Wednesday, December 16, 2009

KeNaNgAn III

salam to all

setelah virus malas pergi dgn tenang dr tubuh ini, timbullah kerajinan yg bukan sedikit utk aku..buktinya, aku telah mempublish dua entry pada hari ini. so entry ni adalah kesinambungan perjalanan percutian aku ke sarawak baru2 ini.

hari kedua di sana, kami melawat Kampung Budaya Sarawak. dibandingkan dgn Taman Mini Malaysia di Melaka, Kampung Budaya Sarawak jauh lebih terjaga dari segi kebersihan, persekitaran dan kawasan lawatan. maka sangat berbaloilah dgn bayaran RM60 seorang bg dewasa dan RM30 utk kanak2. before masuk, setiap seorang dapat passport lagi. so setiap rumah yg dilawat, akan dapat cop. menandakan kite dah lawat rumah tu. rumah2 yg ada macam rumah orang ulu, penan, melanau, cina, melayu, iban & bidayuh.


entrance kampung budaya Sarawak


aku mengetuai rombongan..(titi pertama selepas entrance)


kawasan2 yg perlu dilawati.250hektar..bersih & damai..


cop passport anda !! selagi cop tak penuh, jgn balik oke!


di sini ada lebih kurang 7 rumah je utk dilawati (dah mention kat atas tu) . walaupun tak sebanyak rumah2 kat taman mini malaysia, tapi kat sini jauh lebih berpuas hati coz setiap rumah ada penyambut tetamu nya, siap bg penerangan tentang rumah2 tu, tarian pembukaan & goreng / masak secara live makanan2 popular setiap kaum. termasuk aksi2 menenun kain dan jualan cenderahati..



tarian pembukaan a.k.a sambut tetamu (tarian ikut kaum)



menyumpit. tak boleh bla. cik pearl nampak gagah perkasa lah. tau tak pe!


tarian2 waktu persembahan pentas..


parents kat chinese farm house


lupe plak, before masuk sini, selain passport pengunjung juge akan dapat sticker hijau tuh..Lekat kat baju oke!! bukan kat pipi seperti mereka di atas!


ni kat bidayuh long house kot..


mm ade pengalaman ni..sesuai..


melanau tall house..

* tak larat nak upload pic. tu lah sedikit sebanyak aksi2 seram kami di sana..sopan je sebenarnye. huhu.

esok aku sambung lagi oke. pengembaraan seterusnye ke muzium2 kat Sarawak & macam2 lagik..=)

wsalam

2 comments:

aishahumairah said...

bestnya nad..nk g melancong jga...

nEd~Ya said...

besh2..!
memang rase nk sambung lg je jalan2
tp yg len dah kije. huhu.
leh la ecah, amik mase & ajak family bercuti..oke.