Thursday, November 5, 2009

Ku RanGkUmKaN Ia MeNJaDi SaTu

Salam to all..

ok2..kamu dah bace entry aku bawah ni? aku tag dua insan..kuzer dan nazsra..jadi aku terlupa utk tag seorang lagi..iaitu miss sitiey..bila2 on9 nanti, langsaikan tag kamu ni ye sitiey..dan utk kuzer, aku tarik balik tag aku..bukan apa..aku rasa aku tak sanggup plak nak baca entry dia sebab semuanya akan menjawap segalanya perihal aku..sebagai insan yg tak punyai apa2 dan bukan spesel di hatimu (rendah diri betol aku kali ni) , maka aku tak berani nak tahu apa2 tentang aku dari hatimu, kacamatamu, pancainderamu mahupun jiwa ragamu..(uiks, abaikan kepoyoan aku ye..hehe)...

kedua..
kamu pernah rindui sahabat lama kamu? aku belum pernah. kalau rindu2 biasa yg sekadar teringat padanya, biasalah kan..tapi kali ni aku pelik..sebab aku sampai mimpikan die..dah lama kami lost contact..aku dah tak ada nombor dia. dia plak tak ada link langsung di alam maya ni.. aku cuba carik dia..tapi gagal..finally, aku mencarik sebuah botol air aku (sebuah botol air ke sebijik botol air? takkan seulas atau sekeping kan?? wateva!!*abaikan BM aku yg A1 masa SPM* masyaAllah, riak suda!)..botol air ni aku pakai masa tingkatan 3..aku cuci dan guna semula..kenapa ye? sbb kami punyai botol air yg sama.. tu satu2nya kenangan yg tinggal..(serius tak pernah rasa macam ni)

ketiga
aku tak pernah pergi sarawak..bila mak ayah bercerita pasal negeri sarawak, baru aku sedikit teruja nak ambil tahu tentangnya..kalo diizinkan Allah, aku akan ke Sarawak pada awal disember..tiket dan penginapan pon dah tempah..(kenapa ayat aku skema sgt malam ni..) maka aku harap aku gumbira la nak pergi sana kan..ni macam tak cukup makan je nak senyum..

keempat
kamu pernah tgk video clip hafiz AF7..lagu bertajuk masih jelas..serius aku tertekan tgk video clip tu..aku tak faham kenapa perlunya diadakan video clip sedemikian rupa..mungkin mereka dah kehabisan idea..kamu masih tak faham? isk2..ok, aku terus terang..aku tak berapa nak minat tgk model dalam video clip tu.. aku rasa mata aku terganggu bila tgk hafiz menyanyi dan model tu duk ke kiri ke kanan ke depan ke belakang siap terduduk terbaring dan pelbagai aksi lagi..dgn bajunye yg sgt2 mengganggu (tang lengan)..berterbangan kainnya ke sana ke mari..aku tak kisah kalau nak dikata aku tak kreatif, tak sporting, tak moden atau semua yg tak tak... ni pandangan aku jer..kalau aku lah penyanyi nye, dah tentu2 aku terganggu waktu nyanyi..dgn baju model yg sentiasa menampar2 hidung dan wajahku, bisa buat aku bersin satu kali dlm tempoh 3 minit..maka lagu aku pasti gagal utk dibikin klip videonya..kalau nak buat jugak, aku rasa tgk video klip nur nilam sari (awie)..ni ok nak guna kain terbang2..

kelima
good nite..

Ana billah walillah ma'allah

wsalam





3 comments:

Unknown said...

hahaha..
aku pon tension tengok klip vdeo hafiz.,tengok je model nyer... adoyai...paham2 je la..:-p

kau rindu aku eh? sejak bila kita ada botol air yg sama? ekekekekkk

Nazry Iskandar said...

cam kenal orang itu. ;)

nEd~Ya said...

to mili
hua..tau xpe..tang modelnye yg x tahan..ish!

dah tentu bukan ko..sejak bile aku form 3 dgn ko..LOL!

to nazry
pasti kenal! =)