Tuesday, February 10, 2009

kHaS UtK KaMu

Assalamualaikum..

hurm, smlm penat menghabeskan masa menghadap simetri yg memang tahap kefahaman ku di peringkat paling bawah. sakit jiwa menelaah subjek nie..lukis sane, lukis sini, tengok2 hasilnya dah x serupa molekul. kertas kah yg terbalik? mataku kah yg tak celik? lukisanku kah yg pelik? silalah jawap.

dalam berkira2 nak tdo ke, nak study ke my fon berbunyik ring ring ring.. ku angkat ku tanya siapa..(lagu time tadika dulu). hanum!!!. sah..mesti de probs. kalo xde probs, aku pon x sure dia masih di muka bumi ni atau tak. huks. so apa lagi, tutup buku, tutup lampu, panjat katil...gayut..ni la jawapannya..

baru nak tanya kaba, soklan terjahan yg pertama dr die, pearl, ko suke lelaki yg mcmane yer?? glurrpp..soalan apakah??? bingung..

rupenyer die dalam persimpangan memilih di antara tiga jantan machola.(lagu disana menanti, disini menunggu by ukays agak sesuai dgn die) tp tu nak pilih 2 org je. ni siap 3..xde lagi lagu yg aku dgr setakat ni nak pilih diantara 3 jejaka. lagu farah AF pon 'antara 2' je..memg hebat temanku neh. . aku xtau nak cakap mcmane. xkan die nak pilih mengikut kriteria yg aku suka plak kan. dia yg nak bercintan tin tun. kalo ikut kriteria yg aku gariskan, aku ke yg akan jeles?? ohh no.

so hanum, kalo aku la kan..ni kalo aku..ko jagn ikut 100% plak..kang x sesuai ngan ko, xkan nak pass kat aku plak kan..jgn carik mslh..
1. sederhana serba serbi.
2. agama lebih2 lagi
3. education agak2 serasi
4. usia muda mudi
5. yg penting ko suka. mak ayh bley terima..

1. kang ensem sgt, aku takut jiwa & perasaan ko tertekan..ye la nak jaga pon susah. g dating pon susah..sume mata memandang..agk2 yg jeles tu, cnfirm berbisik kat kwn sebelah die 'tak sesuai la pempuan tu ngan balak die. balak die terlaloo ensem utk die. ngan aku sesuai la'..mm bukan ke ko gak yg akn tension bile asyik fikir ape org cakap..
kalo bley jgnla pilih jejaka superstar kat kolej ko ke, jejaka idaman malaya kat U ko ke, atau jejaka glamour sgt. kang time nak jumpa die je, ko gementar x pasal2. tgn sejuk, asyik nak pergi toilet. cakap pon gagap2 ngan die. gugup. ingat oral presentation kew ape.??? dah sedap die kata ko gelabah memanjang. dari nak jumpa pulangkan buku yg sepatutnya amik masa setengah jam, dah jadi 2 jam. yela, cakap x lepas2, asyik pergi toilet lagi..cool babe.
tu pasal rupe. kalo perangai, bg aku yg baik2 belaka la harapnya. supaya ko x tensen jugak ni. kang kalo kaki rompak ke ape, kesian ko nak lawat kat lokap nun. ntah bila plak die keluar..jgn plak kaki clubbing..kang x kenal siang malam, asyik berjoget jer..jgn juga yg kaki perempuan, kang die pon x sure nak pinang yg mana 1. aduhai, ko jugak yg frust..huks. yg lain2 aku rase kau faham..

2. ni priority la. tp xla obses akhirat smpi lupakan dunia. apatah lg sebaliknye kan. seimbang lebey baik. bak kate ustaz Saidi kat KMPK, seimbang dunia akhirat bukan bermkna 50-50 tapi 100% bg tiap2 satunya. islam itu mudah tp bukan utk dimudah2 kan..wallahualam. (dlm islam, Memilih psgn berdasarkan 4 perkara..ko mesti tau kan)

3. dari segi education ni, yg penting lepas 3M (mengira, membaca, mengaji) kalo ko nak setaraf ngan ko, terpulangla. tapi bagi aku, yg lepas basic pun alhamdulillah. janji pandai carik rezeki halal & tetap. senang ko anak beranak. tapi kalau tinggi pelajarannya, tu bonus la utk ko. belum kira bunga nya lagi. dividen bagai.

4. usia??? bagi aku, selesa la ckt dgn jejaka yg lebey tua atau sebaya. dari yg lebih muda. tapi kalo ko nak mengikut jejak yg tercinta Siti Khadijah, itu terpulang pada kau. yg penting dia matangla. aku x sanggup plak tgk ko masih main kejar2 ngan dia time dating kan..(wanita akan lebey matang 5 tahun dr segi pemikirannya berbanding lelaki yg sama usia dgnnya..ko kene ingat tu). tapi ni pon x bermakna ko perlu mencarik yg seusia ngan ayh ko. (ala ala Datuk K)..kesian gak kat ayh ko nanti, serba salah nak bahasakan diri ayah kat menantu die.

5. restu org tua itu utama. aku yakin ko dah cukup matang utk menilai semua ini..

apepun, serah pada jodoh.. kita merancang, tapi perancangan Allah jauh lebih sempurna dan Dia juga yg menentukannya.. ingat bahawa..'cinta yg dicari adalah baik, tetapi cinta yg didapati tanpa dicari adalah lebih baik'..

kadang2 ko perlu jual mahal sikit sbb 'seorang yg sedang bercinta adlh seperti pemburu, jika yg diburu mudah diperolehi, maka dia tidak akan mempedulikan hasil buruannya lagi'..wallahualam.

aku x berani nak gariskan lebih2 coz aku sendiri biasa2 sahaja. cuma aku cakap apa yg aku fikirkan ok utk kita bersama. sori x jawap soalan ko semalam. moga ko baca entry ni..khas utkmu yg tersayang..
okeh..:)

ana billah walillah ma'allah..
wsalam.

