Wednesday, March 21, 2012

PeNanG 3~

As salam..

hari terakhir di penang..

check out time..

sambung membeli belah di area komtar walk..

tawar menawar dan sesi memenuhkan bonet kereta dengan jeruk-jeruk, cendera hati dan t-shirt penang..;)

kemudian terus bergerak balik..

kami tak lalu penang bridge, tapi merentas lautan (waaahhh!) dengan feri.. bawak kereta2 sekali naik satu feri..

selamat tinggal penang...;)


Alhamdulillah, selamat sampai KL jam 3 petang. sambung shopping di pertama complex..;)

*next destination : Terengganu.. Jun 2012. InsyaAllah.

sekian.

Sunday, March 18, 2012

pEnANg 2~

As salam..

hari kedua di penang...

kami ke batu maung untuk menjengah ke muzium perang. inilah muzium yg buat husband aku termimpi-mimpi.. nak nau ke sini..

on the way ke batu maung, terjumpalah kami kedai makan melayu. pagi-pagi kami dah pekena nasi campur. mahu tenaga hingga ke petang sebab banyak destinasi dalam checklist utk hari ini..;)

jalan ke muzium perang tu pun dah scarry mery. bayaran masuk adalah RM20 seorang. so, welcome back to MALAYA.. memang best hingga husband aku kata 'kita kena hargai kemerdekaan'... wahhhh!


entrance muzium perang

terowong kecemasan.. *kat sini kami main sorok-sorok.. tapi dlm hati ada sikit seram. golappp...huuuu.

suluh, jangan tak suluh

bom...~

hampir 2 jam di war museum (perghhhh, berpeluh2!!), kami seterusnya ke rumah P.Ramlee. ;)

di hadapan P.ramlee house..

seterusnya kami ke Toy museum. Dengan kadar bayaran RM10 seorang, kami meneroka semula ke alam kanak-kanak riang. memang sangat menarik toys yg ada cuma yg kurengnya, muzium ni macam tak berjaga. berhabuk-habuk..gerrr~ macam tak sesuai je dengan bayaran masuknya.

kungfu panda..~

Cumell kan..)


then, kami terus ke Fort Cornwallis. ia merupakan kubu pertahanan zaman british kat penang..alaaa adik beradik dengan A famosa di Melaka & Fort Margherita di Sarawak..;)


kemudian, kami ke komtar walk dan kedai-kedai sekitarnya bagi membeli cenderahati dan sebagainya..kira shopping la barang-barang di penang untuk keluarga tersayang..;)

selepas puas bershopping, eloklah kami ke batu feringgi. menghirup udara segar dan berjalan-jalan di tepi pantai..sempat juga kami ke masjid terapung berhampiran batu feringgi tu dan ke pantai miami...;) kawasan pantai sangat bersih dan tak ramai orang. sangat seronok. tapi aku tak turun mandi pun, celup-celup kaki sudahlah..;-)

tenang, macam tak ada pengunjung lain..

malamnya, kami pekena nasi kandar line clear. aku bukanlah peminat nasi kandar so tak adalah excited bila member2 kata kat penang kena rasa nasi kandar. *lainlah org melayu masak..hehe.. tapi nak cubalah juga kan. not bad. ;) kat penang memang banyak gila kedai/restoren nasi kandar. pilih je yg mana satu pilihan kalbu...

sekian..;)


Saturday, March 17, 2012

PeNaNg 1

As salam

cuti sekolah dah sampai ke penghujung nampaknya. senyuman pun dah semakin pudar~ gerrr..

aku telah bercuti ke penang baru-baru ini..;)

sepatutnya percutian ke penang berlangsung bersama keluarga aku pada bulan 12 tahun lepas. tapi since ade masalah teknikal (teknikal ke??) kami cancel. dan cuti baru ni aku ajak suami ke Terengganu tapi jauh bebenor. so plan berubah ke penang..;-)

sehari sebelum pergi, buat checklist ke mana destinasi lawatan kami di sana nanti.. dan mula mem'booking' hotel. hanya aku dan suami yang pergi. kira honeymoon la untuk kali yang ke-10...(^^,)

kami gerak pagi rabu (14/3/2012) dan sampai di penang pada jam 12.30 tengahari..since kena check in hotel pukul 2.00 ptg so tanpa membuang masa terus ke bukit bendera.



train nya pun dah tak macam dulu..train nya dah laju dan dalam masa tak sampai 10minit dah sampai ke puncak bukit bendera. bayaran masuk adalah RM8 1 kepala.

sampai atas tu, bolehlah berjalan-jalan. tapi aku ni sayangkan lutut, maka aku dan suami naik buggy dengan kadar RM30 sekali jalan (25minit perjalanan) bagi melawat pemandangan atas bukit, bawah bukit, tepi-tepian, banglo2, kuil, masjid dll.

di atas buggy..

lepas turun bukit bendera, kami terus ke muzium penang. sekali masuk RM2 seorang. macam biasa, kalau dah muzium negeri biasanya yg menarik adalah sejarah pembukaan negeri itu dan yang sewaktu dengannya..kami tak bergambar pun di sini sebab ternampak sign 'no camera'.. dengan patuhnya, camera hanya tersimpan kemas dalam beg.. keluar je muzium baru perasan 'camera tanpa flash dibenarkan'...ngengggg~~~

kemudian kami ke kubur kristian.. semata-mata nak melawat ini~~~

agak seram di situ..

tapi pokok-pokok di sekitarnya amat mengasyikkan..boleh buat clip video..;)

macam di obersea la..;)

lepas tu, baru teringat belum lunch. punyalah susah nak cari makanan halal area george town. yg ada mamak stall lah kan. tapi tu pilihan terakhir lah. heeee.. pusing punya pusing, makan KFC je lah kat tesco tanjung pinang.

sebelum tu, sempat singgah swensens untuk membeli banana split. dah lama tak makan.. best2x..;)

check in time..

malamnya, berjalan-jalan area padang kota lama. memang ada char kuew teow bagai but cina punya so, xpelah...hehe. pekena rojak buah je & makan tepi laut..

esok, harus carik kedai melayu...!!!!nak rasa penang punya. tak lalu asyik nak makan fast food. kat selangor dah bersepah2x.

sekian

Friday, March 16, 2012

''KoSoNg''

As salam..

Pernah dengar lagu cinta muka buku dan carta hati by Najwa latif? dua-dua lagu ni anak murid aku suka benor lah nyanyi dalam kelas. memang lagu tu sesuai sangat lah untuk anak murid aku yg sedang meningkat remaja tu, belasan2 tahun..tapi bagi aku yg dah tak berapa nak remaja ni, tak adalah minat sangat..

tapi berbeza dgn lagu bertajuk kosong ni..penyanyinya tampil lebih matang dengan lirik yg juga lebih matang..baru lah aku nak layan...;-)

Kosong by Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong .. kosong ..

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Ooo..woo~

Kosong .. kosong..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong .. kosong ..

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong .. kosong ..

Ooo..woo~

*Dengar sinar.fm ye, selalu keluar lagu ni.. tak pun search kat youtube..;)

Sunday, March 11, 2012

CeriTa~

As salam to all

1-cuti sekolah telah bermula.. sangat gembira. segala kelas tambahan ditolak ketepi..punya excited nak holiday sampai kertas exam students tertinggal kat sekolah. bukak sekolah nantilah nampaknya baru terhegeh2 nak marking. tak apa, cuti punya pasal..;-) *cuti seminggu je pun. sekejap je rasa.

2- telah hantar borang application kat suami supaya beliau membawa aku bercuti ke Terengganu kali ini. tapi permohonan aku ditolak dengan alasan:
a) Beliau baru je MC seminggu (minggu lepas akibat kemalangan) maka nak ambil cuti lama2 kali ini tak berapa nak best.
b) Terengganu agak jauh dan tak seronok kalau hanya dapat bercuti 3 hari 2 malam di sana. *beliau dapat cuti 3 hari sahaja minggu ini. maka kene cari destinasi yang tidak begitu jauh dan dapat dieksplore dengan megah dalam masa 3 hari..

3- dimana-mana sahaja aku pergi, kedengaran isu gaji baru kakitangan awam. semua bertanya berapa naik, apa imbuhan, apa kelebihan dll. malangnya tak ada satu pun boleh aku jawab. sebab aku tak ambil tahu. bukan tak berminat, tapi serabut dan susah nak faham. agenda kerajaan selalunya byk yg double meaning. so lebih baik tunggu je slip gaji bulan ni dan bulan2 akan datang. baru tau dan faham. waktu tu tanyalah aku, akan ku jawab dengan yakin dan cukup berwawasan.

4- Adnan Sempit : Telah aku saksikan sendiri 2 minggu lepas kalau tak silap. KOmen : boleh tahan kelakar cume tak ada content. fragile je intipatinya. untuk suka2 boleh lah. biasalah org melayu, cerita macam tu suka la..best but its nothing~ sekadar nak regangkan otot2 muka jer lah!

5- suami request nasi lemak. lintang pukang lah dapur aku esok nak menyiapkannya~ *better la dari sebelum ni beliau request nasi briyani. lagi haru~ ^^,

Sekian~