YaAllah penat dan sangat sibuk hari ni. pagi-pagi masuk bilik guru, terus serabut dengan syarahan BI peringkat negeri yang akan diadakan jumaat dan sabtu ni. mana tak serabut, text syarahan tak buat lagi. budaknya baru nak hafal. sempat ke nak bertanding minggu ni jugak..;(
sambil meragkak-rangkak edit2 text, terpaksa curi2 masa buat notes dan preparation nak masuk mengajar 3 kelas sains. dalam masa yang sama, aku handle budak2 yang akan masuk pertandingan roket rabu ni. sibuk pula handle mereka berlatih buat roket guna botol plastik dan lancarkan kat padang sekolah.
dalam kalut-kalut tu, petang nya ada kelas tambahan. aku terlibat sama. kelas tambahan dikira OT bagi guru-guru. dibayar asing dari gaji. so bila nama naik, tak boleh lah nak tolak kan. waktu ni rasa nak pecah kepala, mana nak tengok roket, mana nak tengok syarahan, kelas tambahan lagi, kelas esok tak prepare lagi. maka dengan langkah drastiknya, budak2 kelas tambahan aku bawa ke padang. belajar sambil tengok budak roket. fuhh!! cikgunya yang berpeluh2..
terkejar-kejar macam masa hanya 3 jam sehari. makan tengahari pun tak sempat tadi. nak dihabiskan semua kerja yang pasti takkan habis dengan mudah. balik rumah rasa nak tidur terus je. tapi apakan daya, kerja lain pulak dah menanti. menahan mata dari terlelap, sempat lah curik masa update blog. sebab dah bosan sangat tengok kerja...
hari2 mengadu dengan suami akan kepenatan yg dialami dan kerja yang bertimbun2...
jawapan suami 'dengar cerita awak ni buat sy teringin jadi cikgu. seronok dan terasa hidup beerti kalau sibuk macam tu. masa tidak sia2..'
hurm~~~
sekian.
No comments:
Post a Comment