Wednesday, March 17, 2010

ReSuMe TeRPeRiNCi MiSS PeArL

salam to all..

entry kedua untuk hari ini..hurm, kalau bercuti kat rumah, sehari boleh publish beberapa entry lagi. kalau kat tempat belaja, dalam seminggu nak publish 1 entry pun semput. kerje bertimbun2, menunggu turn je nak disiapkan. malangnya tuan anda adalah cik pearl. malas orangnya. maka anda akan disiapkan dalam jangka masa yang lama wahai homework2 sekalian. sila beratur menanti dengan sabar ye! cik pearl akan kerjakan anda sebelum cuti berakhir.

tag ni dari miss farhana.

Da Rules:
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag!!


mmm 23? banyak tuh..

1) nama cik pearl ialah nadiah bt abu bakar.
2) umur tak berapa nak muda lagi lah, dah 22 tahun setengah. bulan 7 ni masuk 23 tahun. mudah2an panjang umur.
3) seorang guru pelatih kat institut pendidikan guru kampus temenggung ibrahim johor bahru. insyaAllah, bakal bergelar guru sepenuhnya awal tahun depan dalam major kimia dan minor math moden. kalau tak bernasib baik mungkin tercampak sebagai guru sejarah, pendidikan jasmani (wow, i like!) atau sivik.
4) anak kedua dari 3 org adik beradik (sesi taaruf dah ni hah) dan merupakan anak yg paling banyak kerenah dalam keluarga. (aku jujur ni)
5) bekas pelajar sekolah kebangsaan batu arang, sekolah teknik cheras kuala lumpur, sekolah menengah kebangsaan rawang batu 16, matrikulasi perak, universiti kebangsaan malaysia.
6) sudah bertunang dengan pemilik blog rhedosia dan sedang menghitung bulan utk menjadi raja sehari. eh, puteri sehari lah..adake? wawawawa..ayat tak boleh blah.
7) seorang yg sgt tegas, disiplin (bukan riak ni, realiti) dan gelabah pada masa2 tertentu.
8) pendengar yg setia dan penangis yang agak tegar.
9) penggemar kasut dan beg.
10) sangat suke mendengar muzik terutama nasyid.
11) agak boros tapi tetap beringat untuk simpanan.
12) suka makan laksa tentunya di tempat kegemaranku laksa shake.
13) minat bidang penulisan dan keseniaan terutama seni suara dan seni tari. tapi tak ada rezeki nak mendalaminya. maka terjunlah cik pearl ke bidang sains.
14) sangat rapat dengan family. even masalah kecil, 1 family akan duduk berbincang mencari penyelesaiannya. open table lah kate orang.
15) menunggu hari bergelar auntie kepada bakal anak buah aku yg sulung. insyaAllah akan terbit julai ini. (ingat majalah ke nak terbit2??) kire lahir bulan yg sama dengan auntie pearlnye ni lah.=)
16) tak suka persahabatan plastik, kosmetik, realistik dan semua yang tik2..tak faham? aku pun..
17) teringin berenang dengan expert, anggun, mutu dan keunggulan. bukan macam sekarang, terkedek2 mintak oksigen. haha.
18) tak minat pada politik.
19) ingin meningkatkan berat badan. so far langsung tak ideal. haih!
20) kadang2 sangat rajin dan ada masanya sangat malas. waktu malas ni, tidur je lah kerja paling menarik aku boleh lakukan.
21) tak sabar nak grad hujung tahun ni (hoho, cepatla..separuh nanar belajar sekarang ni) dan menyimpan impian untuk grad kali ketiga sebelum berusia 30tahun. tu pun kalau semangat study masih ada. ni pon dah luntur ala2 terkena clorox. heh!
22) menyimpan impian untuk travel serata malaysia sempena honeymoon nanti. wakaka. kering future hubby kau cik pearl.
23) nak menunaikan haji bersama hubby sebelum usia 40tahun (harapan kuzer, indeed) kalau parentz masih ada, moga dapat pergi bersama mereka dan harapannya mereka pergi pada ketika itu untuk kali yg kedua. tak lah poyo sgt kan? ini impian, moga kesampaian. aminn. sebak terasa di dada tiba2.
ok..siap..

tag
1) abuzar
2) fathi adha
3) nazry iskandar
4) aishahumairah
5) dll

ok. nak buat kerja sekolah. bye.. (kerja sekolah???)

wassalam.

4 comments:

Unknown said...

bila kawin?

nEd~Ya said...

hoho..
long time x dgr cite. mane pigi?
kawen? surprise....hehe
tunggu je kad aku k.
kalo xde aral, insyaAllah..=)

aishahumairah said...

nad..
maceh la wt ssh2 je tag kite..hihi
t kite wt ya..pjg gile tu resumenya..png jp..cm kna wt assgment plak..haha:p

nEd~Ya said...

aishahumairah
same2.
esemen dari teacher pearl ok. hehehe
resume yg sempoi tapi pjg lebar, haha