sambung lagi oke. taraaaa!!!
tak ada apa2 surprise actually..
heh! jgn hangin2..
masih berkaitan mimpi2 nyata di sarawak, aku berjumpa dgn Azizul Khamis di sana. waktu ni nak dinner di kampung gersik. mungkin kamu tak kenal (sebab aku pon tak bape kenal)..batch mak ayah aku kenal la.. maka batch mak ayah kamu semua mungkin kenal. kalau tak, cuba tanya jiran2 sebelah rumah kamu tu ke, telefon nenek kat kampung ke, pasti ada yg kenal.
waktu ni aku try 1 lagi menu Sarawak iaitu Nasi Ayam Penyet. lupe nak mention dalam entry sebelum ni. menu ni agak popular kat sana. aku tak tahu ape keistimewaannya. tgk macam nasi ayam biase je, mungkin ayam nye penyek sikit dari ayam semenanjung. huhu. seperti bese, gambarnya lupe nak ambil. hehe..
ok, hari keempat sudah!
esoknye, pagi2 kami melawat beberapa muzium di sekitar Kuching. Antaranya muzium Etnologi, muzium Kuching, Muzium Tun Abdul Razak & 1 lagi muzium yg aku tak ingat namanya..=))
ni kat muzium etnologi.
muzium kucing..kucing2 belaka kat sini..
parentz depan muzium Tun Abdul Razak..
selepas penat menziarahi kesemua muzium bunyi macam ziarah org je. heh!! kami gerak ke Fort Marghareta. ni kire kubu pertahanan la macam A Famosa kat Melaka nun. Jalan nak ke Fort Marghareta tu pon dah cukup pelik dgn tersembunyi & sunyi nye. tak macam A Famosa yg lebih terbuka dan agak meriah dgn pengunjung.. kat sini pengunjung nak carik jalan pon susah. org2 Sarawak sendiri masih ada yg tak tahu kawasan Fort Marghareta ni..maka bila sampai sana, agak seram2 kuku jugak la terutama bila lawat kawasan penjaranya, tempat pancung memancung, tempat gantung tahanan, dan menaranya..kot2 la ade lg kesan2 yg masih tinggal.. uiks..
depan Fort Marghareta
Tangga turun dari menara kubu.
menaranya. agak tinggi tp dari gambo ni tak nampaklah!
ni tempat gantung tahanan kot.. masuk pintu tu ade tengkorak dalam jaring yg tergantung.. glurpp!!
Replika kubur isteri Charles Brooke.
dgn hari panas teriknye, kami tetap meneroka segala kesan sejarah yg tinggal kat sini sampai masa tak mengizinkan untuk melawat org utan (ade zoo org utan kot).. so tak dapatlah ke sana. sedih gak..jadi kami sekadar ke pasar / bazar di sana utk beli ikan terubuk masin. ni wajib beli sebab tak terdapat kat Semenanjung..
maghrib kat sini masuk pukul 6.30 petang, so nak melawat lebih2 masa petangnya pon tak brapa nak sesuai. pukul 6 dah gelap macam ukul 7. huhu. malamnya kami sekadar berjalan2 sekitar waterfront dan jenguk2 mahkamah lama.
banyak lagi gambar2 aku kat sana dgn ragam dan aksi yg entah hape2..tapi aku larat nak upload. kalau kamu sudi, jenguk2 fb aku oke. ade lebih kurang 70 gambar2 aku kat Sarawak.=)
dan tiba hari terakhir, flight kami pukul 12.55tghr. sampai LCCT pukul 3 dan sampailah ke tanah air Rawang yg tak berapa nak dirindui tu dalam pukul 5.
Tamatlah riwayat kesan degil disana. moga sedikit sebanyak dapatlah aku berkongsi pengalaman & kenangan dgn kalian. jom pakat ramai2 kite ke Sarawak erk! =)
wassalam.
No comments:
Post a Comment