Sunday, July 25, 2010

My DaY

salam to all

25 July 2010

1) ulang tahun kelahiran yang ke 12...ehe..( 23th years.)

* sedih lah jugak tak dapat balik celebrate dengan family & my fiancee. huaaaa. semua gara-gara kursus yang aku kene pergi semalam (kursus dalam perkhidmatan). kalau tak ada, dah lama aku cabut balik rawang tau. haih! kacau..

2) ulang tahun pertunangan pertama.

* hurm, dah setahun rupenye. sekejap je masa berlalu. patutlah artis bertunang lama-lama, tak terasa lamanya..;-) alhamdulillah, semoga segalanya berjalan lancar kelak. amin..



wassalam. (macam tak bermaya je tengok entry ni.)

Thursday, July 22, 2010

TeRiNgiN NaK MeNaiP Di SiNi


salam to all..

tiba-tiba ada rasa nak update halaman blog yang sudah berkulat & bercendawan ni. agak rindu dan sayu. banyak cerita2 menarik yang nak dikongsi tapi masa yg berlalu dan kesibukan yang melanda buat jari jemari aku hanya mampu menulis RPH (rancangan pengajaran harian) sahaja. tak mampu meluah di sini. (sekarang pun sudah semakin skema dirasakan)...

cerita 1
ni gambar2 aku kat templer park masa cuti bulan 6 dulu. dah basi dah cerita ni tapi nak tampal jugak!. aku menghabeskan masa membawa si kecik luqman bermain air di samping berjumpa incik azam sahabat sejati. haha


luqman sangat suke main air

incik kuzer

incik azam.

cerita 2

19 julai baru ni, aku dengan segala hormatnya menimang anak buah kandung. ;p adeke istilah ni?? mmm akak aku dah selamat bersalin baby wanita. glurppp. terasa baby dah dewasa dengan segera pula..maksud aku, baby girl. alhamdulillah. tapi aku tak dapat tengok live lagi, apatah lagi nak timang. mase aku balik rumah lastweek tak bersalin lagi. so 2 weeks from now baru dapat tengok baby. nama baby Nur Amniya Faqiha. mmm payah aku nak ingat...congrats utk akak aku yg dah bergelar ibu..;p

cerita 3.

kebanyakan butik pengantin yang aku survey semuanya tawarkan pakaian pengantin beserta tudung jenis tudung ikin tu atau dipanggil tudung fareeda atau tudung waheeda atau juga tudung ariani. aku terpaksa beli tudung lain kalau tak nak pakai tudung tersebut. tensen2. tapi ada member aku cakap, molek je aku pakai tudung jenis tu. tapi aku rasa macam ada atap genting atas kepala. huaaaa. apa kata kuzer?? boleh tak yuyunk pakai tudung jenis tu untuk nikah, sanding dan sebagainya??? ;p

wassalam.

Monday, June 21, 2010

SeSi MenGhABisKaN CuTi

salam to all..

fuh, berjalan aje kije aku dua tiga hari ni. memang tak ada hati langsung nak balik JB semula. cuti dah nak habis. huaaaa sedihnya. buka je cuti ni start lah praktikal. langsung tak bersedia. silap-silap kang, pelajar aku yg ajar aku kimia. aku terkebil-kebil je mampu. haih!

mmm tak ape lah. cerita ceriti kerja & study aku kat JB lain masa aku cerita, serius tak ada jiwa nak cerita. =(

last friday, aku balik kalumpang berjumpa saudara mara. yang best nye aku dapat jumpa sepupu sepapat aku. ha, ingat lagi tak budak tembam bernama ayip ni?

ayip

setahun lebih dah aku tak jumpa dia. sekali sekala dia balik malaysia pun belum tentu dapat jumpa. kebetulan cuti sekolah ni dia balik kalumpang (rumah pak cik aku).. dapatlah bertemu yg terpisah setelah sekian lama. sempat kami ke sungai Inki rendam2 kaki. ayip semakin bijak & yg penting semakin tembam. ;-)


Ayip semakin tembam. isk2.

