hurm, gumbira rasa hati coz esok aku akan balik ke rawang terchenta semperna cuti semester 3 minggu. actually tak lah cinta sgt dgn rawang, tp cinta pada insan2 yg ade di rawang. my beloved family, my fiancee & his family. ececeh. dah lebih dari dua bulan aku terkurung kat JB, macam di buang negeri plak. haih!
sekarang aku still dalam kelas technology, ade lagi folio2 yg perlu di hantar pada hari ini. maktab aku pon dah senyap sunyi since last week. ramai dah balik. budak2 kelas aku je yg still gigih ke kelas. syabas! (dalam kelas, berfacebooking + berblogging..ehe)
esok pagi2 kuzer aku datang dari rawang by bus. dia cuti 2 hari. hoorey. aku nak drive balik sendiri tak reti sangat jalan. even masuk highway je tapi bak kata kuzer, insan yg biasa sesat macam aku tak boleh dibiarkan sendiri memandu. elok2 balik KL makan masa 4-5 hours, kalo aku balik sendiri esok mungkin sampai ke terengganu terus. hoho. so dia terpaksa datang ambil aku. (ala, die pon sebenarnya nak berjalan.) hehe.
so esok pagi2 aku akan punggah barang keluar dari kolej secara rasminya. bukan dah tamat belajar kat sini, cuma dah abes semester 1 yg cukup menyiksakan. tak sangka aku dah tempuhi 6 bulan pertama di sini dengan segala perit jerih di saat ada kawan aku yang quit dari belajar kat sini, malah ada yg alami masalah mental dll semenjak duduk sini. tapi aku berjaya harunginya. alhamdulillah, once again, congratz. =)
aku akan berpindah ke larkin perdana, Johor. apartment sri impian. balik je dari cuti aku akan praktikal kat sekolah menengah tasek utara II johor. so aku dah tak tinggal dalam maktab, prelu berulang alik ke sekolah dan maktab. biasalah, pelajar KPLI tak disediakan penempatan untuk semester 2. agak malang disitu...
last but not least.
aku paste kan rakaman aku mengajar. tak begitu clear videonya coz member aku record guna hp je. ni teaching part 1, so dalam 10minit je. bila aku tgk balik, aku rasa nak gelakkan diri selain tumbuk diri sendiri secara laju2 dan bertubi2. agak banyak pergerakan yg aku lakukan plus terlalu banyak penggunaan 'so' & 'ok'. huhu.
itu sahaja. tq! wassalam.
2 comments:
selamat bercuti cik pearl..
wah mantap cikgu pearl..congrat2 =)
sy kenal baju itu,,hehe
aishahumairah
tengs aisha..
harus kenal..baju yg tinggalkan 1001 kenangan. =)
Post a Comment