masih di sekolah mengendalikan pesta belajar.
pagi tadi secara rasminya, aku dilantik sebagai AJK Disiplin sekolah. kawan rumah aku ada yang AJK SPBT, ada AJK PIBG dan lagi seorang AJK Peperiksaan. Aku dapat bahagian disiplin. aku memang minat sikit Jawatankuasa ini. dan aku memang tegas. sesuailah dapat berkhidmat under jawatankuasa ini.
pagi tadi masa menyemak buku kawalan kedatangan pelajar, aku ada terbaca aduan berkenaan salah laku pelajar tingkatan 2.
antara kesalahan mereka:
1) Ponteng
2) bawa handphone
dan yang paling tak tahan
3) Jual durian.
OMG!! jual durian dalam kelas..
action aku : semua pelajar ini harus dipanggil mengadapku untuk tindakan disiplin.
*petang ni aku balik rawang. yeay... sebab esok aku dikecualikan dari kelas kerana menghantar pelajar ke pertandingan syarahan BI di SAM Bestari Subang Jaya. kebetulan sekolah ni dekat dengan tempat kerja suami aku. so petang ni dah boleh balik, esok pergi kerja dengan suami....(*_*)
sekian.
2 comments:
Itu dia....nanti 15 tahun akan datang, jadi ketua guru disiplin la ni =D
farhana :
15tahun lagi? haha..tak tahu masih berkhidmat atau x. heeee
Post a Comment