At sungai Inki with ayip & adam.

cayangg ayip..

on da way back.

dan hari sabtunya aku ke cameron highland. macam biasa, cuti sekolah mesti keluar dengan my kuzer & bawa adik2 kami berjalan. selalunya kami pilih tempat2 bersejarah macam muzium & kota lama (mereka yg minat, kalau aku dah lama aku pilih utk pergi shopping complex. haha) tapi kali ni berubah angin ke cameron. sebabnya dah tak tahu tempat sejarah mana lagi nak pergi. cuti sekolah dah nak abis, baru ada peluang keluar berjalan. biasalah adik aku pon tak ada cuti, nak SPM ni asyik kelas tambahan je. dapat sehari keluar pun jadilah. so pagi2 sabtu baru terhegeh2 nak decide destinasi. antara cadanga tempatnya : muzium negara (coz ada pameran keranda.hahaha), bukit melawati (coz ada meriam buatan) bukit fraser, genting & cameron.

finally, cameron! tengahari baru sampai sana. tak jalan mana pun sebab tak nak bermalam kat sana. sekadar melawat ladang teh. strawberry farm & cactus valley. tu pun tak jalan sangat coz panas. (datang jauh2, tak nak jalan. haih!). petangnya singgah hutan lipur kuala woh. kat sana sempat mandi air panas sebelum gerak balik. Area 8 dah masuk KL semula. so sempat lagi masuk panggung tengok Haunted lover. sampai rumah pukul 1.20 pagi. yang penting adik2 gembira sebelum memulakan sesi persekolahan semula=)












dan tadi aku ngan kuzer merayap dari rawang ke gombak, ampang & KLCC. esok sambung lagi ye yuyunk. terlalu banyak urusan. penat!

sekian. wassalam

Thursday, June 17, 2010

SuRaT MaYa



Private entry..hoho~

dear abuzar..

saya telah telefon awak bermula jam 8 malam sehingga 11.30 malam. ternyata awak tidur nyenyak senyenyaknya hingga membiarkan panggilan saya sunyi tak berjawab. tidakkah awak rasa awk begitu kejam?? ooo saya sungguh sakit jiwa..

sila bangun dan tunaikan solat isyak..

finally, awak bangun..terima kasih kerana berjaya menyedarkan diri sendiri sesegera yang mungkin.

saya merajuk ni. saya ulang, saya merajuk. !

awak kol saya semula. sebelum sempat awak memberi alasan, saya menyoal bertalu2. awak pening kan?

jawapan ringkas awk 'ooo cam ni.......saya dah la tengah demam, sampai hati awak buli saya'...

demam?? buli? demam bola kah.. sori...=(

sekian terima kasih.




p/s : awak lebih kerap membuli saya oke! sila sedar kenyataan tersebut. lalala~


Saturday, June 12, 2010

ShOpPiNg TyMe!!!

salam to all..

demam bola bermula..aku juga yg biasa2 je, demam selsema. ehe..orang sibuk dengan bola, aku sibuk bershopping, =)

dah lama tak shopping sakan. rinduuuu.. sabtu lepas shopping raya dengan family. hari ni dengan kuzer pula. gerak ke sogo shopping pakaian incik kuzer. then macam biasa aku usha2 bahagian favourite aku, iaitu handbag & kasut. =) dapat rembat kasut sepasang. tapi tak berapa puas hati dengan design2 handbag yang ada. ada jugak yang menarik tapi still searching 4 da best one. so finally, aku decide ke mid valley nak carik handbag punya pasal. sabar je incik kuzer melayan. ehe.

round2 mid valley, lagi tragis... design lebih kurang sama dgn handbag kat sogo tapi harga agak berbeza.. tak ade diskaun. ade yang menarik tapi since ade campuran gold colour, aku tak prefer coz terlalu matured berbanding usia aku untuk pilih handbag macam tu. so pusing2, tak ada jugak yang berkenan di hati. finally tensi. masa kat sogo tak nak beli, kununnya kat mid valley ade lagi yg best2. sampai mid, rasa kata sogo yang ok. padan muka. huks!

pandang kuzer lama sikit....ngheeee....sebab nak patah balik ke sogo. heheheheh..

sampai lah kami ke sogo semula, cepat2 aku rembat 1 handbag..;-) (tenang je kuzer layan kerenah aku. tengs yuyunk!)

moral of da story : jangan terlaloo cerewet & memilih! (peringatan kepada diri sendiri khususnya...ehehe)

wassalam.

