Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Monday, October 18, 2010

RaJiN BeTuL MenGuPdaTe!

salam to all.

update lagi. phewwww..~ semester yang best kali ini kerana kurang kelas dan kurang kerja. lepaking & relaxing habis. tu yang nampaknya mengupdate blog begitu bersungguh-sungguh kebelakangan ini. kalah kesungguhan aku menghadap buku bagi menghadapi peperiksaan. =( sayu dan insaf di situ...

ok. award kedua bulan ini. dan kalau tak silap aku, award kedua dalam tahun ini. =)

diberi oleh cik aishahumairah juga. beliau memahami kebosanan aku. lantas meng'award' & menge'tag' aku lagi utk kali ini. terima kasih daun keladi ye. ada award & tag, boleh beri lagi. (",)


inilah awardnye. 'you are the best' tu memang tak tahan. i loikeeee...=) tq aisha.

dan ini soalan2 yg mengiringi award ini. kire tag sekali lah kan.

1) write 5 interesting facts about the person who gave you this award?

- 1. beliau merupakan kenalan saya semenjak tahun 1 di UKM lagi.
-2. orang Johor.
-3. masih di UKM menyambung master. waaaa, seronok. jeles betol. =)
-4. kening lebat & cute orangnya.
-5. peramah & ada sense of humors.

2) write down 10 interesting facts about yourself and your hobby?

-1. Masih seorang pelajar dan sedang gigih menghabiskan semester akhir di IPG Kampus Temenggung Ibrahim JB.
-2. Sudah bergelar isteri kira-kira sebulan yang lalu.
-3. Penggemar semua jenis beg dan kasut.
-4. Sukakan muzik yang mendamaikan.
-5. Laksa shack adalah tempat makan kegemaran.
-6. Suka warna putih, brown, purple & peach
-7. Suka menyanyi dan menari. (tapi now husband pantau. so slow sikit..;-))
-8. Pengumpul syiling 50sen.
-9. Penangis yang agak tegar.
-10. Kalau pergi secret recipe, mesti pilih chocolate indulgence & new york cheese. yummmyy..~

3) pick your most 10 deserving recipients and describe them?

-1. Abuzar : si suami yang dikenali hampir 10 tahun dahulu.
-2. Nazry Iskandar : Kawan sekelas di sekolah menengah.
-3. Farhana Abu Bakar : Belajar sama di UKM, sama juga kolej penginapan dan 1 matriks tanpa disedari. =)
-4. Ms. Happy : 1 flatelet di UKM. =)

Wassalam.

Sunday, October 17, 2010

SeTeLah SekIaN LaMa TaNpA TaG & AwaRd

salam to all..

kebosanan di hari minggu. dengan tegar tidak mahu balik ke rawang kunun-kununnya nak mulakan usaha study untuk peperiksaan. Peperiksaan yang akan bermula pada bila-bila masa sahaja, mengikut suka hati mereka. (mereka = unit peperiksaan maktab) . minggu depan pula, kelas mungkin sampai rabu/khamis je. jadi kebarangkalian untuk balik ke rumah tercinta sangat tinggi coz ade 4/5 hari free. takut mati kebosanan pula di sini. ~

oh ye, tujuan utama update hari ini adalah untuk memaparkan award ini..taraaaaa....



Award dari aishahumairah. tengs a lot aisha. ;-)

award ini diiringi dengan beberapa soalan..apekah?

1. Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?

ooo, begitu banyak perkara. Antaranya :

1. peperiksaan tak lama lagi
2. makanan yang akan dibeli di pasar malam kejap lagi.
3. apa yang nak di studykan malam ini.
4. persediaan kenduri kahwin yang aku tangguh sampai hari ini. (mak + mak mertua dah start berzikir2 manja di telinga aku)

2. Apakah nama samaran you all?

begitu banyak juge. (tak ada yang sikit~).

1. nad
2. nadia
3. nurul
4. pearl
5. ned

Kelima2 nick name dipanggil oleh kawan2 dan sanak saudara. tak termasuk keluarga dan suami ye.

3. Berikan nama 3 orang yang you all sayang?

tiga je? terlalu ramai juga yg aku syg. oklah, kali ni aku tepati kehendak soalan.

1- En. abuzar (suami)
2- En. Abu Bakar (ayahanda)
3- Pn. Salbiah (bonda)

4. Panggilan untuk si dia?

si dia ni aku tak pasti siapa. so aku anggapkan 'dia' ni seseorang yang istimewa lah ye. suami aku boleh?

banyak jugak panggilan utk dia.

1. abg
2. syg
3. hubby
4. darl
5. zar
6. diva (@_@)

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?

Pakej honeymoon ke serata negeri di semenanjung malaysia. boleh?
so far dah ke pahang dan melaka je. kalau boleh nak pergi semua tempat sekali gus, tapi cuti tak ada. perlu sedar ye, aku masih seorang pelajar. jadi, dalam sebulan baru dapat cover 2 tempat. (baru kawen sebulan je pon kan)

bulan 12 ni aku cuti sebulan, nak cover lagi 9 negeri ye. jadi kesimpulannya hadiah yg aku impikan adalah pakej percutian ke 9 negeri tersebut... ;-)

6.Blog mana yang you all suka visit?

banyak jugak. tak tersenarai dibuatnya. tapi since link2 ke blog blogger dah terhilang di sebabkan aku menukar layout suatu ketika dahulu, tak dapat dah aku mengusha blog2 blogger. kalau ada yg drop komen, baru aku membalas lawatan kalian. biasalah, tak ingat url blogger. terlalu banyak..;-)

7. Tag kan 15blogger you all?

1-abuzar si cekodoksedap
2-farhana eksperesi diriku

dan semua blogger yg nak buat tag & award ini. silakan. jangan segan silu. apa lagi malu2..

wassalam.

Monday, December 21, 2009

CeRiTe HaRi MiNggU


salam to all

cerita 1

aku nak tampal award. dari seorang blogger yg baru jd pengikut blogku. blog 'pereka cerita' namenya.. terime kasih. aku pon dah jadi follower blognye.
link. salam muhibbah di alam maya buat pereka cerita. (ape yg cik pearl repekkan neh!!) oke, salam perkenalan..=)


blog paling menarik?? wahhh!!! (cik pearl boleh menangis bila2 mase kerana terharu)
terima kasih ye kamu..

.................................
cerita 2

semalam aku pergi kenduri kahwin kat sungai besar. 1 kereta bersame kuzer dan ipar duaiku. hujan maha lebat di sana. kalau aku lah yg drive, dah tentu aku parking je tepi jalan sampai hujan reda. dah tentu2 kenduri habes baru aku sampai..heh!
biaselah kawasan rumah kampung mesti naik air bile hujan lebat. ape lagi, lecak giler. aku dgn high heels sah2 cuak. kalo tanah lembik tu berlubang2, memang kerja kasut aku lah tu. hehe. dalam hati istighfar je. kalau ditakdirkan tersungkur pon, redha je lah. kire ade la memori kat rumah org kawen. tersungkur dgn penuh ayu umpama diva. ceh!

tapi alhamdulillah, aku mampu cover sebaik mungkin. nak jalan je, daya tahan kat kaki kene kuat. setiap kali heels masuk tanah lembik, aku tarik dgn senyuman.,muke santun je macam tak de pape. dalam hati eerrggghhh!! payahnyer..silap2, tarik kaki je, kasut tertinggal. itu yg ku harap tidak terjadi dan sememangnye tidak terjadi. syukur2. =)

