Wednesday, November 23, 2011

Can't WaiT!!

salam to all..

cuti sekolah sudah bermula..(^^,)

maka, tugas sebagai suri rumah sepenuh masa juga telah bermula semenjak beberapa hari yang lalu..

di saat kawan-kawan aku sibuk buat tuisyen, ada yang part time di kedai-kedai buku, ada yang terlibat jaga exam SPM, ada yang terlibat dengan kursus dan lain-lain, aku dengan lemah gemalai nya hanya mengulit di rumah. nak berehat sepuas-puasnya. tak mahu part time ke, apa ke.. tunggu gaji dan bonus je masuk..aci tak?? ;)

Minggu hadapan, misi percutian akan bermula.. Ada dua fasa..

Fasa pertama honeymoon bersama suami..

dan fasa kedua honeymoon bersama ayah bonda.. can't wait...

*ada juga yang tak tahu, cikgu cuti sebulan pun bergaji dan berbonus. ;) Alhamdulillah..

Wednesday, November 9, 2011

CuTi

salam to all..

kat sekolah..blurrr je selepas 4 hari bercuti.. students pun lemau tak bermaya.. masuk angin..

so, update blog sementara menunggu next class. kerja-kerja lain dibiarkan bertimbun. tiada hati untuk selesaikannya. tambahan pula, minggu depan dah akhir persekolahan.. lepas tu cuti panjang... can't wait!!!!!

nak bercuti ke mana??

masih dalam planning.. mulanya dah plan ke sabah pada akhir november.. tapi cuti aku tak match dengan cuti adik dan ayah aku.. so tak jadi nampaknya..

tukar plan ke penang sempena adik aku cuti semester.. nak bawa dia jalan-jalan, tapi suami aku kursus pula 2 minggu ini..

tukar plan lagi!!!

ditangguh ke awal disember..ke mana? entah, sedang berkira-kira!

cume hari isnin baru ni, sempatla berjalan ke muzium tentera udara dan muzium negara..suami tak cuti lama so tak dapat berjalan jauh..dalam KL/selangor je lah.. muzium negara tu dah pergi tahun lepas tapi masa tu tengah renovate...so baru ni pergi lagi utk melihat perubahan..*biasalah kalau dah taste suami dan adik aku, mesti nak ke tempat-tempat sejarah...


ada pameran kapal karam di muzium negara..

Antara kapal yg karam..;)



bersedia untuk berlepas..;p

inilah kegilaan mereka!

Baliknya, kami ke muzium P.Ramlee..tapi tutup..

akan ke sana semula bila ada peluang..

sekian.

Monday, November 7, 2011

PeNgaLamaN PerTama

Salam to all..

Salam Aidiladha untuk semua..*walau dah terlambat kan

sehari sebelum raya, macam biasa aku masak nasi impit, rendang ayam cili api dan dadih coklat. kiranya semua ni yg suami request lah..

malamnya tidur lewat gara-gara bola di TV..

Maka paginya, boleh pula berdendang sayang keluar rumah nak ke masjid pukul 8.15. sebab biasanya solat aidiladha bermula jam 8.30.. tapi malangnya, jam 8.15 dah habis sembahyang di masjid. awal benor tahun ini??

so malang...

balik rumah. tunaikan di rumah bersama suami.. tahun depan kene pergi awal..!!!*kalau panjang umur dan ada rezeki..mudah2an..

balik sembahyang, makan-makan..mula mengasah pisau..

pukul 10, turun padang..tak pernah aku turun untuk tengok orang sembelih dan melapah lembu.. tapi bila tahun ni dah bersuami, maka teringin nak ikut suami..*tahun-tahun sebelum ni, raya haji tak ke mana pun. duduk rumah aja..insan-insan yg bergelar lelaki je akan sibuk.

Al-kisah, suami, bapa mertua dan abang ipar melapah lembu...

setiap detik di tonton.. penuh aksi. ada lembu cuba lepaskan diri sampai tali melilit diri sendiri.. ada lembu terberry-berry dan terkucil aja.. yaAllah, 1001 perasaan dan pengalaman..

14 ekor lembu dikorbankan..dan kami dalam kumpulan ke 12 dan lembu ke 2. lembu diikat kakinya, ditumbangkan.. lubang dikorek untuk tadah darah lembu..

pisau tajam digunakan untuk putuskan urat marikh nye.. bertakbirlah kami masa uratnya terputus..darah menyembur di serata tempat. tak boleh nak kasihan, maka dikuatkan aja azam di dada..

daging disiat-siat dan menjadi ketulan.. dari kepala sampai ke kaki, licin diambil orang..

dan aku???

balik rumah macam orang nanar. setiap sisi makanan aku pandang macam daging mentah.. air berwarna ku bayangkan darah.. macam mana ni??

mak masak sup tulang..aku hanya mampu melihat..

nampaknya perlu masa untuk makan daging semula!

part ni paling tensen nak tengok.. masa lembu perlu direbahkan..

2 bahagian kami pada lembu ini!

suami dan bapa mertua dah bersiap sedia!

suami membetulkan ikatan pada lembu!

*pengalaman yg tak akan dilupakan dan aidiladha yg bermakna..penghayatan kepada erti pengorbanan..

Thursday, November 3, 2011

.................!!!!

salam.

rasa nak ikat diri sendiri kat tiang untuk 2 jam..

sekian..