12 comments:

Anonymous said...

nad..da macm prof cinta plak rasenye..
kami da masukkan semua kata2 ko dalam note minda kami ha3....

Rei said...

ekekeke...
klakar aku baca entry ko kali ni.

pepehal pun.
aku tak stuju dgn no 4 tuh~!
ko cuma pandang dari sudut ko seorg pelajar. Jgn ingat sumer laki sama. Tapi utk lelaki yg belajar seusia dgn ko, itu btul. Jiwa memberontak tu ada. Secara tak langsung tu menjadikan mereka tidak matang. Contoh paling dekat adalah org yg rapat disisi ko. Aku rasa ko tau sapa. Tak perlu aku mention. Bukan nak provoke ke apa comment aku ni. Tapi apa yg nak aku katakan, ko punya point of view adalah dari seorg yg bergelar pelajar. Ko akan paham apa yg aku cakap ni btul ke tak bila ko dah keje! Percaya lah!

Anonymous said...

aku sokong kau reI~~

Pelajar Vs Pekerja . . .

dua demensi yang tersangat berbeza . .

pemikiran , pandangan juga perasaan yang serba-serbi berbeza~

apapun pandangan ALLAH adlh yg penting~

nEd~Ya said...
This comment has been removed by the author.
nEd~Ya said...
This comment has been removed by the author.
Rei said...

aku pun harap org lain yg baca komen aku tu tak tersalah faham ke apa...komen aku cuma utk no. 4 ajer..yg lelain tu ok jew.

tapikan, faktor persekitaran lah yg mempengaruhi seseorg individu! Nanti kau dah masuk dunia sebenar, aku nak suh abu buat party ah... heheh

nEd~Ya said...

t farhana.

ngheee..sekali sekala kite kene gak tunjuk skill lain yg ader kan. hehe. baguih2. bley simpan utk panduan (mane yg baik la ye)..:)

to rei

mksd ko x stuju tentang kata2 aku no 4 dalam kurungan tu ye?? mm maksud aku, memg bukan sume lelaki yer. cume rata2 lelaki seusia di kuliah, memg kematangan mereka agk samar2 lg. & ini memg pandgn aku dr sudut seorg pelaja. coz member aku ni pon seorg pelajar & diminati 3 org lelaki ( 2 drnya adlh pelaja). ia memg sgt2 berbeza bg laki yg seusia tetapi dah bekerja. mereka bergaul dgn org2 yg lebih tua di tempat kerja. x yah contoh jauh2. ko pon dah cukup. lebih matang dlm pemikiran & penulisan. aku kagum. cam tu gak org yg rapat dgn aku tuh. dah bekerja waktu skolah lg. so memg berbeza. trima kasih ats pandgn..:)

to abuzar

yela..mentang2 dah keje. haha..
apepon, tepat sekali. ya x perlu kerja utk mengiakan kata2 rei. ya percaya.
APandgn Allah memg yg utama. mudah2an. InsyaAllah.

nEd~Ya said...

to rei

aku br edit komen aku.. hehe. ko da balas..:)insyaAllah. aku faham mksd ko.

yup, persekitaran boley jadi faktor utama. manusia kan agk mudak dipengaruhi terutama dgn org2 yg die percaya..

dunia sebenar?? mksd ko? skrg, dunia x brape nk benar lg ker?? ekeke..

Rei said...

huahua....
omputeh cakap real world la.
bukannya benar ke tak benar.
kiranya cam alam lah. mcm alam persekolahan, alam remaja, alam dan kemanusiaan..ekeke

ko skrg blajar, bila ko dah abis blaja, bekerja. ini dah di anggap ko masuk ke dunia sebenar la. sebab ko dah mula blaja utk hidup sendiri. Pas tu ko akan berumah tangga. Ni kira kemuncak idup kau, struggle utk membina family ko plak. Dan bila dah berusia 45 keatas, tu ko dah masuk dunia lain plak. Melihat anak2 ko yg membesar dan mungkin seusia dgn kita skrg dan juga memikirkan apa yg menanti kita bila dah tua. Nampak tak? Susah gak hidup ni sbona eh. Naik risau gak bila dipikirkan masa depan aku. Walu camne skalipun, semuanya ditangan Allah S.W.T

huiyooo...ni baru btul2 komen. Panjang lebar haa~!
ekekek

nEd~Ya said...

owh tu ker..ak mulai paham. chewah.so far kite br lalui x sampai 50% liku2 khidupan. masih di alam remaja (but ko lebey advance la coz dah masuk gak alam kerjaya)& banyak g yg akan kite tempuhi rite? bergantung pada setakat mana usia dipinjamkn. yup, aku nmpk maksd ko. selama masa beredar, selama usia bertambah, bertmbah la tnggungjawap kite selain kite bakal melalui pelbagai dunia lain yg berbeza. masa depan kite bgantung pd usaha kita. kita yg mencipta. apepun usaha & selebihnya biar DIA yg mengambil alih. mudah2an..

hehe..komen jgn x komen. ley bukak entry baru ni..rei vs pearl..ekeke

Rei said...

hauhau....
ok hape camni. atleast ada org respon kat ko! takde la ko cite sorg..pastu pendapat ko tu tak semestinya salah..dan tak mestinya btul. ni contoh ye!

nEd~Ya said...

to rei

ok jer. malah aku alu2kan. kang cite sorg2 buhsan plak kan. hehe.
ley tukar2 pndapat..:)
yup, tu semua pndgn aku. mesti ader pro & kons dgn pndgn org len. :)