.

Siapa kita untuk menolak kehendak dan takdirNya?

Motivate myself by listen to this song~

Tuhan memanggil, ku tidak menyahutnya 
Tuhan memanggil , aku mendengar saja 
Tuhan memanggil aku, ku sahut sekali - sekala 
Tuhan memanggil aku, ku cuba menerimanya. 

Tuhan memanggil, ku sahut bertalu - talu 
tuhan memanggil, ku jemu menyahutnya 
tapi aku memaksa diriku menerimanya 
itulah diri aku belum jinak dengan tuhan 

aku akan jinakkan dengan bermujahaddah.

Yang hidup pasti mati..

Wassalam.

Wednesday, October 2, 2013

SaLmOn vs KeMbuNg~

Assalamualaikum..

Kalau ada perkara yang terbuku di hati, mesti rasa tak senang duduk kan? Nak diluah orang marah, nak dipendam rasa nak pitam. Macam mana nak buat agak-agaknya?

Ada perkara kita tak mampu puaskan hati semua orang. Ada perkara buat kita nampak lebih pentingkan diri. Tapi kalau kita tak kemudi kehidupan sendiri, nak harap siapa lagi? Mana mungkin keputusan dalam hidup kita perlu dibuat oleh orang lain. Kerana kita adalah kita, keselesaan kita tak sama dengan mereka. Prinsipal nya mudah, selagi tak menyusahkan orang, selagi tak menyalahi agama,  maka kita mampu berdiri di atas kaki sendiri dan buat keputusan sendiri. Bunyi macam sombong, tapi itulah realiti. Orang sekeliling mahupun orang yang disayangi tetap ada haknya dalam hidup kita. Mereka berhak memberi pendapat, pandangan, cadangan tapi bukan arahan.. 

Contoh mudah, aku suka makan ikan salmon. (ini ka contoh??)
Tapi kalau anda tak suka, perlu ke halang orang makan? Lain la aku makan benda yang memudaratkan atau syubhah! Boleh reti tak? Boleh faham tak? Dan lebih penting aku makan dengan tangan aku, aku beli dengan duit aku. Tak ada siapa yang rugi kan?? Jadi kenapa perlu anda kata aku tak boleh makan ikan salmon? Kenapa anda perlu usaha supaya aku makan ikan kembung??

Andai ikan salmon kelak memudaratkan aku, aku tahu aku perlu pilih ikan kembung. Tapi sekurang-kurangnya aku berdikari dan belajar sesuatu dari sini walaupun keputusan aku salah. Kan pengalaman tu guru terbaik?? Kan kegagalan tu permulaan kejayaan?? Kan gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.. Jadi biarlah aku cuba.. Berilah aku peluang.. 

Mungkin benar aku muda. Pandangan aku tentang sesuatu mungkin salah dan mungkin juga terburu-buru. Tapi jangan terus katakan tidak. Jangan terus mengadili dan menghalang. Jangan terus gantikan dengan yang lain tanpa perbincangan dan persetujuaan aku. Berikan rasionalnya? Berikan sebabnya? Berikan alasannya? Kerana manusia ni boleh fikir. Dan aku juga adalah manusia.!!

***Aku tak berminat nak rebut-rebut. Kalau nak kembali, ambillah.. Bukan aku tak berminat atau tak sayang, tapi aku dah penat nak pertahankan***