yihaaa,, im at home..=)
alhamdulillah, selamat sampai ke pangkuan keluarga tepat jam 6.30petang hari jumaat lalu. (tak boleh blah ayat aku)
agak penat walaupun aku hanya drive di akhir melaka & di awal Negeri 9. heheh. (faham tak?)
hari sabtu, terus bershopping sakan area Jalan TAR & sogo. shopping raya bersama ibu terchenta. tema raya tahun ni warna biru (raya pertama) dan kuning (raya kedua). tahun ni buat 2 hari je baju bertemakan warna yang sama. kalau raya2 tahun lepas ada sampai raya keempat masih sama warna.. biasalah, aku pun tak cuti panjang. akak aku plak insyaAllah akan terima org baru dalam masa terdekat. so banyak shopping barang2 baby dari baju raya. (ceh, puasa pun belum..sibuk nak raya)
dua bulan tak jumpa akak aku, agak terkesima tengok perubahan dirinya. especially bila tengok tang perut. haha. biasalah, ni kira bakal cucu pertama buat mak & ayah aku. so rasa pelik tengok kakak sendiri dalam keadaan begitu. selalu tengok cousin atau org lain dengan perut besar mengandung tak rasa apa2 plak. haih!
soalan aku buat kakak aku sejak jumpa dia semalam sampai dia balik ke tempat kerja semula pagi tadi.
1) ko tak takut ke nak bersalin?
2) apa perasaan ko sekarang?
3) sakit tak agak2 nya? (ape punya soalan la)
akak aku ketawa je. aku plak yg gelabah. glurrpp.
so today lepaking je kat rumah. akak tak ada. adik sekolah. mak ayah kerja. hurmm...duduk rumah ni, walaupun tak ada aktiviti formal, rasa masa sangat cepat berlalu. tension pun ada.
Hipotesis : Semakin cepat masa berlalu, semakin cepat aku kembali ke JB semula.
Kesimpulan : Hipotesis diterima. jiwa makin tidak tenteram.
last but not least:
dialog aku semalam bersama seorang teman
A= siapa kawan baik ko?
pearl = kawan rapat ada, kawan baik tak ada.
A= tipulah, pelik lah ko nie.
pearl = apa yg pelik. since aku tak ada kawan baik, maka orang pon tak kata aku kawan baik mereka.
A = betul jugak tu. kenapa kawan rapat tak jadi kawan baik?
pearl = kawan baik tu tinggi darjatnya.
A = tak pernah ada sekalipon kawan baik?
pearl = mungkin tak.
A = mungkin??
pearl = yup.
A = aku tak faham
pearl = tak perlu faham, tak masuk periksa pun.
A = tapi masuk dalam kajian aku tentang ko.
pearl = aku bukan spesimen untuk dikaji.
A = bukan spesimen sahaja yg boleh dikaji.
pearl = aku tak perlu dikaji
A = aku yg ingin mengkaji.
pearl = aku tak minta dikaji
A = aku lakukan secara sukarela.
pearl = ko makan apa hari ni sampai jadi macam ni.
A = ???? (gelak guling2 sebab tak sangka jawapan aku)
sebab tu aku tak ada sahabat baik. hahahah
faham tak? lu pikir lah sendiri.
wassalam.
No comments:
Post a Comment