Thursday, November 18, 2010

CuTi-CuTi MaLaySia

salam to all..

kian serabut. persiapan kahwin yang agak slow pergerakannya. relax tak tentu pasal sampai segalanya masih tertangguh. sedangkan pihak lelaki dah 80% complete. pihak aku yang tinggal lebih kurang seminggu je masenya masih berdendang sayang. agak cuak di situ. bak kata mak 'sudahla awk tu jenis study last minute utk exam, persiapan kawin pun nak buat last minute ke?' hurm..tersenyum seketika..

untuk mengurangkan cuak di dada, aku belek2 folder gambar yg ada dalam simpanan. teringat pula percutian ku ke melaka dgn suami baru-baru ini. sangat-sangat best sebab dah lama tak ke melaka. dan kali ni dapat tgk pembaharuan melaka yg mencapai taraf negeri maju nya tahun 2010 ini. antara yg menarik dan baru (bagi aku lah) adalah menara taming sari dan river cruise. member aku org melaka pun tak sempat naik lagi. aku dah cuba..dengan bangganya aku bercerita kat dia. (",)

sebelum ke melaka aku ke segamat utk hadiri majlis kahwin kawan suami aku. memang jauh perjalanan, agak sengal-sengal otot duduk dalam kereta. tapi bak kata suami 'nama pun berjalan, pe de hal' (beliau memang kaki jalan) lagipon dia yg memandu. so aku tak boleh banyak bunyik. =)



lepas kenduri terus turun ke melaka. petangnya melawat kubu A Famosa. dan jalan-jalan sekitar bandaraya melaka sambil bergambar sakan.





Lepas maghrib, barulah kami merealisasikan tujuan utama percutian ini. menyusuri sungai melaka sambil menikmati keindahan senja di atas boat. ewah. =)




Antara bangunan di sekeliling sungai yg menarik muralnya.


dan kemudian naik menara taming sari. umpama naik komuter yg bergerak ke atas. mula-mula cuak juga tapi sangat best rupanya. Menara Taming Sari ni adalah menara pandang setinggi 110 meter. Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan.




dari atas.

dan sebelum berangkat balik ke JB (pulang ke maktab aku), sempat aku celebrate bufday suami. beliau nak makan nasi lemak antarabangsa kat melaka. yang kat KL tak nak. nak yang kat melaka katanya..




sebelum ke melaka, kami bercuti ke bukit fraser pahang, tapi tak ada bergambar pun. sadis2. sebab kami sampai ke sana malam, tak sesuai dah nak bergambar dalam hutan.

dan lepas ni aku cuti sebulan. yihaaa, nak sambung percutian kami. destinasi seterusnya yg telah dirancangkan adalah antara sarawak, langkawi, atau pangkor. mana 1 pilihan kalbu??

* salam aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat.

* dah abes belek gambar-gambar, serabut semula...huaaa
wassalam

Tuesday, November 16, 2010

PenGaLamAn TemudUga

salam to all..

sudah selamat berada di rumahku syurgaku dari jumaat lepas. suami ke JB hari khamis dan punggah segala barang. nak demam aku mengemas barang yang aku rasa muat 1 lori. disebabkan sebelum ni, aku dah bawa beransur2 naik bus, maka muatlah brg2 tersebut utk disumbat dalam 1 kereta.

selasa : tamat exam.
khamis : temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. (SPP).. temuduga kedua (yg rasmi) dalam hidup aku.

cuak bila berkongsi pengalaman temuduga SPP dengan teman-teman dan baca dari blog org2 yg dah ada pengalaman temuduga SPP. ada yg kene halau, ada yang gagap, ada yang berpeluh-peluh, ada yang kene perli...so malam khamis, memang tak boleh tidur. apa agaknya depa nak soal kat aku...

alhamdulillah, aku dah laluinya..menunggu keputusan sahaja kini. kalau lulus, posting lah aku januari ini. kalau tak lulus??? glurppp..

antara soalan2 cepu emas, perak dan gangsa mereka pada aku :
sebahagian soalan ditanya dalam bahasa inggeris & ada dalam bahasa melayu. agak pening kepala juga.

