Friday, May 21, 2010

KaWeN vs BaKaL IbU = IbU MoDeN

salam to all..

haih. sakit kaki dek olahraga semalam. lari berpagar punye pasal. terkangkang sana sini, giler tensi. apa boleh buat, cikgu serba boleh. huhu.

esok sabtu, tapi aku ada kelas sampai petang. sama macam minggu lepas. segala sillibus nak di cover. cume sedikit relax sebab dah kurang asignment, tapi still kene attend kelas sepanjang masa untuk macroteaching. turn aku dah lepas pun pagi tadi. agak serabut jugak perfomance aku. entah apa yg aku ajar pun aku tak tahu. kalau aku jadi anak murid, dah lama aku balik!

mmm bukan topik ni aku nak kupas, sebab makin banyak aku cerita pasal macroteaching, makin menyampah aku pada diri sendiri. hoho

ok, hari ni sedikit teruja sebab dapat tahu seorang member aku bakal menjadi ibu. ni gambar yg aku pernah paste kat entry yg lepas2 (dah lama jugak la). masa beliau bertunang. efa namanya. then kenduri kahwinnya bulan dua dulu, tapi aku tak dapat datang. now bakal menjadi ibu.. tahniah epah..=)


efa masa bertunang..=)

yg kedua ni kawan 1 kelas aku. masa beliau bertunang & kahwin, dua2 aku tak dapat datang. beliau dah bergelar ibu dah pun kepada seorang bayi lelaki (bulan lepas kalau tak silap). aku tak pasti beliau dah habis berpantang atau belum kat rawang. semoga bahagia selalu mardiana a.k.a panjang. (nickname mase form 5)


masa kenduri kahwen beliau.

yg ni kawan aku masa kat sekolah menengah jugak. sakinah namanya. kalau tak silap beliau bertunang tahun lepas. akhir tahun ni (19dis) beliau akan berkahwen. =)


sakinah dan tunangnya.

yg ni elisa kawan baik aku kat ukm. bulan 6 tahun lepas beliau bertunang dan akan kahwen pada 6jun depan. genap setahun bertunang. kenduri kat kelantan.


gambar beliau masa bertunang. (aku pernah publish jugak sebelum ni)

dan yg akhir ni kawan aku kat Ukm yg sekarang ni 1 maktab dgn aku. baru je bertunang mac hari tu dan akan berkahwen 14 jun ni kat terengganu. gambar ni aku tak pernah paste kat blog.


ayu dan tunangnya alan. (macam dah nikah plak kan)

hurm, ramai kawan2 aku dah bertunang dan akan berkahwin, malah dah ada anak pun ada. tahniah untuk semua. bila fikir2 semula, macam trend lama dah berulang semula iaitu trend kahwen awal. hehe. trend ni banyak diguna pakai masa zaman nenek moyang kite dulu. umur 16 tahun dah kahwen.

bila dunia makin moden, semua kejar cita2 dahulu. maka wanita biasanya berkahwen pada umur lewat 20-an atau awal 30-an. dan zaman aku sekarang ni, macam dah kembali ke trend lama. awal 20-an sume nak bertunang dan berkahwen. ni pendapat aku lah kan based on my survey. hehe, survey kawan2 terdekat je lah. ramai je kat luar sana yg tak kawen awal kan. cuma aku melihat trend ni di sekeliling aku..=)

* macam trend seluar bell bottom & spek mata lalat yg popular zaman kini. sedangkan ayah aku muda2 dulu dah pakai. tapi apapun, kawen awal ni perkara baik. banyak benda tak elok dapat dielakkan. tahniah sekali lagi buat teman2 yg bakal mendirikan rumah tangga dan yg bakal mahupun sudah bergelar ibu. (giler skema ayat aku)

* aku tak pasti title entry aku kali ni relevan atau tak. lol~

wassalam

3 comments:

Nazry Iskandar said...

kalau macam aku lambat lagi kot. slagi tak cukup FD dalam bank, kereta, rumah, gaji yang mantop supaye anak bini hidup selesa. blomm lagi masenye. otak ni pun blum abis explore lagi nilai matang dari orang-orang tua yang kawen lame ni. huhu.

kalau da ready serba serbi, kawen je. ;)

merahitujambu said...

panjang berpantang kt rawang...sudah sebulan usia anknya...rasanye minggu lepas abs pantang...=)

nEd~Ya said...

nazry
=) buat aset dulu pon bleh. then baru pk rumahtangga. ececeh. chaiyok! bile smpi mase itu, jgn lupe jemput oke.=)

merahitujambu
yup, die pntang kat rwg. ryan name anknye kalo x clap. sy tau pon dari mary, coz mary jumpe die. ;-)