Tuesday, February 17, 2009

SeKePinG HaTi iNi

Assalamualaikum..

huh..mengeluh..

sekeping hati yg dimiliki oleh pearl..kerap ku didik supaya menjadi mulia. tapi mampukah? kadang hasad, iri, & 1001 sifat mazmumah yg laen merajai hati. tandus tanpa kemuliaan itu lagi. namun kadang kala aku tetap rase, masih ade sebelas ehsan dari sudut hati utk mencarik kemuliaan yg hakiki..

bila aku terluka, dan die bertanya : kau masih marah?? masih terasa??

dan aku : senyum..penuh ramah 'eh, tak lah. aku ok..'

hati ini : aku masih kecewa.

die lagi : kita masih bersahabat kan?

dan aku : 'itu pasti. walau percintaan sebagai bayaran, aku korban utk persahabatan kita..' dan aku masih senyum.

hati ini : aku sgt terluka.

die lagi : kau sepatutnya itu ini itu ini...bla la bla..

dan aku : dengan senyuman 'ye, aku punya silap. terima kasih kerana tegur..'

hati ini : bukankah aku insan yg terdera dgn permainan kamu semua, aku juga yg perlu berubah??

memang lidah ku kerap tak seiring dgn sekeping hati ini. kerana apa ye?? kerna kalian bernama sahabat. & kerna itu, aku masih tersenyum.:). ikhlas itu rahsia Allah, tapi tulus dari hati ini aku memaafkan..cuma aku masih memohon padaNya agar dikurniakan secebis redha pula supaya kata2 dari sekeping hati ini sentiasa seiring dgn ape yg diterjemahkan oleh lidahku..maafkan aku..

(ni kisah yg berlaku hampir 3bulan dulu)


* hari ni kuzer pergi interview dgn pakai kemeja & neck tie kaler pur_pearl..i like..:)

Ana billah walillah ma'allah
Wsalam.

No comments: