Friday, May 21, 2010

KaWeN vs BaKaL IbU = IbU MoDeN

salam to all..

haih. sakit kaki dek olahraga semalam. lari berpagar punye pasal. terkangkang sana sini, giler tensi. apa boleh buat, cikgu serba boleh. huhu.

esok sabtu, tapi aku ada kelas sampai petang. sama macam minggu lepas. segala sillibus nak di cover. cume sedikit relax sebab dah kurang asignment, tapi still kene attend kelas sepanjang masa untuk macroteaching. turn aku dah lepas pun pagi tadi. agak serabut jugak perfomance aku. entah apa yg aku ajar pun aku tak tahu. kalau aku jadi anak murid, dah lama aku balik!

mmm bukan topik ni aku nak kupas, sebab makin banyak aku cerita pasal macroteaching, makin menyampah aku pada diri sendiri. hoho

ok, hari ni sedikit teruja sebab dapat tahu seorang member aku bakal menjadi ibu. ni gambar yg aku pernah paste kat entry yg lepas2 (dah lama jugak la). masa beliau bertunang. efa namanya. then kenduri kahwinnya bulan dua dulu, tapi aku tak dapat datang. now bakal menjadi ibu.. tahniah epah..=)


efa masa bertunang..=)

yg kedua ni kawan 1 kelas aku. masa beliau bertunang & kahwin, dua2 aku tak dapat datang. beliau dah bergelar ibu dah pun kepada seorang bayi lelaki (bulan lepas kalau tak silap). aku tak pasti beliau dah habis berpantang atau belum kat rawang. semoga bahagia selalu mardiana a.k.a panjang. (nickname mase form 5)


masa kenduri kahwen beliau.

yg ni kawan aku masa kat sekolah menengah jugak. sakinah namanya. kalau tak silap beliau bertunang tahun lepas. akhir tahun ni (19dis) beliau akan berkahwen. =)


sakinah dan tunangnya.

yg ni elisa kawan baik aku kat ukm. bulan 6 tahun lepas beliau bertunang dan akan kahwen pada 6jun depan. genap setahun bertunang. kenduri kat kelantan.


gambar beliau masa bertunang. (aku pernah publish jugak sebelum ni)

dan yg akhir ni kawan aku kat Ukm yg sekarang ni 1 maktab dgn aku. baru je bertunang mac hari tu dan akan berkahwen 14 jun ni kat terengganu. gambar ni aku tak pernah paste kat blog.


ayu dan tunangnya alan. (macam dah nikah plak kan)

hurm, ramai kawan2 aku dah bertunang dan akan berkahwin, malah dah ada anak pun ada. tahniah untuk semua. bila fikir2 semula, macam trend lama dah berulang semula iaitu trend kahwen awal. hehe. trend ni banyak diguna pakai masa zaman nenek moyang kite dulu. umur 16 tahun dah kahwen.

bila dunia makin moden, semua kejar cita2 dahulu. maka wanita biasanya berkahwen pada umur lewat 20-an atau awal 30-an. dan zaman aku sekarang ni, macam dah kembali ke trend lama. awal 20-an sume nak bertunang dan berkahwen. ni pendapat aku lah kan based on my survey. hehe, survey kawan2 terdekat je lah. ramai je kat luar sana yg tak kawen awal kan. cuma aku melihat trend ni di sekeliling aku..=)

* macam trend seluar bell bottom & spek mata lalat yg popular zaman kini. sedangkan ayah aku muda2 dulu dah pakai. tapi apapun, kawen awal ni perkara baik. banyak benda tak elok dapat dielakkan. tahniah sekali lagi buat teman2 yg bakal mendirikan rumah tangga dan yg bakal mahupun sudah bergelar ibu. (giler skema ayat aku)

* aku tak pasti title entry aku kali ni relevan atau tak. lol~

wassalam

Wednesday, May 12, 2010

ceRiTa TeNTaNg MaSa LaLu, KiNi & SeLamaNya

salam to all..

sedikit relax sebab banyak kerja yang dah di 'submit'. tp tu untuk hari ni lah. esok lusa pasti sibuk kembali.

cerita 1 :

