Monday, March 22, 2010
ShORT EnTrY~
Saturday, March 20, 2010
SuRaU Vs KeNDuRi
Wednesday, March 17, 2010
ReSuMe TeRPeRiNCi MiSS PeArL
entry kedua untuk hari ini..hurm, kalau bercuti kat rumah, sehari boleh publish beberapa entry lagi. kalau kat tempat belaja, dalam seminggu nak publish 1 entry pun semput. kerje bertimbun2, menunggu turn je nak disiapkan. malangnya tuan anda adalah cik pearl. malas orangnya. maka anda akan disiapkan dalam jangka masa yang lama wahai homework2 sekalian. sila beratur menanti dengan sabar ye! cik pearl akan kerjakan anda sebelum cuti berakhir.
tag ni dari miss farhana.
Da Rules:
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag!!
mmm 23? banyak tuh..
1) nama cik pearl ialah nadiah bt abu bakar.
2) umur tak berapa nak muda lagi lah, dah 22 tahun setengah. bulan 7 ni masuk 23 tahun. mudah2an panjang umur.
MaSiH KiSaH Si ANoN
Tuesday, March 16, 2010
AnON Yg SaMa ATaU BeRbEZa
entry kedua untuk hari ini.
aku sedang lipat kain. sambil on9 dan menjengah laman blog. hurm, seperti yg aku duga, entry sebelum ini pasti menarik perhatian ramai. terima kasih pada yg sudi drop komen. tak kire anon yg sama atau anon yg berbeza..=)
tiada unsur perbalahan atau ingin menang disini. sekadar menyuarakan pendapat. komen si anon yg agak panjang tidak dapat aku paste kan di sini. rujuk sendiri komen kedua pada entry sebelum ini. komen dari si anon..sila senyum lagi.
ok. sy harap anon2 diluar sana bertenang, kawal emosi dan senyum selalu. anda berhak mengkritik dan memberi pendapat. u r invited! disebabkan komen si anon tersebut panjang lebar luas dan prisma, maka aku create 1 entry khas untuknye. terharu tak?? =)
sebelum aku memulakan hujah2 aku, silalah baca dgn nada harmoni dan jauh dari unsur keganasan ye..
perkara 1 =
'kita tidak boleh lari dari berpihak pada sebelah pihak, fitrah manusia yang allah ciptakan, ad hikmahnya allah berbuat begitu agar kita tidak keseorangan bila berdepan masalah hatta kita melakukan kesilapan, hebatkan allah...' (ayat si anon)
kisah menyebelahi sy terhadap penulis blog yg dibincangkan. sukar utk dikatekan sy menyebelahi si penulis blog. kerana sy tulis atas dasar kurang persetujuan terhadap cara si anon menghamburkan komen. bukan menyebelahi penuh content si penulis blog! sila baca betul2 isu yg sy ketengahkan di entry sy sebelum ini. kalau pasal content, sy juga sering berperang dgn si penulis blog tersebut disebabkan idealogi kami sering berbeza dan yg pasti PARTI POLITIK kami juga pernah berbeza. cume ade juga sikit content yg sy ketengahkan ats tujuan menyampaikan maksud sebenar entry si penulis blog. maksud sebenar entry nya jarang sampai kepada pembaca disebabkan BM nye tidak A1 masa SPM. =)
setiap kali membaca entrynye, sy akan bertanya dahulu apa maksud sebenar yg ingin disampaikan, baru sy mengkritik atau menegur kesalahannya.
sy jangkakan si anon sgt mengenali si penulis blog tersebut kerana tunangnya pon si anon boleh kenal. terima kasih. terasa diri sangat popular tika ini.=)
perkara 2=
wajarkah makian diberikan setelah si anon kehabisan idea?
perkara 3 =
terlalu pjg sy type utk perkara 3 demi menyampaikan maksud salib & kitab genesis yg diutarakan oleh si penulis blog. tapi tadi kebetulan si penulis blog menelefon sy. terpaksa sy delete semua content sy dan apa yg mampu sy kata di sini 'anon, apa yg kamu kata insyaAllah betol. terima kasih ats pandangan dan nasihat.'
ini adalah pesan si penulis blog. si penulis blog memang jarang suka berdebat dan memenangkan kata sendiri. selalunye beliau beralah dan berdiam diri. pendekatan ini beliau gunakan pada kawan2nya hatta pada tunangnya. tapi sy terpanggil menyampaikan maksud sebenar setiap ayat2nya sebab tak nak ada salah faham. itu yg sy lakukan utk entry sebelum ini tapi utk entry ini, si penulis blog tak benarkan..huhu. begitu besar kesan tidak A1 dalam BM SPM ye (penulisan khususnya). smpai ramai anon diluar sana terasa hati. maafkan kami.
perkara 4 =
tentang berkata2 dalam bidang bukan kepakaran dah dikupas oleh penulis blog. sile baca di blog rhedosia.
perkara 5 =
jika nak berbincang, alhamdulillah. setiap tulisan kami tak inginkan perbalahan. sekadar pandangan dan jika ingin menegur, silakan cuma berhikmahlah. jika benar mencarik titik persamaan, tak perlulah mengkritik sedemikian rupa. byk jalan lain yg lebih baik utk diketengahkan.
perkara 6 =
islam liberal. sy ke khidmat kaunseling utk tahu mengenainye lebih lanjut. insyaAllah, si penulis blog tidak sampai ke sini dan jika beliau melebihi batas yg sepatutnye, maka tunangnya perlu memainkan peranan, bukan menyokong atau MENYEBELAHI membabi buta. kami juga sygkan agama kami.
*maaf jika entry ini ada mengguris perasaan pembaca2 khususnya anon2 sekalian. jika entry ini bersifat menyebelahi, sy akui. sy menyebelahi si penulis blog a.k.a tunang sy. Bukan kerana status itu merangsang sokongan dr sy kerna andai ditakdirkan die hanya tunang sy dan bukan suami sy 1 masa nanti, sy tetap sokong selagi ia sefahaman dgn sy. dan jika tidak sefahaman, sy juga berhak menjadi si anon dan menegur beliau..=)
wassalam
MaRaH BeNaR Si ANoN!!
ape pendapat kamu tentang komen2 ini?
anonymous 1 :
'apa plak kaitan uitm ngan politeknik....uitm khas utk bumiputra tp politeknik skang ni terbuka utk smua....lain kali baca dlu fakta sblum wat tuduhan...jgn menampakkan dri ko tu bodoh...'
'kalo da kurang kepandaian tuh, jgn main lepas cakap.. kan dah malu diri.. mak slalu pesan.. tuhan maha adil, die kasi manusia otak n haiwan otak.. tp yang membezakannye manusia n haiwan adalah akal die.. so, pk la sendiri.. kalo taktaw fakta, baik keep shut ur mouth.. '
anonymous 2 =
'jgn sesekali nk mengutuk ASB atau pn bank rakyat kalu ko xske...ckupla skadar ko ckp xske org malayu kaya dgn cara haram...jgn nk kaitkan dgn ASB atau bank rakyat '
'yang pemilik blog nih dah kaya ke.?? atau anda pn hanya berangan nk kaya..?? kata2 pujangga, impian tanpa harapan adalah sia2, harapan tanpa impian adalah suatu kebodohan.. kpd pemilik blog, pk la sendiri.. da besa kan..??'
anonymous 1 dan anonymous 2 adalah org yg same kalau tak silap sy..=)
ini komen sy selaku pembaca blog tersebut..tiada unsur menyebelahi sesiapa tetapi juga sekadar pandangan..
untuk komen 1
blog ni khas untuk semua. hak masing2 untuk memberi ape sahaja pandangan, pendapat atau ulasan. perlu ke menunggu kite pandai baru boleh menulis blog? org bodoh tiada hak bersuara? kadang2 kite baca blog org, jari dah menggigil2 nak drop komen tanda tak puas hati..sedarkah kite yg penulis blog mempunyai pandangan nye tersendiri, dan kdg2 kite pula yg tersalah tafsir hasil penulisannya. mungkin juga maksud sebenar penulis blog yg tak sampai dgn tepat kepda pembaca ekoran kurang bijak menyusun kata..ada anda terfikir?
analogi terhampir = 'aku sayangkan dia. syg sgt'
org mentafsirkan = 'ko tak boleh mcm ni, ko tunang org. tak wajar ko syg die'
sedangkan 'dia' tu mgkin juga seorang perempuan, mungkin sahabat lama, mgkin sesiapa sahaja.. cume ayat yg digunekan tdk sesuai dan besenye menggambarkan seorang lelaki.
buat si anonymous, mungkin penulis blog itu juga bermaksudkan sesuatu yg lain selain dr yg bermain di fikiran kamu..
komen 2 ;
dari entry yg sy baca, tak ade pula si penulis blog mengutuk ASB atau bank rakyat. cume ia dijadikan contoh. sebab rata2 org cina di malaysia memang tak berbuat demikian. itu kebenaran. kebenaran yg dijadikan cth oleh penulis blog. si anonymous bertanya adakah penulis blog sudah kaya.. dan ini soalan sy buat si anonymous pula. adakah jika si penulis blog sudah kaya maka penulisan sebegini dibenarkan? kalo miskin tak boleh mengkritik?
