Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Nak MeNuliS Dengan PanJang LebaR Di Sini..

Salam to all..

mmm suatu masa dulu, kalau tak update blog rasa pelik je. sehari atau selepas dua tiga hari harus ada entry baru. but now, rasa pelik pula bila online utk update blog. haih! mase semakin mencemburuiku. disebabkan kekangan masa dan penyakit malas mengupdate blog yang berlarutan, maka blog kawan2 dan bloggers lain pon tidak kesampaian untuk dijenguk apalagi meninggalkan sepatah kata. ok relax.

sekarang bulan 9..aku dah memasuki semester dua di institut pendidikan guru kampus temenggung ibrahim JB. sekejap je masa berlalu. teringat lagi saat menunggu offer sambung blaja di sini, kebosanan tahap melampau kat rumah. bila mula mendaftar kat institut ni, semester 1 dihujani dengan aktiviti2 extreme umpama memasuki alam tentera. tiap kali update blog, ade je maki-makian terbaru kerana tertekan dengan keadaan. aduhai.. then, mase sem 1 aku sambung praktikal di sekolah menengah kebangsaan tasek utara JB. di sini, tertekan pula dengan penulisan daily lesson plan & observation demi observation oleh pensyarah maktab. dan akhirnya cuti raya. yeaayyyy..tamatlah semester satu yang agak ngeri lagi menyeramkan.

now aku dah berada di semester dua. alhamdulillah. semester ni kelas tak banyak. tinggal 2 subjek je (sem lepas lebih 10 subjek kalau tak silap) dan kelas pon sampai tengahari je. seperti hari ini, langsung tak ada kelas. bahagia bukan? baru aku sedar saat2 belaja memang indah. (sedar keindahannye bile free from class je, kalau banyak kije, langsung tak sedar keindahannya pon..;p)rindu pula zaman belaja di UKM dulu..

dan kini tanggungjawab makin besar berikutan status ku yang dah berubah dari miss pearl ke madam pearl. rasa tua pula ber'madam2' ni.. bukan sikit maki2an manja yg aku terima di facebook, text di hp dan email dari kawan2 yang menganggap aku bernikah secara senyap2. guys, aku masih bernikah di malaysia. bukan di songkhla thailand. ;-) cuma majlis ku dibuat secara tertutup berikutan kenduri nya akan diadakan lebih lewat dari akad. biasa orang kenduri sehari atau seminggu selepas nikah, tapi aku berbulan2 selepas nikah. so, kene slow & steady sikit..

apapun, kenduri nanti insyaAllah aku tak lupa menjemput semua teman2 sepermainan dan teman2 belajar. cool ye.

berkisar kisah pernikahanku, bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. prosedur perkahwinan agak rumit dan kompleks. apatah lagi aku kat JB dan suami di PJ. prosedur kahwin ni dah kami mulakan seawal bulan 3 kerana plan asal kami utk nikah bulan 6. tapi berikutan akak aku yang menunggu hari bersalin pada bulan tersebut, kami postpone ke bulan 9 selepas raya. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar atas usaha keras suami ke sana sini untuk selesaikan segala borang.

aku kat JB tak dapat nak bantu sangat. masa2 praktikal dulu pun aku kerap berulang alik rawang-JB (terpaksa buat2 JB tu macam belakang rumah je) untuk bantu sikit2 setelkan borang nikah, saksi borang, jumpa kadi, baju nikah, fitting baju dan ujian HIV. tak lupa juga suami terpaksa ke JB untuk berjumpa dgn kaunselor ku bagi meminta izin untuk perkahwinan ini. aku pernah cerita di entry sebelum2 ini perihal kaunseling perkahwinan yg perlu dilalui oleh pelajar macam aku. banyak terma dan syarat perlu diikuti disebabkan aku masih bergelar pelajar.

mula2 belajar kat maktab dulu, langsung tak terlintas untuk berkahwin di saat masih belajar apa lagi prosedur perkahwinan selagi bergelar pelajar maktab agak leceh. tapi seru sampai lebih awal dari yang dijangka. maka seawal usia 23tahun, aku dah bergelar isteri. sehingga hari ini masih kurang percaya. yela, lepas kahwin terus balik JB. tak ada suami di sisi, rasa masih bujang seperti dulu2. ;p

mengimbas detik2 pernikahan, agak cuak di situ. sehari sebelum akad, masih sempat ke KL mencari tudung nikah. tudung nikah yang dibeli pada awalnya tak sesuai pula bila difitting dengan bajunya. alhamdulillah, ade juga kedai yang bukak (banyak kedai tutup berikutan mood raya)

pada hari khamis bersamaan 16 sept 2010 (10pagi pada cuti 1 malaysia), tibalah hari utk majlis besar dalam hidup aku. fuhh ayat tak boleh blah..saudara mara sebelah suami je dah mencecah 100 orang. biasa akad nikah, yg datang dalam 20 orang je kan..tapi majlis aku, dah macam kenduri lain plak..;p nasib bukan para isteri yang terlibat dalam ijab & qabul, kalau tak, tak tahulah tahap gagap aku tika itu.

