Monday, April 4, 2011

USOP WILCHA..

salam to all

cerita 1

sudah kembali ke sungai dorani. cuti hujung minggu sekejap je rasa. sangat tak puas hati.!! bila cuti, langsung tak ingat & tak buka kerja-kerja di sekolah. mula je isnin, kelam kabut dengan segala macam tuntutan. but as usual, im cool. *ye ke??

semalam sepatutnya gerak ke sungai dorani dari rawang pada jam 3 petang. tapi lepas makan je, tak lalu nak drive. mengantuk oke. maka lepas asar baru bertolak. disebabkan semua guru2 seperjuangan, suami & keluarga tersayang menegah aku drive sorang2 lalu jalan bestari jaya yg sunyi lagi bahaya, maka suami terpaksa excort aku dengan motornya dari belakang sampai ke simpang jalan raja musa. jalan raja musa bahaya jugak tapi tak lah sesunyi jalan bestari jaya. mulanya suami nak excort sampai tanjung karang, tapi tak sampai hati pulak aku tengok dia bawak motor besar tapi follow kereta aku yang tak boleh nak laju..jammed dengan deretan kereta yang banyak di petang ahad. maka, lepas bestari jaya pun jadilah...maghrib je, aku pun tiba di sungai dorani...

hari ni je, kusut dengan segala macam kerja kat sekolah. modul pembangunan guru barulah, PEKA pelajar2 aku & dokumentasi yang tak siap-siap. siapa nak tolong?? aku kasi upah? *kepala aku pun macam dah mantong.

cerita 2

ke Sogo sabtu baru-baru ini, sempat merembat 2 pasang kasut. terima kasih incik lim eng leong...;-) *owh, silalah berkurang obsesi terhadap kasut ini. nasib tak pergi bahagian handbag.!

cerita 3

minggu lepas, sangat stress dengan tuntutan kerja yang melambak. secara realitinya, aku adalah personal yang boleh tahan dengan beban kerja yang agak banyak. *merungut tu biasalah tapi boleh teruskan kerja. dan aku tak suka menangguh kerja. disiplin kerja kene tinggi tak kira masa belajar dulu atau dah kerja kini. tapi bila kerja2 aku bersangkutan dengan orang lain, dan orang tersebut sangat lemah gemalai bila buat kerja plus suka tangguh2 kerja plus tak ada usaha untuk siapkan kerja dan itu semua memberi kesan kepada kerja aku, aku sangat tak boleh tahan. kerana orang seperti ini, aku yang tak boleh siap kerja. owh sangat tak puas hati..

maka, balik kerja menangis macam orang hilang anak.

jawapan suami ' dari bercinta dulu, sampai dah kawen..dari belajar kat utara dulu (gopeng) sampai belajar kat selatan (Johor), sy dengar tangisan awak. sekarang dah kerja pun menangis??? '

bila fikir2, sangat kelakar pula. (*_*) *aku ni memang penangis tegar. haishhh! suami lah tempat kesat air mata. huuuu..

moral of da story: 'dalam hidup ni, macam-macam ragam manusia kita akan jumpa. kalau semua org macam kita, senang lah kan. tapi Allah temukan kita dengan mereka-mereka yang lain dengan kita. supaya kita belajar apa itu sabar...' wallahualam.

usop wilcha? tak ada kene mengena dengan entry ini. tapi beliau sangat kelakar. '''kite bako je'....(^_^)

sekian.

No comments: