semenjak bekerjaya ni *chewah, masa untuk tidur terpaksa dikorbankan dengan paksa rela.
masuk kerja 7.30, habis kerja 5 petang. *ingat cikgu sekarang macam dulu ke balik pukul 1.10? huhh!! kadang-kadang dapatlah balik pukul 3 ke, 4 ke, tapi beban kerja yang dibawa balik rumah memang tak boleh blah. bersekang mata siapkan kerja sampai 3 pagi. ;(
bila jumaat tiba, baru lah hati gumbira. sebab nak balik. drive pun macam orang gila. tersengguk-sengguk menahan ngantuk. tangan kat stereng pun boleh terlepas. *memang gila ah. tak pernah mengantuk sampai effect memandu. hasishhh..
makanya sampai rumah, segala kerja sekolah tak disentuh langsung. kerjanya asyik keluar dengan suami. makan selagi benda yang diidamkan selama seminggu.. biasalah kat sungai besar ni McD pun tak ada, apa lagi secret recipe atau pizza. so sabtu je, suami akan bawa keluar makan selagi apa yang dihajatkan...
lepas subuh selalunya tak dapat tidur balik, so weekend je lah nak qada' tidur. masa tak kerja dulu, suami je tidur lepas subuh sebab penat kerja. ni aku dah kerja, aku pulak yang lebih. sampai sabtu lepas bantai tidur lepas subuh, terbangun pukul 9 lebih. suami siap dah masak air, beli nasi lemak dan menyapu. aduhai..maaf lah suami, isterimu sangat penat..;(
Alhamdulillah beliau sangat memahami..
hajat kami nak duduk di luar rawang tak kesampaian buat masa ini lantaran aku mengajar di sungai dorani. jadi kami menyewa di rawang jugak. minggu lepas, barulah dapat beli perkakas rumah. selama ni tak ada masa langsung. sibuk urus aku di sungai dorani ni. wang hantaran kawen yang aku terima tahun lepas, baru je aku gunakan untuk beli perkakas rumah..*hampir setahun simpan duit hantaran tu buat pekasam. huuu..memang itulah target kami. duit hantaran akan diguna untuk beli keperluan rumah bersama..
rumahku syurgaku....
sekian
No comments:
Post a Comment