Showing posts with label penat. Show all posts
Showing posts with label penat. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

WeDdInG PeARL (1)

salam to all..

fuhh, lame juga tak update. sangat sibuk dengan kenduri kahwin sendiri dan kenduri kahwin teman2 di seluruh pelusuk malaysia. Alhamdulillah dan settle pun majlis kahwin aku dan aku baru je balik dari bercuti ke pangkor island & kuala selangor.

mengimbas kenangan perkahwinanku, banyak sangat prosedurnya. secara keseluruhannya, boleh aku katakan persiapan perkahwinan orang sekarang terlalu banyak tuntutannya berbanding kenduri kahwin orang dulu (confirm lah kan).

bak kata mak, orang dulu simple je kendurinya. sewa baju tak mahal, tak payah malam berinai dan tetamu-tetamu di beri telur rebus je sebelum pulang. dan suami aku pun bukan jenis yang cerewet, kalau ikutkan beliau, beliau hanya tekankan perkara wajib (akad nikah) dan memadai dengan hanya buat kenduri doa selamat. tapi aku yang beria-ia nak adakan majlis perkahwinan selari dengan budaya sekarang (ada doorgift, persandingan, malam berinai, outdoor shooting dan banyak lagi). nak merasa la kununnya.,

jadi, suami izinkan dengan syarat pelamin dan bersanding dalam rumah.. ;-)

saat kompang berbunyi, terasa sebu perut. malu bertimpa-timpa (ok kan ayat ni??) bila berarak dan diperhatikan tetamu. baru aku sedar apa sebab suami dulunya tak mahu bersanding dan tak mahu ikut budaya perkahwinan sekarang.. ade terselit rasa kesal. dan kerana itu, aku cancel outdoor shooting yang sepatutnya dijalankan di broga hill atau taman metropolitan. cuma ada sikit outdoor shooting yg kami buat selepas kenduri sebelah lelaki. itupun di area rumah suami. penat?? jangan cakaplah. memang beri demam percuma.

27/11/2010
tarikh kenduri di sebelah aku. kalau ikut kalbu aku ni, aku prefer kenduri kahwin diadakan pada bulan 1,2,4,5 atau 7. sebabnya pada bulan-bulan ini tak ada banyak kenduri kahwin bertindih dan cuaca agak baik. berbanding kenduri di akhir tahun. memang banyak giler orang buat kenduri dan musim hujan. namun apakan daya, yang tak nak tu biasa dapat..=) jadi buat jugalah pada tarikh di atas.

tema pilihan aku adalah orange/peach + krim. lain dari tekaan ramai yang menyangka aku pasti pilih purple. ;-) purple dah digunakan masa bertunang. jadi warna pilihan kali ini biar berbeza dan lari dari kebiasaan.


Ini kad kahwin aku. warna biru. dari segi kos, kad kahwin je dah menelan belanja hampir RM800. setem je aku guna sampai RM1.20 untuk satu kad (untuk luar selangor) dan ada yang aku pos laju sampai RM8 untuk 1 kad. haishh...tuntutan sekarang. demi member-member aku relakan. ;p cuma aku rasa pihak pos malaysia perlu kaji semula...hurmmm dahla, merapu plak..



seawal 11 pagi aku dah siap. mak andam kata senang nak jumpa kawan-kawan yang datang awal. tak ada lah kawan-kawan jenguk masa tengah make up. kan susah nak beramah-tamah & bertukar-tukar cerita serta bermesra..bagus juga mak andam aku ni. memahami..=)


yang ni pelamin aku. pergh, cuak giler masa naik pelamin. nasib pelamin dalam rumah. kalau kat dewan ke, luar rumah ke??
hantaran kali ni 5 berbalas 5 sahaja (sepatutnya 5 berbalas 7, tapi aku buat ikut suka..;p) sekadar menyempurnakan adat 'serba satu' kata orang..


sebelum naik pelamin..lepas terima pertandangan pihak lelaki..


lepas makan beradab. mari potong kek...tak ada aksi suap-suap ye..^^,

keluarga sebelah lelaki. korum tak cukup. seorang lagi adik ipar aku tak ada. jauh merantau di luar negara..sob3x..

ayah dan bondaku..tanpa adik dan kakakku.

Alhamdulillah, ramai tetamu hadir. kepada kawan-kawan yang sudi datang dan yang beri hadiah dan segala macam bentuk sumbangan, aku ucapkan jutaan terima kasih. buat cikgu-cikgu sekolah yang datang (guru sekolah menengah rawang batu 16) dan pensyarah aku di matriks perak dulu, tengs a lot 4 coming. sangat tak sangka mereka sudi datang.

kesimpulannya, kalau ikutkan budaya kahwin sekarang memang tak boleh blah kerenahnya. doorgift lah, pintu gerbang lah, malam berinai lah dan macam-macam lagi. kos? pergh..20k minimumnya perlu di sediakan pihak lelaki (penat suami aku kumpul duit dari umur 15tahun) dan lebih kurang 17k di pihak perempuan. kalau aku ikut kehendak suami, rasanya habis dalam 5k je kot paling maksimum. biasalah, degil..huhu..

atau alasan lebih common lagi : sekali seumur hidup..hurmmmm.....(mudah2an)

* kalau diberi peluang buat kenduri kahwin semula, memang aku buat nikah je kot. hihihi..

* untuk gambar-gambar lain, boleh visit fb aku ye. baru upload lebih kurang 90 gambar termasuk gambar tetamu dan kawan-kawan yg datang serta hiasan bilik tidur (yang aku rasa tak ada funsi langsung kot..isk2)

wassalam

Thursday, February 12, 2009

SaKiT JiWa

Assalamualaikum..

Sangatlah letih even hari ni kelas 1 jam je dr kul 8 smpi 9. berkejar utk meeting dgn adik2 first year, then terus masuk lab sampai kul 5sengah. hari ni mungkin volta lab tu merajuk. tak pon, penat macam aku. semua jus buah yg aku run, tak dapat peak voltamogram yg aku impikan. hampeh.

sok kene masuk lab lagi la gamaknya. Prof plak tambah keje aku untuk analisis kesan pH. huks..tersangat la aku sabar. balik plak penat2 ingat nak rest. tetiba pintu bilik plak rosak. kunci kat tgn, tapi pintu tak boleh bukak. (ni kes bilik farhana ni)muka aku dah tension. dengan hp sume kat dalam bilik, felo mana aku nak terjah. nak keluar blok pergi ofis pon, sgt la mustahil dgn pakaian yg agk2 kurang kain. ofis pon dah tutup. aku panggil akak bilik depan nak pinjam kad utk jadi mc gyver kejap.

tapi misi pertama gagal. mungkin aku tak cukup pakar. (sbb aku memang x pernah pecah masuk bilik org guna kad..sape yg terer tu faham2 la..hehe)so ape lagi? tendangan pertama menyusul. pon tak terbukak jugak. mungkin stamina tak cukup kuat sebab seharian kat lab. lesu. pintu plak nampak cam liat je. sakit jiwa.

tendangan demi tendangan..kalau pintu kopak pon aku rela. dah tak mampu menahan sabar. alhamdulillah, pintu terbukak. tapi nasib baik, tombol je pecah. so aku masih boleh tidur di bilik sendiri tanpa perlu buat tayangan free kesemua isi bilik. huhu..




Ana billah walillah ma'allah.
wsalam.