tidur pon tak berapa nak nyenyak fikirkan majlis yang akan berlangsung. risau kalau tetamu ramai sampai makanan jamuan tak cukup ke, wali atau pengantin menangis nonstop ke, saksi pengsan ke, tetamu boikot majlis ke, suami gagap tak berkesudahan ke..adeh! semua berlegar2 dalam fikiran menjadi 1. sampai je kaki aku menjejak lantai masjid, baru aku sedar bantal nikah tertinggal di rumah. family punyalah kelam kabut. padahal tak ada bantal nikah, sah je nikah kan. haih!!

dan kata suami, saat itu debaran nye melebihi segala2nya. lebih dari debaran malam sehati berdansa. apatah lagi kami akan dinikahkan sendiri oleh waliku. ayah tercinta Encik Abu Bakar Bin Sathri. dengan guna mikrofonnya, lagilah cuak tidak terhingga. suatu masa dahulu, bila lihat orang lain nikah, aku kata relax je. toksah gabra & emo2. bila dah melaluinya, baru aku sedar, perasaan itu datang sendiri. dan dengan sekali lafaz, alamdulillah kami diijabkabulkan. saat melihat suami menangis & solat sunat, hati aku tuhan je yg tahu. hening & sayu seketika.

Alhamdulillah. usia muda kami korbankan demi 1 ikatan & keranaNya..mudah2an..



separuh dari sanak saudara & tetamu yg hadir. selebihnya di luar masjid. manalah suami tak cuak..

saat ijab & qabul. masih tersenyum menahan gelora cuak yg melanda..

suami solat sunat usai selesai akad.

menyimpul rantai tangan..kata org 'majlis membatalkan air sembahyang'..

sempat aku bertanya 'berapa lama nak salam ni bang?? hidung dah lenguh..';p

* Kalau nak dating lepas ni, tak perlu bawak segerombolan sanak saudara lagi..;-)
* teringat zaman2 sekolah dulu, geng aku selalu kata 'antara kita semua, siapa akan kahwin dulu?? mereka akan sibuk kata, 'aku last'...tapi aku selalu jawab 'tak apa, biar aku dulu'...dan akhirnya....memang aku dulu...'..^_^


wassalam

Friday, May 21, 2010

KaWeN vs BaKaL IbU = IbU MoDeN

salam to all..

haih. sakit kaki dek olahraga semalam. lari berpagar punye pasal. terkangkang sana sini, giler tensi. apa boleh buat, cikgu serba boleh. huhu.

esok sabtu, tapi aku ada kelas sampai petang. sama macam minggu lepas. segala sillibus nak di cover. cume sedikit relax sebab dah kurang asignment, tapi still kene attend kelas sepanjang masa untuk macroteaching. turn aku dah lepas pun pagi tadi. agak serabut jugak perfomance aku. entah apa yg aku ajar pun aku tak tahu. kalau aku jadi anak murid, dah lama aku balik!

mmm bukan topik ni aku nak kupas, sebab makin banyak aku cerita pasal macroteaching, makin menyampah aku pada diri sendiri. hoho

ok, hari ni sedikit teruja sebab dapat tahu seorang member aku bakal menjadi ibu. ni gambar yg aku pernah paste kat entry yg lepas2 (dah lama jugak la). masa beliau bertunang. efa namanya. then kenduri kahwinnya bulan dua dulu, tapi aku tak dapat datang. now bakal menjadi ibu.. tahniah epah..=)


efa masa bertunang..=)

yg kedua ni kawan 1 kelas aku. masa beliau bertunang & kahwin, dua2 aku tak dapat datang. beliau dah bergelar ibu dah pun kepada seorang bayi lelaki (bulan lepas kalau tak silap). aku tak pasti beliau dah habis berpantang atau belum kat rawang. semoga bahagia selalu mardiana a.k.a panjang. (nickname mase form 5)


masa kenduri kahwen beliau.

yg ni kawan aku masa kat sekolah menengah jugak. sakinah namanya. kalau tak silap beliau bertunang tahun lepas. akhir tahun ni (19dis) beliau akan berkahwen. =)


sakinah dan tunangnya.

yg ni elisa kawan baik aku kat ukm. bulan 6 tahun lepas beliau bertunang dan akan kahwen pada 6jun depan. genap setahun bertunang. kenduri kat kelantan.


gambar beliau masa bertunang. (aku pernah publish jugak sebelum ni)

dan yg akhir ni kawan aku kat Ukm yg sekarang ni 1 maktab dgn aku. baru je bertunang mac hari tu dan akan berkahwen 14 jun ni kat terengganu. gambar ni aku tak pernah paste kat blog.


ayu dan tunangnya alan. (macam dah nikah plak kan)

hurm, ramai kawan2 aku dah bertunang dan akan berkahwin, malah dah ada anak pun ada. tahniah untuk semua. bila fikir2 semula, macam trend lama dah berulang semula iaitu trend kahwen awal. hehe. trend ni banyak diguna pakai masa zaman nenek moyang kite dulu. umur 16 tahun dah kahwen.

bila dunia makin moden, semua kejar cita2 dahulu. maka wanita biasanya berkahwen pada umur lewat 20-an atau awal 30-an. dan zaman aku sekarang ni, macam dah kembali ke trend lama. awal 20-an sume nak bertunang dan berkahwen. ni pendapat aku lah kan based on my survey. hehe, survey kawan2 terdekat je lah. ramai je kat luar sana yg tak kawen awal kan. cuma aku melihat trend ni di sekeliling aku..=)

* macam trend seluar bell bottom & spek mata lalat yg popular zaman kini. sedangkan ayah aku muda2 dulu dah pakai. tapi apapun, kawen awal ni perkara baik. banyak benda tak elok dapat dielakkan. tahniah sekali lagi buat teman2 yg bakal mendirikan rumah tangga dan yg bakal mahupun sudah bergelar ibu. (giler skema ayat aku)

* aku tak pasti title entry aku kali ni relevan atau tak. lol~

wassalam

Thursday, March 19, 2009

Ku PeTiK BinTaNg


Assalamualaikum..

ingat nak stop posting..tapi ramai lak peminat setia yg tny entry terbaru..hihi.. so dalam ketensenan mencipta ayat2 menyentuh jiwa utk tesis, aku sempat la m'update blog aku nie..


aku baru je balik dr terengganu & pahang.. alhmdulillah selamat perjalanan pergi & balik. cuma cuaca yg tak begitu baik membataskan aktiviti kami utk menjelajah dunia pantai timur.. tiada souvenir2 menarik yg dapat aku beli (kalau dah setakat 1 kedai je bukak), tiada bersiar2 dgn penuh romanik di tepi pantai dan tiada juga sesi perkenalan dgn mamat2 hensem dari sana.. yang ada cuma aktiviti2 yang kerap aku lakukan kat kolej seperti mencipta mimpi di atas katil dan berselimut 24jam sambil berangan tak kira di chalet atau dalam bus.

semua gambar2 kenangan disana akan aku upload kat frenster. nak upload kat sini sangatlah banyak..so sape2 yg nak gambar dari kamera aku, grab from fs nanti k..

cuma aku dapat upload gmbar2 wedding akak aku pada7mac hari tu..

nway selamat pengantin baru utk my sis..moga bahagia ke anak cucu..



my sis


bro in law



both of them





pelamin anganku musnah..ekeke



korie, leha, nab & aziz


aku & ecah




aku ngan firuz lak..

p/s : gamba2 lain aku upload kat fs nanti..

wsalam
ana billah walillah ma'allah


Monday, March 2, 2009

SeLeSaI SuDaH

Assalamualaikum..

hurm, dalam sibuk2 mereka study memerah otak utk instrumen & organologam utk mid sem exam, aku kene balik memeriahkan majlis nikah akak tunggal aku..(kalo aku xde, knfm x best..ehe).. so ntah kemana la 2 paper aku tuh. x study mende g. sok mlm dah exam.. huks, sangatlah aku tenang. silalah jeles.

pg dalam kul 11 semalam aku gerak balik umah, smpai umah 1 tugas dah menanti. kene inaikan akak aku.(aku memang terer bab2 membancuh inai..haha)..petang gerak ke masjid bt.16 rawang. solat jemaah & pas asar majlis bermula. kelam kabut la jugak sbb keluarga pihak lelaki sesat. ley plak pergi masjid lain. hujan rahmat (mudah2an) plak, turun mencurah2.

dalam 5setengah, imam start baca khutbah nikah nyer.. agakla pjg. aku tak dapat dgr pon. aku ngan my kuzer sibuk siapkan hidangan utk jamuan lepas nikah . (tapi kuzer yg lebey sibuk, aku wat2 sibuk je..huhu).. aku plak berdebar2 tunggu ayah aku menikahkan akak aku..

dgr je suara ayah aku sebut "aku nikahkan dikau----- dgn ANAKKU-----", hati aku sangatlah sayu.. silalah fahami..tp akak aku cool je. cam aku lak nak nikah..hehe.. bukan pe, mendengar perkataan ANAKKU, ade sikit rase hati ni tersiat. ntah..abaikan..

after settle akad nikah, cam biasa la bergambar, bersalam2an & jamuan.. selesai semua area jam 7pm. alhamdulillah..

p/s utk akak : aku dah jadi ank perempuan tunggal kat umah.. hoorey..ley anje2 ngan mak ayh tanpa gangguan ko..silalah jeles..haha

aku still tak tahu nak bg hadiah pe utk perkahwinan akak aku neh..any suggestion??


ijab & qabul


doa si suami


my sis


dad, bro in law, sis & mum


aku paling comell..hihi


mereka & aku


ayah & aku lgik bz bgambar.. cam ayh aku lak nikah siap baju kaler putih..hihi


kami lebih cocoq dr pengantin..ekeke



ana billah walillah ma'allah
wsalam.