1) kamu bekas pelajar sek men seri garing rawang ke?

jwpn : ooo tidak. sek men keb rawang batu 16. (dalam hati : kenapa la tak minta aku introduce diri dulu ke, penat aku prepare ayat2 cinta nak introduce diri..haih!!)

2) sekolah tu banyak masalah disiplin, pernah keluar paper kan?

jwpn : masa saya dulu, tak ada masalah disiplin..(confirm je aku jawab)

3) kenapa tak ambil jurusan kejuruteraaan kimia?

jwpn : saya tak cukup bagus untuk itu plus tak minat. (terasa sedar diri dengan pantas tika ini)

4) ok..di luar negara seperti australia, toronto canada, UK, cara pembelajaran mereka berbeza. pelajar tidak merujuk buku dari kulit ke kulit dan belajar 24 hours dalam sesi pembelajaran mereka seperti pelajar kita, malah boleh buat camp fire, games dan macam-macam lagi. tapi di malaysia, kalau buat begitu, dah tentu-tentu buat pengetua menjerit minta guru bawa pelajar masuk ke kelas dan habiskan sillibus. apa pendapat kamu?

soalan nye aku dah ringkaskan. tapi tetap panjang kan..

jwpn : aku belasah teori konstruktivisme yg tak jadi amalan guru di malaysia dan malaysia lebih kepada exam oriented. merapu lebih kurang..ok la tuh.

5) pendapat kamu tentang disiplin pelajar kini?

jwpn : sangat teruk. (aku jawab panjang lah, tp main point nye 'teruk'..cuma ayat berlapik.. =) )

6) jika berlaku pergaduhan di luar makmal semasa pelajar menunggu kehadiran kamu masuk, apa tindakan kamu?

jwpn : masa soalan ni, aku tetiba blurrr... panjang giler aku merapu..dan at last aku jawab 'report to senior science teacher'.. giler ke hape??

7) kamu tahu tentang falsafah pendidikan kebangsaan? Pelan Induk Pembangunan Pendidikan? National key result areas? Standard Guru Malaysia?

jwpn : bolehlah..(dan teringat, masa interview kene confident walaupun tak tahu, mana boleh bagi jawapan macam tu)
terus aku jawab dengan yakin, ye saya tahu mengenainya..jangan lupa beri senyuman penuh yakin...;-)

8) jadi apa yang kamu tak tahu?

OMG, apa ke soalanya ni.. selepas berfikir seketika..aku jawab 'rasional pemansuahan UPSR dan PMR'

si penemuduga menerangka pada aku segalanya tentang pemansuhan tersebut. panjang lebar ceritanya. tika ini terasa akulah si penemuduga dan mereka yang ditemuduga. hebat!

9) selaku guru kimia, apa yang kamu tahu tentang DNA? contohnya DNA kes sosilawati.

jwpn : itu biologi tuan..saya kimia..(isk, apa ke bodohnya jawab macam tu. DNA tu libatkan kimia jugak...DNA ni stand for apa ye.. selalu ingat je. terbayang-bayang notes biologi masa kat matrix dulu. diobukleik acid?? deosibukleik acid?? ish peliknya.. kenapa boleh blur..)

untuk ayat selamat, 'ia penting untuk mengesan identiti individu. macam thumbprint. biasa diuji melalui darah, mani dan bla bla bla'. aku repekkan dengan yakin.

10) bagaimana menghadapi pelajar sekarang yang kalau kita lihat saiz mereka besar2 belaka berbanding guru-guru?

(perli aku ke hape ni??)
jwpn : saiz tubuh tak ada masalah. ada guru bertubuh besar tapi dibuli pelajar. jadi yang penting, ketegasan dan cara seorang guru tu melayan pelajarnya. jika dalam kelas, mereka adalah pelajar, di luar sekolah baru boleh jadi kawan. jangan campur aduk keduanya. ini penting bagi menjamin tahap respek mereka pada kita. dan bla bla bla..

terima kasih..

saat keluar dari bilik interview, tersebut keluar dari bibir ini 'Deoxyribonucleic acid'...
huaaaaa..sekarang baru nak keluar...nak ketuk kepala bertalu-talu dengan yakin juga..

wasslam..

Tuesday, November 9, 2010

CeRiTa BiaSa-BiAsa, JanJi UpDaTe!

salam..

yihaaaa...(baca dengan nada teruja habis)

cerita 1

Sangat-sangat lega apabila paper terakhir peperiksaan di maktab dah berakhir tadi. secara umumnya, aku dah habis belajar di sini. cuma nak tunggu tamat secara rasmi, kene lah tunggu hari graduasi ku nanti. insyaAllah bulan Mac 2011. sekalung tahniah buat diri sendiri sebab berjaya menamatkan satu pembelajaran penuh penyiksaan..berbeza dengan pembelajaran di sekolah, matrikulasi dan Universiti, pembelajaran di maktab jauh berbeza. jadual padat, disiplin tinggi, protokol hebat dan segala macam kecaman bila kami bergelar pelajar PPC. Apakah? carik sendiri.

di saat ada yg quit belajar sebab tekanan, ada yang hilang kewarasan mental (ni kes betul ni), ada yang pasif bertukar menjadi daring, ada yang mengandung dan terpaksa tangguh pengajian dan 1001 ujian di sini, aku dengan rendah hatinya bersyukur dgn sgt kerana tak terpilih untuk melalui ujian-ujian di atas. sungguh aku tak mampu. sekadar tekanan tu memang ada. cuma alhamdulillah, tamat dengan gembiranya hari ini. ada siapa-siapa mahu cuba jadi pelajar KPLI? anda akan rasa getirnya. tapi tak semua maktab begitu, mungkin maktab kami sahaja (Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggung Ibrahim, JB) kerana ingin mengekalkan ranking teratas. tapi tak apa, demi kerjaya dan masa depan. =)

cerita dua

bertemu rakan lama Miss Sherdila Baizura (roomate di matrikulasi perax) yang terpisah hampir 5 tahun. aku meminta alamat beliau untuk hantar kad kawen.

soalan beliau di facebook :
wah,congrats nad..adakah bf yg sama dlu atau yg br!!!! jeng jeng jeng

jawapan aku : ha..cube ko teka aku kawen ngan sape? hehehehe

jawapannya : hmm, rsnye ngan bf br kot..bf yg dlu dh lupe la nm die..tp yg pasti nm die pelik skit kan...ko kan dlu famous sbgai 'playgirl'..so ssh nk teka ni..hihihi..

(banyak shortform berikutan aku copy paste text beliau dari facebook)

*aku terguling-guling baca text beliau. tang 'playgirl' tu buat aku basuh kain sambil tersenyum. nama bf aku memang dianggap pelik oleh teman-teman di matriks dulu. Abu zar a.k.a kuzer. memang harus mereka lupa. itulah bf dulu dan suami aku kini. playgirl yg setia ku rasakan. =)

cerita 3

interview suruhanjaya perkhidmatan pelajaran (SPP) khamis ini. agak cuak di situ. walaupun dah merdeka kerana dah habis exam, boleh dikatekan kemerdekaan tersebut tersangkut gara-gara ada lagi 1 perjuangan perlu disempurnakan sebelum meninggalkan JB terus dan kembali ke pangkuan suami dan keluarga.. (jangan posting nanti ke JB sudah, dah kena kembali ke JB semula dengan muka seposen)

wassalam.

Wednesday, November 3, 2010

MaLaM Pra GraDuaN.

salam..

di malam pra graduan..

tema : formal.














11 november adalah hari terakhir di institut pendidikan guru kamus temenggung ibrahim...insyaAllah.

wassalam.

