Showing posts with label sadness. Show all posts
Showing posts with label sadness. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

DiRiMu TiaDa PeNgGaNTi

salam to all

aku rase sgt terkesan bile owner blog rhedosia mengupas tajuk ini terlebih dahulu dari aku.. sungguh aku tak puas hati..

kisah seorang guru yg memberi kesan sgt mendalam dalam kehidupan semua pelajar yg ambil matematik tambahan (spm batch2004)..

seorang guru yg sgt2 dedikasi..yg dedikasinye sukar ditemui dalam diri kalangan guru dewasa ini..(bosan ayat skema)..----> En. Teh Tat Leong..

tahun 2003 kami masih tak dikenalkan dgn beliau..kami belajar add math semudah mungkin.. tak kire langsung kepentingannya..nak dapat A memang mustahil kuasa 5..setiap kali exam, memang penggagal tegar lah..yg lulus pastinya anak2 cina yg memang tekun mengira dan mengupas setiap equation..kerja kami, copy and paste..as easy as that (kire memang patut gagal lah kan)..

tahun 2004 (form 5), guru add math kami hilang entah ke mana.. En.Teh lah yg bakal menggantikannya..dgr2 cerita hasil bawaan angin2 sepoi language, En.Teh sgt garang.. ops, serius huru hara bila pertama kali dia masuk mengajar..semua nama kami di hafalnya.. mengajar dgn tegas dan sgt suka bersoal jawap..ni la perkara yg sering melemah longlaikan jiwa..asyik2 kene tanya..suaranya bisa menggegar kelas..bukan kerana merdu atau gemersiknya suara, tapi cukup kuat utk buat semua pelajar gigil2 bangun nak bg jawapan..

'kamu tak seriusssss'..fuh!! ayat biasa bila kami gagal lagi.. die berusaha beri kami formula ciptaannya (yg tak terdapat dalam mana2 buku rujukan add math di pasaran) utk memudahkan kami jd scorer utk subjek die ni.. setiap kali waktu add math, semua get ready dgn jawapan2 plastik hasil peniruan dari pelajar2 cina..

bukan mudah utk tgk En.Teh tak masuk kelas..berzikir2 kami kot2 die tak masuk kelas ke, ade mesyuarat ke ..tapi setiap kali mesyuarat guru, mesti bukan masa add math..die dah la punctual..tak sempat nak borak dgn member sebelah tentang keenakan breakfast pg tersebut..giler tepat pada masa dia masuk kelas..mengeluh je lah..makaih!!

kerana kecuakan yg mencapai tahap maksimum setiap kali En.Teh masuk mengajar, kami berusaha sehabis daya utk scor..alhamdulillah, walau tak dapat A utk add math masa SPM, aku tetap teruja dgn B3 (up sikit dari kuzer..ekeke)..tak ada lagi gred D ke bawah utk add math sekaligus membaiki kecacatan keputusan exam yg acapkali cacat kerana gred tercumell hasil kebijaksanaan terlampau aku dlm add math.

dan entry ni aku coret kerana En.Teh bakal meninggalkan SEMEKAR (sek.men. rawang bt.16) dan berhijrah ke sek men tengku abdul rahman Batu Arang..sek ni baru sahaja punyai subjek add math..maka sgt2 bertuah buat pelajar2 di sana kerana memiliki guru sehebat En.Teh..dan 1 kerugian besar lah buat semua warga SEMEKAR..

warga batu arang sgt berbeza dgn warga rawang..aku mendoakan ketegasan En.Teh tidak dibalas dgn tayar keretanya yg tiba2 pancit, cermin kereta pecah atau apa2 sahaja tingkah khianat pelajar2 yg tidak faham erti ketegasannya..

dialah satu2nya guru yg berjaya mencipta memori sepanjang hayat buat aku..


En. Teh bersama pelajar2 SEMEKAR yg bakal SPM tahun depan..

Pelajar2 ini buat jamuan kecil2an utk En.Teh pagi tadi..Dari riak wajah nya dan ketidaklaluannya utk makan, sudah cukup utk meneka keterharuan En.Teh terhadap majlis serba ringkas khas utknye..(tapi tak tahulah kalau sebenarnya En.Teh memang dah kenyang)

bak kata adik aku, alangkah bgusnya kalau En.Teh bertukar tahun depan..sempat die merasa belajar add math dgn En.Teh sampai SPM..tapi ape boleh buat...

pepun nak berjaya sebenarnya bergantung pada diri sendiri.. tapi untuk subjek ini, aku boleh kata bahawa bergantung pada diri sendiri je tak cukup..so perlukan daya penarik yg sgt2 menekan seperti kehadiran guru ini..tak perlu tuisyen pon boleh scor punyelah!! janji ada En.Teh..=)

serius, aku sedih la..so entry ni nampak skema lagi tenang je..

sekian

ana billah walillah ma'allah'

wsalam

Monday, August 17, 2009

NTaH HaPe2

Salam to all..

sy cemburu..sgt2..cemburu lihat mereka..

hati sy kotorkah?

ana billah walillah ma'allah
wsalam

Friday, August 14, 2009

TeRKiLaN

Salam to all

Masih kurang mampu menerima kenyataan semalam..Pemergian Ustaz Asri Bin Ibrahim @ Asri Rabbani..Menjenguk ke blognya pagi ini buat sy menangis..YaAllah, walo hny sekadar peminatnya, sy sudah sungguh terkesan..Bayangkanlah rase isteri, anak2, sahabat & saudara2nya..


kata2 indah di blognya...

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...




dan lagu terakhirnya yg sy dengar secara live adalah 'mana milik kita'... lagu yg sesuai buat kite utk memuhasabah diri..

"Dia merinduimu dan menjemputmu sebelum aku... wajarnya aku cemburu...Entah bila pula giliranku? Tugasmu telah sempurna... bertemulah Cinta Agungmu yang saban hari didambakan...Hilangkanlah rindumu dulu... pastinya kami juga bakal menyusul kesitu.." :(

Al-fatehah..

Ana billah walillah ma'allah

wsalam

Thursday, August 13, 2009

DiA BiSa MEwArNAi HaRi2 Sy

Salam to all..

hari2 persekolahan sy lalui dgn 1001 rase..seperti biase sy masuk ke kelas 2 bijak..amar, anak murid kesayangan sy bisa merubah hati sy yg suram kepada ceria..tp bisa juga mengeruhkan sesuatu yg jernih.

hari ni mood die agk pelik..apa yg sy cakap akn die repeat dlm keadaan yg mengecilkan hati sy..uiks.. jiwa sy tersentuh,,kecewa mungkin..so sy diam dan mengajar tanpa memandangnya..sy kate bahawa sy tak mahu berkawan dgnnya..sy merajuk..:) die terasa sy tdk melayannya seperti selalu..

sedang sy sibuk menanda buku2 kelas lain, dia datang kepada sy..

'teacher merajuk ke??'

sy diam dan hny mengangguk..

'teacher xnak kwn dgn sy??'

sy angguk dan berkata 'teacher xnk kwn dgn org yg x hormatkan teacher..'

die terus ambil kapur dan tulis sesuatu di papan hijau...

...'I LOVE T.N'....

sy hampir tersenyum..tapi masih buat x faham..sy tny padanya T.N tu ape..

sambil sengih die jawap TEACHER NADIA.

..:)



-------------------------------------------------------------------------------------------

kisah lain..

minggu lepas sy masuk ke kelasnya utk subjek seni..sy mengajar cara utk membuat boneka jari..waktu senggang, amar ke meja sy dan bertanya,

'teacher dah kawen ke??'

sy: blm..teacher muda lagi..

amar: umor teacher berapa?

sy: 22 yang..

amar: teacher dah ader bf ke?

sy: ader kot

amar: siapa nama die teacher?

berpeluh sekejap sy...mmm sambil tersenyum sy jawap 'AMMAR'

terdiam seribu bahasa die...hahaha

sebelum sy keluar kelas, die menunjukkan lukisannya kepada sy sambil berkata 'sy nak buat boneka dari dua gambar ni' terkedu sekejap sy dibuatnya...





alamak..tetap tak berapa jelas.. amar lukis dan tulis 'TEACHER NADIA LOVE EN AMMAR'

sy: :)

Ana billah walillah ma'allah

wsalam

Friday, July 3, 2009

EmPaT HaRi suDaH

Salam..

Hari ni hari ke4 kuzer tinggalkan sy..

sadis..tapi keceriaan hidup jgn pernah hilang..

Ana billah walillah ma'allah
wsalam..

Thursday, January 15, 2009

I neEd SumBodY

Assalamualaikum..

I need sumbody..really.. to accompany me..round2 around da world..till da end of da world..im lonely to face it alone..im loss..im scared..

I need sumbody..dat i can trust..i wan to share evrythins in my heart. broken.. broken heart..so bad.

I dunno wat 2 do..its crucially important..dunno how 2 start.im scared if i fail.. failure to comply with.......dunno..

huks..


Ana Billah Walillah Ma'allah..

Wsalam.