Tuesday, October 26, 2010

JaLaN-JaLan SeBeLum ExAm

salam to all..


minggu lepas aku sekali lagi tak balik ke rawang. 2 minggu berturut-turut nampaknya kali ini menghabiskan weekend di JB. kental bukan? cuma kali ini, suami aku dtg ke JB. Hari jumaat jam 1 pagi (dah kira hari sabtu lah) beliau bertolak, dan 3.45 pagi sampai ke larkin. giler laju bus nya. bikin hati ini risau. dengan kaedah pembelian tiket bus secara online yg begitu menyusahkan dan kemudian beliau berjalan kaki dari terminal larkin ke apartment aku pada jam 4 pagi. aku ulang, jalan kaki ye! lebih kental dari apa yang difikirkan.. alhamdulillah, beliau selamat sampai.

sabtu malam, kami ke pandan city.
Dinner di larkin, steamboat & bbq di sana.
tapi lupa nak ambil gambar. lepas jugak hajat aku nak bawa suami makan steamboat. lama dah aku janji nak bawa beliau makan steamboat di JB, memang sodappp. dan kali ni baru ada peluang..(",)

hari ahad, kami ke city square. dapat juga aku ke tempat makan kegemaran iaitu laksa shack dan secret recipe. laksa shack di mid valley dah tutup. huaaaa.


nasi beriyani ayam merah pilihan beliau

pilihan aku seperti biasa..asam laksa..

petangnya kami melawat zoo Johor dalam hujan..(begitu romantik sekali destinasi pilihan kami ye..=)



burung flamingo berkaki pink..

antara haiwan yg mendapat perhatian aku..sebab bulunya boleh tahan pelik. lebat giler macam rambut manusia yg panjang dan kusut.

ni ape ha?

beliau dalam hujan.

mdm pearl. =)

us at zoo JB.

* exam...exam..pening..pengsan..(tapi masih sempat berfoya-foya nampaknya) =)

No comments: