Showing posts with label exam adalah saat2 yg melecehkan. Show all posts
Showing posts with label exam adalah saat2 yg melecehkan. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

CeRiTa BiaSa-BiAsa, JanJi UpDaTe!

salam..

yihaaaa...(baca dengan nada teruja habis)

cerita 1

Sangat-sangat lega apabila paper terakhir peperiksaan di maktab dah berakhir tadi. secara umumnya, aku dah habis belajar di sini. cuma nak tunggu tamat secara rasmi, kene lah tunggu hari graduasi ku nanti. insyaAllah bulan Mac 2011. sekalung tahniah buat diri sendiri sebab berjaya menamatkan satu pembelajaran penuh penyiksaan..berbeza dengan pembelajaran di sekolah, matrikulasi dan Universiti, pembelajaran di maktab jauh berbeza. jadual padat, disiplin tinggi, protokol hebat dan segala macam kecaman bila kami bergelar pelajar PPC. Apakah? carik sendiri.

di saat ada yg quit belajar sebab tekanan, ada yang hilang kewarasan mental (ni kes betul ni), ada yang pasif bertukar menjadi daring, ada yang mengandung dan terpaksa tangguh pengajian dan 1001 ujian di sini, aku dengan rendah hatinya bersyukur dgn sgt kerana tak terpilih untuk melalui ujian-ujian di atas. sungguh aku tak mampu. sekadar tekanan tu memang ada. cuma alhamdulillah, tamat dengan gembiranya hari ini. ada siapa-siapa mahu cuba jadi pelajar KPLI? anda akan rasa getirnya. tapi tak semua maktab begitu, mungkin maktab kami sahaja (Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggung Ibrahim, JB) kerana ingin mengekalkan ranking teratas. tapi tak apa, demi kerjaya dan masa depan. =)

cerita dua

bertemu rakan lama Miss Sherdila Baizura (roomate di matrikulasi perax) yang terpisah hampir 5 tahun. aku meminta alamat beliau untuk hantar kad kawen.

soalan beliau di facebook :
wah,congrats nad..adakah bf yg sama dlu atau yg br!!!! jeng jeng jeng

jawapan aku : ha..cube ko teka aku kawen ngan sape? hehehehe

jawapannya : hmm, rsnye ngan bf br kot..bf yg dlu dh lupe la nm die..tp yg pasti nm die pelik skit kan...ko kan dlu famous sbgai 'playgirl'..so ssh nk teka ni..hihihi..

(banyak shortform berikutan aku copy paste text beliau dari facebook)

*aku terguling-guling baca text beliau. tang 'playgirl' tu buat aku basuh kain sambil tersenyum. nama bf aku memang dianggap pelik oleh teman-teman di matriks dulu. Abu zar a.k.a kuzer. memang harus mereka lupa. itulah bf dulu dan suami aku kini. playgirl yg setia ku rasakan. =)

cerita 3

interview suruhanjaya perkhidmatan pelajaran (SPP) khamis ini. agak cuak di situ. walaupun dah merdeka kerana dah habis exam, boleh dikatekan kemerdekaan tersebut tersangkut gara-gara ada lagi 1 perjuangan perlu disempurnakan sebelum meninggalkan JB terus dan kembali ke pangkuan suami dan keluarga.. (jangan posting nanti ke JB sudah, dah kena kembali ke JB semula dengan muka seposen)

wassalam.

Thursday, June 11, 2009

TanGiS SYuKuR

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..salah 1 tarikh yang sy tunggu tiba juge akhirnyer.. tarikh yg akan tentukan samada sy grad tahun ni atau tahun depan..huhu..

nmpknya mimpi ngeri itu tak benar secara total..sy bakal bergraduasi bulan 8 ini..:)
syukran jazillan..

p/s : hilang segala duka semalam. duka yg menyebabkan sy menyesali setiap genetik yg diturunkan pada diri ini..

ana billah walillah ma'allah
wsalam.



Monday, April 20, 2009

BuATmU TemAn

Assalamualaikum..

hurm, beberapa hari tak boleh online kat bilik. sangatlah buhsan. so bila tak dapat ngadap laptop, adalah paling afdal, aku gantikannya dgn mengulit mimpi2 indah di siang hari. tido..tido.. dan tido..tgh study leave, tapi keinsafan masih kurang..uiks..risau exam..tesisnye lagi.. lintang pukang seketika jadual kehidupan yg aku lalui..sadis..


aku tau semua tgh dilanda demam exam..so di kesempatan ini..


sy Nadiah Abu Bakar @ pearlned~ya :



1) nak mohom maaf pada sume especially teman2 1 course. cam tu gak buat kawan2 yg mengenali aku..yg rapat, yg baru nak rapat, yg tak rapat langsung, yg tahu nama tapi tak pernah tegur, yang pernah bergelak ketawa bersama tapi still tak ingat nama, yg sekuliah, budak kuliah sebelah, tak lupe bloggers & silent readers & semua2 lah kan..Pasti aku ader tersalah kata, terkasar bahasa, terjeling pada bila2 masa, terhambar tak tentu pasal, terpukul, tersentuh,terganggu atau semua yg buat kalian terasa, marah atau sakit hati ngan aku...Aku mintak maaf sgt2 utk semua kesalahan tu tak kira aku lakukan masa sedar, tak sedar, sengaja atau tak sengaja..


2) Terima kasih untuk semua..terutama perkongsian ilmu,atau semua yg baik2 la.. Halalkan apa yg patut..agak2 tak patut tuh, mai la jumpa aku..kot aku ader terhutang dgn kamu ke kan..

3) Doakan kejayaan kita bersama..bukan aje dalam perjuangan ilmu terutama dalam final exam ni, tapi meliputi semua bidang(selagi ia baik dan halal)

p/s : Selamat menduduki peperiksaan akhir kpd semua.. terutama warga ukm..~

***tak sabar nak grad..nak masuk alam baru..alam kerjaya..tak pun alam rumah tangga huhu..ececeh..banyak lg tangga ilmu yg perlu didaki..harapan ayah perlu dilaksana..moga dipermudah segala urusan..amin...

Ana billah walillah maallah.
wsalam.

Thursday, March 5, 2009

BeBeLaN

Assalamualaikum..


midsem exam dah abes..sangatlah indah idup ni..hehe.. yg peliknyer, mata ni hilang ngantuk, hilang nafsu nak berfoya2..huks..kalau time exam tuh, ngantuk tahap gaban..cam org hisap candu.. teringat malam selepas habis exam instumentasi kimia ii, balik tuh berkobar2 nak study organologam..tapi sampai bilik, pas settle pe patut, terus tidur.. soknyer la kunun nak study.. struggle sehari utk exam..gap pun sehari je.. tapi memag xde semangat langsung. sehari tu bantai tidur je.. bangun pun hanya untuk makan, solat, mandi & ngadap laptop.. sangatlah aku rajin..


pagi rabu lepas subuh, br aku mula dgn 18rules..padahal malam kang nak exam dah..org lain dah mantap dah setakat bab 1.. aku dok terhegeh2..nyesal tol membuang masa..tp ape bley wat.. balik je kelas,terus sambung study 18 rules & belek2 bab2 seterusnya.. nak hafal?? tak dela gamaknya, memang x sempat.. aku plak dikurniakan tahap gelabah yg tinggi tika ini.. tapi wat cool je.. so study slow2..macam dah terer bab2 belakang tuh..silalah jeles..awww..


dalam kul 6 aku stop, mestila masa utk makan.. hihi.. pas mgrb pergi exam.. sangatlah aku tawakkal..(usaha tak seindah mana).. nak kuatkan langkah kaki, bibir ni mulalah berzikir 'ala, sejam je.. die soal yg depan2 je tuh..' (yela, baca pun bab 1 & 2 je).. so muke pon nmpk cool..sekali sekala lompat2 sikit, nak cover gemuruh yg menyerang selain xde persediaan yg rapi.. walhal, dalam hati zikir lain yg keluar 'apa nak jawap nie..takut seyh..'..


itulah aku..sem ni memang kelam kabut jadual study aku..nasib soalan exam pun x keluar yg bab2 belakang..hihi..kalau tak, leh masuk icu agaknya..apa yg ada, aku bantai seadanya.. haha..


di kesempatan ni, aku nak wish hepi bufday kat nurul rohaliani @ azroha. :) yg ke 12 tahun..eh2 silap..dah 22tahun rupenyer..ngheee.. moga ko bahagia selaloo lah cam aku..ekeke..


gaya macho roha..:)



ana billah walillah ma'allah..
wsalam..