













tesis ni aku tulis tau..original recipe..=)
2) tamat final exam sem akhir, aku mengulit mimpi2 indah di rumah sehingga bulan 7. aku ditawarkan kerja di sekolah rendah sinaran budi rawang. sebagai guru ganti je utk kanak2 darjah dua bagi subjek english, sains & seni. hari2 jadi sibuk mengutip segala pengalaman mengajar di sini. sehingga bulan 9 tamat kontrak. tak lah sedih mana.. kental!
teacher nadia
3) dan tahun ni juga aku bergraduasi dgn penuh dedikasi. Alhamdulillah, segala liku lekit masa belajar dapat ditangani dgn baik. grad jugak akhirnye..=)
dalam dectar..
4) tahun ni juga aku dirisik dan bertunang. dan esok adalah hari ulang tahun pertama kes risik2 aku. (terasa macam kes jenayah!) dah setahun rupenye. ade kawan yg pelik bila menghadiri majlis tunang aku julai dulu. katanya kenapa aku hanya mendapat 1 cincin. jawapannya, aku tidak meterialistik. WTH. tak adalah, aku buat kenduri risik dan tunang pada dua waktu yg berbeza.
hantaran masa merisik..(ade ke hantaran mase merisik?) kami sebut sebagai hadiah yg mengiringi cincin risik. (takkan nak bawak seketul cincin je kan, nampak pelik pulak!)3 dulang berbalas 4. ikut suka kami je. adat ciptaan sendiri..heh!
us (kenapa die plak potong kek?)
seronok juge merisik dan bertunang pada dua hari (kenduri) berbeza. dapat buat banyak kenduri & lebih mudah maksud aku, aku nak melalui semua adat org melayu. nak merasa. hehe
5) tahun ni jugak akak aku kawen dan aku bercuti ke sarawak. =)wedding day..
our journey 2 sarawak.
6) kalau cerita sedih pula, aku tak berapa ingat. bukan mudah lupa, tapi tak mahu ingat. biasanya kisah kawan2 lah. macam kes aku yg terkejut tahap beruang kutub bilamana kawan yg aku percayai terlalu obses utk menyeludup masuk dalam kisah chenta aku. hasilnya, org salah sangka pada aku dan kuzer. namaku dipergunakan tanpa pengetahuanku. agak keji disitu. itu lebih mudah difahami kan? tak apa, kau dah mengaku. aku okey!
rasenye itu sahaja.
wassalam utk entry yg agak panjang lebar lagi skema.