tema kenduri semalam = merah


balik dari sana singgah kampung melayu batu 16 rawang, kenduri kawen jugak. kawan kuzer punye kakak kawen a.k.a kakak hadi. pukul 4 baru sampai. kire tetamu terakhir lah. sampai je, hujan pon lebat. sg.besar mungkin dah reda. rawang la plak. so redah plak hujan rawang. dua2 kenduri dalam hujan. cume yg rawang ni bernasib baik, dah habis majlis baru hujan. yg tak bernasib baik, pastinye kami sekereta. dua2 kenduri, kami datang masa hujan sedang menggila. tak apalah, moge2 hujan rahmat. =)

soalan cepu gangsa = bile agaknye aku plak yg kahwin?? glurppp!!

sekian. wassalam.

Tuesday, October 13, 2009

CeRiTa BanGGa Aku..hukS

Salam to all..

lame jugak rasanya aku tak update..(padahal tak sampai seminggu pon kan..ehe)..aku tahu kamu rindu tulisan aku..(kalau tak pon, buat2 rindu oke..kasi aku terharu sikit..)=)

pencapaian2 menarik aku selama seminggu ini..aku rasa sgt bangga..tahniah buat diri sendiri..

pencapaian pertama : aku berjaya makan makanan pedas tanpa mengalirkan air mata..

ahad baru ni aku ikut my kuzer balik kampung..ziarah neneknya yg kurang sihat dan ada hal2 tertentu..baru je sampai, dah dipelawa dinner bersama mereka2..(mereka2 ni merujuk kepada makcik2 kuzer)..pada mereka, aku masih malu2 arnab utk makan bersama mereka..oooh tidak!! aku bukannya malu utk bersantap bersama kalian, tapi mataku agak juling kurasakan bila semua lauk yg ada di depan mata disaluti dgn cili api..hijau2 belaka..perutku terasa kembang kempis..mampukah aku??? huaaaaa..seram sejuk.. kuzer terus duduk bersila..mungkin die hilang ingatan seketika kerana die pon fikir aku berselera sepertinya..atau mungkinkah die memberi sokongan moral kepadaku dari matanya..die yakin aku boleh!!! ye..aku boleh makan dgn senyuman!! huaaaa..sekejap je..air mata hampir menitis sebenarnya..tapi aku terus makan dgn tenang..mengawal titis2 mutiara dr mata..hahaha..hinggalah penyelamat dtg menggorengkan telur dadar..makciknya faham rupenye..wahaha..even dah ada telur, aku makan juga lauk2 pedas tersebut..sedap juga..!

jadi, tahniah buat aku

pencapaian kedua: sudah seminggu aku tak bertekak dgn kuzer..

hurm..seperti yg mak aku katakan, dr pandangan kacamata seorang ibu, die telah mengenalpasti sesuatu yg istimewa diantara aku dan kuzer..iaitu, kami seperti kucing dan tikus..(sopan sikitlah perumpamaan yg aku guna..dari kucing dan anjing kan)..kerana kami akan bertekak @ bergaduh sebanyak sekali dlm masa dua hari..hebatkan?? tiba2 aku rasa sunyi..rupanya dah seminggu tdk berlaku sebarang aksi2 yg kurang menawan antara kami..

aku = mak, nak tahu sesuatu??
mak = apa dia?
aku = dah seminggu adik tak bertekak dgn kuzer..
mak = so?? (amboi)
aku = tdk kah mak berbangga? kerana anakmu ini sudah berjaya mengurangkan virus2 carik pasal dlm diri ini..
mak = baru seminggu..lainlah setahun..
aku = OMG..cabarankah ini..!!?

maka, tahniah juga buatku utk ini..

pencapaian ketiga: aku berjaya berpuasa..

