seminggu lebih berhempas pulas menjadi JURULETIH untuk pertandingan syarahan bahasa inggeris. memang letih. hari-hari balik pukul 5, sampai dua pelajar aku tu hilang suara aku suruh mereka berlatih tanpa henti..
dan alhamdulillah, semalam aku bawa mereka ke sekolah agama menengah bagan terap selaku tuan rumah pertandingan. dua2 anak buah aku dapat tempat. seorang johan dan seorang lagi naib johan (bagi 2 kategori: menengah atas (johan) menengah rendah (naib johan))..ada kebanggaan yang terbit di situ..;-)
penat lelah terbalas dengan kejayaan mereka. ucapan tahniah di sana sini. dan tuhan aja yang tahu, betapa aku tak senang tidur malam sebelum mereka bertanding. masa mereka ke depan buat persembahan, segala zikir meniti di bibir cikgu mereka ini. demi kejayaan anak didik.
masa diumumkan kemenangan mereka, Allah sahaja yang tahu hati ini...syukur..
wassalam
No comments:
Post a Comment