=)
Sunday, May 9, 2010
SeLaMaT HaRi EmAk
=)
Saturday, January 23, 2010
CeRiTa AKu DaRi JaUh
minggu ni aku berhajat nak balik rumah. tapi malangnya ada kelas ganti sempena tahun baru cina. maka terkuburlah hajat aku yg aku rasa sgt mulia tu. pagi ni dengan semangat seram sejuk nak ke kelas ganti, dapat tahu pulak kelas hari ni di batalkan. seperti yg kita semua sedia maklum, Almarhum Sultan Johor telah mangkat. Al-Fatehah..kami akan berkabung dgn memakai tudung putih ke kelas selama seminggu.
so dengan penuh longlai, aku balik ke bilik. kelas tak jadi, balik rumah pun tak dapat. buat kawan2 yang kental, terus beli tiket & balik KL pagi tadi. tapi aku tak mahu. dengan kadar kelam kabut yg boleh tahan tingginya dan kerja yg banyak (dalam minggu orientasi dah dapat asignment..wahh!) , maka aku tahan diri dari beli tiket balik. tak larat aku balik sehari je, esok dah nak amik bus semula ke JB. ohh tidak!
so adalah aku menghuni di sini dengan penuh bosan. (sekarang bosan kurang keje, start nex wik mula bosan banyak kije..adeh!!)
cerita semalam :
aku dengan kawan UTM aku, (kalau kenal baguslah, namanya incik azam sahri) dan teman tapi mesranya telah ke stesen bus Larkin. ingat nak survey je tiket balik KL raya cina ni..tapi terus beli..tiket dah banyak habis. so even kelas habis tengahari on 12 februari nanti, aku tak dapat balik terus. tiket aku petang. ceh!
kuzer aku nak ambil, tapi kerja la plak, jumaat pon kan. dia nak ambik cuti, tapi semata-mata nak ambik aku, so mak aku kata tak payahlah. biar aku belajar naik bus. huahuaaaa..tapi balik dari raya cina, nak kuzer anta jugak..tak kire! ye yuyunk!! boleh ye...=)
wassalam
Tuesday, January 5, 2010
MaLaM PeNuH EMoSi
ade masa kite tersenyum..gembira. ade masa pula kita marah, geram dan bersedih. biasalah manusia. tak lari dari 1001 rasa dan emosi.
kalau marah atau geram misalnya, kite disarankan supaya mengawalnya..
tapi bukan mudah bagi aku. apa lagi sebab yg buat kita marah & geram ni melibatkan masa depan, pembuangan masa yg berlebihan dan tidak tepati janji. sumpah aku menyampah.
muke dah kelat tahap tergigit kulit rambutan tak masak. jari pon dah gigil2 tanda protes. lidah lancar je sebut ntah hape2.. kalo zikir tak pe jugak. ni sebut sengal4x (sila sebut laju2)..
astagfirullah..redalah wahai hati. bibir pon menguntum senyum. muke nampak cool..=)
dalam hati 'gile ke hape!!' sumpah seranah berbakul2x. pinjam bakul jiran sebelah sekali, sambung sumpah seranah.
air liur pon naik kering. suara pon dah hilang. ha! amik kau. Allah tarik suara kau yg merdu tu. (merdu ke??)Dia suruh berzikir, kau maki hamun. now, tak payah ada suara!!! senyap. kasi lega orang sekeliling.
huaaaaaa...
hati masih panas. mungkin boleh goreng telur mata kerbau diatasnya. lapar..
*aku tengah demam selsema & batuk. ambik alih segala virus ternakan incik kuzer. tu merapu sebegini rupa.!
wassalam
Monday, December 7, 2009
TiNTa PeNa Di ALaM MaYa
entry ini khas utk mencari yg terpisah. glurpp!! siapakah yg di cari?
-----> Mili Arifah @ cda
aku tahu kau baca entry2 aku. aku tahu kau terasa hati dgn aku. tapi percayalah 'sesuatu perkara yg menyakitkan hatimu, adalah sangat mungkin juga menyakiti hati org lain'.. aku hargai segala pertolongan kau 1 masa dulu. tapi kadangkala aku dapat lihat yg aku terlalu mengikut cara kau yg secara totalnya bukan jiwa aku sebelum2nya. org salah faham pada aku. org salah sangka pada aku. kerana apa yg aku lakukan segalanya adalah dari dendammu pada masa lalu. aku jadi cermin diri kau waktu itu. aku turuti kerana aku buntu. tanpa sedar, aku sendirian pikul kesudahan yg buat semuanya jadi serong. aku rasa tak adil. aku mahukan penjelasan. jelaskan cda. kenapa susah menjejaki kau. sekurang2nya sudi2kanlah diri kau utk tinggalkan komen kat entry aku ni.
suatu masa dulu, bila aku kata pada kau 'tak nak la weh. benda ni akan sakitkan hati org'.. tapi kau kata 'alah, kite minta maaflah nanti'.. aku hilang pertimbangan kerana aku tak pernah lalui saat2 itu. bila ia terjadi, aku mengadu pada kau 'aku serba salah..aku yakin ianya dah sakitkan hati org'..dan kau jawap 'dia kan dah maafkan kita'..
hari ni, aku ingin berkongsi sesuatu dgn kau..
suatu masa dulu dialog2 kita kat atas tu pernah berlaku kepada seorang ibu dengan anaknya. ibunya buntu kerana tak mahu anaknya begitu mudah menyakiti hati seseorang dan senang2 meminta maaf . lantas ibunya berkata 'bila kamu menyakiti hati seseorang, ketuk lah sebilah paku pada dinding. kemudian bila kamu dah minta maaf, kamu cabutlah semula paku itu'..
anak itu akur dan melakukannya. beberapa bulan kemudian si anak berkata 'lihat ibu, tiada 1 paku pun yang tinggal. semuanya dah dicabut'..anak itu berkata dgn bangga..'memang ramai org yg sy sakiti, tapi sy telah meminta maaf dan mereka telah maafkan.'
si ibu menjawap 'anakku, memanglah kesemua paku sudah dicabut. tapi cuba engkau perhatikan keadaan dinding itu. ia calar, tebuk dan berkematu. tidak indah seperti asal. itulah hati2 yg telah kamu sakiti'..
....................
aku tak maksudkan apa2 dari cerita ni. aku hanya ingin kongsikan pengajarannya. kalau 1 masa dulu, hati kita pernah tertebuk dgn kesalahan org lain terhadap kita, kan bagus kalau kita hanya redha dan berdoa. kalau kita mendesak, marah, dan semua yg negatif, kita juga tanpa sedar telah menebuk hati mereka. tidakkah ia sama?
dari dulu aku cuba mengelak, tapi akhirnya aku juga sama...aku ingin diriku yg dulu. tak mudah bertindak.
aku minta maaf.
aku tunggu kau msg.
aku tunggu kau call.
atau sekurang2nya kau drop komen kat sini.
kalau tak, aku tak kan come out dgn new entry. aku akan sibuk tulis entry pasal kau.. boleh? =)
aku rindu kau.
wsalam.
Sunday, August 2, 2009
MeMaNg AllaH SenGaJa
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada ia menjadi milik kita.
Berdoalah padaNya..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.
Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagi mana kamu taat akanNYA.
actually, ini juga adalah doaku..harapanku..tangisanku.. demi memiliki jiwa yg hebat, aku rela terduga begini..moga cerialah hatiku..
thanx to ana yg ceria..:)
wsalam
Tuesday, July 7, 2009
SuKa SuKi beRSamaKu
yihaaa..seronok sgt kembali ke ukm..bagi mengubat luka di tepi jantung..ehe..sampai stesen ukm, aku naik teksi macam kebiasaan yg aku lakukan selama 3tahun dulu..uncle teksi pon macam biasa tanya nak kemana.. aku boleh gugup la plak..siap berputar2 dalam minda, nak ke KIY ke KUO ye..yela, dah lame tak balik ukm..sampai gagap nak cakap ke KIY..mesti uncle teksi tu fikir aku terpana lihat kekacakan die..kacak kah? entah.. Aku sgt lemah bab2 mengukur kehenseman seseorang..
sampai je KIY, laju je kaki aku ke blok lama..K14D..sayu je hati tgk jalan tu lengang..sampai je terus aku serbu bilik Yati..teman sefakulti..bilik die la aku nak setinggan malam ni dan beberapa malam seterusnya..entah sampai bila, aku pon tak tahu lagi..aku & yati pon dah lebih 1 sem tak jumpa..die pergi praktikal..semua cerita & gosip2 hangat yg berlaku sem lepas akan aku khabarkan kat dia..Moga beban yg ada kat pundakku berkurang sikit.. apa salahnya bagi dia pikul separuh beban nie..ehe..
petang tadi kami jalan2 ke tasik kejuruteraan.. ok la setakat nak ambil angin..jalan kaki je pergi sana..kalo ada transport mungkin dah sampai ke tasik cempaka..:)..sampai je sana, terbukak satu persatu catatan duka diana naim..eh silap, pearlnedya..ehe..tersembur2 air mata ni keluar..yati pon tumpang sekaki membersihkan mata.. aduyai..murahnya air mata aku..patutla mata aku ni clear je. dah semakin jarang aku pakai spek mata..:)
tapi sebenarnya bagus jugak, selain dapat meluahkan apa yg patut, kami sama2 dapat muhasabah diri..kenali kelemahan diri sendiri dan membuka mata mengkagumi KebesaranNya..
agk2 dah nak senja, kami angkat kaki balik..sendu je hati bila melewati cafe & bilik lama aku kat blok yg sama.. siap aku termenung depan pintu bilik lama aku.. suatu masa dulu aku yakin aku akan kembali sebagai pelajar sarjana kat sini..tapi impian tu tak dapat dipenuhi buat masa ni..Entahla, sedih pun ada bila dengar Dr. Rozali dah tetapkan tajuk tesis aku untuk peringkat ini..but finally aku terpaksa tolak..bukan kehendak aku..tapi sekadar menuruti sesuatu yg mungkin dah ditakdirkan.yeke takdir? ke aku yg langsung tak berusaha mengubah nasib? sedangkan tawaran ada depan mata..cuma perlu berusaha meyakinkan KPM dan dapatkan surat sokongan Prof & TNC..tapi aku langsung tak buat apa2 walopon tahu langkah yg perlu aku ambik...huahua..sedey..bukan tak nak tapi hatinya perlu aku jaga..aku jaga btulkah? dia mintak aku jaga hatinye kah? Entah..tak ada jawapan..
panjang lebar dah rupenye aku ketengahkan isu rumah tangga aku..isk2
Ana billah walillah ma'allah
wsalam.
Friday, May 8, 2009
SaYoNaRa KoLeJkU..BiLiKkU
Assalamualaikum
Ni malam terakhir sy bermalam di K14D, Kolej Ibrahim Yaakub. Setahun di bilik nie. Segala macam kenangan ada disini. Dari yg gembira hingga penyaksian tumpahan air mata. Disini sy hidup selama setahun, beradu, bersantap, meneroka ilmu, berkongsi segalanye dgn kawan2, port memasak dan semuanya. Dan yg paling tdk dilupakan bila mana mak sy dan akak sy sendiri kemaskan bilik ini mula2 sy check in tanpa campur tangan sy..hihi..dan bilik ini juga menyaksikan bakal ibu mertua sy (haha..insyaAllah) menangis bersama sy (beregu air mata) atas tragedi november 08..huks. Esok akan sy tinggalkan semuanye disini. Pada mulanya tiada langsung rase sedih.. tapi bila lihat keliling bilik, sy sgt sygkannya.. masa sy type entry ni, lagi bertambah2 sedih..
Almari pakaian yg besau, org pon boleh masuk..:)..(alamak..x berskill tangkap gmba nie..haha)
Sudut tampal menampal..
Tempat gantung menggantung..
First aid kit sume de kat blkg tuh..
tempat peraduanku dan mencipta mimpi2 indah..haha. Bantal peluk kaler merah tu kuzer bg..khas dr rantau pjg..yeke? x ingat la.. saje nak beritahu..hikhik..
Ana billah walillah ma'allah
wsalam
