fuhh, penat giler hari ni. tidur mlm semalam je dah menjelang subuh. bangun, terus ke batang kali. gotong royong dgn adik, akak dan ayah aku. rumah kami akan disewakan. dari sapu menyapu, cuci mencuci, mop mengemop, sehinggalah ke lap mengelap & menebas lalang. segalanya dilakukan dlm mase 4jam. at last, semua terduduk. letih wooo.. dgn adegan2 mengemas buku sambil terlalak2, menghayun mop ke paras kipas siling & menari sambil cuci bilik air. kate ayah 'besok pn belom tentu siap!'.. heh, see da leg dad...
paling tak tahan, part mengemas semua buku2 lama. dulu dah tapis, semua buku2 dari sekola rendah sampai form 2 dah diagih2 entah kemana. now mengemaskini segala buku dari form 3 sampai masuk U. boleh jadi library dah. sebab kami adik beradik memang beli sendiri segala buku teks, buku rujukan dan buku latihan. dari darjah 1 sampai masuk U. cuma adik aku skrg lah baru dapat buku pinjaman (since form 3). kerajaan mula bermurah hati..
yg bestnye, aku & akak berlainan cos. so kat rumah ade pelbagai genre buku. dari sastera sampai ke sains. blm lagi ditambah dgn majalah kegemaran mak & akak macam mingguan wanita, mastika, & majalah zaman kanak2 akak aku macam kuntum, dewan pelajar & bintang kecil. akak aku memang ulat buku. dan pastinya TAK termasuk aku.
* dah lama aku bercita2 nak buat mini library kat rumah (cita2 je, rajin membacanya jauh sekali). tapi rumah aku (yg duduk skrg) sekangkang kera je (kecik benor la kalo kangkang kera), so tak kesampaian. tu pasal banyak buku2, majalah, & novel dah bg kat jiran2, kawan2 & ade yg kitar smula. ni je yg tinggal (1/4) . entah ape plak nasib mereka. waaaa..
muke letih. lega...semua setel!!bergambar depan umah before balik..
Wassalam
No comments:
Post a Comment