semalam senarai tempat untuk praktikum kami dah keluar. sekolah bertuah mana yg aku akan masuk mengajar ye? ehe.. sekolah2 yg tercalon memang agak mantap. antaranya maktab sultan abu bakar, smk tun aminah (kalo tak silap nama), smk taman daya, sm teknik johor, smk tengku ismail, smk tengku ibrahim, smk sri sekudai dll. (kalau ada name2 sekolah yang salah, orang johor jgn marah ye, aku tak familiar sgt dgn nama2 sekolah nye lagi..=)) disebabkan tiada sistem undi yang adil, aku mengalah lah bagi mereka2 yang tersebut untuk memilih sekolah kegemaran mereka. aku tiada pilihan sebab aku pun tak tahu sekolah mana yang dekat & bagus. aku hanya inginkan sekolah harian biasa yang berprestasi sederhana. bukan apa, aku tak nak masa praktikum nanti, aku diberi tekanan yang hebat sampai menukar persepsi aku sebagai seorang guru. (kalau mengajar sekolah2 yang terlalu hebat, guru akan tertekan untuk mengekalkan prestasi. nanti masa posting aku fobia lak) so aku prefer sekolah biasa. kalau posting nanti dapat sekolah ala2 hebat, sekurang2nya aku dah bersedia. sekarang ni masih bertatih & tak bersedia, so aku tak mahu sekolah2 terlebih mantopp. alhamdulillah, atas perbincangan dgn pensyarah penyelaras, aku pilih smk tasek utara 1. sekolah harian biasa yg hanya ada 2 buah kelas sains. (dalam paper sekarang tengah meletup kisah pelajar histeria kat smk tasek utara II kan? nasib aku dapat tasek utara I...hehe) moga dipermudahkan langkah aku yg pertama dalam landasan karier ini. aminn

cerita 2 :

minggu lepas, aku temankan kawan aku ke angsana JB carik barang-barang hantaran untuk perkahwinan nya jun nanti. dia yang membeli, aku yg excited. ape kes? bila masuk je body shop tengok variasi perfume, make up & barang mandian, aku pula yg sibuk pilih barang..hehe. ni la jenama perfume kegemaran aku. belek punya belek, aku cam terpikat dgn set perfume jasmine. aku call my kuzer first sebab dah janji nak beli hantaran sama2 kat KL je nanti tapi dah alang2 jalan ni, rasa nak beli dulu. ehe. nasib kuzer bagi. =) aku beli set jasmine, kebetulan kawan aku pun berkenan set yg sama. belilah dua set..yeaaahhh.(bak kata mak aku, kawan aku beli nak kawen bulan 6. so ok lah kan. aku beli awal giler. sok2 tak sempat pakai buat hantaran masa kawen, dah bukak dulu. hehe) tp kotak nye dah berhias cantik, syg lak nak bukak, letak je dalam almari. (jgn smpai berhabuk sudeyh)

cerita 3:

kawan aku yg nak kawen jun ni memang kawan baik aku kat sini. kawen nanti kat terengganu. so aku kene pergi ganu lah cuti sekolah bulan 6 ni. kebetulan seorang lagi geng aku kat ukm dulu pon akan kawen jun ni. yg tak tahan tu majlisnya dibuat kat kelantan. dulu kami 1 geng dah janji kene datang bila hari kawen kami masing2, so aku kene pergi jugak kelantan ni. cuma rasenye masa kawennya nanti, aku still kat JB. tu yang pening kepala. masih berfikir untuk dua kenduri kawan baik aku ni.=(

cerita 4 :

aku tak faham dengan kerenah mereka2 yg sangat sinis. faham tak sinis ni macam mana? she/he tend 2 create sumthng stupid utk dijadikan bahan ketawa. plus suka sangat cari salah orang & komplen 24hours. im so tired untuk layan org2 macam ni. *dia yg baru ni macam dia yang lepas. dia yg lepas dah lupus dari ingatan tapi dia yg baru telah datang & menyesakkan fikiran. kenapa dia dan dia lagi? please go...*

wassalam.

Sunday, May 9, 2010

SeLaMaT HaRi EmAk

salam to all..

pagi yang agak mendung, semendung jiwa aku. haih! gagahkan jugak diri untuk menaip serangkap dua kat page ni. semenjak sambung belajar, nak update blog 3 hari sekali pon payah. seminggu sekali pun baru ada kebarangkalian mengupdate dalam 50%. baru aku sedar nak jadi seorang guru tak semudah yang di sangka. ramai beranggapan, kerja cikgu relax, banyak cuti.. mungkin bagi mereka yang ambil pendidikan kat Univ akan rasa lebih tenang berada di landasan untuk jadi cikgu. tapi bagi pelajar maktab macam aku, landasan seorang guru sangat getir. khususnya maktab temenggung ibrahim JB. maktab lain agak tenang setenang air di kali berbanding maktab aku yang sentiasa cuba kekalkan prestasi di tempat teratas. maka, guru pelatih macam kami jadi mangsa. opsss..maksud aku, kamilah yang bertungkus lumus berusaha mengekalkan ranking maktab kami..

ok, gaya entry aku macam nak sambut hari guru kan?? lambat lagi, tu 16 mei. hari ni hari ibu. kerana hari ibu lah, aku ngadap jugak lappy ni nak update blog. semalam lagi aku dah wish kat mak 'selamat hari ibu', dengan brutal nya mak aku jawab, 'hari ibu esoklah'.. ok, adik silap. esok adik telefon lagi pagi2 ye..

dan pagi tadi 'selamat hari ibu'...
baru tepat.
=)




so, 'selamat hari ibu untuk semua ibu2 di dunia' khususnya buat Pn. Salbiah Abdullah.

wassalam