Tuesday, March 16, 2010

MaRaH BeNaR Si ANoN!!

salam to all..

ape pendapat kamu tentang komen2 ini?

anonymous 1 :

'apa plak kaitan uitm ngan politeknik....uitm khas utk bumiputra tp politeknik skang ni terbuka utk smua....lain kali baca dlu fakta sblum wat tuduhan...jgn menampakkan dri ko tu bodoh...'

'kalo da kurang kepandaian tuh, jgn main lepas cakap.. kan dah malu diri.. mak slalu pesan.. tuhan maha adil, die kasi manusia otak n haiwan otak.. tp yang membezakannye manusia n haiwan adalah akal die.. so, pk la sendiri.. kalo taktaw fakta, baik keep shut ur mouth.. '

anonymous 2 =


'jgn sesekali nk mengutuk ASB atau pn bank rakyat kalu ko xske...ckupla skadar ko ckp xske org malayu kaya dgn cara haram...jgn nk kaitkan dgn ASB atau bank rakyat '

'yang pemilik blog nih dah kaya ke.?? atau anda pn hanya berangan nk kaya..?? kata2 pujangga, impian tanpa harapan adalah sia2, harapan tanpa impian adalah suatu kebodohan.. kpd pemilik blog, pk la sendiri.. da besa kan..??'

anonymous 1 dan anonymous 2 adalah org yg same kalau tak silap sy..=)

ini komen sy selaku pembaca blog tersebut..tiada unsur menyebelahi sesiapa tetapi juga sekadar pandangan..

untuk komen 1

blog ni khas untuk semua. hak masing2 untuk memberi ape sahaja pandangan, pendapat atau ulasan. perlu ke menunggu kite pandai baru boleh menulis blog? org bodoh tiada hak bersuara? kadang2 kite baca blog org, jari dah menggigil2 nak drop komen tanda tak puas hati..sedarkah kite yg penulis blog mempunyai pandangan nye tersendiri, dan kdg2 kite pula yg tersalah tafsir hasil penulisannya. mungkin juga maksud sebenar penulis blog yg tak sampai dgn tepat kepda pembaca ekoran kurang bijak menyusun kata..ada anda terfikir?

analogi terhampir = 'aku sayangkan dia. syg sgt'

org mentafsirkan = 'ko tak boleh mcm ni, ko tunang org. tak wajar ko syg die'

sedangkan 'dia' tu mgkin juga seorang perempuan, mungkin sahabat lama, mgkin sesiapa sahaja.. cume ayat yg digunekan tdk sesuai dan besenye menggambarkan seorang lelaki.

buat si anonymous, mungkin penulis blog itu juga bermaksudkan sesuatu yg lain selain dr yg bermain di fikiran kamu..

komen 2 ;

dari entry yg sy baca, tak ade pula si penulis blog mengutuk ASB atau bank rakyat. cume ia dijadikan contoh. sebab rata2 org cina di malaysia memang tak berbuat demikian. itu kebenaran. kebenaran yg dijadikan cth oleh penulis blog. si anonymous bertanya adakah penulis blog sudah kaya.. dan ini soalan sy buat si anonymous pula. adakah jika si penulis blog sudah kaya maka penulisan sebegini dibenarkan? kalo miskin tak boleh mengkritik?

analogi terdekat = ini yg biasa ditutur oleh org melayu bila nampak seorang wanita seksi. 'kalau cantik tak pe jugak nak pakai mcm tu!!!' jadi persoalannya adakah kalau seorang wanita itu cantik maka dia dibenarkan berpakaian seksi???

sama kan?

sy juga punyai 1001 kelemahan. tapi setelah membaca komen2 sebegini, sy terfikir sejenak, mengapa melayu tidak maju. org berhak menulis selagi tak bertentangan dgn syarak, melanggar undang2 etc. dan anda juga berhak memberi komen, dan bukan perlu mengiakan setiap kata2. kite berhak bersuara. cume cara anda perlu diubahsuai supaya anda tidak dipandang rendah oleh org lain dan anda dpt mengkritik secara bijak. tapi jika anda boleh menggunakan agama dalam hujah anda seperti di atas, semua org juga boleh. Rasulullah dicerca di hina, tp Rasulullah tdk membalas dgn cara yg hina juga. malah dimuntahkan kata2 yg lembut dan menegur secara bijaksana. maka kite sebagai manusia juga perlu belajar kaedah membantah atau cara terbaik utk memberi komen jika kite tak setuju dgn pendapat seseorang. itu lebih mulia sy rasakan.

sy menegur diri sendiri khususnya dan umumnya buat anda semua..sy juga tanpa sedar kerap berkelakuan sebegini. jadi tak salah jika kite sama2 memperbaikinya kan..andai entry kali ini menyentuh hati sesiapa, sy mohon keampunan dan kemaafan. andai 1 hari nanti, sy juga bersikap berlawanan dgn apa yg sy katekan, silalah tegur sy ye. tq!

*kadang2 si anonymous adalah org yg kite kenali atau org yg tak puas hati dgn kite. tp x mampu bersua dan membidas di alam realiti, maka alam maya dijadikan landasan.

wallahua'lam.

7 comments:

Fathi Adha said...

kpd Anonymous:

Anonymous itu sendiri tidak berani meletak nama sendiri.

jika diri kita lbh baek dari org lain, sila kemukan pandangan (pemikiran) biarkan org lain menilai.

Anonymous said...

sebelum saya mengkritik, ingin juga saya memberi nasihat...erm penulis dengan pasti menyatakan 'tiada unsur menyebelahi sesiapa'sedangkan penulis adalah tunang kepada penulis blog yang di kritik oleh si anonymous,anonymous bukan saya ek, maka kita tidak boleh lari dari berpihak pada sebelah pihak, fitrah manusia yang allah ciptakan, ad hikmahnya allah berbuat begitu agar kita tidak keseorangan bila berdepan masalah hatta kita melakukan kesilapan, hebatkan allah ;-)...erm "analogi terhampir" kurang sesuai dengan contoh "orang mentafsirkan" tapi saya sangat suka dan setuju dengan kenyataan analogi terdekat...erm tunang cik mungkin sekali bersikap liberal kebelakangan ini, dengan penulisannya,mgkin si anon bukan saya ek sudah tidak tahan dan kehabisan idea untuk mengkritik jadi makian yang digunakan olehnya sebagai membidas penulisan yang tidak bermanfaat...kerana nabi pesan jgn kita membazir masa untuk perkara yang menyebabkan orang lain terkesan dengan perkara buruk saya memberi contoh adakah tema kedamaian sesuai dengan peletakan gambar salib?apa yang ingin disampaikan, contoh lain kita memberi hujah dan menyokong hujah kita dengan kitab genesis?ptt ker?erm kenyataan seorang professor dari international institute of islamic thought and civilization (istac) yang memberi gambaran tidak salah kita memajukan ketuanan melayu kerana dari situ kita melihatkan agama islam itu hebat kerana melayu itu islam seperti allah melantik nabi dari kaum quraisyh yang kita tahu sebagai bangsa yang menjadi ketuanan bangsa arab di mekah untuk menyebarkan islam...pelan tranformasi yang diusahakan oleh mohd azmi presiden teras pengupayaan melayu yang dengan jelas ingin sekali melihat melayu itu hebat kerana ia membawa mesej islam sekali dalam kehidupannya...mungkin tunang saudari terpengaruh dan terkesan dengan idea datuk seri anwar ibrahim dsai, untuk pengetahuan, beberapa buku yang diterbitkan oleh institut kajian dasar ikd sedang dalam usaha dr wan salim presiden persatuan ulama pulau pinang untuk diharamkan, beliau dalam usaha membawa buku2 tersebut untuk dibincangkan dalam majlis fatwa kebangsaan supaya difatwakan haram kerana kandungan buku tersebut yang bersifat liberal yang kini parah di indonesia dengan wujudnya kumpulan yang berpersatuan atas nama jaringan islam liberal yang ternyata sering mempertikaikan hukum allah seperti sister in islam di malaysia, ikd dipelopori oleh dsai,...bukan tidak boleh menulis tapi biar kita menulis mengikut kepakaran kita, jangan kita tidak pasti apa yang kita lakukan, kalo kita pakar elektronik kita tulis pasal tersebut supaya umat islam tidak tertipu, kn dakwah juga itu...nabi pesan jauhi perkara yang kita tidak pasti x caye dengar lagu mirwana tajuk inni akhafullah ngee kerana biar orang yang bidang itu membincangkan jika kita tidak pasti kita menyebut maka ia akan mendatangkan fitnah dan zaman fitnah adalah zaman kehanjuran dan kita perlu mengelakkannya semampu yang boleh pesan pensyarah ravi abdullah...kepada anon bukan saye ek, erm mgkin teguran anda tidak sesuai,em lebih manis jika kita berbincang, elak perbalahan cari titik persamaan tetapi letakkan islam dahulu jgn korbankan islam! saya syor tunang saudari jika minat politik melihat orang yang bercakap ada manfaat dan isi tidak hanya retorik dan nak sedap rakyatnya jer kerana bukan semua rakyat faham tentang islam masih ramai yang melayu tidak pandai mengaji...mungkin die boleh lihat tokoh seperti yb zulkifli nordin yang berprinsip zul4kulim.blogspot.com atau sesiapa sahaja yang berbicara secara ilmiah wallahualam untuk perhatian saya bukn org kulim dan saya tidak boleh mengundi beliau ngee salam

CikCik said...

bila menyebut TERAS a.k.a Azmi , sudah termaktub siapa anon ini dan mungkin anon lain ....

nEd~Ya said...

fathi adha
suke mengkritik tapi takut dkritik semula..maka lahirlah si anonymous.

cikcik
anon boleh jadi sesiapa sahaja. anon di blog2 anda adalah anon yg mengenali anda. percayalah.

Fathi Adha said...

ned-ya

dlu2 ada jugak kritikan "sopan" dlm blog sy..siap bagi hadis lagi.

so terima seadanya. :)

nEd~Ya said...

fathi
alhamdulillah, sy tak pernah lg terima komen2 'sopan' mcm tuh. tp sy gemar explore blog kawan2 dan komen2 utk mereka. bila sy dapati ade komen2 yg kurang manis, itulah yg sy ingin ketengahkan. di mana bahasa mereka???

nEd~Ya said...

fathi
bila dah diketengahkan isu ni, baru dapat komen2 pjg lebar seperti di ats. hehe.