mm jgn berasa pelik oke..ramadhan tahun ni, beri cabaran utk aku berpuasa..gastrik yg menyerang buat aku tak mampu berpuasa..tapi nasiblah ia menyerang di akhir2 ramadhan..maka tdk menjejaskan apa2..tapi kalau awal ramadhan berlaku serangan2nya, maka aku pasti banyaklah hari2 yg diperlukan utk mengganti puasa.. doktor menasihatkan supaya aku kawal masa makan dan tdk berpuasa buat masa ini..tapi biasalah..aku insan degil..maka aku berpuasa juga..risau memang risau, tapi sampai bila aku tak boleh berpuasa..lambat laun kena juga..baik aku cuba jugak kan..walau mak ayah bising2 ala2 bunyik nyamuk di telinga, aku teruskan jugak niat murni ini..ececeh..yg penting aku bgn sahur & amik ubat. alhamdulillah, aku berjaya..aku tdk muntah..dan tdk pedih perut.. sekadar pening2 lalat tu ada juga..huhu..

sekalung tahniah..

*sedih juga bila dah jadi macam ni..tahun2 yg lepas, tak pernah ada masalah utk berpuasa.. bermula tahun ni, gastrik dah jadi punca masalah..salah sendiri..waktu makan tak jaga.. ujian2x..sila ambil perhatian semua..jagalah ketetapan masa makan anda..terutama sarapan pagi..sob2x..

3 pencapaian menarik yg aku lalui sepanjang minggu lepas..yeah!!

ana billah walillah ma'allah
wsalam

Tuesday, September 15, 2009

AnuGeRaH TeRiNdAH..

Salam to all..

tengs a lot ye cik aisya yg sudi menganugerahkan sy kedua2 keindahan di bawah.. maka terciptalah tajuk entry kali ini 'anugerah terindah'..:)

tak sangka ade juga yg jatuh tangga lagi tersuka dgn blogku..hehe..tengs ecah..:O)

maka, blogku dikatakan blog yg kretif, sekreatif tuannya..ececeh..:)

Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Thursday, March 19, 2009

AwArD


assalamualaikum..
rules….1. copy paste the award at your blog once you got it.
2. make an entry if this is like a GRAMMY award
3. pass to 5 other blogger.
4. NEVER break the chain, please….

sekarang kita lihat calon-calon bagi anugerah yg dinanti2kan..
'DA ROCKEST BLOG AWARD'..

Calon 1 melalui blog Mutiaraku mutiaramu jua
Calon 2 melaui blog Mutiara karat milikku
dan...................
Calon 3 melalui blog persis mutiara by da best creator....pearlned~ya...kuang3x..

da winner is...persis mutiara by pearlned~ya...yeaaayyyy...

so bayangkanlah aku dengan lemah longlai lagi gemalai macam sotong kurita berjalan di atas karpet merah sambil melambai tangan dgn penuh ayu lagi sopan pada semua readers & bloggers yg setia..terutama cik farhana...:)

'Assalamualaikum..hurm..sy sungguh terharu & tdk menyangka blog seayu persis mutiara mendapat anugerah blog yg rock..sungguh sy terpaku lg terkesima bila blog sy diumumkan sebagai penerima anugerah ini..

sy mengucapkan terima kasih yg x terhingga kepada semua yg menyokong usaha keras sy dalam membangunkan industri blog tanahair..terutama buat ayh dan ibu di kampung (gaya ct), kakak, adik, abg, jiran tetangga, saudara mara, my dearest, ex-fiancee, kawan2, semua pensyarah, teman tapi mesra, teman tak bape nak mesra, rakan sekampung, rakan mengaji, musuh2 dalam selimut dan krew2 semua channel TV & radio di seluruh dunia..x lupa juga media cetak & media elektronik yg tdk jemu2 mempublish entry2 sy..

yg paling penting buat semua readers, admirers, & bloggers yg menumpahkan kesetiaan yg x berbelah bahagi kepada sy..sy sgt terharu..tanpa kalian, siapala sy..terima kasih"

pass dis award to 5 other blogger : leha, jiwakental, nab, kuzer & nazsra

ana billah walillah ma'allah

wsalam