Sunday, May 9, 2010

SeLaMaT HaRi EmAk

salam to all..

pagi yang agak mendung, semendung jiwa aku. haih! gagahkan jugak diri untuk menaip serangkap dua kat page ni. semenjak sambung belajar, nak update blog 3 hari sekali pon payah. seminggu sekali pun baru ada kebarangkalian mengupdate dalam 50%. baru aku sedar nak jadi seorang guru tak semudah yang di sangka. ramai beranggapan, kerja cikgu relax, banyak cuti.. mungkin bagi mereka yang ambil pendidikan kat Univ akan rasa lebih tenang berada di landasan untuk jadi cikgu. tapi bagi pelajar maktab macam aku, landasan seorang guru sangat getir. khususnya maktab temenggung ibrahim JB. maktab lain agak tenang setenang air di kali berbanding maktab aku yang sentiasa cuba kekalkan prestasi di tempat teratas. maka, guru pelatih macam kami jadi mangsa. opsss..maksud aku, kamilah yang bertungkus lumus berusaha mengekalkan ranking maktab kami..

ok, gaya entry aku macam nak sambut hari guru kan?? lambat lagi, tu 16 mei. hari ni hari ibu. kerana hari ibu lah, aku ngadap jugak lappy ni nak update blog. semalam lagi aku dah wish kat mak 'selamat hari ibu', dengan brutal nya mak aku jawab, 'hari ibu esoklah'.. ok, adik silap. esok adik telefon lagi pagi2 ye..

dan pagi tadi 'selamat hari ibu'...
baru tepat.
=)




so, 'selamat hari ibu untuk semua ibu2 di dunia' khususnya buat Pn. Salbiah Abdullah.

wassalam

No comments: