Monday, November 30, 2009
PoWeR RanGerS UnGu AKaN TiBa!! ----> TaG
Tag dari power rangers ungu..kite punyai minat yg same ye.. pur_pearl..=)
1)THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1- Nadia
2- Nad
3- Cik Pearl
2) THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE : (currently)
1- 9 disember (journey to sarawak)
2- End of Disember (DPLI result)
3- tu jeeee yg currently..
3) THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1- tgk tv
2- bertekak dgn adik
3- menatap hp
4) THREE WAYS TO BE HAPPY EVEN IF YOU'RE STUCK AT HOME:
1- gayut dgn kuzer
2- sleeping beauty
3- makan & terus menyanyi
5) THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1- tak yah mahal2 la, kereta sebijik pon oke!
2- ......
3- perlu berfikir..
6) THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES
1- menyanyi sampai hilang suara
2- berjalan2 sampai habis duit
3- menangis sampai mata sembap
tak ada langsung hobi yg senonoh..isk2x..haha
7) THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
1- ala, dekat2 je..memadailah sekadar dapat tgk Taj Mahal secara live
2- eh, taman tergantung babylon pon best jugak
3- semua tempat yg ada perkara2 ajaib kat dunia lah senang cerita!
8)THREE FAVORITE DRINKS:
1- air masak yg dimasak bukan dgn separuh masak (boleh sakit perut tau)
2- jus buah2an
3- tak spesifik sebenarnya...ikut sukahati tekak aku nie..
9)THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG: (other than the usual wallet, keys and HP)
1- payung
2- botol air
3- alat2 penyerian muka & alat2 wangian..huahua
10) THREE FAVORITE COLORS
1- of course la purple (tapi bukan power rangers purple ye..=))
2- putih suci lagi murni
3- brown
11) TOP THREE HANGOUTS
1- shopping complex
2- taman2 yg bukan utk skandal..
3- tu je kot
13)TOP THREE WHOM YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
1- aishahumairah
2- nazry iskandar
3- sitiey
14) TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
1- koleksi kasutku
2- koleksi handbag ku
3- gajet2..
more than 3 dah nih!
15)TOP THREE THAT MAKES YOU HAPPY LATELY:
1- family
2- kuzer
3- me, myself..ekeke
16) TOP THREE TAGLINES
1- ko ingat ko diva!!!
2- ko kan honey!!
3- guddy!!!
17)TOP THREE REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY
1- suke pe...
2- isi mase
3- dah di tag, amanah tuuuu...
*power rangers ungu wujud di alam maya..=)
wsalam..
Sunday, November 29, 2009
CeRiTa CeRiTi II
cerita 1
hari ni kawan aku si yatiey bertunang.. (aku dah mention dalam entry aku yg bertajuk : musim ikat tali) tapi malangnya die buat kat terengganu..bukan belakang rumah aku tu ye.. so jauh.. aku hanya mampu sampaikan salam..saat akhir baru dia khabarkan yg jalan ke Besut tak banjir dan tak tutup pun tapi aku dah terlambat plan..moga majlismu tengahari tadi berjalan lancar.. Amin..
cerita 2
aku ke rumah epa saje hari ini bg memeriahkan majlis pertunangannya (kalau aku tak datang pon meriah jugak sebenarnya)..dan aku sangat teruja tengok wajahnya yg berseri2 dan bersemangat memperkenalkan tunangnya pada aku. lainlah aku dulu, penuh kontroversi dalam otak ni..huhu..dan epa akan melangsungkan perkahwinannya insyaAllah pada bulan 2 tahun depan. kire 3 bulan je bertunang..wah!! mantap..masih belajar pula tu..epa betul2 berhati kental!! cayalah..malah dah ada rumah sewa sebaris dengan rumah orang tuanya..lepas kahwin ni, boleh ulang alik la ke rumah mak.. hihi..semoga hubungan kalian kekal ke jinjang pelamin & seterusnya ke akhir hayat..aminn..
aku tak pasti siapa aku sebenarnya..muahaha..maksud aku, yg aku tahu aku hanya seorang bekas pelajar UKM yg sedang giat menanam anggur di rumah..tapi kisah2 hidupku begitu cepat singgah ke pengetahuan teman2 yg setahu aku, aku tak pernah msg atau call atau jumpa mereka2 ini dalam masa setahun..tetiba mereka bertanya 'bukankah kau ------??' (dalam hatiku : ait!! macamana dia tahu ni? ini bukan cerita2 biasa, ini suatu rahsia..dia bukan org tertentu yg harus tahu mengenainya..glurpp!!!) dah macam artis ku rasakan..siapa ye di antara mereka yg punyai lidah sepantas kilat membawa khabar berita mengenai hidupku..sudah seperti internet bergerak lagaknya malah lebih pantas lagi..haih! cerita dalam kelambuku, rasanya tidak wajar disebarkan..aku dapat meneka.