analogi terdekat = ini yg biasa ditutur oleh org melayu bila nampak seorang wanita seksi. 'kalau cantik tak pe jugak nak pakai mcm tu!!!' jadi persoalannya adakah kalau seorang wanita itu cantik maka dia dibenarkan berpakaian seksi???
sama kan?
sy juga punyai 1001 kelemahan. tapi setelah membaca komen2 sebegini, sy terfikir sejenak, mengapa melayu tidak maju. org berhak menulis selagi tak bertentangan dgn syarak, melanggar undang2 etc. dan anda juga berhak memberi komen, dan bukan perlu mengiakan setiap kata2. kite berhak bersuara. cume cara anda perlu diubahsuai supaya anda tidak dipandang rendah oleh org lain dan anda dpt mengkritik secara bijak. tapi jika anda boleh menggunakan agama dalam hujah anda seperti di atas, semua org juga boleh. Rasulullah dicerca di hina, tp Rasulullah tdk membalas dgn cara yg hina juga. malah dimuntahkan kata2 yg lembut dan menegur secara bijaksana. maka kite sebagai manusia juga perlu belajar kaedah membantah atau cara terbaik utk memberi komen jika kite tak setuju dgn pendapat seseorang. itu lebih mulia sy rasakan.
sy menegur diri sendiri khususnya dan umumnya buat anda semua..sy juga tanpa sedar kerap berkelakuan sebegini. jadi tak salah jika kite sama2 memperbaikinya kan..andai entry kali ini menyentuh hati sesiapa, sy mohon keampunan dan kemaafan. andai 1 hari nanti, sy juga bersikap berlawanan dgn apa yg sy katekan, silalah tegur sy ye. tq!
*kadang2 si anonymous adalah org yg kite kenali atau org yg tak puas hati dgn kite. tp x mampu bersua dan membidas di alam realiti, maka alam maya dijadikan landasan.
wallahua'lam.
Sunday, March 14, 2010
SeTeLah SeKiaN LaMa Tak UpDatE
Sunday, March 7, 2010
KaMu 1 & KaMu 2
gelisah..
entry yg merungkai keresahan di jantung.
ok. apa agaknya yg terdetik di hati kamu bila terlihat aku buat kali pertama? mungkin aku boleh jadi kawan yg baik utk kamu atau aku bukan pilihan kamu utk dijadikan kawan? kire tak boleh masuk la kirenye..
cam tu jugak aku. bila kite berada di mana2 institusi baru, kite akan dikelilingi dgn teman2 baru. ade yg ramah, ade yg tamah, ada yg ramah tamah. sebaliknye pon banyak jugak.
pertama kali aku melihat kamu, aku rasa kamu sgt serasi dgn aku. kire kite memang 'sekepala' lah. aku rase sgt selesa dgn kamu. tapi itu baru 2 minggu. masuk 2 bulan, aku semakin kenali kamu. kamu juga semakin kenali aku. kenapa aku rasa kite tak sesuai dlm byk perkara utk bersama. kenapa aku rasa tak selesa berhadapan dgn kamu??
dan kamu yg 1 lagi..pertama kali aku melihat kamu, aku rasa aku tak sesuai utk menjadi kwn kamu. kamu bukan pilihan aku utk semua perkara. tapi selepas 1 jangka masa, aku semakin selesa dgn kamu. aku ingin selalu meminta pendapat kamu. kamu sgt memahami.
2 situasi yg dah berlaku 3x dalam hidup aku..
'dont judge a book by its cover'..aku semakin mempercayai & mengakuinya..
wassalam
Friday, March 5, 2010
SeRuMu Ku SaHuT
terasa sgt lama jari jemari aku yg dah bertukar kaler ni tak menari2 kat lantai keyboard. sgt2 rindu utk itu. terlalu byk cerita yg aku nak muntahkan kat sini tapi malangnya, setiap kali nak create new entry, sengal2 di kepala menyerang. tu maksudnya, aku dah kehilangan daya utk mencipta ayat2 patriotik kat sini. so shut down my lappy & berazam utk menaip keesokan harinya. tp perkara yg sama berlaku. kehilangan daya. sampailah hari ni, baru terdaya mengepos sekeping entry. whoaaa stress!
ok.
tu je nk cerita. kire rajin jugak aku kan. daya yg dtg umpama sepoi2 language ni buat aku menaip sebegini pjg kali ini.
*kire tak boleh blah jugak lah tajuk entry aku ni kan.
wassalam.