Sunday, November 15, 2009

PrEsSuRe TiNgGi HaRi InI

salam to all

janji pukul 8pg..kamu datang pukul 9pg..saat aku dah melentokkan semula kepala ke bantal..tensi!


mula pukul 9.30pg, aku sampai pukul 10.30pg....----> gara2 kelewatan kamu

balik tadi naik kereta kancil..5 org 1 kereta termasuk aku..kereta kancil yg tayar belakangnya kurang angin..----> bahaya..

jalan bengkang bengkok..serius mengantuk..nak tidur, seram plak..tgk gaya kamu bawa kereta, bikin aku tak mampu lelapkan mata walau sepicing pun..akak2 kat sebelah mungkin dah 12 kali mimpi.. dari jauh aku tgk lori tu laju giler.. dalam hati aku 'jgnlah kereta kita keluar simpang sekarang...mahu pendek umur kita semua'...

tapi kamu keluar juga..terdiam aku..nak tegur, kita tak kenal.. biasannya kalau macam ni, aku dah jerit2 dah..dalam rasa lega sebab ingat tak ada apa2, hon sekuat alam berbunyik..lori tu mengelak ke kanan dari langgar belakang kancil kita..serius, seluruh semangat aku hilang..bunyi hon lori tu berjaya mengeringkan darah aku dalam masa beberapa saat saja. tak perlu dryer atau vacum,,dah pucat lesi dibuatnya..kaki tgn aku menggigil macam nak tercabut..berzikir aku sekejap..urut2 dada..cubit2 pipi..hidup lagi!!

perjalanan terus..alhamdulillah..masih selamat..aku tak tahu bila lesen kamu mula kompeten dan macamana boleh kompeten..aku rasa tak selamat..maaf, bukan nak perkecilkan kamu..sekurang2nya aku tahu kamu ada lesen berbanding aku kan..tapi aku betul2 takut di bawah jagaan kamu..

asal rasa jauh sgt nie? bila nak sampai? setitik2 air jatuh ke riba..hujan plak..lg risau la gamaknya..tingkap kat sebelah ternganga luas, aku cuba tutup..tapi, malang giler. tingkap tak boleh tutup..hujan makin lebat..berenang dalam kereta je la jawapnya,,titisan air hujan terasa tajam gile. naik pedih muka..nak duduk ke kiri sikit, akak kat sebelah ni saiznya tak begitu kecil..tak sampai hati aku nak himpit. maka rela je la mandi hujan dlm kereta..

masuk je rawang, sedikit tenang dalam hati..tapi terpaksa hantar member ke rawang perdana dulu.. ingat dekat je..entah ceruk mana plak rumah dia..semakin jauh aku rasa nak sampai rumah aku..walllamak, tensi tahap gaban..sampai rumah, sengal2 punggung dan belakang badan..macam 1st time naik kereta..LOL

*karangan aku selaloo A1 masa sekolah dulu terutama tajuk2 yg kene reka2 cerita ni..tp kat atas ni cerita betul..tak de reka punye..oke!

ana billah walillah ma'allah
wsalam





6 comments:

Anonymous said...

wooo..mmng tensyen mcm tu..
mesti da sampai kepala menahan sumpah seranah dr terkeluar...
watever it is, nad selamat smpai umah..alhamdulillah :)

nEd~Ya said...

farhana
huhu..tau xpe..
muke dah jd colourful agaknya menahan geram + tensi = boleh nangis bile2 masa.. hehe
alhamdulillah, finally... sampai juga..=) tq

merahitujambu said...

g mane??nape mencabar betul perjalanan.adeh..alhamdulilah selamat sampai

nEd~Ya said...

merahitujambu
g tanjung karang..ikut jln batu arg lak tuh! tensi2..huhu
syukur sgt..=)

maryam said...

oh sudah lali ke sana. sungguh enak tidur lagi2 kalau pak mat yang drive sebab terlalu slow lah. :P

nEd~Ya said...

maryam
kalau pak mat drive, mungkin dah boleh bertukar2 mimpi..tapi ini org len yg drive, maka mimpi ngeri diwaktu mata celik!! ekekeke, serius susah hati spjg perjalanan..uiks.