Tuesday, June 8, 2010

CaRCa MeRbA (ApeKaH??)

salam to all

yihaaa,, im at home..=)
alhamdulillah, selamat sampai ke pangkuan keluarga tepat jam 6.30petang hari jumaat lalu. (tak boleh blah ayat aku)

agak penat walaupun aku hanya drive di akhir melaka & di awal Negeri 9. heheh. (faham tak?)

hari sabtu, terus bershopping sakan area Jalan TAR & sogo. shopping raya bersama ibu terchenta. tema raya tahun ni warna biru (raya pertama) dan kuning (raya kedua). tahun ni buat 2 hari je baju bertemakan warna yang sama. kalau raya2 tahun lepas ada sampai raya keempat masih sama warna.. biasalah, aku pun tak cuti panjang. akak aku plak insyaAllah akan terima org baru dalam masa terdekat. so banyak shopping barang2 baby dari baju raya. (ceh, puasa pun belum..sibuk nak raya)

dua bulan tak jumpa akak aku, agak terkesima tengok perubahan dirinya. especially bila tengok tang perut. haha. biasalah, ni kira bakal cucu pertama buat mak & ayah aku. so rasa pelik tengok kakak sendiri dalam keadaan begitu. selalu tengok cousin atau org lain dengan perut besar mengandung tak rasa apa2 plak. haih!

soalan aku buat kakak aku sejak jumpa dia semalam sampai dia balik ke tempat kerja semula pagi tadi.
1) ko tak takut ke nak bersalin?
2) apa perasaan ko sekarang?
3) sakit tak agak2 nya? (ape punya soalan la)

akak aku ketawa je. aku plak yg gelabah. glurrpp.

so today lepaking je kat rumah. akak tak ada. adik sekolah. mak ayah kerja. hurmm...duduk rumah ni, walaupun tak ada aktiviti formal, rasa masa sangat cepat berlalu. tension pun ada.

Hipotesis : Semakin cepat masa berlalu, semakin cepat aku kembali ke JB semula.
Kesimpulan : Hipotesis diterima. jiwa makin tidak tenteram.

last but not least:
dialog aku semalam bersama seorang teman

A= siapa kawan baik ko?
pearl = kawan rapat ada, kawan baik tak ada.
A= tipulah, pelik lah ko nie.
pearl = apa yg pelik. since aku tak ada kawan baik, maka orang pon tak kata aku kawan baik mereka.
A = betul jugak tu. kenapa kawan rapat tak jadi kawan baik?
pearl = kawan baik tu tinggi darjatnya.
A = tak pernah ada sekalipon kawan baik?
pearl = mungkin tak.
A = mungkin??
pearl = yup.
A = aku tak faham
pearl = tak perlu faham, tak masuk periksa pun.
A = tapi masuk dalam kajian aku tentang ko.
pearl = aku bukan spesimen untuk dikaji.
A = bukan spesimen sahaja yg boleh dikaji.
pearl = aku tak perlu dikaji
A = aku yg ingin mengkaji.
pearl = aku tak minta dikaji
A = aku lakukan secara sukarela.
pearl = ko makan apa hari ni sampai jadi macam ni.
A = ???? (gelak guling2 sebab tak sangka jawapan aku)

sebab tu aku tak ada sahabat baik. hahahah

faham tak? lu pikir lah sendiri.

wassalam.


Wednesday, June 2, 2010

MiSS PeARL NaK BaLiK

salam to all.

hurm, gumbira rasa hati coz esok aku akan balik ke rawang terchenta semperna cuti semester 3 minggu. actually tak lah cinta sgt dgn rawang, tp cinta pada insan2 yg ade di rawang. my beloved family, my fiancee & his family. ececeh. dah lebih dari dua bulan aku terkurung kat JB, macam di buang negeri plak. haih!

sekarang aku still dalam kelas technology, ade lagi folio2 yg perlu di hantar pada hari ini. maktab aku pon dah senyap sunyi since last week. ramai dah balik. budak2 kelas aku je yg still gigih ke kelas. syabas! (dalam kelas, berfacebooking + berblogging..ehe)

esok pagi2 kuzer aku datang dari rawang by bus. dia cuti 2 hari. hoorey. aku nak drive balik sendiri tak reti sangat jalan. even masuk highway je tapi bak kata kuzer, insan yg biasa sesat macam aku tak boleh dibiarkan sendiri memandu. elok2 balik KL makan masa 4-5 hours, kalo aku balik sendiri esok mungkin sampai ke terengganu terus. hoho. so dia terpaksa datang ambil aku. (ala, die pon sebenarnya nak berjalan.) hehe.

so esok pagi2 aku akan punggah barang keluar dari kolej secara rasminya. bukan dah tamat belajar kat sini, cuma dah abes semester 1 yg cukup menyiksakan. tak sangka aku dah tempuhi 6 bulan pertama di sini dengan segala perit jerih di saat ada kawan aku yang quit dari belajar kat sini, malah ada yg alami masalah mental dll semenjak duduk sini. tapi aku berjaya harunginya. alhamdulillah, once again, congratz. =)

aku akan berpindah ke larkin perdana, Johor. apartment sri impian. balik je dari cuti aku akan praktikal kat sekolah menengah tasek utara II johor. so aku dah tak tinggal dalam maktab, prelu berulang alik ke sekolah dan maktab. biasalah, pelajar KPLI tak disediakan penempatan untuk semester 2. agak malang disitu...

last but not least.

aku paste kan rakaman aku mengajar. tak begitu clear videonya coz member aku record guna hp je. ni teaching part 1, so dalam 10minit je. bila aku tgk balik, aku rasa nak gelakkan diri selain tumbuk diri sendiri secara laju2 dan bertubi2. agak banyak pergerakan yg aku lakukan plus terlalu banyak penggunaan 'so' & 'ok'. huhu.



itu sahaja. tq! wassalam.


Friday, May 21, 2010

KaWeN vs BaKaL IbU = IbU MoDeN

salam to all..

haih. sakit kaki dek olahraga semalam. lari berpagar punye pasal. terkangkang sana sini, giler tensi. apa boleh buat, cikgu serba boleh. huhu.

esok sabtu, tapi aku ada kelas sampai petang. sama macam minggu lepas. segala sillibus nak di cover. cume sedikit relax sebab dah kurang asignment, tapi still kene attend kelas sepanjang masa untuk macroteaching. turn aku dah lepas pun pagi tadi. agak serabut jugak perfomance aku. entah apa yg aku ajar pun aku tak tahu. kalau aku jadi anak murid, dah lama aku balik!

mmm bukan topik ni aku nak kupas, sebab makin banyak aku cerita pasal macroteaching, makin menyampah aku pada diri sendiri. hoho

ok, hari ni sedikit teruja sebab dapat tahu seorang member aku bakal menjadi ibu. ni gambar yg aku pernah paste kat entry yg lepas2 (dah lama jugak la). masa beliau bertunang. efa namanya. then kenduri kahwinnya bulan dua dulu, tapi aku tak dapat datang. now bakal menjadi ibu.. tahniah epah..=)


efa masa bertunang..=)

yg kedua ni kawan 1 kelas aku. masa beliau bertunang & kahwin, dua2 aku tak dapat datang. beliau dah bergelar ibu dah pun kepada seorang bayi lelaki (bulan lepas kalau tak silap). aku tak pasti beliau dah habis berpantang atau belum kat rawang. semoga bahagia selalu mardiana a.k.a panjang. (nickname mase form 5)


masa kenduri kahwen beliau.

yg ni kawan aku masa kat sekolah menengah jugak. sakinah namanya. kalau tak silap beliau bertunang tahun lepas. akhir tahun ni (19dis) beliau akan berkahwen. =)


sakinah dan tunangnya.

yg ni elisa kawan baik aku kat ukm. bulan 6 tahun lepas beliau bertunang dan akan kahwen pada 6jun depan. genap setahun bertunang. kenduri kat kelantan.


gambar beliau masa bertunang. (aku pernah publish jugak sebelum ni)

dan yg akhir ni kawan aku kat Ukm yg sekarang ni 1 maktab dgn aku. baru je bertunang mac hari tu dan akan berkahwen 14 jun ni kat terengganu. gambar ni aku tak pernah paste kat blog.


ayu dan tunangnya alan. (macam dah nikah plak kan)

hurm, ramai kawan2 aku dah bertunang dan akan berkahwin, malah dah ada anak pun ada. tahniah untuk semua. bila fikir2 semula, macam trend lama dah berulang semula iaitu trend kahwen awal. hehe. trend ni banyak diguna pakai masa zaman nenek moyang kite dulu. umur 16 tahun dah kahwen.

bila dunia makin moden, semua kejar cita2 dahulu. maka wanita biasanya berkahwen pada umur lewat 20-an atau awal 30-an. dan zaman aku sekarang ni, macam dah kembali ke trend lama. awal 20-an sume nak bertunang dan berkahwen. ni pendapat aku lah kan based on my survey. hehe, survey kawan2 terdekat je lah. ramai je kat luar sana yg tak kawen awal kan. cuma aku melihat trend ni di sekeliling aku..=)

* macam trend seluar bell bottom & spek mata lalat yg popular zaman kini. sedangkan ayah aku muda2 dulu dah pakai. tapi apapun, kawen awal ni perkara baik. banyak benda tak elok dapat dielakkan. tahniah sekali lagi buat teman2 yg bakal mendirikan rumah tangga dan yg bakal mahupun sudah bergelar ibu. (giler skema ayat aku)

* aku tak pasti title entry aku kali ni relevan atau tak. lol~

wassalam

Wednesday, May 12, 2010

ceRiTa TeNTaNg MaSa LaLu, KiNi & SeLamaNya

salam to all..

sedikit relax sebab banyak kerja yang dah di 'submit'. tp tu untuk hari ni lah. esok lusa pasti sibuk kembali.

cerita 1 :

semalam senarai tempat untuk praktikum kami dah keluar. sekolah bertuah mana yg aku akan masuk mengajar ye? ehe.. sekolah2 yg tercalon memang agak mantap. antaranya maktab sultan abu bakar, smk tun aminah (kalo tak silap nama), smk taman daya, sm teknik johor, smk tengku ismail, smk tengku ibrahim, smk sri sekudai dll. (kalau ada name2 sekolah yang salah, orang johor jgn marah ye, aku tak familiar sgt dgn nama2 sekolah nye lagi..=)) disebabkan tiada sistem undi yang adil, aku mengalah lah bagi mereka2 yang tersebut untuk memilih sekolah kegemaran mereka. aku tiada pilihan sebab aku pun tak tahu sekolah mana yang dekat & bagus. aku hanya inginkan sekolah harian biasa yang berprestasi sederhana. bukan apa, aku tak nak masa praktikum nanti, aku diberi tekanan yang hebat sampai menukar persepsi aku sebagai seorang guru. (kalau mengajar sekolah2 yang terlalu hebat, guru akan tertekan untuk mengekalkan prestasi. nanti masa posting aku fobia lak) so aku prefer sekolah biasa. kalau posting nanti dapat sekolah ala2 hebat, sekurang2nya aku dah bersedia. sekarang ni masih bertatih & tak bersedia, so aku tak mahu sekolah2 terlebih mantopp. alhamdulillah, atas perbincangan dgn pensyarah penyelaras, aku pilih smk tasek utara 1. sekolah harian biasa yg hanya ada 2 buah kelas sains. (dalam paper sekarang tengah meletup kisah pelajar histeria kat smk tasek utara II kan? nasib aku dapat tasek utara I...hehe) moga dipermudahkan langkah aku yg pertama dalam landasan karier ini. aminn