Friday, November 27, 2009
SuKa SuKi BeRSaMaKu II
Thursday, November 26, 2009
RaYa AiDiL AdHa
huaaaa..penat giler hari ni. kelam kabut dari pagi dgn pelbagai menu (macam aku yg masak je bunyinye). biasala sok kan raya..=) antara menu wajib pastinya nasi impit dan kuah kacang. begitu jugak ketupat palas & rendang ayam.. semua dah settle kecuali kuah kacang..esok pagi2 baru masak..
ha, ni ketupat palas aku..
dapat buat dalam 40 biji..
mak aku cakap, daun palas yg dianyam ade dua bentuk..yg betina dgn yg jantan. agak2 tak nampak dua2 bentuk tu, keluar la ketupat palas bentuk khunsa..muahahahahaaaaa..
kepada muslimin dan muslimat, selamat menyambut hari raya aidiladha..moga peroleh keberkatan hendaknya...
*hari ni aku sempat lari ke saloon sekejap..dah lama tak memanjakan diri..hoyeh!!
wsalam..
Wednesday, November 25, 2009
In MeMoRy
Tuesday, November 24, 2009
CeRiTa-CeRiTi
rase lame juga tak update..kesibukan di luar rumah buat aku tak dapat merenung laptop aku di dalam rumah seperti biasa..jeling2 sahaja yg mampu..
cerita 1
kamu ingat lagi aku ceritakan tentang video clip hafiz AF7 yg agak pelik (tajuk entry : ku rangkumkan ia menjadi satu) hehe.. so now kalau kamu perasan, lagunya yg bertajuk 'masih jelas' tu dah ada video clip baru..nampaknya bukan aku sahaja yg tak selesa tengok video klipnye tuh..=)
cerita 2
hari ahad baru ni aku buat lawatan khas ke office kuzer.hoho.bukan hape, die kene keje gak separuh hari..then baru kami ke one utama utk layan cerita Raging Phoenix..best gak ceritanya..abes tengok movie kat sana, gegas ke sunway pyramid pulak..round2 and hajat hati nak shopping sikit la kan..tapi kedai yg aku nak pergi tu entah kat mana pulak kedudukannya..tak jumpa.serius tension..aku sempat belikan ayah aku tali leher dan kuzer beli jaket hitam je kat situ..tak puas hati betul aku..aku bajet nak carik kasut atau beg (tu je la kegemaran aku kalau shopping..huhu) tapi tak ada satu yg berkenan di hati..so kami bajet singgah mid valley sekejap.. before ke sana pergi visit adik kuzer dekat casa impian..muaahaha(casa impian??? jgn percaya bulat2).. then baru pergi mid. aku rasa ada dalam 7buah kedai kasut aku masuk..tak ada jugak yg sesuai..then kat viss ada yg berkenan, so hati sudah munga2 riang..tapi malang sekali tiada saiz..ceh!!! akhirnya pulang dgn tgn kosong..huhu..tak apalah, yg penting dapat makan kat laksa shake (tempat makan kegemaranku)
cerita 3
sgt2 teruja bila ank2 murid masih ingat aku dan telefon aku sebelum mereka masuk ke kelas..bila aku angkat je handfon, maka terdengarlah sayup2 suara 'teacheeerrrrr...' wahh!! hati sudah munge2.. minggu lepas aku dah hantarkan hadiah2 buat murid2ku yg dapat 100% atau yg dapat markah tertinggi dalam kelas utk subjek2 yg aku ajar..ada 7 org semuanya..semoga mereka gembira & makin bersemangat utk belajar lepas ni..aminnn..
cerita 4
aku dah mula mengayam ketupat palas malam ni..giler tunggang langgang..dah macam ketupat palas orang malas..LOL ---> tgk je tajuk kat atas nun, memang tajuk org yg bergelut dgn sifat malas.. 'cerita ceriti'...hurm..
cerita 5
macamana agaknya nak atasi perasaan nervous atau kelam kabut atau menggelabah atau kurang yakin dan semangat2 negatif yg bikin otak aku alami kontroversi yg tersendiri??? (aku rase ni bukan cerita, tapi persoalan..kan2?)
wsalam
Saturday, November 21, 2009
MuSiM iKaT TaLi
wah sgt teruja bila mendapat khabar gumbira dari teman2 terchenta.. 29hb november adalah tarikh bahagia buat dua org sahabat baik aku.. dua2 akan mengikat tali pertunangan dgn pasangan masing2..ececeh..
