Monday, October 7, 2013
HeArThY
Thursday, January 28, 2010
NaK MeMBeBeL SeKeJaP!!
sangat teringin..teringin dengan sgt!
untuk berdendang syg meng'explore' blog2 kalian. drop komen2 indah di entry2 terbaru kalian..
kalian = kawan2 bloggers sekalian alam.
tapi malangnya, aku ader 13 asignment setakat ini.. dalam 13 tu ade anak2 lagi. mungkin boleh capai sehingga 20 asignment. semuanya aku dapat bermula isnin minggu ini. baru 3 hari tp dapat asignment macam dah belajar 3 bulan. oohhh cukup2lah aku merungut. mule meluat dgn diri sendiri.
jadi, aku langsung tak berpeluang menjenguk blog2 kalian. ape agaknya khabar kalian? baikkah? update kah tidak? ohh aku mula skema..
ok, aku nak tidur..hari ni tak sentuh langsung mane2 asignment. semalam pon begitu. entah bila nak mula. tak ada masa, tak ada kesempatan. kelas penuh, malam plak attend aktiviti surau & blog asrama. bilakah!!! bilakah???? bilakah asignment yg berlambak tuh akan mula berusik dan berkurang kuantitinya.????
..... soalan yg tiada jawapan..
* 2 hari berperang dgn incik kuzer..dulu aku kata nak kije, die suruh jadi suri umah. kalau nak kije, die minta aku jadi guru atau kerja2 di bidang pendidikan je. katenya nampak sangat manis dgn seorang wanita. so aku hampiri impian tersebut sebab tak nak jadi suri umah.. now ade sikit gangguan jiwa. rasa nak jadi suri umah je plak... leh tak yuyunk!!!? huhuhu..jgn mare!
Tuesday, December 29, 2009
NoThiNg MuCh To SaY..
... i was denying that i like him...
After 10 months being apart..
i'm sorry for doing that stupid thing. but, i won't betray you my babe. i won't... Life is full with surprises. No matter how hard we tried, if it's destined to be happened, then it will. Allah is the greatest planner. What Allah destined for us is always da best..
what im trying to say huh??
indeed..
..i don't like him. but, i don't hate him..
Frankly speaking, it's hard to say goodbye to the something we call memory.
wassalam..
Saturday, October 31, 2009
MeMoRi iTu
salam to all..
mm teringat zaman persekolahan bila aku jelajah blog kuzer tadi..sama sepertinya, aku juga rasa zaman persekolahan tingkatan 5 adlh saat2 paling seronok (tahun 2004) berbanding waktu tingkatan 4,3,2,apatah lagi 1..macam2 ragam ada..dr ank murid sampailah ke cikgu2nya..=)
kisah2 segar dlm ingatan:
1) waktu ni, berhadapan dgn cikgu paling tegas..cikgu add math aku.. mak oi..baru masuk sehari mengajar, 1 kelas dia boleh ingat nama..apa lagi, asyik kene soal je..dan setiap kali tu la, salah je jwpnnya..bila 2,3 pelajar kene buat soalan kat papan hitam (termasuk aku) mulalah menggigil..jawapan memang ada kat buku (tu pon tiru budak2 cina)..tapi sampai je dpn papan hitam, tak ingat la plak..buku tak boleh bawak plak tu..jeling la kawan sebelah..naik juling..tp finally salah..aiseh! buang karan je..dan aku tak pernah lulus add math..balik2 markah aku 38%.. sepesen je dgn member2 melayu yg lain..isk2..cikgu Teh ni siap bg pen lagi bagi pelajar2 yg meningkat markahnya..dan seronok sgt bila gerak gempur add math, aku dapat 3 pen dr dia..markah aku meningkat melebihi 30 oke..haha..bangga giler..ni la saat pertama kali lulus..wahahah..giler kesian!
2) mm aku juga seorang kaunselor cinta..buat sepasang kekasih yg sering dilanda kontroversi.. siap cikgu2 masuk campur..mak aih..over ni..haha..sorang duduk baris belakang aku..dan pakwenye dok sebelah je..setiap kali gaduh, 1 kelas boleh perasan..so aku dgn kudrat yg ada mendengar setiap tsunami yg melanda mereka..pujuk sana pujuk sini bagi reda..kira kalau mereka gaduh, aku pon tak kurang sibuknya..=)(kdg2 saja sibukkan diri,,biasala carik pngalaman) esok2 tgk mereka senyum..mm dah berdamai la tu..=) mereka adalah psgn terhangat alaf itu, leya & azam..(jgn marah termention nama plak!)
