Saturday, October 16, 2010

BuKaN MuDaH Jadi GuRu

Salam to all.

Jeling sikit tajuk entry hari ini. wah! terasa sebu seketika. bukan mudah menjadi seorang guru..

'ala, cikgu kerja separuh hari.'

'cikgu kerja relax, gaji banyak'

'cikgu banyak cuti'

biasa dengar kan statement-statement di atas?? kalau dulu, sewaktu aku bergelar pelajar sekolah menengah, aku juga mempunyai pandangan yang sama terhadap seorang guru. melihat guru-guru aku kat sekolah, ada juga minat untuk menjadi seorang pendidik. tapi pada waktu itu fikiran agak singkat. bukan minat mendidik kerana benar-benar ingin mendidik tapi ade sebab lain..;-) apekah???

1) cikgu-cikgu pergi sekolah bergaya dengan pakaian cantik-cantik dan sopan. satu set dengan handbeg & kasut. itu yg paling aku gemar. (kasut & handbag tu paling penting..=))
2) cikgu kerja separuh hari je. balik rumah dah boleh urus suami dan anak.
3) cikgu sekolah cuti banyak. anak cuti, emak pun cuti. every weekend boleh pergi jalan. tunggu suami je ambil cuti.
4) kerja tak susah, setakat membebel sesuatu perkara yg digemari (contoh = kimia). habis sampaikan apa patut, pergi kantin rehat.
5) kerja relax, gaji masyuk. kalau bersalin, cuti panjang.

itu je buat aku suka.

bila aku mula masuk maktab, praktikal.....aku lesu. bukan mudah menjadi guru. apatah lagi guru di era ini. sangat sangat sangat sangat mencabar.

1) kalau dulu cikgu balik pukul 1.10 (sama macam pelajar) sekarang tidak lagi. guru balik paling awal 2.30. kalau tak macam office hour coz terlalu banyak meeting.
2) sabtu pun ada meeting, latihan dalam perkhidmatan, event sana sini & macam-macam lagi.
3) terlibat dalam persatuan dan kelab. bukan senang nak organize kelab. sebarang event nak dijalankan dengan pelajar even event yang kecil, meeting dan persediaannya sangat-sangat menuntut usaha dan masa. belum lagi jadi guru rumah sukan.
4) terlibat dengan jawatan khas. setiap guru akan rasa samada jadi setiausaha peperiksaan ke, guru PIBG ke, Guru Kanan matapelajaran ke, Ketua Panitia ke. dan setiap jawatan khas ni, banyak giler kerja. meeting tak payah cakaplah.
5) belum lagi kalau sekolah anjur hari terbuka contohnya, dan kebetulan kena jadi bendahari utk program tersebut, dah dapat satu tugas free. jangan ingat tugas ini semudah mengutip wang sahaja. terlalu banyak tuntutan walau sekecil-kecil jawatan.
6) Menggubal soalan peperiksaan. boleh pecah otak fikir.
7) Kerenah pelajar. pelajar dulu dan sekarang totally different. pelajar sekarang sangat daring dan dalam bahasa kasarnya biadap. true speaking.
8) kerja guru tak terhenti di sekolah. bawa pula pulang ke rumah. sambung buat kerja kat rumah. samada menanda buku pelajar, kertas peperiksaan/ujian, laporan itu ini, kertas kerja menimbun-nimbun, analisis sana sini dll.
9) dihantar ke sekolah lain utk jadi pengawas peperiksaan, terlibat utk hantar pelajar yg jadi wakil sekolah dan kursus-kursus lain di luar sekolah yang bukan sedikit.
10) guru dulu just chalk and talk. teaching in bahasa je pun. tapi guru sekarang perlu 1001 skills. bahasa Inggeris, penggunaan teknologi ICT semasa mengajar (mengajar guna LCD projektor, laptop bagai), penggunaan alat radas kat makmal (khas guru sains), kene guna alat bantu mengajar dan macam-macam lagi. kalau semua ni tak reti, hurm alamatnya 1001 kelas dan kursus lagi akan diadakan untuk anda.
11) cikgu akan dinilai dari masa ke semasa cara pengajarannya. ada exam juga ye.

berminat jadi guru?? silakan.

walaubagaimanapun, aku tetap ceria. sebab suami dan keluarga banyak membantu. kata mereka, tak ada kerja yang mudah dalam dunia ini, dan harus bersyukur kerana ada juga kerja sedangkan ramai yang menganggur di luar sana. cuma aku coretkan perbezaan ini utk mengungkap kisah sebenar diari seorang guru yang rata-rata tidak faham beban sebenar yg dirasai guru. tidak mudah seperti yang disangkakan.

kalau baca balik 11 perkara di atas, memang nampak yang negatif je lah kan. tapi selaku insan yang berfikiran positif (ececeh), aku menganggap di sebalik 11 cabaran di atas, masih terselit 1100 kemanisan yang bakal dilalui oleh seorang guru. so aku nak carik semua kemanisan tu lepas bergelar guru sebenar nanti. ;-)

dan paling gembira, kerjaya ini bagiku sangat mulia untuk insan yang bergelar wanita. tak hilang santun dan fitrahnya wanita itu (kata suami aku lah) . sampai bila aku boleh bertahan, terserah pada kemampuan dan rezeki. if 1 day, aku terasa nak bertukar kerjaya, aku rasa kerjaya tu pun tak kan lari terlalu jauh dari skop seorang pendidik. (macam dah ada plan je.)

apapun, bersyukur dengan kerjaya anda sekarang. yang penting rezeki halal. ia kan? ikutlah minat dan keinginan masing-masing. setiap manusia ada pandangan tersendiri. wallahualam.

aku mengajar di sekolah menengah kebangsaan tasek utara, JB. penuh whiteboard tu aku conteng..;-) (sedang bagi mereka homework)

my students


*suri rumah pun seorang pendidik. jangan lupa itu..(macam nak jadi suri rumah je bunyi..@_@)


sekian.

8 comments:

aishahumairah said...

ya cikgu nad..
bgus2..cita2 murni..
xpe apa pn yg ptg m0ga2 sentiasa dlm rahmat Ilahi...

puan nad..
ad award t0k puan...~
lau free sila la jwb..;)

nEd~Ya said...

hehe. harap2 nye begitulah. amin.;p

ok ecah. tq. akan diterime dgn hati terbuka. lama x dapat award dah. hehe. ;-)

farhana said...

Sooo true Nad...
My dad cikgu. Susah nak nampak kat rumah kalau km balik cuti if waktu sekolah..
Pagi sekolah, ptgnya aktiviti di skolah..malamnya mengajar tuition.
Ohhhh sadis
belum lagi bila musim cuti, ayah km xdpt nak join cuti cz kena attend sesi marking paper
Double sadis

You can do it cikgu Nad..
=)
Cantik la handbeg tu hehehe....dok tengok je h/beg tu dr td kui3

Anonymous said...

i can feel you. nami jd cgu ganti for three weeks kat mrsm kuching. uish.... pening kepale.

nEd~Ya said...

farhana
itulah pasal..
kalao kite ada pengalaman jadi cikgu atau org terdekat kite adalah cikgu, pasti dapat rasa situasi sebenar. very tough & worse sebenarnya. huhu..
dgr pngalaman ayh kmu tu, lg wat kite cuak. huaaaa.

nad pon harap cmtu. doa2kan nad ye..
handbeg? haha. tq3x..(",)

nEd~Ya said...

Ms. happy
yup..=(
kalau MRSM ato SBP, lagi dahsat cabarannya. sbb students pandai2, so cikgu kene cnfident & kekalkan reputasi sekolah..OMG!

Anonymous said...

hhahaha...itula pasal!! tp nami dpt tgk satu trend. semakin membesar semakin krg ingin bertanya. nami ngajar bdk sains f2 dan bio f4. bdk f2, masyaAllah pening nk jwb soalan diorg. kekadang mmg luar alam betol la. bdk f4 plak, adela yg bertanye tp krg sgt2.

nEd~Ya said...

Ms. Happy
yup. so true.
budak2 skrg, jgn tunggu soklan dorang. confirm xde especially pelajar melayu. kalo ade tu, kes pelik lah tu. hahaha.
baik ajar darjah 2, dah tentu2 soalan melebihi had. heheheh