yg seorang ni sahabat aku kat UKM..1 kolej dan 1 fakulti..malah setiap kali aku lepak kat ukm (since dah jadi mantan ni), aku memang tumpang bilik dia..norhayati a.k.a yatiey namanya..berusia 22 tahun..(ceh!! macam nak promote plak) mungkin terkena aura aku kot. hehe.. sebab waktu aku nak bertunang dulu, aku memang sibuk provok cik yatiey kite ni..hehe..
yatiey mase majlis tunang aku.
yg kedua pulak, Nazifah a.k.a epa..also 22 years old..orang Rawang jugak..aku kenal melalui kawan2 kat rawang..kebetulan kami 1 matriks dulu (matrik Perak)..tapi si epa ni keluar matriks selepas sem 1 dan ambik diploma kat Uitm.. katanya, tak mampu utk terus di matriks.. (aku pon camtu dulu sampai apply Uitm gak tapi malangnya dapat Uitm Sarawak. ni kuzer la punye pasal.. tangan die tak 'ong' lah tu, sebab tu aku dapat jauh2..die yg apply kan..nak tak nak menten je lah kat matriks..alhamdulillah, berjaya jugak ke ukm..hehe)..dan yg menarik epa ni cinta lame kanda aku..ehe.. (kanda je lah yg faham..=))
epa yg kiri sekali..
so now aku konfius..tak tahu nak pergi macamana..utk pergi dua2 adalah mustahil.. dua2 majlis berlangsung pada hari dan waktu yg sama..pada tenghari 29nov ni..si yatiey di besut terengganu dan epa di taman garing rawang.. aku mulanya nak beli tiket ke terengganu, kire nak bertolak pada malam 28nov tu tp since epa pon bertunang pada tarikh yg sama dan ada beberapa faktor lain, aku kene fikir semula.. macamanakah???
*apepun tahniah buat kalian..ade gambar nanti, aku upload..=)
sekian
Friday, November 20, 2009
OpSss CeRiTa LaMe...
.......kenapa awak buat sy macam ni? kenapa awak boleh sukakan R---- dan korbankan hubungan kite yg dah hampir setahun......bla bla bla....
esok tghari sy tunggu awak di kantin sekolah..kalau awak tak datang, bermakna awak dah tak sayangkan sy....
sekian..
ops..tersenyum kambing aku seketika..
isi surat hampir 8 tahun dulu..waktu aku berusia 14tahun..ku kire aku masih sgt mentah, naif dan terlalu muda utk ini semua..(tak boleh bla ayat)
sesungguhnya, aku tidak mengenali kamu..tapi aku boleh cam muke kamu waktu itu..dan aku tahu kamu adik kepada kawan kakak aku..aku juga tahu R----yg dimaksudkan oleh kamu..tapi serius, R tu senyum dgn aku pon tak pernah..dan aku sgt tak sangka bila kamu boleh kata hubungan kite dah hampir setahun..glurppp, tak kan aku couple pon aku tak sedar..kamu salah org kah? setahu aku, kite tak pernah berjumpa face 2 face pon..
dan kerana kamu tunggu aku kat kantin sekolah pada keesokan harinye lah, bikin aku berkaki ayam masuk ke kelas..ish, terbahak2 aku ketawa teringat betapa gelabahnye aku menghadapi kamu.. entah berapa banyak kali, aku cuba mengelak kamu..bukan aku jual mahal tapi.......huhu..dan sememangnya aku tak terniat utk ke arah itu pada waktu itu..touching plak..ops..maaf
selepas dari itu, meletup plak kisah aku dgn A---- aku sendiri naik biol..ini kah budaya pelajar2 SEMEKAR..aku masih baru di rawang waktu tu, so aku sgt2 tak selesa..dan kemudian kamu terus hilang..mungkin kamu dah jumpa cinta baru..atau mungkin kamu sangka aku player.. ishh..fitnah tu..hati aku sungguh suci lagi murni dari mana2 cinta lelaki sampai ke tingkatan 5 tau..huahua.. tak de cinta2 monyet..hehe
mmm aku tak tahu ape cerita kamu sekarang..saje teringat kisah2 lama..=) kalau kamu ingat, aku pasti kamu juga tak sangka kamu pernah begini suatu masa dulu..dan pasti kamu tersenyum..=)
*byk lagi sebenarnya kisah2 yg tak terduga semasa aku bergelar pelajar sekolah suatu masa dulu..sgt2 terkesan sehingga hari ini..segalanya di SEMEKAR & TIKL..=)
wsalam..
Tuesday, November 17, 2009
DiRiMu TiaDa PeNgGaNTi
aku rase sgt terkesan bile owner blog rhedosia mengupas tajuk ini terlebih dahulu dari aku.. sungguh aku tak puas hati..
kisah seorang guru yg memberi kesan sgt mendalam dalam kehidupan semua pelajar yg ambil matematik tambahan (spm batch2004)..
seorang guru yg sgt2 dedikasi..yg dedikasinye sukar ditemui dalam diri kalangan guru dewasa ini..(bosan ayat skema)..----> En. Teh Tat Leong..
tahun 2003 kami masih tak dikenalkan dgn beliau..kami belajar add math semudah mungkin.. tak kire langsung kepentingannya..nak dapat A memang mustahil kuasa 5..setiap kali exam, memang penggagal tegar lah..yg lulus pastinya anak2 cina yg memang tekun mengira dan mengupas setiap equation..kerja kami, copy and paste..as easy as that (kire memang patut gagal lah kan)..
tahun 2004 (form 5), guru add math kami hilang entah ke mana.. En.Teh lah yg bakal menggantikannya..dgr2 cerita hasil bawaan angin2 sepoi language, En.Teh sgt garang.. ops, serius huru hara bila pertama kali dia masuk mengajar..semua nama kami di hafalnya.. mengajar dgn tegas dan sgt suka bersoal jawap..ni la perkara yg sering melemah longlaikan jiwa..asyik2 kene tanya..suaranya bisa menggegar kelas..bukan kerana merdu atau gemersiknya suara, tapi cukup kuat utk buat semua pelajar gigil2 bangun nak bg jawapan..
'kamu tak seriusssss'..fuh!! ayat biasa bila kami gagal lagi.. die berusaha beri kami formula ciptaannya (yg tak terdapat dalam mana2 buku rujukan add math di pasaran) utk memudahkan kami jd scorer utk subjek die ni.. setiap kali waktu add math, semua get ready dgn jawapan2 plastik hasil peniruan dari pelajar2 cina..
bukan mudah utk tgk En.Teh tak masuk kelas..berzikir2 kami kot2 die tak masuk kelas ke, ade mesyuarat ke ..tapi setiap kali mesyuarat guru, mesti bukan masa add math..die dah la punctual..tak sempat nak borak dgn member sebelah tentang keenakan breakfast pg tersebut..giler tepat pada masa dia masuk kelas..mengeluh je lah..makaih!!
kerana kecuakan yg mencapai tahap maksimum setiap kali En.Teh masuk mengajar, kami berusaha sehabis daya utk scor..alhamdulillah, walau tak dapat A utk add math masa SPM, aku tetap teruja dgn B3 (up sikit dari kuzer..ekeke)..tak ada lagi gred D ke bawah utk add math sekaligus membaiki kecacatan keputusan exam yg acapkali cacat kerana gred tercumell hasil kebijaksanaan terlampau aku dlm add math.
dan entry ni aku coret kerana En.Teh bakal meninggalkan SEMEKAR (sek.men. rawang bt.16) dan berhijrah ke sek men tengku abdul rahman Batu Arang..sek ni baru sahaja punyai subjek add math..maka sgt2 bertuah buat pelajar2 di sana kerana memiliki guru sehebat En.Teh..dan 1 kerugian besar lah buat semua warga SEMEKAR..
warga batu arang sgt berbeza dgn warga rawang..aku mendoakan ketegasan En.Teh tidak dibalas dgn tayar keretanya yg tiba2 pancit, cermin kereta pecah atau apa2 sahaja tingkah khianat pelajar2 yg tidak faham erti ketegasannya..
dialah satu2nya guru yg berjaya mencipta memori sepanjang hayat buat aku..
Pelajar2 ini buat jamuan kecil2an utk En.Teh pagi tadi..Dari riak wajah nya dan ketidaklaluannya utk makan, sudah cukup utk meneka keterharuan En.Teh terhadap majlis serba ringkas khas utknye..(tapi tak tahulah kalau sebenarnya En.Teh memang dah kenyang)
bak kata adik aku, alangkah bgusnya kalau En.Teh bertukar tahun depan..sempat die merasa belajar add math dgn En.Teh sampai SPM..tapi ape boleh buat...
pepun nak berjaya sebenarnya bergantung pada diri sendiri.. tapi untuk subjek ini, aku boleh kata bahawa bergantung pada diri sendiri je tak cukup..so perlukan daya penarik yg sgt2 menekan seperti kehadiran guru ini..tak perlu tuisyen pon boleh scor punyelah!! janji ada En.Teh..=)
serius, aku sedih la..so entry ni nampak skema lagi tenang je..
sekian
ana billah walillah ma'allah'
wsalam
Sunday, November 15, 2009
PrEsSuRe TiNgGi HaRi InI
janji pukul 8pg..kamu datang pukul 9pg..saat aku dah melentokkan semula kepala ke bantal..tensi!
mula pukul 9.30pg, aku sampai pukul 10.30pg....----> gara2 kelewatan kamu
balik tadi naik kereta kancil..5 org 1 kereta termasuk aku..kereta kancil yg tayar belakangnya kurang angin..----> bahaya..
jalan bengkang bengkok..serius mengantuk..nak tidur, seram plak..tgk gaya kamu bawa kereta, bikin aku tak mampu lelapkan mata walau sepicing pun..akak2 kat sebelah mungkin dah 12 kali mimpi.. dari jauh aku tgk lori tu laju giler.. dalam hati aku 'jgnlah kereta kita keluar simpang sekarang...mahu pendek umur kita semua'...
tapi kamu keluar juga..terdiam aku..nak tegur, kita tak kenal.. biasannya kalau macam ni, aku dah jerit2 dah..dalam rasa lega sebab ingat tak ada apa2, hon sekuat alam berbunyik..lori tu mengelak ke kanan dari langgar belakang kancil kita..serius, seluruh semangat aku hilang..bunyi hon lori tu berjaya mengeringkan darah aku dalam masa beberapa saat saja. tak perlu dryer atau vacum,,dah pucat lesi dibuatnya..kaki tgn aku menggigil macam nak tercabut..berzikir aku sekejap..urut2 dada..cubit2 pipi..hidup lagi!!
perjalanan terus..alhamdulillah..masih selamat..aku tak tahu bila lesen kamu mula kompeten dan macamana boleh kompeten..aku rasa tak selamat..maaf, bukan nak perkecilkan kamu..sekurang2nya aku tahu kamu ada lesen berbanding aku kan..tapi aku betul2 takut di bawah jagaan kamu..
asal rasa jauh sgt nie? bila nak sampai? setitik2 air jatuh ke riba..hujan plak..lg risau la gamaknya..tingkap kat sebelah ternganga luas, aku cuba tutup..tapi, malang giler. tingkap tak boleh tutup..hujan makin lebat..berenang dalam kereta je la jawapnya,,titisan air hujan terasa tajam gile. naik pedih muka..nak duduk ke kiri sikit, akak kat sebelah ni saiznya tak begitu kecil..tak sampai hati aku nak himpit. maka rela je la mandi hujan dlm kereta..
masuk je rawang, sedikit tenang dalam hati..tapi terpaksa hantar member ke rawang perdana dulu.. ingat dekat je..entah ceruk mana plak rumah dia..semakin jauh aku rasa nak sampai rumah aku..walllamak, tensi tahap gaban..sampai rumah, sengal2 punggung dan belakang badan..macam 1st time naik kereta..LOL
*karangan aku selaloo A1 masa sekolah dulu terutama tajuk2 yg kene reka2 cerita ni..tp kat atas ni cerita betul..tak de reka punye..oke!
ana billah walillah ma'allah
wsalam
Saturday, November 14, 2009
KeHiDuPaN ItU KoMpLeKs
kehidupan...
cerita 1
aku semakin faham erti 'what u give, u get back'..ape yg pernah kita lakukan, kita akan terima semula..sooner or later, it will come back 2 us..ia hukuman? atau ujian? atau balasan? atau sekadar memenuhi hukum karma? kadang kala manusia tak begitu kejam..dan manusia juga tidak teraniaya..tapi manusia yg mencari segala sesuatu itu..tanpa sedar ia berlaku umpama buku bertemu ruas..ye, aku semakin faham..!!
cerita 2
setelah aku dan kuzer melakukan beberapa penilaian terhadap spesis2 tertentu manusia di muka bumi ini, aku semakin sedar kebenaran yg satu itu..apakah kesan terhadap seorang suami yg menganiaya isteri (dgn sepak terajang) dan apakah kesan terhadap isteri yg melawan2 cakap suami (dgn maki hamun)..kesan ini dapat dilihat dgn jelas kepada suami / isteri ketika mereka mula meniti usia tua..aku semakin terkesan..!!
cerita 3
kisah seorang bapa dgn anaknya bersama seekor keldai..kisah ini diceritakan oleh kuzer kepadaku malam tadi sebelum tidur (lagaknye sudah seperti seorang bapa yg menidurkan anaknya)..moral of da story : kita tak kan mampu memuaskan hati semua org.. apa sahaja yg kita lakukan samada terlebih suda atau terkurang, semuanya jadi buah mulut org.. ye, aku semakin tahu!!
cerita 4
ini kata2 azimat dari kuzer dan keluarganya..'biar mereka beri kita taik (tak tahu nak letak word ape bagi sopan sikit..kire oke lah ye), kite tetap beri mereka bunga'.. mereka beri buruk, kite tetap balas baik...adoyai..kadangkala sukar utk aku telan..aku tak sekental itu...mereka jahat dgn aku, aku boleh 10x lebih jahat dari itu!!!! huh! but now, i've 2 change..kasi lembut sikit ini prinsip hidup..=)
cerita 5
bila kita lihat ibu atau bapa kite ketawa, seakan satu kebahagiaan menyusup dalam jiwa..kebahagiaan yg tiada taranya.. aku sgt bahagia bila melalui saat ini..entah kekal sampai bila..
cerita 6
aku tak tahu kenapa entry aku malam ni agak skema..bila baca balik, macam nak muntah pon ada.. sambil dgr lagu nubhan, terasa sedikit emosi..LOL
*lagu pakai buang by stacy masuk top 5..yes!!! aku sgt suka lagu2 stacy..manakala 6ixth sense tak berjaya masuk top 5..sedih juga..khatimah cinta oh khatimah cinta..(serius aku mual tgk ayat2 aku..giler skema..terutama part 'manakala' tu) so..stop typing..
ana billah walillah ma'allah
wsalam
Thursday, November 12, 2009
EnTaH..
waaa..tensi juge ye bile kita tak mampu explain keadaan sebenar pada seseorang..ade je halangan.. dia akan terus salah sangka..ye ke kamu dah salah sangka??
ooppss..takut juga..
sy serius nak bersahabat je dgn kamu..sy tak main2 (mase kicik2 je suka cakap main2)..dari dulu lagi sy suke kawan dgn kamu..tapi tetiba hidup sy dilanda musibah..sy terlupa akan kamu seketika..
kadang2 sy saje tanya kamu hal2 lama..bukan nak mengungkit apa lagi membangkit, tapi nak timbulkan aura tak kekok setelah sekian lama kita renggang tanpa talian..(ayat apakah?)
tapi kamu peliklah..sy betol2 rasa kamu pelik..
mmm entahlah..harap satu hari nanti, semua akan clear..
ana billah walillah ma'allah
wsalam
Tuesday, November 10, 2009
DaTiNg VeRSi KaMi
wa..rasa dah lame tak update blog nie..semalam baru berkesempatan..agak sibuk (sebenarnya saje sibuk2kan diri)..kelmarin aku hantar ayah ke gombak before die ke Terengganu ader persidangan..agak2 malas nak balik tu (dgn cuaca yg baik), aku saje menyinggah ke memorial Tunku Abdul Rahman, KL..(sejak bile aku minat benda2 bersejarah ni!!).. yg tak tahannya, tak ade pengunjung langsung yg dtg selain kami..dahsyat. mungkin mereka lebih gemar utk kunjungi taman burung, planetarium Negara dll yg tempatnya dekat2 je dgn memorial ni..so kami buat memorial ni macam kami yg punyelah senang cerita,,=)
buku besar..
serius poyo tgk multimedia kat situ.
kunun2 aku la fasi...
Inila seni amik gambar yg terbaru..separuh je kepala ye..LOL!
my dream car..ehe
balik dari memorial, singgah KLCC jap (ceh! tak bleh bla ayat 'singgap jap' tu..macam KLCC belakang umah je) carik DVD..then balik umah tercinta..
*dah bosan dating kat shopping complex, tgk wayang & main boling..so sekali sekala ajak dating kat memorial ke, muzium ke, zoo pon oke..=) so sifat kuzer yg cintakan sejarah tu harap2nya menusuk lah sedikit sebanyak ke dalam kalbuku..
ana billah walillah ma'allah
wsalam
Monday, November 9, 2009
TeRkESiMa BuaT SeKeTiKa!!
special thanx to Mr. Husaini...buat aku terkesima sekejap..
sebab he come out with new entry..
ape kene ngena dgn aku? (ni soalan dalam minda kamu2 kan?)
sebab tajuk entry die ada nama aku..entry die tentang aku.. dah tu kat gallery die ada gambar aku..wow.!!!.ni secret admire baru ni.. sob2x..tercabut plak tangkai hati Mr.Hus mendengarnya nanti..hehe..gurau2 oke.. terharu btol..(mane nak carik entry org ade nama kite as tajuk utama kan..ceh! perasan suda!!!).. jgn mare ye mr. hus.. =) sempat plak aku copy dan paste kat sebelah nun..------> (dgn tiba2 aku dah ada gallery sendiri..hehehe)
Mr.Hus & Mr.Taqi adalah photographer pada majlis tunang aku beberapa bulan dulu..=) tq 2 both of u..
mai jenguk ramai2.klik sini..
ana billah walillah ma'allah
wsalam
Thursday, November 5, 2009
Ku RanGkUmKaN Ia MeNJaDi SaTu
ok2..kamu dah bace entry aku bawah ni? aku tag dua insan..kuzer dan nazsra..jadi aku terlupa utk tag seorang lagi..iaitu miss sitiey..bila2 on9 nanti, langsaikan tag kamu ni ye sitiey..dan utk kuzer, aku tarik balik tag aku..bukan apa..aku rasa aku tak sanggup plak nak baca entry dia sebab semuanya akan menjawap segalanya perihal aku..sebagai insan yg tak punyai apa2 dan bukan spesel di hatimu (rendah diri betol aku kali ni) , maka aku tak berani nak tahu apa2 tentang aku dari hatimu, kacamatamu, pancainderamu mahupun jiwa ragamu..(uiks, abaikan kepoyoan aku ye..hehe)...
kedua..
kamu pernah rindui sahabat lama kamu? aku belum pernah. kalau rindu2 biasa yg sekadar teringat padanya, biasalah kan..tapi kali ni aku pelik..sebab aku sampai mimpikan die..dah lama kami lost contact..aku dah tak ada nombor dia. dia plak tak ada link langsung di alam maya ni.. aku cuba carik dia..tapi gagal..finally, aku mencarik sebuah botol air aku (sebuah botol air ke sebijik botol air? takkan seulas atau sekeping kan?? wateva!!*abaikan BM aku yg A1 masa SPM* masyaAllah, riak suda!)..botol air ni aku pakai masa tingkatan 3..aku cuci dan guna semula..kenapa ye? sbb kami punyai botol air yg sama.. tu satu2nya kenangan yg tinggal..(serius tak pernah rasa macam ni)
ketiga
aku tak pernah pergi sarawak..bila mak ayah bercerita pasal negeri sarawak, baru aku sedikit teruja nak ambil tahu tentangnya..kalo diizinkan Allah, aku akan ke Sarawak pada awal disember..tiket dan penginapan pon dah tempah..(kenapa ayat aku skema sgt malam ni..) maka aku harap aku gumbira la nak pergi sana kan..ni macam tak cukup makan je nak senyum..
keempat
kamu pernah tgk video clip hafiz AF7..lagu bertajuk masih jelas..serius aku tertekan tgk video clip tu..aku tak faham kenapa perlunya diadakan video clip sedemikian rupa..mungkin mereka dah kehabisan idea..kamu masih tak faham? isk2..ok, aku terus terang..aku tak berapa nak minat tgk model dalam video clip tu.. aku rasa mata aku terganggu bila tgk hafiz menyanyi dan model tu duk ke kiri ke kanan ke depan ke belakang siap terduduk terbaring dan pelbagai aksi lagi..dgn bajunye yg sgt2 mengganggu (tang lengan)..berterbangan kainnya ke sana ke mari..aku tak kisah kalau nak dikata aku tak kreatif, tak sporting, tak moden atau semua yg tak tak... ni pandangan aku jer..kalau aku lah penyanyi nye, dah tentu2 aku terganggu waktu nyanyi..dgn baju model yg sentiasa menampar2 hidung dan wajahku, bisa buat aku bersin satu kali dlm tempoh 3 minit..maka lagu aku pasti gagal utk dibikin klip videonya..kalau nak buat jugak, aku rasa tgk video klip nur nilam sari (awie)..ni ok nak guna kain terbang2..
kelima
good nite..
Ana billah walillah ma'allah
wsalam
Sunday, November 1, 2009
DiRiMu DaRi KaCaMaTaKu ---> TaG
tag ni aku dapat dari miss c-da..tapi tag ni macam nak meneroka rahsia seseorang je (rahsia org yg di tag)..tapi tak apala, aku jawap mana mampu la eh..
soalan 1
kamu impikan pasangan yg bagaimana?
simple but smart..(dah macam kriteria baju la plak..uiks)
soalan 2
kamu memiliki dia yg kamu impikan?
mmm insyaAllah
soalan 3
cinta jarak jauh bagi kamu?
sangat mencabar..perlukan daya kesetiaan yg sgt2 tinggi..selain kesabaran dan kejujuran..aku tak lah sekental itu!
soalan 4
7 sifat/sikap nya yg buat kamu susah utk lupakannya?
adeh!!
1- tahap kesabarannya sgt2 tinggi..kerenah aku boleh tahan penangannya..tapi die tak pernah tinggi suara..(ade la sekali dua dalam 5thn..cayalah..ceh! kembang sekejap yuyunk) kire bukan jenis yg panas baran la..
2-apa je keinginanku sebolehnye die tunaikan (yg baik2 punye permintaan la)..walo die terkorban..(jihad nie..wahaha..jgn mare)
3- kalau aku susah hati, sedih, kecewa, dll, die selaloo pujuk dgn tabah..(selain mak & akak) (sebab aku lambat terpujuk..huhu) cthnya: waktu aku hentak2 kaki (hiperbola btol) kat matriks nak balik sebab homesick..die la yg paling pening sekali..termasuklah mak ayah aku..hehe
4- romantis & manja
5- pandai amik hati org tua & sgt jaga hati sesiapa jua yg menghargainya..
6- sederhana
7- multiskill..byk kije yg boleh diharapla berbanding aku..huahua..
* ni aku ikut apa yg aku rasa la..bukan memuji apalagi memuja ye..
soalan 5
7 sikap/sifat nye yg anda tak suka?
mm bukan tak suka tapi kurang gemar la ye..
1- die kepingin berambut panjang
2- kdg2 terlalu byk bekorban utk kwn2..(bukan aku jeles tapi kdg2 tak kena tempat)
3- kalau die kecewa sgt2 dgn aku, kdg2 susah nak dijangka perlakuannya.
4- kdg2 mudah dipengaruhi.
5- jenis yg tak sampai hati..(bagus sebenarnya tapi ramai org akan salah faham padanya)
6- tak berapa arif urus kewangan kot..hehe..tiap bulan aku akn minta duit utk simpankan..
7- kdg kala terlaloo positif..tensi jugak aku..
soalan 6
jika die ingin meninggalkan kamu atau memutuskan ikatan, apa kata kamu?
mm dahsat soalan..huks
'walau 1000 wanita yg kamu dampingi, takkan ada seorang pon yg sama sepertinya aku..kerenahku adalah kenangan paling kuat utkmu..kalau kamu bisa lupakan kenangan itu, kamu akan terus pergi..kalau tak, kamu pasti kembali..(berserah pada jodoh)' ececeh..
soalan 7
jika kamu ingin meninggalkan dia atau memutuskan ikatan, apa katanya utk mu?
'fikirlah sedalamnya..sy bisa ubah apa yg kamu tak suka utk memperbaiki hubungan ini'
soalan 8
jika hubungan kalian hampir retak, siapa yg selalunya berusaha gigih utk menyelamatkannya?
mmm dia..sebab die berfikir lebih jauh dari aku dan tak bisa menyerah..kecuali die dah terlalu kecewa dgn aku..maka die sampai relakan rebound love..kalau dah macam ni, baru aku sedar sikit yg aku pula perlu berusaha gigih sepertinya.
soalan 9
warna kegemarannya
yg gelap2 belaka..cume sejak dgn aku, baru die open utk cuba warna2 yg lebih berani.. heheh
soalan 10
benda yg die impikan dan kamu telah tunaikan utknya?
mmm jam tangan casio yg ada prayer compass..complete jam ni..aku pon suka..ehe
soalan 11
perkara yg buat kamu terharu tentangnya..
terlaloo banyak..
~ada sahabat2 yg salah sangka/faham/pandang/tafsiran tentangnya..tp die rela dgn pandangan2 itu..coz baginya, biarla insan yg akan hidup dgnnya sahaja yg tahu siapa diri die sebenar..aku sadis sebab ada yg berlaku disebabkan aku..
~selama 5thn nie, mungkin 300 kali aku lukakan dia..dan hanya 3kali die lukakan aku..dan 3 kelukaan darinya utkku itu adalah disebabkan 300 kelukaan yg aku beri pada dia..btapa die sudah habis sabar..huhu..maaf yuyunk!
soalan 12
perancangan pertunangan dan perkahwinan kamu?
kalau ikutkan dulu, nak semua ni area tahun 2012/2013 sebab kami ade cita2 dan tanggungjawap masing2.. tapi seru sampai lebih awal..so 2009 dah tunang..bak kata kuzer 'perkahwinan tak menghalang sesorang utk capai cita2 atau menjalankan tanggungjawap kita kpd ibu bapa..dan pandanganNya lebih utama utk di jaga..' so aku mengalah lah..hehe..
soalan 13
gambar kalian yg kamu suka?
***banyak lagi soalan tapi macam terlalu peribadi..so aku pilih2 la yg mana aku ley jawap (ni pon ada yg peribadi tapi pejam2 mata la kan..=))..cuma ni semua dari pandangan aku utk die..kalau kamu yg kenal tak rasa begitu, tak apa..aku tak marah..terjentik pon tak..ngheeee..ni pandangan aku dlm masa 5thn bersama..kalau selepas ini jadi lain, aku akan buat tag ni sekali lagi..ekeke..atau kalo tertulis jodoh ku tak bertaut panjang, aku anggap ini kenangan utk masa2 ini..wallahua'lam..
tag 1 ---> kuzer (diriku dari kacamatamu pula..hehe)...nasib kite sama2 pakai kacamata..
tag 2----> nazsra (yg tgh dalam mode exam)
ana billah walillah ma'allah
wsalam