cerita 2 :

minggu lepas, aku temankan kawan aku ke angsana JB carik barang-barang hantaran untuk perkahwinan nya jun nanti. dia yang membeli, aku yg excited. ape kes? bila masuk je body shop tengok variasi perfume, make up & barang mandian, aku pula yg sibuk pilih barang..hehe. ni la jenama perfume kegemaran aku. belek punya belek, aku cam terpikat dgn set perfume jasmine. aku call my kuzer first sebab dah janji nak beli hantaran sama2 kat KL je nanti tapi dah alang2 jalan ni, rasa nak beli dulu. ehe. nasib kuzer bagi. =) aku beli set jasmine, kebetulan kawan aku pun berkenan set yg sama. belilah dua set..yeaaahhh.(bak kata mak aku, kawan aku beli nak kawen bulan 6. so ok lah kan. aku beli awal giler. sok2 tak sempat pakai buat hantaran masa kawen, dah bukak dulu. hehe) tp kotak nye dah berhias cantik, syg lak nak bukak, letak je dalam almari. (jgn smpai berhabuk sudeyh)

cerita 3:

kawan aku yg nak kawen jun ni memang kawan baik aku kat sini. kawen nanti kat terengganu. so aku kene pergi ganu lah cuti sekolah bulan 6 ni. kebetulan seorang lagi geng aku kat ukm dulu pon akan kawen jun ni. yg tak tahan tu majlisnya dibuat kat kelantan. dulu kami 1 geng dah janji kene datang bila hari kawen kami masing2, so aku kene pergi jugak kelantan ni. cuma rasenye masa kawennya nanti, aku still kat JB. tu yang pening kepala. masih berfikir untuk dua kenduri kawan baik aku ni.=(

cerita 4 :

aku tak faham dengan kerenah mereka2 yg sangat sinis. faham tak sinis ni macam mana? she/he tend 2 create sumthng stupid utk dijadikan bahan ketawa. plus suka sangat cari salah orang & komplen 24hours. im so tired untuk layan org2 macam ni. *dia yg baru ni macam dia yang lepas. dia yg lepas dah lupus dari ingatan tapi dia yg baru telah datang & menyesakkan fikiran. kenapa dia dan dia lagi? please go...*

wassalam.

Sunday, May 9, 2010

SeLaMaT HaRi EmAk

salam to all..

pagi yang agak mendung, semendung jiwa aku. haih! gagahkan jugak diri untuk menaip serangkap dua kat page ni. semenjak sambung belajar, nak update blog 3 hari sekali pon payah. seminggu sekali pun baru ada kebarangkalian mengupdate dalam 50%. baru aku sedar nak jadi seorang guru tak semudah yang di sangka. ramai beranggapan, kerja cikgu relax, banyak cuti.. mungkin bagi mereka yang ambil pendidikan kat Univ akan rasa lebih tenang berada di landasan untuk jadi cikgu. tapi bagi pelajar maktab macam aku, landasan seorang guru sangat getir. khususnya maktab temenggung ibrahim JB. maktab lain agak tenang setenang air di kali berbanding maktab aku yang sentiasa cuba kekalkan prestasi di tempat teratas. maka, guru pelatih macam kami jadi mangsa. opsss..maksud aku, kamilah yang bertungkus lumus berusaha mengekalkan ranking maktab kami..

ok, gaya entry aku macam nak sambut hari guru kan?? lambat lagi, tu 16 mei. hari ni hari ibu. kerana hari ibu lah, aku ngadap jugak lappy ni nak update blog. semalam lagi aku dah wish kat mak 'selamat hari ibu', dengan brutal nya mak aku jawab, 'hari ibu esoklah'.. ok, adik silap. esok adik telefon lagi pagi2 ye..

dan pagi tadi 'selamat hari ibu'...
baru tepat.
=)




so, 'selamat hari ibu untuk semua ibu2 di dunia' khususnya buat Pn. Salbiah Abdullah.

wassalam