sudah selamat berada di rumahku syurgaku dari jumaat lepas. suami ke JB hari khamis dan punggah segala barang. nak demam aku mengemas barang yang aku rasa muat 1 lori. disebabkan sebelum ni, aku dah bawa beransur2 naik bus, maka muatlah brg2 tersebut utk disumbat dalam 1 kereta.
selasa : tamat exam.
khamis : temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. (SPP).. temuduga kedua (yg rasmi) dalam hidup aku.
cuak bila berkongsi pengalaman temuduga SPP dengan teman-teman dan baca dari blog org2 yg dah ada pengalaman temuduga SPP. ada yg kene halau, ada yang gagap, ada yang berpeluh-peluh, ada yang kene perli...so malam khamis, memang tak boleh tidur. apa agaknya depa nak soal kat aku...
alhamdulillah, aku dah laluinya..menunggu keputusan sahaja kini. kalau lulus, posting lah aku januari ini. kalau tak lulus??? glurppp..
antara soalan2 cepu emas, perak dan gangsa mereka pada aku :
sebahagian soalan ditanya dalam bahasa inggeris & ada dalam bahasa melayu. agak pening kepala juga.
1) kamu bekas pelajar sek men seri garing rawang ke?
jwpn : ooo tidak. sek men keb rawang batu 16. (dalam hati : kenapa la tak minta aku introduce diri dulu ke, penat aku prepare ayat2 cinta nak introduce diri..haih!!)
2) sekolah tu banyak masalah disiplin, pernah keluar paper kan?
jwpn : masa saya dulu, tak ada masalah disiplin..(confirm je aku jawab)
3) kenapa tak ambil jurusan kejuruteraaan kimia?
jwpn : saya tak cukup bagus untuk itu plus tak minat. (terasa sedar diri dengan pantas tika ini)
4) ok..di luar negara seperti australia, toronto canada, UK, cara pembelajaran mereka berbeza. pelajar tidak merujuk buku dari kulit ke kulit dan belajar 24 hours dalam sesi pembelajaran mereka seperti pelajar kita, malah boleh buat camp fire, games dan macam-macam lagi. tapi di malaysia, kalau buat begitu, dah tentu-tentu buat pengetua menjerit minta guru bawa pelajar masuk ke kelas dan habiskan sillibus. apa pendapat kamu?
soalan nye aku dah ringkaskan. tapi tetap panjang kan..
jwpn : aku belasah teori konstruktivisme yg tak jadi amalan guru di malaysia dan malaysia lebih kepada exam oriented. merapu lebih kurang..ok la tuh.
5) pendapat kamu tentang disiplin pelajar kini?
jwpn : sangat teruk. (aku jawab panjang lah, tp main point nye 'teruk'..cuma ayat berlapik.. =) )
6) jika berlaku pergaduhan di luar makmal semasa pelajar menunggu kehadiran kamu masuk, apa tindakan kamu?
jwpn : masa soalan ni, aku tetiba blurrr... panjang giler aku merapu..dan at last aku jawab 'report to senior science teacher'.. giler ke hape??
7) kamu tahu tentang falsafah pendidikan kebangsaan? Pelan Induk Pembangunan Pendidikan? National key result areas? Standard Guru Malaysia?
jwpn : bolehlah..(dan teringat, masa interview kene confident walaupun tak tahu, mana boleh bagi jawapan macam tu)
terus aku jawab dengan yakin, ye saya tahu mengenainya..jangan lupa beri senyuman penuh yakin...;-)
8) jadi apa yang kamu tak tahu?
OMG, apa ke soalanya ni.. selepas berfikir seketika..aku jawab 'rasional pemansuahan UPSR dan PMR'
si penemuduga menerangka pada aku segalanya tentang pemansuhan tersebut. panjang lebar ceritanya. tika ini terasa akulah si penemuduga dan mereka yang ditemuduga. hebat!
9) selaku guru kimia, apa yang kamu tahu tentang DNA? contohnya DNA kes sosilawati.
jwpn : itu biologi tuan..saya kimia..(isk, apa ke bodohnya jawab macam tu. DNA tu libatkan kimia jugak...DNA ni stand for apa ye.. selalu ingat je. terbayang-bayang notes biologi masa kat matrix dulu. diobukleik acid?? deosibukleik acid?? ish peliknya.. kenapa boleh blur..)
untuk ayat selamat, 'ia penting untuk mengesan identiti individu. macam thumbprint. biasa diuji melalui darah, mani dan bla bla bla'. aku repekkan dengan yakin.
10) bagaimana menghadapi pelajar sekarang yang kalau kita lihat saiz mereka besar2 belaka berbanding guru-guru?
(perli aku ke hape ni??)
jwpn : saiz tubuh tak ada masalah. ada guru bertubuh besar tapi dibuli pelajar. jadi yang penting, ketegasan dan cara seorang guru tu melayan pelajarnya. jika dalam kelas, mereka adalah pelajar, di luar sekolah baru boleh jadi kawan. jangan campur aduk keduanya. ini penting bagi menjamin tahap respek mereka pada kita. dan bla bla bla..
terima kasih..
saat keluar dari bilik interview, tersebut keluar dari bibir ini 'Deoxyribonucleic acid'...
huaaaaa..sekarang baru nak keluar...nak ketuk kepala bertalu-talu dengan yakin juga..
wasslam..
6 comments:
soklan power sgt tu..tapi anda jawap dgn confident..good..=)
nad, mmg power punye soklan, tapi klu nad yg menjawab, insyaAllah boleh.. good luck nad =))
berani dia cakap sekolah kita byk masalah disiplin???
Ya..keyakinan itu penting cikgu..
Insyaallah boleh punya.
Dah dapat posting, jgn lupa khabarkan ya =)
merahitujambu
soklan di luar jangkaan. huhu..
confident di luar je, dlm hati mahu luruh jantung. hehehe..
intanhafizah
haha. nad goreng2 je. cuak gak sbnrnye..ade mase smpai gagap, ilang idea + blurr. haha.
tq..doakan nad.=)
nazry :
tau xpe. dgn yakin kte jawab xde masalah. (memang byk kan??? glurppp)
ana
insyaAllah. hrp2 lulus la kan. xmo di interview utk kali kedua. huaaaa..
ok. akan dikhabarkan..;-)tq,,
Post a Comment