Thursday, February 12, 2009

TagGeD By Miz NoOr

Assalamualaikum..

aku dapat tag ni las wik kalo tak silap. memang cepat je aku nak langsaikan. tapi ia mengundang sedey aku. uwaaaa... pendrive aku hilang. dah lebih 1 sem. tapi sampai hari ni aku tak bleh terima kenyataan. dalam tuh ada lebih dari 10 folder gambar2 aku. tag kali ni plak memerlukan gambar. teringat aku gambar2 lama yg dah langsung tak ada dalam simpanan...:( dimana kan ku cari ganti..(nyanyi ikut nada lagu P.Ramlee)

1) a picture of u at the most unique environment

gambar ni xla unik mane..tapi ok lah kalo nak gula2kan adik2 umur 6 tahun kebawah.. sebab mereka akn cakap camni, 'eee duit lagi besar dr kakak.' (mengikut pengalaman aku la)



Gambar ni pon biasa je. tapi waktu aku pakai costume ni, ader foreigner datang dekat & aku dgr mereka kata uniq sampai mereka mintak bergambar ngan aku. (die ingat aku tukang layan foreigner kot time neh, konon nak perkenalkan kebudayaan kat malaysia.)..

2) a picture of u at place u dislike

setakat bgambar tepi tiang, memang tak ada apa yg suka sgtnyer..

3) a picture of people that mean a lot to you

of cos, parentz first.

wif my sis

my bro plak

abg sulung..uhuks

4) a picture of you with ur best smile


5) a picture of u with the lamest post

xtau menepati ke x.. konon bajet mas idayu la..haha..gediks santai sume kuar..

6) a picture of you with some toys or cute stuff or a cute baby





kanak2 yg membahagiakanku.

7) a picture of u in a white outfit
aku memg byk pakaian bewarna putih..suke sgt2..tapi x la dr ats ke bwh warna putih.. ni diganggu oleh tudung hijau


ni plak dgn black skirt..


kalau semua putih macam ni lah senang kan..:)


Setel..
tag : Nami ms hepi & Rei

pepun sy masih belom langsaikan tag yg diberi oley ms hepi. ader 3. 1 drnya sy pernah jawap tapi bila publish, tunggang langgang susunan ayat. xtau lah kenapa. sy akan cuba jaya menjawap lagi 2 tag dari anda. sabar ye..

Ana billah walillah ma'allah.
wsalam..

SaKiT JiWa

Assalamualaikum..

Sangatlah letih even hari ni kelas 1 jam je dr kul 8 smpi 9. berkejar utk meeting dgn adik2 first year, then terus masuk lab sampai kul 5sengah. hari ni mungkin volta lab tu merajuk. tak pon, penat macam aku. semua jus buah yg aku run, tak dapat peak voltamogram yg aku impikan. hampeh.

sok kene masuk lab lagi la gamaknya. Prof plak tambah keje aku untuk analisis kesan pH. huks..tersangat la aku sabar. balik plak penat2 ingat nak rest. tetiba pintu bilik plak rosak. kunci kat tgn, tapi pintu tak boleh bukak. (ni kes bilik farhana ni)muka aku dah tension. dengan hp sume kat dalam bilik, felo mana aku nak terjah. nak keluar blok pergi ofis pon, sgt la mustahil dgn pakaian yg agk2 kurang kain. ofis pon dah tutup. aku panggil akak bilik depan nak pinjam kad utk jadi mc gyver kejap.

tapi misi pertama gagal. mungkin aku tak cukup pakar. (sbb aku memang x pernah pecah masuk bilik org guna kad..sape yg terer tu faham2 la..hehe)so ape lagi? tendangan pertama menyusul. pon tak terbukak jugak. mungkin stamina tak cukup kuat sebab seharian kat lab. lesu. pintu plak nampak cam liat je. sakit jiwa.

tendangan demi tendangan..kalau pintu kopak pon aku rela. dah tak mampu menahan sabar. alhamdulillah, pintu terbukak. tapi nasib baik, tombol je pecah. so aku masih boleh tidur di bilik sendiri tanpa perlu buat tayangan free kesemua isi bilik. huhu..




Ana billah walillah ma'allah.
wsalam.

Tuesday, February 10, 2009

kHaS UtK KaMu

Assalamualaikum..

hurm, smlm penat menghabeskan masa menghadap simetri yg memang tahap kefahaman ku di peringkat paling bawah. sakit jiwa menelaah subjek nie..lukis sane, lukis sini, tengok2 hasilnya dah x serupa molekul. kertas kah yg terbalik? mataku kah yg tak celik? lukisanku kah yg pelik? silalah jawap.

dalam berkira2 nak tdo ke, nak study ke my fon berbunyik ring ring ring.. ku angkat ku tanya siapa..(lagu time tadika dulu). hanum!!!. sah..mesti de probs. kalo xde probs, aku pon x sure dia masih di muka bumi ni atau tak. huks. so apa lagi, tutup buku, tutup lampu, panjat katil...gayut..ni la jawapannya..

baru nak tanya kaba, soklan terjahan yg pertama dr die, pearl, ko suke lelaki yg mcmane yer?? glurrpp..soalan apakah??? bingung..

rupenyer die dalam persimpangan memilih di antara tiga jantan machola.(lagu disana menanti, disini menunggu by ukays agak sesuai dgn die) tp tu nak pilih 2 org je. ni siap 3..xde lagi lagu yg aku dgr setakat ni nak pilih diantara 3 jejaka. lagu farah AF pon 'antara 2' je..memg hebat temanku neh. . aku xtau nak cakap mcmane. xkan die nak pilih mengikut kriteria yg aku suka plak kan. dia yg nak bercintan tin tun. kalo ikut kriteria yg aku gariskan, aku ke yg akan jeles?? ohh no.

so hanum, kalo aku la kan..ni kalo aku..ko jagn ikut 100% plak..kang x sesuai ngan ko, xkan nak pass kat aku plak kan..jgn carik mslh..
1. sederhana serba serbi.
2. agama lebih2 lagi
3. education agak2 serasi
4. usia muda mudi
5. yg penting ko suka. mak ayh bley terima..

1. kang ensem sgt, aku takut jiwa & perasaan ko tertekan..ye la nak jaga pon susah. g dating pon susah..sume mata memandang..agk2 yg jeles tu, cnfirm berbisik kat kwn sebelah die 'tak sesuai la pempuan tu ngan balak die. balak die terlaloo ensem utk die. ngan aku sesuai la'..mm bukan ke ko gak yg akn tension bile asyik fikir ape org cakap..
kalo bley jgnla pilih jejaka superstar kat kolej ko ke, jejaka idaman malaya kat U ko ke, atau jejaka glamour sgt. kang time nak jumpa die je, ko gementar x pasal2. tgn sejuk, asyik nak pergi toilet. cakap pon gagap2 ngan die. gugup. ingat oral presentation kew ape.??? dah sedap die kata ko gelabah memanjang. dari nak jumpa pulangkan buku yg sepatutnya amik masa setengah jam, dah jadi 2 jam. yela, cakap x lepas2, asyik pergi toilet lagi..cool babe.
tu pasal rupe. kalo perangai, bg aku yg baik2 belaka la harapnya. supaya ko x tensen jugak ni. kang kalo kaki rompak ke ape, kesian ko nak lawat kat lokap nun. ntah bila plak die keluar..jgn plak kaki clubbing..kang x kenal siang malam, asyik berjoget jer..jgn juga yg kaki perempuan, kang die pon x sure nak pinang yg mana 1. aduhai, ko jugak yg frust..huks. yg lain2 aku rase kau faham..

2. ni priority la. tp xla obses akhirat smpi lupakan dunia. apatah lg sebaliknye kan. seimbang lebey baik. bak kate ustaz Saidi kat KMPK, seimbang dunia akhirat bukan bermkna 50-50 tapi 100% bg tiap2 satunya. islam itu mudah tp bukan utk dimudah2 kan..wallahualam. (dlm islam, Memilih psgn berdasarkan 4 perkara..ko mesti tau kan)

3. dari segi education ni, yg penting lepas 3M (mengira, membaca, mengaji) kalo ko nak setaraf ngan ko, terpulangla. tapi bagi aku, yg lepas basic pun alhamdulillah. janji pandai carik rezeki halal & tetap. senang ko anak beranak. tapi kalau tinggi pelajarannya, tu bonus la utk ko. belum kira bunga nya lagi. dividen bagai.

4. usia??? bagi aku, selesa la ckt dgn jejaka yg lebey tua atau sebaya. dari yg lebih muda. tapi kalo ko nak mengikut jejak yg tercinta Siti Khadijah, itu terpulang pada kau. yg penting dia matangla. aku x sanggup plak tgk ko masih main kejar2 ngan dia time dating kan..(wanita akan lebey matang 5 tahun dr segi pemikirannya berbanding lelaki yg sama usia dgnnya..ko kene ingat tu). tapi ni pon x bermakna ko perlu mencarik yg seusia ngan ayh ko. (ala ala Datuk K)..kesian gak kat ayh ko nanti, serba salah nak bahasakan diri ayah kat menantu die.

5. restu org tua itu utama. aku yakin ko dah cukup matang utk menilai semua ini..

apepun, serah pada jodoh.. kita merancang, tapi perancangan Allah jauh lebih sempurna dan Dia juga yg menentukannya.. ingat bahawa..'cinta yg dicari adalah baik, tetapi cinta yg didapati tanpa dicari adalah lebih baik'..

kadang2 ko perlu jual mahal sikit sbb 'seorang yg sedang bercinta adlh seperti pemburu, jika yg diburu mudah diperolehi, maka dia tidak akan mempedulikan hasil buruannya lagi'..wallahualam.

aku x berani nak gariskan lebih2 coz aku sendiri biasa2 sahaja. cuma aku cakap apa yg aku fikirkan ok utk kita bersama. sori x jawap soalan ko semalam. moga ko baca entry ni..khas utkmu yg tersayang..
okeh..:)

ana billah walillah ma'allah..
wsalam.

Monday, February 9, 2009

SuKa VS TaK SuKa

Assalamualaikum..

Manusia pasti berubah atas pelbagai sebab..begitu juga perubahan yg disebabkan oleh peredaran masa..banyak perkara yg aku suka dulu, tapi kini tidak lagi. banyak gak benda yg dulu aku perlu tp skrg dah x bape nak kisah..camtu gak pada benda yg aku x suke, skrg bertambah2 cintanya. ehe.. seperti ukuran cinta dan benci .. ' Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. bencilah yg engkau benci itu sekadarnya saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pasa suatu ketika'..aku akui kebenarannya..:)

ape yer??? DAHULU, AKU X GEMAR/ X SUKA/ X SELESA :

1. menulis blog tapi skrg ia dah jadi rutin aku kecuali hari2 yg sgt sibuk.
2. khailan ikan masin tapi after try makan (dibeli oleh my future bro in law)jadi cam suke sgt2 lak. tp xleh amal selalu la yer, nanti darah tinggi..hehe
3. laptop tapi skrg x juge sgt obses cume selesa bile ader laptop sendiri utk wat kerja2 yg bertimbun.
4. laksa johor tapi skrg aku suke makan sama tarafnya macam laksa penang. & dua masakan ni jer yg aku sanggup belajar cara sediakannya..heee
5. tidur pakai stokin tapi skrg ia wajib. tanpanye tidak begitu nyenyak tidurku (kecuali kat umah) sama tarafnya seperti aku perlukan bantal ucukku..ngheeee
6. teddy bear, bunga, & coklat. ramai kate aku pelik sbb mereka kate 3 benda ni sgt digemari oley wanita. xkan sbb aku x gemar, aku x relevant menjadi wanita.. ish2x. tapi skrg, suka la juga bear, tu pun permulaannya kuzer bagi. bunga?? ntah, xde keperluan. tapi kalau diberi, mungkin boleh suka. utk beli sendiri, jauh sekali. kecuali terlalu cantik atau tersangat perlu. coklat plak, makan tapi kurang cume selepas makan dgn ecah, rase sedap lak & jadi bertambah suka..:)
7. baju kurung. sampai aku hanya buat sepasang sahaja dalam setahun, itupun utk hari raya pertama. (kalo xada raya, confirm x buat). tapi after masuk TIKL, memang kene pakai hari2 & aku mula selesa dgnnya. sampai kat U skrg ni, hampir hari2 berbaju kurung. (sem ni kelas kurang, so agak kurang berbanding sem2 sblm ni). & aku akan tempah sepasang at least dalam 2 bulan..(macam mak..hehe)
8. declare to others bout my life especially sumthin related to my bf but now skt sbyk, its important actually. learn from da past.


DAN DAHULU, AKU SUKA/ SELESA/ GEMAR :

1. berjalan2/ shopping kat mid valley, times square & klcc..(skrg kalo bley, aku sgt2 cube elakkannyer..kecuali kalo dah x mampu sgt..terpkse la pegi juga. biasala kan, member2 biasanyer gather kat tempat2 camni. susah nak tolak.:()
2. makan makanan2 ringan. skrg mkn tp sgt kurang. rasenye la..:)contoh: chipsmore last mkn ntah form bape.
3. duduk umah je. jarang sgt keluar. now selesa lagi tapi makin suke bersiar2. heeh


banyak lagi sebenarnya. tapi ni yg terbaru aku sedari..hehe.

Ana billah walillah ma'allah.
Wsalam.

Saturday, February 7, 2009

BoDoH BerBaKuL-BaKuL

Assalamualaikum..

geram...sgt2..xtau nk cakap camne dah..bodoh berbakul2..beribu2 bakul..itu lebih tepat..

semalam after kelas kul 12, dgn smgt aku masuk lab utk prepare elektrolit kalium nitrat. even lab dah nak tutup, aku minta demonstrator tunggu aku jap. memang cam lipas kudung dua kaki la aku wat keje smlm. laju giler. then siap..lega..
balik bilik bley nyanyi2, senyum sampai ke telinga sbb petang nanti x yah masuk dah, sok terus masuk lab, run CV & petang sok bley trus balik umah. eheh.

then, pagi ni sgt la mengantuk & x larat nak pergi lab. aku gagahkan jugak bangun sbb x sabar2 nak abeskan keje2 lab b4 analisis data. dalam kul 9 aku dah sampai lab. langkah wirawati terus aku bukak dgn penyediaan radas yg diperlukan, then bubble elektrolit yg aku wat smlm. pipet pon dah ready, elektrod dah dibilas dgn air nyah ion, jus pon dah ada. aku nak run CV (cyclic voltametry, bukan cocuriculum vitae yer..) utk jus oren & durian belanda..bereh.. dalam tgh2 sonok borak ngan member sementara tunggu elektrolit siap di bubble, baru aku terfikir aku x ley truskan niat murni aku utk run CV hari ni. uwaaaaa... PURE ACID ASCORBIC AKU MANE?? AKU X PREPARE LAGIKKKK!!!!... camne nak wat standard addition..aaarrrrggghhh..jeritan demi jeritan bergema dalam lab. sumpah seranah pon ader..memang bodoh berbakul2..

dgn lemah longlai lg gemalai aku simpan sume yg aku dah prepare. baik aku balik. kalo tunggu kat lab pon, xkan ade ape yg berubah selain makin lame aku kat situ, makin murah air mata aku. huks..camne la aku ley lupe benda yg paling penting tuh...

sakit hati. geram. pasti. malas nak fikir. nak makan. tata.

Ana Billah Walillah Ma'allah..
Wsalam

BiLe DiE RiSaU

Assalamualaikum..

Terharu..itu feel aku dalam mase sejam nie. ntah sejak bile aku pon x pasti,tp mgkin dalam 3 bulan kebelakangan ini aku rase tersisih dari hati die. kadang2 ok, kadang2 nampak macam biasa..tapi ada masa2 nya, rase asing & luar biasa. aku ngadu pada mak, tapi mak kata x ada apa2, die masih ok. ye ke? sbb aku yg merasainya..

dulu die suka, skrg nampak kurang selesa..yg dulu die x suke, skrg beria2 gemarkannya. pelik tapi benar. lantas cuti yg pjg segera ku harap dipendekkan. utk membawa rase hati yg kurang lazat..x mahu die terasa hati dengan suasana ini, biar aku sahaja yg merasainya.

dan tadi sekali lg suasana yg kurang enak terbit di sanubari..4 miscall. die call tapi aku x angkat. aku x sengaja. hp dalam beg, aku plak dalam dewan ade AGM. argghhh..keadaan selaloo x seperti yg diharapkan.. tambah plak die bertanya ape progress aku utk ke jerman..dgn slumber aku jawap aku x isi pon all da requirements. mungkin x pegi..huks, suara die berubah..i did it again..fool..

sampai bilik after miting dalam kul 10suku...sepatutnya miting abes kul 11. tapi aku kuar awal..penat..tengok jam, die mesti dah tidur. mmm esoklah telefon..but then, my fon vibrate dalam kul 11 lebey..die call...unbelievable..but im happy..yeay..
die still x tdo coz riso aku jalan kaki sorang2 tgh2 malam gini. oo my god, honestly.. im touching. my eyes filled wif tears,then rolled down my cheek..miss him..

mungkin btol cakap mak.

Ana billah walillah ma'allah.
wassalam

Wednesday, February 4, 2009

UnGu MuTiAra

Assalamualaikum..

Dalam kesibukan aku menyiapkan graf2 voltamogram, aku still sempat publish 1 entry via my new blog. so kalo kmu ade ckt berminat(x byk pon xpe..ehe), visit la blog aku tu nanti yer.. click je kat 'my 2nd blog kat sebelah tuh. x pon click je la kat sini.

Ana billah walillah ma'allah.

Tuesday, February 3, 2009

bLoG KeDuA

Assalamualaikum

hurm, penat rasenyer hari ni ngadap laptop jer menyiapkan graf2 voltamogram utk projek akhir aku. sambil2 tu sempat lagi aku tinjau blog member2 & member kpd member2 aku..hehe. aku tertarik pada 1 blog yg mengutarakan pendapatnya mengenai cinta & agama. jadi aku skrg nie sbuk dlm pembikinan blog aku yg kdua yg hanya akan create entry tentang cinta & agama..(cam mau bikin filem plak)

sudi2lah kalian melawat blog baruku nanti sekaligus berkongsi pendapat & pengetahuan..segalanya hanyalah pendapat peribadi aku yg aku lontarkan utk tatapan kmu sume, selain ia berkisar dr pengalaman aku sendiri. apepun, aku hanya insan lemah yg masih sgt2 cetek pengetahuan & ilmu (samada fardu ain ato kifayah), jadi kalo ada salah & silap, tegurlah dgn berhikmah.. terima kasih.

Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Monday, February 2, 2009

DeTiK CeMaS

Assalamualaikum..

hari ni tepat kul 12 tghari, aku pon gerak balik ke ukm. kalo ikut hati, aku nak balik sok pagi jer coz kelas kul 11. tapi malas lak terkejar2.. so dgn santunnya aku tunggu tren & sampai ukm, aku naik taxi sampaila ke kolej aku yg aku x bape nak rindu..

dalam tren, macam2 aku fikirkan. termasuk keje2 yg menanti aku bile balik nanti.. dengan lab x sudah2, subjek2 sem ni yg x bape nak paham, nak handle program untuk dinner pusat kimia, nak sibuk2kan diri urus program ke kertih & macam2 lagi.. naik pening aku. sampaila aku teringat detik cemas yg aku lalui semalam..

tajuk je gempak, x la cemas mane. tapi bg aku cemas sgt, sbb hormon adrenaline aku macam x cukup jer utk dirembes kuar. ni sume jadi time aku 1 kuarga, tunang akak aku & kuzer g ke batang kali smlm. kami pecah dalam 2 kereta. kereta pertama adlh kereta ayah aku tapi tunang akak aku yg drive, & dianggotai oleh mereka2 yg cukup tabah dalam menghadapai habuk, sampah & semak ketika menguruskan umah semalam. x lain & x bukan, ayah & akak aku.. kereta kdua plak kereta mak aku tapi dpandu oleh kuzer aku dan membawa mereka2 yg pakar dalam urusan di dapur iaitu mak aku & aku..har3x..

nak dijadikan cerita, detik cemas berlaku dlm pjalanan balik ke umah aku la.. hujan lebat la plak.. tapi jalan raye nampak tenang lagi lemah gemalai jer tanpa kenderaan yg bderetan coz kami ikut jalan pintas.. dalam kereta, aku, mak & kuzer berborak2 cam biase, tetibe kereta ayah aku kat depan nampak cam tetibe slow je.. kuzer pon break je la manja2 sbb ingat mereka kat depan tu slow tapi terus jalan tapi x sangka mereka terus berhenti.. mak aku bley lagi kata dgn lembut 'kereta kat depan tuh'.. macam x cemas jer aku rase, x pun macam confirm xkan accident..isk2.. aku plak baru perasan tapi x sempat dah nak jerit ker, nak tolong tekan brek ker ape lagi nak swoh kereta ayah aku jalan, jgn berhenti.

kuzer pon pe lagi, tekan brek sampai ke lantai. tapi brek x cengkam mane sbb jalan licin.. sume dalam kreta senyap. aku dah tunduk ke bawah. jari2 aku sejuk bangat cam baru kuar dr peti ais. jantung aku pe lagi, dup dap dup dap ntah ikut irama rock mane.. & finally kreta kami btol2 stop sambil mencium ala2 manja belakang kereta ayah aku. alhamdulillah xde rempuhan yg meremukkan kenderaan, xde kecederaan yg meremuk redamkan hati & yg paling penting xde pjalanan ke umah aku yg perlu ke balai polis dulu melaporkan kereta isteri melanggar kereta suaminya..

huh..dalam kata lain, aku rela melanggar kereta org lain dari kereta ayah aku sendiri. even kereta org len tuh kereta mewah.. sbb aku x sanggup dapat ceramah free dari ayah aku yg mungkin akan berlangsung paling tidak selama 1 purnama..ekeke.. sori dad..:)

so pandulah dengan cermat, ingatlah orang yg tersayang..:)
Ana billah walillah ma'allah.
Wsalam..

Sunday, February 1, 2009

TagGed bY PiNky GuRL

Assalamualaikum..

hurm, hari ni aku masih bersuka2 kat umah macam cuti baru je start..ehe.. sok still xde kelas, so sok la baru aku balik ukm..:)

aku di tag oleh cik pink.. so aku akan jawap bg melangsaikan utang..ehe.. mulanyer aku nak bayar utang tag ms. hepi (lame dah die tag).. tapi tgk2 cam x reti lak nak jawap.. mungkin terlalu banyak word, ato aku x fasih bahasa omputih (yela macam yg kmu sume tau. aku kan lebih fasih berbahasa tamil..har3x), ato aku yg x paham??

ntah..insyaAllah aku akan cube gak fahamkan..ok ye ms.hepi.

~RULES~
i- Anda tidak boleh men TAG orang yg Tag anda okey..
ii- Sila Jawab dengan jujur n jgn tiru answer n copy orang len...
iii- and sila tag sebanyak 3 orang yang anda ske.( tapi aku xnak tag sesape..:))

SOLAT : solat tu tiang agama..maka dirikanlah solat kerana solat itu juga penghalang diri kita dari melakukan kemungkaran.. tapi jika kita bersolat & masih melakukan kemungkaran, maka solat kita masih ada compang campingnya & lubang2nyer.. maka renunglah kembali ke dalam diri & mencari dimana kekurangannya.. (nasihat yg utamanya utk aku sendiri)

SHOPPING : of cos i like it..ehe.. ley jadi hobi aku gak neh.. terutama kalo shopping utk kasut & beg..:)

DATING : ntah.. malas nak komen.

STUDY : bile nak exam je baru aku study agak bsungguh2.. kalo x, mmm ntahla.. hehe

HANGOUT : aku memang jenis x bape rajen kuar ngan member2 terutama kalo kat ukm.. prefer duk kolej jer..dunno y..

DOK UMAH : sangat2 suke kecuali bile de masalah yg agak besar. baru la teringin kuar jalan2..tu pon sbb nak amik angin & luaskan pandangan.(selain xnak susahkan hati mak tengok aku murung jer..) kalo x, berkepit ngan mak is better..

x nak tag sesape.. huhu

Ana billah walillah ma'allah..
Wsalam.