Thursday, November 18, 2010

CuTi-CuTi MaLaySia

salam to all..

kian serabut. persiapan kahwin yang agak slow pergerakannya. relax tak tentu pasal sampai segalanya masih tertangguh. sedangkan pihak lelaki dah 80% complete. pihak aku yang tinggal lebih kurang seminggu je masenya masih berdendang sayang. agak cuak di situ. bak kata mak 'sudahla awk tu jenis study last minute utk exam, persiapan kawin pun nak buat last minute ke?' hurm..tersenyum seketika..

untuk mengurangkan cuak di dada, aku belek2 folder gambar yg ada dalam simpanan. teringat pula percutian ku ke melaka dgn suami baru-baru ini. sangat-sangat best sebab dah lama tak ke melaka. dan kali ni dapat tgk pembaharuan melaka yg mencapai taraf negeri maju nya tahun 2010 ini. antara yg menarik dan baru (bagi aku lah) adalah menara taming sari dan river cruise. member aku org melaka pun tak sempat naik lagi. aku dah cuba..dengan bangganya aku bercerita kat dia. (",)

sebelum ke melaka aku ke segamat utk hadiri majlis kahwin kawan suami aku. memang jauh perjalanan, agak sengal-sengal otot duduk dalam kereta. tapi bak kata suami 'nama pun berjalan, pe de hal' (beliau memang kaki jalan) lagipon dia yg memandu. so aku tak boleh banyak bunyik. =)



lepas kenduri terus turun ke melaka. petangnya melawat kubu A Famosa. dan jalan-jalan sekitar bandaraya melaka sambil bergambar sakan.





Lepas maghrib, barulah kami merealisasikan tujuan utama percutian ini. menyusuri sungai melaka sambil menikmati keindahan senja di atas boat. ewah. =)




Antara bangunan di sekeliling sungai yg menarik muralnya.


dan kemudian naik menara taming sari. umpama naik komuter yg bergerak ke atas. mula-mula cuak juga tapi sangat best rupanya. Menara Taming Sari ni adalah menara pandang setinggi 110 meter. Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan.




dari atas.

dan sebelum berangkat balik ke JB (pulang ke maktab aku), sempat aku celebrate bufday suami. beliau nak makan nasi lemak antarabangsa kat melaka. yang kat KL tak nak. nak yang kat melaka katanya..




sebelum ke melaka, kami bercuti ke bukit fraser pahang, tapi tak ada bergambar pun. sadis2. sebab kami sampai ke sana malam, tak sesuai dah nak bergambar dalam hutan.

dan lepas ni aku cuti sebulan. yihaaa, nak sambung percutian kami. destinasi seterusnya yg telah dirancangkan adalah antara sarawak, langkawi, atau pangkor. mana 1 pilihan kalbu??

* salam aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat.

* dah abes belek gambar-gambar, serabut semula...huaaa
wassalam

2 comments:

Nazry Iskandar said...

wah!!! sama la, ngedate kat melaka. :P

nEd~Ya said...

nazry
hehe..pilihan yg tepat! =)