Tuesday, October 26, 2010

JaLaN-JaLan SeBeLum ExAm

salam to all..


minggu lepas aku sekali lagi tak balik ke rawang. 2 minggu berturut-turut nampaknya kali ini menghabiskan weekend di JB. kental bukan? cuma kali ini, suami aku dtg ke JB. Hari jumaat jam 1 pagi (dah kira hari sabtu lah) beliau bertolak, dan 3.45 pagi sampai ke larkin. giler laju bus nya. bikin hati ini risau. dengan kaedah pembelian tiket bus secara online yg begitu menyusahkan dan kemudian beliau berjalan kaki dari terminal larkin ke apartment aku pada jam 4 pagi. aku ulang, jalan kaki ye! lebih kental dari apa yang difikirkan.. alhamdulillah, beliau selamat sampai.

sabtu malam, kami ke pandan city.
Dinner di larkin, steamboat & bbq di sana.
tapi lupa nak ambil gambar. lepas jugak hajat aku nak bawa suami makan steamboat. lama dah aku janji nak bawa beliau makan steamboat di JB, memang sodappp. dan kali ni baru ada peluang..(",)

hari ahad, kami ke city square. dapat juga aku ke tempat makan kegemaran iaitu laksa shack dan secret recipe. laksa shack di mid valley dah tutup. huaaaa.


nasi beriyani ayam merah pilihan beliau

pilihan aku seperti biasa..asam laksa..

petangnya kami melawat zoo Johor dalam hujan..(begitu romantik sekali destinasi pilihan kami ye..=)



burung flamingo berkaki pink..

antara haiwan yg mendapat perhatian aku..sebab bulunya boleh tahan pelik. lebat giler macam rambut manusia yg panjang dan kusut.

ni ape ha?

beliau dalam hujan.

mdm pearl. =)

us at zoo JB.

* exam...exam..pening..pengsan..(tapi masih sempat berfoya-foya nampaknya) =)

Friday, October 22, 2010

WaRNiNg RiNgKaS

To : Azam Sahri..

Aku guna kekerasan kerana menaip namamu di sini.

ko mane? aku kira sampai 3 (maksudnya aku bagi 3hari) utk ko memunculkan diri. (maksudnya bukan depan aku, aku takut terpengsan pulak nanti), tapi kat alam maya ni. ni warning aku 2nd last. ingat!

*aku kurang gemar main hide & seek dalam keadaan2 mendebarkan ni.

yang benar
Pearl-Nedya

Thursday, October 21, 2010

PeNGanTin PPC 2010

salam to all..

time to bermalas-malasan di hadapan lappy..sambil mengexplore gambar teman-teman semaktab di facebook. kami menghampiri peperiksaan dan cuti panjang yang di tunggu-tunggu.. yeahhhh!!!

bila di belek-belek, baru aku sedar ramai juga rakan sekelas aku yang dah bergelar puan. semuanya mengakhiri zaman bujang tahun 2010 ni.

ha, ni semua classmates aku dan pasangan masing-masing..

pengantin March 2010

1) Hazirah & Izzuan (dua-dua classmates aku). tema : purple dan 1 lagi tak dapat di kenalpasti.


2) Saraswathy (classmate) dan suami (tak ingat nama la plak!). tema : pink dan merah




pengantin Jun 2010

3) Ayu (classmate) dan Azlan.. (ayu is my housemate now). Tema : hijau dan gold.


Gambar pada malam berinai.

4) Dayang (classmate) dan Ijoy. Tema : Purple dan gold.




5) Wanie (classmate) dan Syam..mereka dah bernikah pada disember 2009 lagi, tapi aku kire pengantin 2010 juga lah sebab resepsinya dibuat pada jun tahun ni. Tema : Biru dan merah. pink kat bawah ni pada malam berinai sebenarnya.



pengantin September 2010

6) Sarah (classmate) dan Ilham. Tema : merah dan pink.



= Dua tema bagi setiap pasangan di atas bermaksud tema di kedua-dua belah pihak.

dan aku juga bernikah pada september baru ini, tapi aku consider diriku as pengantin november lah ye mengikut bulan majlis resepsi aku nanti. insyaAllah.. merangkap pengantin penutup tirai tahun ini..tema perkahwinan aku juga tidak lagi digunapakai oleh mana-mana pengantin di atas. (",)..

*Tema aku pada mulanya biru turqoise & pink pekat. tapi ditukar ke ungu & putih... tapi since nikah dah pakai putih dan tunang dulu dah pakai ungu, so tak jadi jugak. nak merasa warna-warna lain lah pula kan..baru meriah.

*kad kawen aku warna biru, so ramai ingat temanya biru. Coz ramai pengantin sekarang guna 1 tema untuk semua termasuk kad kawen, pelamin, khemah, pakaian dll.....tapi aku tak buat begitu. pelik2 sikit pengantin november ini. (InsyaAllah)



* ke ade lagi coursemate aku yang akan jadi pengantin disember 2010???

wassalam.

Tuesday, October 19, 2010

DiNnEr IPG~

salam to all..

esok tiada kelas. hurm, ape agaknya yang boleh di buat bagi mengisi masa ye? gaya soalan aku, macam memang tiada kerja yang boleh di buat, padahal exam dah sangat hampir. dan segala buku & nota yang dah dikeluarkan sedang beratur menunggu turn untuk diselak dan dibaca oleh tuannya ni. haihhh!! kemanakah semangat seorang wirawati keluaran UKM ini agaknye ye..(",)

ok. baru-baru ni, di maktab aku ada dinner yang diorganize khas untuk pelajar2 sains yang akan grad tahun hadapan. (insyaAllah pada march 2011). maka, akulah antara insan-insan bertuah yang memeriahkan dinner tersebut. terasa excited pula bila memikirkan diri ini akan melalui saat manis konvokesyen untuk kali yang kedua tak lama lagi (jika dipanjangkan usia. mudah-mudahan).

agak-agaknya ada tak konvokesyen kali ke-3 utk aku? wahh..;-) walaubagaimanapun, aku harus menunggu suami grad kali ke-2 dahulu baru aku proceed ke niat murni tersebut. (malas belajar tapi ada hati nak grad utk kali ke-3 ye dik oi) beranganlah ko pearl...;-)

~~~~ sekitar dinner..

sekali tengok, macam tudung atap genting dah.. tapi bukan rupenyer..

dengan shariana. bunga kertas atas kepala tu saje pinjam sekejap kat model belantara (flora) pada malam dinner tersebut..;p


suku dari coursemates.

gambar kecik2 dah la ye. (",)

*IPG = Institut Pendidikan Guru.

wassalam

Monday, October 18, 2010

RaJiN BeTuL MenGuPdaTe!

salam to all.

update lagi. phewwww..~ semester yang best kali ini kerana kurang kelas dan kurang kerja. lepaking & relaxing habis. tu yang nampaknya mengupdate blog begitu bersungguh-sungguh kebelakangan ini. kalah kesungguhan aku menghadap buku bagi menghadapi peperiksaan. =( sayu dan insaf di situ...

ok. award kedua bulan ini. dan kalau tak silap aku, award kedua dalam tahun ini. =)

diberi oleh cik aishahumairah juga. beliau memahami kebosanan aku. lantas meng'award' & menge'tag' aku lagi utk kali ini. terima kasih daun keladi ye. ada award & tag, boleh beri lagi. (",)


inilah awardnye. 'you are the best' tu memang tak tahan. i loikeeee...=) tq aisha.

dan ini soalan2 yg mengiringi award ini. kire tag sekali lah kan.

1) write 5 interesting facts about the person who gave you this award?

- 1. beliau merupakan kenalan saya semenjak tahun 1 di UKM lagi.
-2. orang Johor.
-3. masih di UKM menyambung master. waaaa, seronok. jeles betol. =)
-4. kening lebat & cute orangnya.
-5. peramah & ada sense of humors.

2) write down 10 interesting facts about yourself and your hobby?

-1. Masih seorang pelajar dan sedang gigih menghabiskan semester akhir di IPG Kampus Temenggung Ibrahim JB.
-2. Sudah bergelar isteri kira-kira sebulan yang lalu.
-3. Penggemar semua jenis beg dan kasut.
-4. Sukakan muzik yang mendamaikan.
-5. Laksa shack adalah tempat makan kegemaran.
-6. Suka warna putih, brown, purple & peach
-7. Suka menyanyi dan menari. (tapi now husband pantau. so slow sikit..;-))
-8. Pengumpul syiling 50sen.
-9. Penangis yang agak tegar.
-10. Kalau pergi secret recipe, mesti pilih chocolate indulgence & new york cheese. yummmyy..~

3) pick your most 10 deserving recipients and describe them?

-1. Abuzar : si suami yang dikenali hampir 10 tahun dahulu.
-2. Nazry Iskandar : Kawan sekelas di sekolah menengah.
-3. Farhana Abu Bakar : Belajar sama di UKM, sama juga kolej penginapan dan 1 matriks tanpa disedari. =)
-4. Ms. Happy : 1 flatelet di UKM. =)

Wassalam.

Sunday, October 17, 2010

SeTeLah SekIaN LaMa TaNpA TaG & AwaRd

salam to all..

kebosanan di hari minggu. dengan tegar tidak mahu balik ke rawang kunun-kununnya nak mulakan usaha study untuk peperiksaan. Peperiksaan yang akan bermula pada bila-bila masa sahaja, mengikut suka hati mereka. (mereka = unit peperiksaan maktab) . minggu depan pula, kelas mungkin sampai rabu/khamis je. jadi kebarangkalian untuk balik ke rumah tercinta sangat tinggi coz ade 4/5 hari free. takut mati kebosanan pula di sini. ~

oh ye, tujuan utama update hari ini adalah untuk memaparkan award ini..taraaaaa....



Award dari aishahumairah. tengs a lot aisha. ;-)

award ini diiringi dengan beberapa soalan..apekah?

1. Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?

ooo, begitu banyak perkara. Antaranya :

1. peperiksaan tak lama lagi
2. makanan yang akan dibeli di pasar malam kejap lagi.
3. apa yang nak di studykan malam ini.
4. persediaan kenduri kahwin yang aku tangguh sampai hari ini. (mak + mak mertua dah start berzikir2 manja di telinga aku)

2. Apakah nama samaran you all?

begitu banyak juge. (tak ada yang sikit~).

1. nad
2. nadia
3. nurul
4. pearl
5. ned

Kelima2 nick name dipanggil oleh kawan2 dan sanak saudara. tak termasuk keluarga dan suami ye.

3. Berikan nama 3 orang yang you all sayang?

tiga je? terlalu ramai juga yg aku syg. oklah, kali ni aku tepati kehendak soalan.

1- En. abuzar (suami)
2- En. Abu Bakar (ayahanda)
3- Pn. Salbiah (bonda)

4. Panggilan untuk si dia?

si dia ni aku tak pasti siapa. so aku anggapkan 'dia' ni seseorang yang istimewa lah ye. suami aku boleh?

banyak jugak panggilan utk dia.

1. abg
2. syg
3. hubby
4. darl
5. zar
6. diva (@_@)

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?

Pakej honeymoon ke serata negeri di semenanjung malaysia. boleh?
so far dah ke pahang dan melaka je. kalau boleh nak pergi semua tempat sekali gus, tapi cuti tak ada. perlu sedar ye, aku masih seorang pelajar. jadi, dalam sebulan baru dapat cover 2 tempat. (baru kawen sebulan je pon kan)

bulan 12 ni aku cuti sebulan, nak cover lagi 9 negeri ye. jadi kesimpulannya hadiah yg aku impikan adalah pakej percutian ke 9 negeri tersebut... ;-)

6.Blog mana yang you all suka visit?

banyak jugak. tak tersenarai dibuatnya. tapi since link2 ke blog blogger dah terhilang di sebabkan aku menukar layout suatu ketika dahulu, tak dapat dah aku mengusha blog2 blogger. kalau ada yg drop komen, baru aku membalas lawatan kalian. biasalah, tak ingat url blogger. terlalu banyak..;-)

7. Tag kan 15blogger you all?

1-abuzar si cekodoksedap
2-farhana eksperesi diriku

dan semua blogger yg nak buat tag & award ini. silakan. jangan segan silu. apa lagi malu2..

wassalam.