3) aku kena jadi pengawas! perkara yg paling aku tak suka..dari tingkatan 1 aku dapat..aku siap pergi kursus pengawas, finally aku tolak..tingkatan 4 pon dapat, aku tolak..tingkatan 5 juga..aku tak mahu..tak mahu!! tp our madam norseha mintak sgt2 geng2 aku jadi pengawas..termasuk mr. abuzar, mr.azam. ms. maryam..aku bukan hape, aku dah beli baju2 baru..sayang nk tukar ke kaler biru pulak..sampai aku pinjam baju senior waktu tu..terdesak punya pasal..mak aku tak nak belikan sebab dah faham sgt ank dia ni suka buat perangai bab2 pengawas ni..hehe..dan memang btol..3 hari je aku pakai baju warna biru...siap bertugas lagi waktu rehat & perhimpunan..semangat la kunun. lepas 3 hari, aku letak jawatan..dan mak aku---> dah agak dah..
4) hampir setiap hari aku balik pukul 5..ramai kata aku dating pada 2 jam terakhir..haha.. jgn tuduh2 oke!..aku belajar btol2 ape..cuma belajar dgn si dia..tu nampak tak berapa nak suci niat aku tu..
5) saat pertemuan dgn tunang aku sekarang..ramai terkejut tahap monyet tergigit kambing bila aku kata tunang aku adalah kawan sekelas aku tingkatan 5..tapi sebenarnya aku pon susah nak percaya..=) kami tak lah sehebat pasangan leya & azam..kami low profile je..ehe..setiap hari sebelum balik, kami akan jumpa seketika..ada masa berbincang tentang pelajaran..ada masa berbual2 kosong..time ni la kot termasuk sekali soal hati dan perasaan..hek3x.. mm kan mak kata pergi sekolah belajar..ni bercinta..bertuah punya anak..haih! (sampai keputusan SPM kami pon boleh dikatakan sama..muahaha)
byk lagi..tapi penat la nak type..nanti aku sambung kalau rajin..=)
Ana billah walillah ma'allah
wsalam
Sunday, October 25, 2009
BeRmOnOLoG AkU
Ana billah walillah ma'allah
wsalam
Friday, October 23, 2009
BiLa AkU MuLa BeReMoSi
kadang2 terasa jawapan yg aku berikan pada setiap pertanyaan kalian begitu memualkan..aku seperti tak mahu langsung menerima pendapat kalian..ada saje bantahan dari bibirku..laju benar ayat2 yang terpacul dari lidahku..atau lincah benar jari jemari ini menuliskan kata2..bukan apa, aku dapat rasakan aku tak serasi bersama kalian..apalagi utk sehati berdansa..canggung sekali rasanya..aku wanita yg simple.. yg sederhana serba serbi..aku bersyukur dgn setiap peringatan kalian atau perkongsian ilmu bersama kalian..tapi tolonglah, jgn lontarkan ia secara sinis..aku kurang gemar utk mendengarnya..aku mungkin bukan org yg sesuai untuk mendengar bicara kalian..
sesetengah dari kalian berpendapat, utk mencuri hatiku, kalian perlu menunjukkan ilmu agama kalian atau lebih mudah dikatakan sebagai 'menunjukkan tahap ilmu agama kalian kepadaku..ye, aku kagum dgn kamu2 yg handal ilmu agama..bolehlah aku belajar dan berkongsi sesuatu darimu kelak..tapi bukan begitu lagaknya..aku lebih tertarik pada dia yg sederhana..tdk byk bicara tentang peringatan agama (secara sinis) tetapi mempraktikkannya.. secara tdk sengaja ku tahu yg die punyai ketinggian ilmu agama..itu ku anggap lebih mulia..
kalo anda baik, semua insan disekeliling anda boleh tahu..tak kira cepat atau lambat..tak perlu anda menzahirkannya beria2..!! (aku pinjam kata kuzer ni)
* aku tidak anti pada insan2 sejenis dgn kalian..tapi aku kurang gemar..ulang suara, kurang gemar! ..
Ana billah walillah ma'allah
wsalam
Tuesday, September 29, 2009
EnTrY SgT PeNdEk!!
Thursday, September 17, 2009
CeRiTa iTu iNi HaNyA Di-cNi
izinkan sy merapu seketika..bagi mengurangkan kerosakan jiwa di malam hari..
cerita 1
petang tadi hujan lebat..aku balik dr temankan jiran aku ke kuang..perjalanan balik yg sadis bila kami lihat kereta terjunam masuk gaung...cuak..pucat..
cerita 2
sesal kerana menegur sikap seseorang dgn tdk berhikmah atau dgn terlalu serius?? entahlah..(bisakah ditegur sesuatu/seseorang dgn sengihan dan gurauan)..aku juga manusia yg jahil & kurang ilmu..astagfirullahallazim..
cerita 3
ibu jiranku menghadiahkan aku brooch..terharu juga..
cerita 4
tak faham dgn gurauan segelintir golongan manusia yg boleh dikatakan bekerja dlm bidang professional tetapi bergurau secara tdk siuman..jgn ingat semua org suke!!!!
cerita 5
kadang2 org bertanya lain, dan aku menjawap lain..macam ayam bercakap dgn itik..Akhirnya malu sendiri..
cerita 6
aku kena belajar cara berkomunikasi & bermesra sesama manusia dgn lebih baik..
*ye..ini semua kisah aku hari ini..
ana billah walillah ma'allah
wsalam
Wednesday, August 19, 2009
CaKaP2 KoSoNg
seminggu sebelum bergraduasi tadi, ramai kengkawan yg dah mula bergambar2, gementar, cuak & teruja..tp aura konvo aku hanya smpai bila aku dah berada dalam dectar kira2 setengah jam sebelum aku bangun beratur mengambil tempat..baru gelabahku tiba dgn pantas..ye..hormon adrenaline aku sgt lambat, lembik, lemah, lembut & lembap (sila baca dgn laju) kali ini.. adakah aku dikira sudah berjaya?? berjaya menjadi insan yg kurang kelam kabutnya...hahaha
disebabkan aura cuak konvoku lambat tiba (tak seperti kawan2 lain), aku mula memikirkan yg bukan2 waktu dlm dewan tadi..Mungkinkah aku akan terjatuh di atas pentas? atau terkehel disebabkan kasut aku? atau terpijak kain? atau tersadung kat karpet? atau mungkin juga jatuh tangga? atau topi jatuh ke lantai sewaktu tunduk hormat? huaaa...nauzubillah..tak nak aku cipta sejarah buruk di hari yg indah permai graduasiku..
Alhamdulillah.. akhirnya...
Tahniah aku ucapkan kpd diri sy sendiri..ehe..krn berjaya berjalan dgn penuh ayu, lemah lembut umpama sotong kurita ketika menapak di atas pentas demi segulung Ijazah & tunduk hormat penuh syahdu kepada Pro Canselor UKM petang tadi...begitu juga buat semua warga Fakulti Sains & Teknologi UKM yg bergraduasi petang tadi..(18Ogos09, 2pm-5pm) TAHNIAH..
nanti aku upload gambo2 menarik ye..seronok dapat banyak munge..:)
*** i swear......x akan bicara mengenainya..x bisa memikirkannya..x akan mempersoalkannya..Laluinya dgn bahagia sebuah alam remaja..jejaki semula duniaku..jgn tinggalkan aku..terima kasih semua..
ku ingin contohi dikau..:) krn aku juga perlukan bingkisan doa seindah itu..Amin..
Ana billah walillah ma'allah
wsalam
Monday, August 3, 2009
BuKan Ku TaK SuDi
luv dis song..tak jiwang mane..tak skema giler..penuh makna..:)
Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita
Putus di jalan
Ku harapkan impian
Menjadi kenyataan
Namun aku kecewa
Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa
Rupanya mentari dalam mainan percintaan
Telahpun ku bentangkan segalanya
Mencari entah dimana silapnya
Jelas asmara kecundang jua
Bukan ku tak sudi kasih
Untuk bersamamu bercinta lagi
Kerna antara kita
Tidak sehaluan lagi
Maafkan diriku sayang
Menolak cintamu untuk kali ini
Walaupun ku tahu
Bersungguh benar rasa hatimu
ana billah walillah ma'allah
wsalam
Thursday, July 9, 2009
SaBarLaH HaTi
Sy turun ke fakulti hari nie..jumpe member2 sebatch..sgt seronok..jeles sgt2 tgk mereka sambung belajar..
but me? dah tak larat nak usaha..cukuplah setakat nie..
sy pon tak salahkan takdir...DIA lebih tahu apa yg baik utk sy...cuma sy belum nampak & sedar hikmah disebaliknya..
so segala yg berada kat UKM dah terhenti utk sy secara rasminya hari ini..
ana billah walillah ma'allah
wsalam..
