Salam to all..
suatu mase dulu, mak pernah bercerita kisah seorang kwnnya yg kesedihan krn suaminya bermain kayu 15..huks..ade perempuan lainlah senang cerita..entah macam mana kwn mak aku ni berjumpa seseorang yg katenye pandai ilmu2 utk mengembalikan kasih suaminya..nak panggil bomoh ke dukun ke, pawang ke, aku pon tak pasti..
nak tahu apa yg bomoh/dukun/pawang ni mintak? 'sediakan seluar dalam suaminya'.. mm macam tak manis je..'seluar kecik suaminya'..heh! sopan sikit bunyi..:) kawan mak aku ni pon tunaikan..entah mentera apa dibacanya kat seluar kecik suaminya, suaminya memang patah balik & tinggalkan perempuan ketiga tersebut..
aku mula tanyakan pada mak apa kurgnya wanita tu..selekeh ke? gemuk ke? tak lembut ke? tak prihatin ke? tak pandai masak ke? mak kata orgnya lemah lembut lagi gemalai mcm sotong kurita, kurus je, cume prihatin ato bab2 masak, mak tak pasti..aku tanya plak, anak ramai ke? mak kata 3 org dan umur dekat2...mungkin setahun satu..
aku mula jd geram..kalo suaminya mula carik perempuan lain kerana keprihatinan & layanan isteri berkurang dek ank2 yg ramai dan usia yg dekat2, ini memang tdk adil!!!!!!!!!!!!!
mungkin salah isteri ada, tp salah suami juga ada..tak salah rasenye kalo beban menjaga ank dikongsi bersama2 dan lakukan perancangan keluarga supaya layanan isteri tak kurang.. ni tak!! ank2 sume bebankan kat isteri..die dok foya2..
then tiba2 tadi mak cerita, suaminya buat hal semula.. kali ni lebih teruk sbb dah mula sepak terajang isteri..kata mak, kawannya ni balik kampung utk lahirkan ank keempat..so habiskan masa pantang kat kampung tanpa kehadiran suami..kononnye kejelah kan..tp rupa2nya suami nya carik perempuan lain plak..dan sekarang kawan mak ni sedang failkan kes utk tuntut cerai coz tak tahan dipukul..sob2x..
apa yg boleh aku katakan, suaminya tak bertanggungjawap..isteri bertarung nyawa melahirkan zuriatmu..hadiahkanlah kesediaannya melahirkan anakmu dgn kesetiaan & penghargaan.. kalau tak suke isteri asyik mengulit anak yg ramai & masih kecil hingga terlupa pada layanan utkmu, lakukanlah perancangan..
dan yg lebih penting, even seluar kecik suami dah dimanderam, tapi suami kembali buat hal kan??.. ini sudah pasti, semua kuasa2 di dunia ini tdk berkesan tanpa keizinanNYA..kerana kuasa yg MAHA ESA tiada tandingannya..apa yg berlaku utk kali pertama dahulu (sehingga suami pulang ke pangkuan isteri dan tinggalkan perempuan ketiga) anggaplah berlaku secara kebetulan.. si isteri harus berfikiran pjg dan tak ambil jalan singkat dgn jumpa bomoh..nauzubillah..
Ana billah walillah ma'allah
wsalam
No comments:
Post a Comment