Sunday, April 17, 2011

Cer..CiTe...

salam to all

Cer..cite 1

kawan aku sedari tadika telah bertunang..19mac lepas. Alhamdulillah. Bakal menamatkan zaman bujangnya bulan 10 ini. tahniah Yana..*lambat pula aku update perihal pertunangan mu..



Cer..cite 2

alhamdulillah, dapat aku memenuhi hajat suami. dari berchenta sampai bertunang, beliau selalu kata teringin nak bawa aku masuk stadium tengok bola secara live. *beliau hantu bola sepak ye. beliau sentiasa ingin aku berkongsi minatnya.. malangnya mana mungkin kan. dah lah malam, berasak-asak pula. la ni dah kahwin, baru lah aku dapat penuhi keinginan beliau tu..selama ni beliau aja teman aku ke tempat-tempat kesukaan aku. dah tentulah shopping mall kan. ;-) jadi malam semalam aku teman beliau melayan hobi dan minat beliau..kami ke stadium shah alam tengok selangor vs perak. merempit dengan suami ke sana. merempit dalam ayu je lah..;p kalau naik kereta, alamatnya menempuh jammed lah gamaknya..

kebetulan yang indah, selangor menang pula 1-0. memang senyum sepanjang perjalanan balik. cuma senyuman hilang sekejap bila tengok anak muda merempit di highway jam 11.30 malam. merempit yang benar-benar rempit. aku rempit dalam syahdu je. depa rempit nak pulangkan nyawa...gaya rupa macam baru 16/17 tahun je. dengan tak ada helmet nya, naik motor gaya baring superman bagai, memang nak ragut jantung aku sekali. mana tak nya, kalau depa jatuh depan kami, mustahil motor kami tak jatuh sekali kan?? nasib baik, tak ada kejadian yang pelik2 berlaku.




tu je nak habaq..

nasib tak lawan KE_ _ _T_ _.. Kalau tak, mahu nya 'kite bako stadium'.... heeee

sekian

1 comment:

dari spec Q said...

xkn sume org kelantan jaht cmtu skli...tahniah selangor sbg pendahulu liga,,