Monday, June 22, 2009
KiSaH PeLik BeRmAkNa
kisah 1:
sy suka membakar rumah org..sy tak sedar sy telah membakar sebuah lagi rumah..kemudian dia marah..dia kata pada sy sukahati sy lah nak buat apa lepas ni..die dah malas nak tegur sikap sy yg suka memusnahkan harta org.. sy diam tanpa reti untuk memadamkan kebakaran..usaha pon tiada..diam sahaja seperti sy tidak melakukan apa-apa kesalahan..tapi yg peliknya die pula yg menambah minyak. dari hanya sebuah rumah yg terbakar, akhirnya menjadi sederet rumah yg hangus terbakar..jadi siapa yg buat sukahati ni??
sy ..???
die kate yg bersalah adalah org yg memulakan kebakaran..iaitu punca kebakaran itu sendiri..
baiklah, sy minta maaf..
kisah 2:
sy menjadi penglipur lara yg terkemuka di hatinya..plot cerita mat jenin telah sy susun secantik mungkin agar mudah difahami.. penceritaan bertambah menarik dgn intonasi2 penceritaan sy yg sgt berkesan..sy tak lupe dengan hiperbolanya, metaforanya dan pelbagai lagi..sy tambah secukup rasa..
tapi...
selepas habes sy bercerita dgn penggunaan air liur di tahap maksimum, die berkata 'ooo maknanya ibu bawang putih teraniaya lah ye?? bila die nak bertukar jadi ikan kaloi???'
dan sy..??
cukuplah setakat ini...........................
ana billah walillah ma'allah
wsalam
Monday, February 23, 2009
SeMaNgaT BeRaNi MaTi WaNiTa
ketika aku melalui detik2 sukar dalam hidupku, hanya keluarga memberi semangat & setia disisi. teman2 juga ada, tapi hanya menjadi pendengar yg setia. hari ini apabila seorang temanku melalui nasib yg sama,aku terkesima membaca luahan hati sahabatnya. sesungguhnya, ia pernah menjadi suara hatiku suatu masa dahulu. namun kekuatan yg tiada hanya membiarkan kata2 itu tenggelam & kemaafan dariku mengatasi segalanya..
Aku copy buat tatapan kamu semua..
ak sdih sgt.ak teringin sgt nk tau kenapa lelaki ni sng sgt nk carik pmpn lain.senang sgt nk jatuh hati ngn pmpn lain.padahal mse tu dh ade awek yg sgt baik,yg sgt setia.tp kenapa still xreti nk appreciate ape yg ade dpn mata??ko igt org pompuan ni ape??xde hati,xde perasaan ke??ko senang2 je nk buang bila ko dh dpt org lain.
be matured man!ko tu dh besar.dh kene pikir mse depan.ko nk ke bila org lain pon wat kt ko mcm tu??mse tu bru ko nk menyesal??bru ko terhegeh2 nk carik balik awek ko yg baik n setia tu??
jgn harapla,sbb ko mse tu 'ex' awek ko nk pndang ko sblh mata pon xnk tau!
syukurla jgk sbb skg ko dh tunjuk belang ko.cbe klu ko dh kawin mse tu ko bru nk tunjuk belang,mmg sakitla istri ko tu.syukur sgt sbb Allah mmg nk tunjuk sape diri ko yg sebenar.mmg Allah nk selamatkan 'ex' awek ko tu dr die jd lebih sakit klu dh kawin ngn ko. dan sebenarnye ko pon xdeserve dpt awek yg sebaik 'ex' awek ko tu. ko xdeserve! igt tu! so jgnla nnt ko menyesal dgn jalan yg ko dh pilih ni.bak kate kwn ak,laki ni ade 9 akal 1 nafsu.tp kenapa ko xleh nk gne 9 akal tu utk jge 1 je nafsu ko tu??xleh fikir ke??
ak harap 1 hari nnt ko bkk mata ko luas2 n mase tu ko cbe tgok sape kawan n sape lawan.sape yg cbe bwk ko ke arah kebaikan n sape yg bwk ko pegi jln yg tahape2. n mse tu bru ko sedar yg ko dh wat 1 silap yg BESAR!
p/s: aku sgt marah kt ko!
apepun, apa yg terjadi pasti ada hikmahnya..dan kita tidak minta ia terjadi. ia kan? selidikilah hati masing2 & mencari puncanya..Aku pernah & telah melaluinya. Ape yg aku perolehi dr ini semua?? Aku mula sedar yg aku seorang yg KUAT & TABAH..walopon air mata sentiasa ada.. aku sgt2 marah & kecewa, tapi dr itu juga aku belajar erti KEMAAFAN, KESETIAAN & KASIH SAYANG. walaupon segalanya masih segar kat ingatan aku, tp kehidupan perlu diteruskan. Sesungguhnya Dia menyayangimu..Dia tidak akan mendatangkan sesuatu dgn sia2. percayalah..Moga Dia memberi petunjuk..Amin. chaiyok Leha & nanab. :)